Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan luahan aku ni. Semoga bermanfaat untuk para pembaca. Sebelum tu aku minta maaf andai ada bahasa aku yang menyinggung mana-mana pihak.
“Dan Dialah yang mencipta segala sesuatu lalu menentukan keadaannya dengan ketentuan takdir yang sempurna. (Surah Al-Furqan, ayat 2)”
Dengan rendah diri aku nak share sedikit tentang perjalanan hidupku selepas bergraduasi. Mohon maaf segala kekurangan dan pastinya yang membaca adalah jauh lebih baik dari yang menyampaikan..semoga bermanfaat..
1. Aku grad awal 2 bulan dari batch mate yang lain. Sebab buat intern masa cuti sem 3 bulan. September 2016, aku last paper selepas 3 tahun di universiti. Masa tu belum officially graduate lagi sebab baru habis final exam. Kawan2 yang lain sambung buat intern pulak. Aku? mau balik sabah tapi takut menganggur. So apa lagi kerja la. Kita bukan anak tan seri, semua pakai petik jari. Hidup perlu diteruskan.
2. Seminggu sebelum final exam (study week), aku dah pegi interview kerja level SPM. Target habis ja belajar, kerja terus. Tak kisah la apa pun janji halal. 2 jam lepas interview, dapat call diterima untuk bekerja. Alhamdulillajh jadi cikgu tuisyen. Habis exam start kerja.
3. Habis belajar, pindah ke Klang tumpang kawan. Lepas tu pindah Shah Alam, Kg. Padang Jawa. Kerja di Subang. Pegi kerja naik KTM dari Padang Jawa ke Subang Jaya. Lepastu naik LRT sampai SS18. Aku kerja area situ. Total tambang hari2 ulang alik RM9. Gaji RM1500. Bayar sewa bilik, top up lagi, kirim pi kampung, sewa, makan lagi, tapi alhamdulillah cukup jugak. Just jaga lifestyle la. Jangan nak acah2 mak kau Dato’ Vida, bapak kau Dato’ Aliff Syukri.
4. Aku kerja jadi cikgu 2 bulan jer. Ahamdulillah banyak pengajaran dan pengalaman. Antaranya ialah menderita kebosanan menunggu di stesen KTM Subang Jaya dari pukul 10.15 malam sehingga pukul 12 tgh malam masa nak balik rumah. Sampai stesen KTM Padang Jawa, kena naik teksi sebab takut balik jalan kaki balik rumah dengan charge RM5. Kesimpulannya most of my RM1500 gaji pegi kat transportation jer. Tak pa, sabar. After 2 months of being cikgu tuisyen, akhirnya dapat kerja level degree jadi Account Payable Associate kat satu company ni. Ok, kita namakan company Suka Duka (SD) salah sebuah MNC (Multi National Company) di Petaling Jaya.
5. So, sis pindah lagi pegi Petaling Jaya.Dapat rumah sewa dekat dengan tempat kerja. Jalan kaki ja. Alhamdulillah jimat duit transport. Sewa pun agak murah. I tell u, kau nak dapat bilik sewa bawah RM300 kat area PJ tu dekat dengan public transport and kemudahan lain memanglah susah. Tapi alhamdulillah rezeki aku kot. Satu bilik sumbat 3 orang, satu rumah 8 orang. No katil, no almari.Pandai2 la berdikari.
6. Kerja di SD, hmmm..Alhamdulillah banyak pengalaman walaupun hanya 3 bulan. Memang aku ni antara graduan lompat2 kerja. Lepas 2 bualn aku decide untuk resign. 1 bualn tempoh notis so 3 bulan la kerja situ. Kenapa aku berhenti? ok, aku ringkaskan macam ni la. InsyaAllah aku cuba sampaikan dengan jujur and korang nilai la sendiri ya. Tiada manusia yang sempurna. Aku mengaku aku pun ada silap jugak tapi apepun aku ada maruah. Aku graduan yang kurang pengalaman kerja, this is like my first degree-level job.
Aku tak pandai sangat buat kerja. Aku belajar finance bukan account. Colleagues aku, ada yang membantu ada yang membantut. Cakap aku belakang2, perli aku kata budak intern buat kerja lagi bagus dari aku. Ajar aku marah2. Boss aku boikot aku. Buat aku macam tak wujud. Acah2 surprise masa aku bagi resign letter sedangkan aku tau dia ada suruh someone influence aku untuk berhenti kerja. Ini diakui sendiri oleh orang tersebut. Aku bagi resign letter the day when I suppose to have my appraisal. Tak tanya pun masalah apa, kenapa nak berhenti, dengan senyuman yang cukup manis, dia ambil surat tu without no good bye, no wishes. I feel unwanted. Rasa terbuang beb. Aku baru 2 bulan kot and korang pun tak de la ‘ajar’ aku sangat pun. Tapi aku tak la 100% blame dorang. Ada jugak baik dorang dengan aku. Aku pun of course ada salah. Cuma aku kesal because the way they handle this was so unprofessional.
Last day aku pun, macam orang peduli tak peduli je. Tapi tak pa, I am a big girl now. Anggapla tak da rezeki aku kat SD ni. Life must go on, aku kena cari kerja. Aku ada family yang perlu di bantu, Ada hidup yang perlu diteruskan. Aku doa kat Allah, minta Allah mudahkan sebab aku nak tolong family aku. Alhamdulillah, seminggu sebelum resign notice aku tamat, aku dapat kerja kat satu lagi MNC kat KL pulak. Nama dia company Suka Hati (SH). Aku anggap ni rezeki family sebab tu Allah mudahkan. Always betulkan niat kita, muhasabah and rajin2 sedekah. InsyaaAllah Allah mudahkan semuanya. Aku tak de dendam pun dengan siapa2. Itu cuma apa yang aku rasa. Siapa salah siapa betul, Allah jua yang maha tahu.
7. March 2017, aku start kerja baru. Tadi kerja akaun, sekarang kerja HR pulak.Buat payroll ( Kira gaji). Hahahah, celah mana aku nak praktikkan ilmu finance aku tu pun aku tak tau. Redah je la. Sekarang ni memang dah trend,belajar lain buat kerja lain. Alhamdulillah, company yang bagus, kawan2 kerja dan boss yang sangat la baik. Walaupun dalam team aku, aku sorang ja Melayu, tapi kerjasama yang diberikan sangat bagus. Cuma… aku berdepan dengan masalah workload yang sangat banyak dengan due date yang sangat singkat.
Aku rasa hidup aku semata-mata untuk kerja. Pegi pagi balik malam. Sabtu ahad kerja. Tak da OT. Semuanya sedekah sahaja. Tapi aku doa kat Allah, titik peluh aku yang selebihnya tu biarlah Dia yang balas. Ibarat kau gaji 2k, tapi buat kerja macam 3k, balance dia nanti Allah yang akan bayar dengan berlipat ganda.Aku akui aku agak lembab sikit buat kerja. Tapi dikelilingi dengan orang2 yang sangat supportive buat aku semangat buat kerja. Bila aku down, boss akan motivate and yakinkan yang setiap orang ada cara and kelebihan dia. Thank You so much. Banyak bagi tunjuk ajar and tolong aku.
8. After 5 bulan aku kerja kat situ, aku dapat offer kerja yang sangat2 aku harapkan. Gaji lebih lumayan dan position yang lebih baik.Memang betul2 tak sangka. Lama jugak tunggu. Masa tu tengah dalam LRT, dapat call dari company tersebut. Tapi, dorang nak aku start serta merta. Aku serba salah. Kalau aku berhenti serta merta (short notice), sure gaji aku kene potong punya.Tu aku tak kisah sangat la tapi aku terfikir kat team member aku. Masa tu tengah peak period and memang tak menang tangan nak buat kerja. Kalau aku berhenti mengejut, tak de sapa lagi yang nak ganti aku. Nak tak nak, dorang la yang kena buat kerja aku.
Masa tu pulak dah dekat Deepavali. Mesti tak fair untuk team member aku yang beragama hindu. So, aku tolak offer tu. Sedih yang amat tapi aku tak boleh pentingkan diri. Aku bagi alasan aku tak boleh bagi short notice. Orang yang call tu pun bagi tau macam dah tak de harapan la nak offer lagi lepas ni sebab mungkin dorang akan pass kat calon yang lain yang boleh start immediately. Aku rasa ralat sangat. Tapi aku redha. Allah tahu niat aku dan aku yakin Allah tak akan sia-siakan setiap kebaikan.
9. 6 bulan kerja kat SH, aku rasa aku tak boleh nak carry on dengan lifestyle yang sangat hectic dan stressful. Aku rasa serba salah. Boss aku always being positive. Dia kata bukan salah aku. Cuma kemampuan aku ada kat tempat lain. Just be the best version of you. Aku angguk. Lepas berfikir panjang, and mengenagkan kesihatan aku jugak yang dah tak boleh stress sangat, aku decide untuk berhenti dengan notice sebulan. Maka bermulalah aku mencari kerja lain. Aku tak boleh menganggur.Sapa nak bela budak kuat makan macam aku ni? Haha.. I need to be strong sebab di bahu aku ada tanggungjawab yang perlu aku galas.
10. Alhamdulillah, lagi berapa hari nak habis notis sebulan, dapat offer kerja kerani di sebuah kolej, gaji RM 1700. Tak pa tak kisah. Janji halal. Aku syukur sangat lagipun dekat dengan rumah sewa aku. Rasa happy sebab boleh bantu family lagi. HR dia cakap tunggu lagi berapa hari dia akan hantar offer letter kat aku. So aku tunggu la dengan girang.
11. Satu hari tu, aku terdetik nak cek email aku. Guess what, unexpected thing happen. Ingat tak offer kerja yang aku terpaksa tolak dulu tu, company tu offer aku balik gais. Ya Allah, tak tau nak cakap apa masa tu. Terharu, happy, sedih dan rasa kerdil betapa pemurahnya Allah walaupun untuk seorang pendosa seperti aku. Aku call mak ayah aku.Happy sangat2. Yang lagi best, ada gap dalam 2 minggu sebelum aku lapor diri so apa lagi balik kampung la dulu. So sekarang aku keje kat company tu pulak. Tak tau la cabaran apa pulak yang akan datang tapi pastinya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. So far kerja yang sekarang ni pun bagus dan suasana yang positve. Ada work-life balance. Rasa macam satu family. Alhamdulillah3X.
Aku bersyukur untuk semuanya. Kita hidup dengan rezeki dari Allah. Jangan suka mengeluh dan always positive no matter what. Allah ciptakan kita penuh degan cinta dan kasih sayang. Keep fighting!! Apa saja yang jadi dalam hidup kita di dunia sementara ni, tiada lain yang kita harapkan, redha Allah semata mata.
Aku bukan orang yang baik,tapi di mana ada peluang untuk jadi baik, gunakanlah kerana tiada kebaikan yang sia2 di sisi Allah..
Terima Kasih kepada semua pengalaman..
– Yaya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit