The Bitter Story

Nama aku Faiz. Seminggu yang lalu aku nampak satu post dekat social media. Student SPM ambil result dapat straight A. Dalam tu ada gambar dia ayah, mak dan adik dia.

Mula-mula aku tak ada apa sangat sebab tengok strangers je aku pun comment “congrats all your hard work paid off” something like that.

Sebab ramai yang komen pun benda lebih kurang sama.

Sampai lah aku tengok gambar ayah dia ni terus aku terperasan oh. Itu gambar ayah kandung aku.

Umur aku 10 tahun ayah aku bercerai sebab mak aku sakit dia malas nak jaga katanya penat dan telan belanja banyak.

Mak aku sakit cancer. Jadi tinggal aku dengan mak dan nenek.

Umur aku 11 tahun. Mak aku meninggal dunia. Waktu ni memang aku tak dapat khabar berita langsung tentang ayah aku.

Aku pun membesar dengan duit peninggalan arwah ibu dan dengan kudrat nenek aku jual sarapan setiap pagi. Waktu kecil jujurnya aku seorang budak dan anak yang naif.

Kalau orang bagi salam atau datang rumah aku ingat ayah aku balik tapi tidak.

Memori aku selama membesar sebelum ayah aku bercerai dengan mak aku tak ada yang ayah aku ni jahat atau abuser bagi aku dia ni sama seperti ayah yang lain.

Jadi sampai umur aku 17 tahun membesar dengan nenek. Ambil keputusan SPM berdua dengan nenek aku.

Aku sambung belajar dan alangkah dukacitanya lagi 2 bulan sebelum aku convocation arwah nenek meninggal dunia.

Bagi aku haritu memang moment yang paling ranap dan hancur. Dapat telefon dalam pukul 5 petang jiran aku call cakap nenek aku dah tak ada.

Melayang kepala aku macam lain macam. Mujur waktu tu aku ada seorang kekasih yang dia sanggup drive kan aku dari Selangor balik ke Johor.

Aku dalam kereta tu dalam perjalanan menangis tak henti.

Waktu tu aku majlis tu cuma mampu tenung tubuh nenek aku yang dah keras kaku.

Hal rumah dan apa segala macam kekasih nama Aida dan jiran 2-3 orang yang tolong. Dari awal sampai kebumikan Aida yang tolong uruskan.

Fast forward lepas graduate, kerja dan Alhamdulilah berkahwin dengan Aida.

Minggu lepas aku pun bila ternampak gambar tersebut aku macam tak ada rasa apa sangat tapi lebih kepada cemburu. Aku stalk Instagram dan social media yang lain.

Nampak lah pelajar tadi iaitu anak ayah aku tulis macam benda dan post gambar.

Pergi bercuti luar negara, belikan hadiah yang mewah dan macam lagi. Father’s day pula dia tulis panjang pasal ayah dia the best.

Aku tengok video dia. Lepastu terjumpa satu posting ayah dia yang komen aku pun stalk. Check profile LinkedIn kerja company hebat jawatan pun tinggi yang gaji setiap bulan 5 digit.

Aku stalk social media dia post gambar family dan anak dia cakap tak ada yang lebih indah dari keluarga tercinta dia tulis dalam bahasa Inggeris.

Sehari dua lepas aku stalk tu rasa bitter melampau. Bila isteri tanya aku tak sembunyi apa aku pun ceritakan dekat dia.

Jadi dia pun tengok sambil stalk tu sambil isteri aku komen, “wow bercuti dekat europe”, “eh this place quite nice yang kita pergi dulu kan” , “oh naik yacht pergi monaco tengok F1, tapi u tak tengok F1 kan jadi tak payah jealous”,

“Bos besar ni company yang ada case corruption dengan scandal few years ago kan”, “wow ini mak datin punya level pakai”,

“Eh ayah u support Manchester united, tak boleh kawan ni keluarga kita Chelsea” Aku yang duduk sebelah isteri aku pun mampu gelak dan ketawa je dengar.

Sejujurnya aku tak ada rasa macam nak jumpa ayah aku atau tidak. Lebih kepada aku rasa macam bitter iyalah dari segala posting tu family baru dia anggap suami/ayah yang perfect.

Tapi pada aku dia ayah yang abaikan aku dan mak.

Harapnya aku dan isteri dan juga para pembaca mampu menjadi ayah/ibu yang adil dan saksama walaupun dan berpisah anak tu tetap tanggungjawab dan amanah.

– Faiz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *