Sudah 2 kali saya membaca confession dari Optometris yang “mendedahkan realiti sebenar dalam dunia optometri” adakah orang yang sama.
Apabila bicara tentang realiti… Itu adalah kehidupan yang dia lalui dan sampai satu masa dia rasa “tak boleh hidup” dengan profesion itu sehingga dikatakan Terperangkap.
Pertama kali soalan saya…
Apa yang anda cari dalam hidup…
Anda kenalkah diri anda yang sebenarnya?
Bila kita kenal diri kita, kita tahu potensi dan kekuatan diri.. Profesion itu akan datang dengan Sendiri.
Gaji besar? Ya hanya retail sahaja menjanjikan pulangan jika anda sanggup mengabdikan diri sepenuh masa dan tenaga. Tapi sayang jika anda tak dapat belajar apa pun. Anda tak puas hati anda kerja tempat lain, ilmu satu pun tak hadam. Ilmu ni jangan harap orang beri jika kita tak tunjuk kita punya inisiatif untuk Belajar.
Memegang tittle optometris bukan bermaksud kita jadi sombong dan tak mahu belajar langsung dan hormat orang yang bekerja sama dengan kita seperti optician dan sales assistant. Skill jualan, adjustment yang kompleks semua tu kita tak belajar semasa belajar di universiti. Kalau ada pun kita hanya follow modul dan sistem sahaja. Skill jualan hanya dapat diperolehi dengan melihat (observe) bagaimana jurujual menjual, bagaimana cara komunikasi bukannya menjual tanpa nada.. Convincing, memujuk .. Itu merupakan antara skill untuk close deal.
Kadangkala di dalam bilik refraction pun kita dah boleh mula menjual. Yang periksa mata tentulah kita dan yang consult juga kita. Jangan serah bulat bulat making decisian pada sales assistan. Ingat “kuasa di tangan anda”, kenapa nak guna kanta ni kenapa nak guna saiz bingkai ni, kenapa tak boleh guna ni, kenapa kena pakai sementara sahaja semuanya bersebab. Dan semuanya adalah datang dari “critical dan analytic” thinking semasa periksa mata. Ya saya berpeluang menuntut ilmu direct dari sifu. Sebab itu saya berani bicara serba sedikit tentang kanta lekap dan klinikal. Sifu saya ramai oleh itu kita jangan segan bertanya dan Memcuba.
Walaupun di retail yang mempunyai crowd yang ramai perlu cepat, tapi jangan sekali sekali tidak bercakap dan senyum pada pelanggan. Ramah bukan bermakna gatal. Orang berniaga perlu jadi ramah, bukan berniaga sahaja apa sahaja servis perlu ramah tamah dan bertempat. Perlu berikan sentuhan nilai optometris walaupun sekadar nasihat “jangan selalu sangat gosok mata ni” bahaya. Dan uruskan pelanggan sebaiknya. Jangan risaukan manager anda jika anda berpihak pada etika yang betul. Terangkan dan cuba cadangkan sesuatu yang menyebabkan dia faham. Kitakan “vision specialist” anything about vision kita pakar. Jangan sempitkan pemikiran asal penyakit mata je kita tak boleh manage. Faham istilah “Primary Eye Care” syukur pelanggan jumpa kita dan kita perlu refer mereka segera ke hospital.
Cuba belajar menjadi “owner” walau kita bukan owner, maksudnya sayang dengan praktis tempat kita bekerja. Bukan sekadar tahu itu tempat duduk kita disitu jelah kita, tak explore langsung bagaimana mengurus praktis dan tak rasa langsung feel macammana orang lain bekerja. Jadi lebih prihatin, sensitif dan hormat orang lain. InsyaAllah kita akan Dihormati.
Itu sahaja sedikit perkongsian dan pengalaman dari senior optometris tak kisahlah universiti mana. Saya masih belajar dan mengorek ilmu kerana saya kasihan jika saya tak tolong ada junior saya sebegini dan sanggup mengatakan “do not study optometry” di kala ramai pelajar matrikulasi meletakkan optometri pilihan pertama mereka. Jika hilang semangat cari 360 anda di luar sana, bina balik keyakinan. Jika perempuan berkahwin itu adalah pilihan jika terpaksa berhenti. Tapi jika lelaki berkahwin dan berumah tangga tidak terlambat untuk mengubah persepsi jika anda mahu bergelar “Optopreneur”. Ruang sentiasa terbentang luas jika apa yang anda mahu anda tentukan. Be Determined”.
Bagi diri saya, saya tak kisah digelar Optometris Jalanan… Jika buku arkitek jalanan boleh laku di pasaran, tak kan kisah Optometris jalanan tidak boleh laku. “Because Vision Beyond Boundaries”.
Saya hanya wakilkan sahaja untuk menghantar artikel ini daripada Optometris yang berpengalaman. Terima kasih.
– Optometris Jalanan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit