The Almost Depressed M0m

Salam korang. Bukan nak confess apa sangat, cuma nak meluah.

Harini Isnin, dari semalam dah kabar ke anak2 ni sediakan baju masing-masing. Esok paginya, sorang kalut cari songkok, sorang kalut cari anak tudung.

Sambil-sambil basuh pinggan seusai siapkan nasi goreng anak nak ke sekolah, sorang-sorang datang cari mama kat dapur:

“Mana songkok Aliff mama?”

“Mama tak pakai songkok awak, mama tak tau.”

“Mama, mana Anis punya anak tudung…………”

“Anis letak mana? Jumaat lepas, ada letak dalam mesin basuh elok-elok tak. So, mama tak tau….”

Aku cuba bertenang, sambung bersihkan dapur. Intai-intai apa yang berlaku kat luar,

Sang suami sibuk menghamburkan isi bakul kain semalam, kot-kot jumpa anak tudung Anis.

Aku biarkan dorang berusaha sampai jumpa apa yang dicari. Akhirnya, songkok jumpa, anak tudung still tak jumpa, tapi suami rembat anak tudung aku bagi kat Anis pakai.

Nak gelak tapi geram kat Anis rasa nak luku kepala dia pagi-pagi. Mulut dah berbuih minta anak-anak jaga barang masing-masing, jangan sepah-sepah.

Selalu sangat aku jumpa stokin, anak tudung terselit tepi sofa, bawah sofa. Rasa menyirapppp je.

Sebenarnya pagi ni, boleh je aku bersihkan dapur kemudian bila anak-anak dah ke sekolah. Tapi, I chose not to.

Sebab, aku tak rasa aku boleh handle segala drama pepagi buta macamni, dikala aku letih ulang benda yang sama.

Elok lah aku duduk dapur untuk elak jadi “momster” pagi-pagi buta ni.

Suami sangat memahami aku perlukan space dan tak nak serabut. Dia tak da nak kerah aku suruh cari sama.

Dia biarkan aku “bertenang” kat dapur sorang-sorang. Itu love language suami, walaupun dia tak tunjuk, tapi action dia sangat aku hargai.

Di kala aku burnout, dia faham. Most of the time.

Kalau korang nak tahu, sebelum ni dah bertahun aku menghambakan diri untuk keperluan anak-anak.

Dari susunkan buku dalam beg sekolah ikut jadual, sampai lah sediakan setiap helai baju, seluar hingga la ke seluar dalam untuk ke sekolah.

Semua tersedia depan mata bila bangun pagi. Dah siap2 breakfast, suami akan hantar anak-anak ke sekolah. Ulang-ulang for yearssssss. So apa yang berubah?

Lama kelamaan, aku perasan anak-anak ni macam “cacat” dan terlalu dependent kat aku untuk ALMOST SEMUA BENDA. Dan aku rasa aku dah tak mampu nak hadap.

Tahun ni aku ada 4 anak yang bersekolah rendah serentak, dan sorang toddler 3 tahun.

Aku mula rasa mentally aku tak sihat. Berkali-kali buat DASS, fuhhh takut tengok result. Aku pun dah mula lupa banyak benda. Contohnya, hari.

Ingatkan harini baru Khamis, rupanya dah Jumaat. Aku kena sentiasa double check hari kat handphone, sebab takut salah.

Aku surirumah? Ya. Tapi aku jugak kerja part-time as consultant.

So basically, korang boleh agak keadaan surirumah yang berkerja. Ya, situasi kita lebih kurang sama je. Kerja aku ni sangat lah time-consuming.

Once aku dah start buat, sekurang-kurang nya aku perlukan 2-5 jam non-stop untuk focus dan siapkan.

Selalu sangat terpaksa korban tidur malam. 1-2 pagi baru dapat rehat. Pernah sampai pukul 4-5 pagi baru nak tidur, imagine lah anak-anak nak g sekolah pagi tu.

Aku hanya mampu mesej suami yang sedang tidur, minta tolong settle kan anak-anak, sebab aku baru nak tidur. Nasib lah suami faham.

Nak berhenti buat part-time ni mungkin tidak, sebab sesusah mana pun, suami selalu ada untuk support dan backup,

Lagi pun payment agak ok (walaupun tak sebanyak kerja ofis dulu) dan boleh tambah-tambah sikit duit poket, belanja anak-anak makan, bawak jalan-jalan.

Tak kan semua nak harap suami kan. Kalau aku letih sangat-sangat, boleh la bawak family makan luar atau order delivery je.

So macamtu lah, sekarang aku masih struggling. Struggling nak didik anak bagi kerjasama sekaligus ajar dorang uruskan diri sendiri, at least uruskan diri nak bersiap ke sekolah.

Korang doa kan aku sentiasa sihat especially mentally.

Aku risau bila tak luah kan, lagi terbuku kat hati ni. Nak luah kat kawan, takut meleret jadi aib pulak.

Nak luah kat suami, dia bukan jenis yang pandai bagi semangat atau memujuk. Dia dengar, tapi tu lah, dia akan dengar je. Hahaha.

Tapi takpe, memang dia macamtu. Bukan sebab dia tak ambik berat, korang jangan salah faham.

Ramai suami bukan jenis mulut manis, tapi nampak dia jaga seluruh ahli keluarga, tak culas bab tanggungjawab hakiki. Itu dah memadai. Nampak clueless, itu biasa. Kan.. kannn?

Ok la, done meluah kan. Terima kasih kalau baca sampai habis!

– Luahan Almost-Depressed Mom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *