The Bad One

Sesetengah orang suka cakap anak bongsu ni spoilt brat. Terlalu dimanjakan. Kepala batu. Tapi tak semua orang faham apa yang dilalui oleh anak atau adik bongsu tu sendiri.

Aku anak bongsu yang bila aku masuk fasa pre-teenagers, aku ditinggalkan sorang-sorang dekat rumah. Abang-abang dan kakak-kakak dah start masuk asrama & universiti.

Yang tinggal dekat rumah hanya aku. Mak dan ayah pulak constantly in a long distance relationship sebab kerja. Jadi yang tinggal dekat rumah cuma dua orang, aku & mak.

Tempat tinggal aku tak ada ramai kanak2 & mak aku overprotective jugak.

Jadi, aku tak de childhood memory dimana aku keluar petang main dengan kawan2. Aku berkawan cuma dekat sekolah. Kadang-kadang kalau ada sepupu datang, barulah ada kawan.

Itupun ada episode i was sexually molested by a cousin, yang aku tak pernah cerita langsung dekat sesiapa sampai sekarang hatta suami sendiri.

Sepupu tu pun pada aku baik, aku tak tau kenapa dia buat macam tu dan aku tak tau kenapa aku tak bersuara sampai sekarang,

Yang pasti aku sentiasa ingat kejadian tu dan aku dah belajar cara untuk buat muka blur & straight face sejak dahulu sampai cikgu2 memang gelarkan aku muka blur.

I think it’s my defence mechanism, untuk elak supaya orang boleh baca fikiran aku, boleh tau perasaan aku & supaya sepupu aku yang buat benda tu fikir aku tak pernah ingat benda tu. Sebab aku malu.

Fast forward, even fasa teenagers aku pun aku membesar sorang2. Bila ada activity sekolah aku spend extra time dengan kawan2.

Dekat rumah. Masih berdua dengan mak most of the time. Tidur sorang-sorang. Bangun sorang-sorang. Makan sorang-sorang. Dapat bilik sorang.

Bila kakak-kakak balik diorang share bilik bersama. Aku tetap sorang-sorang. Sangat biasa sorang-sorang dan benda tu membuatkan aku anggap bilik is my safest place.

My calmest place. Tempat aku study sorang2 setiap hari tanpa disuruh.

Education background aku agak cemerlang & aku dikelilingi kawan2 yang baik, tapi cara aku membesar sorang-sorang tu membuatkan aku sangat takut untuk terlalu rapat dengan orang. Aku tukar2 bestfriend.

Bila aku rasa kawan rapat aku dah kenal sangat & tau sangat pasal aku, aku akan mula menjauh. Kalau ada orang yang nak rapat dengan aku, aku akan elak.

Tapi aku tak pernah sedar aku ada perangai ni. Sebabkan aku sekolah harian, aku masih ada sweet escape aku at the end of the day bila aku masuk bilik aku and duduk sorang2.

Bila aku masuk foundation dan kemudiannya degree, things started to get bitter (for my roommates). Sebab walaupun roommate aku coursemate sendiri, bila masuk bilik, aku takkan bercakap langsung dengan dia.

Bila ada kawan lain datang baru aku bercakap macam biasa dengan roommate.

Bila semua balik aku akan kembali kepada mood aku yang asal. Aku macam anggap takde siapa dalam bilik tu kecuali aku.

Aku senyap je buat kerja sendiri, main phone. Penyudahnya, roommate aku yang depressed (literally) and dia decide untuk keluar dari bilik tu.

Ouh, bilik tu share berdua je. Kesian dekat dia. Lepastu, bila daftar bilik, aku memang akan daftar bilik sorang-sorang.

Aku biarkan katil lagi satu tu vacant, dengan harapan orang yang akan choose bilik tu aku tak kenal. And sampai aku final year lah setiap sem aku dapat roommate berbeza2, dan sangat variety.

Ada yang pendiam (paling aku suka), ada yang peramah, pelupa, kaki club suka pasang lagu 50cent kuat2 dan ada yang suka ajak sekampung datang bilik dia (paling aku stress).

Jangan salah faham, aku pun ada geng2 kawan aku. Aku tak pendiam. Kami suka gelak2 buat lawak bodoh. Cuma dalam bilik memang watak aku lain dari topeng yang aku pakai depan orang lain.

Hubungan dengan family pun macam tu. Aku telan je apa yang family aku cakap.

Ayah aku baran. Kadang2 aku melawan. Kadang2 aku masuk je bilik. Aku tak suka tengok dia tengking orang lain. Bila aku stand for them, suddenly i’m the bad one. Aku yang dimaki hamun.

Penyudahnya aku masuk je dalam bilik. Pada aku Shut the door = shut the world. Masalahnya bila sekarang aku dah kahwin, aku nak lari pergi mana je. Sikit2 boleh lah. Aku tak boleh lari. Aku question kenapa aku kahwin.

Aku selalu cakap sorang2, not everyone is meant for marriage, not everyone is meant to be a good mother, and that everyone is me. Anak aku suspected to be autism, maybe because I don’t talk enough with him.

Tapi memang suami aku dah terlepas cakap apa yang dia rasa selama ni iaitu, memang salah aku sebab tu anak macam tu.

I want to run away, but I can’t. I want to be with my anak. I don’t have anywhere to go. I am jobless for years now (yes despite impressive education background & fair experience).

Jadi aku tak boleh lari. I am left with no option but to face every single thing & every unfair treatment sebab aku takde power, aku takde duit.

Kalau ada orang mengeluh sebab aku minta tolong and susahkan dia aku kena telan je. Kalau orang tu marah2 pun aku kena dengar.

Emosi aku piled up bertingkat2 with no one to talk to sebab aku pun tak tau macam mana nak luahkan apa yang aku rasa & apa yang aku nak.

Aku dah terbiasa dengan cara tidur untuk hilangkan masalah tapi sekarang tidur pun tak membantu. It hurts so much.

Aku dah terbiasa sorang tapi sekarang emosi aku dah menggunung, bila family aku bagi toxic remark and treatment dekat aku & akhirnya aku meletup breakdown sebab aku tak boleh tahan dah…suddenly i’m the bad one.

Am i the bad one?

– Jane (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *