The Chosen One

Saya Anggun (bukan nama sebenar). Umur saya dalam 20 an. Kisah saya agak rumit kerana bersangkut paut dengan ramai pihak. Pada mulanya saya takut untuk bersuara kerana apa yang bakal saya katakan ini mungkin akan menyinggung mana2 pihak. Tapi bila saya banyak baca tentang IIUM Confession saya mula rasa mungkin disini peluang untuk saya dapat pelbagai pandangan. Harap sabar baca kisah saya yang panjang berjela ini hihi. Kisah saya bermula pada saat di lahirkan saya selalu mendapat penyakit demam panas yang teruk sampi ke tahap sawan. Jadi dari kecil saya selalu makan ubat bontot(bila demam panas mesti kene masuk dekat situ) i dont know the specific name hihi dan selain itu saya mempunyai penyakit kulit(enzema) yang sangat teruk. Saya tak boleh panas, akan berpeluh jika panas dan kulit saya akan mula merah dan berair. Teruk sangat tak tahu nak cakap macam mana sampi satu tahap dia jadi hitam dan berdarah. And yang peliknya gatal saya hanya di lengan tangan ,pelipat kaki dan leher. Kata doc memang tempat situ sebab situ tempat yang banyak berlipat.

Penyakit ini berterusan dari saya lahir dan makanan juga banyak yang saya tak dapat makan seperti ayam , daging, seafood, telur dan macam2 lagi. Hidup saya penuh dengan pantang makan. Bukan itu sahaja, saya tak dapat buat aktiviti luar macam kawan2 yang lain dr sekolah rendah masa waktu mata pelajaran PJK(pendidikan jasmani) saya akan duduk tepi tengok kawan main sebab bila saya mula main, tidak sampai 15 minit saya akan berpeluh dan mula berair dan bila berair saya gatal garu(budak2 mana paham kan). Bahkan seluar sukan sekolah pon saya tak dapat pakai kerana tebal hanya disebabkan penyakit ini. Saat paling perit bila saya pakai seluar pelipat kaki saya yang gatal tu mula melekat pada seluar dan Allah saja yang tahu pedih dan sakitnya macam mana. Hari2 saya menangis sebab pedih, sakit dan sedih kaki tangan saya buruk tak cantik macam orang lain.

Di saat kanak2 orang lain habis kan masa dengan bermacam kenangan manis tetapi saya hanya dengan kesengsaraan. Saya jadi rendah diri, kurang bergaul,tertekan bayangkan masa itu saya berada dalam sekolah rendah. Saya datang dari keluarga yang besar, adik yang ramai jadi perhatian kurang sikit diberikan pada saya. Saya lebih banyak melayan perasaan sendiri ,banyak yang dipendamkan dalam hati kecik seorang kanak2 kurang bernasib baik ini,

Selain dari penyakit ini, mulanya hidup saya normal seperti kanak-kanak lain dan sampai lah pada suatu hari di saat saya telah mencapai akil baligh sesuatu yang pelik berlaku. Saya kerap nampak benda2 yang orang lain tidak boleh melihat dengan mata kasar. Contohnya saya mula melihat susuk tubuh manusia tinggi berwarna hitam , kelibat di sebalik semak dan pokok2, nenek tua berjalan dan macam yang tidak dapat digambarkan. Pada mulanya saya fikir ini mungkin khayalan saya dan mungkin juga kerana saya mulai rabun ketika itu(12 tahun) dan mula berfikir mungkin saya salah pandang, tetapi selain itu saya mula mendapat pelbagai mimpi aneh dan menakutkan. Ada orang menjerit kuat, benda kecil muka yang menakut kan mencekik leher saya dan bermacam perkara aneh.

Kejadian tersebut berlarutan dan semakin teruk kerana saya selalu merasakan ada orang lain yang sedang melihat saya. Di saat saya berjalan saya kerap rasa ada orang di belakang badan saya bediri dekat dibelakang saya dan setiap kali saya tidur seperti ada yang sedang menenung saya. Hari demi hari saja jadi penakut bahkan terlampau penakut di sebabkan ini. Penakut yang di alami saya sampai tahap solat saya tidak akan boleh dilaksanakan jika tiada orang disisi, mandi saya berteman kan adik, gelap saya tidak akan dapat tidur selagi tiada cahaya lampu.

Meningkat umur ke remaja, penuh cabaran yang lagi teruk saya hadapi. Saya makin teruk dengan penyakit kulit apa saja saya makan makin menyebabkan mengelembung, berdarah dan mula hitam di disekelilingnya. Keadaan jadi makin teruk bila malam sahaja saya akan susah tido saya akan mula meraung kerana gatal seperti ada benda berjalan dan pedih seperti ditoreh.Sebelum ini doc akan bagi berpuluh ubat sapu, dan antibiotok untuk makan.Semuanya tak dapat buat apa2 pada kulit saya and the worse part is antibiotik saya tak dapat makan lagi kerana doctor detect saya mempunyai alahan pada ubat tersebut. Sudah puas ibu dan ayah saya pergi bawak ke macam2 klinik untuk saya mendapatkan rawatan tetapi tiada hasil apa2 pon beratus duit habis disebabkan saya. Doc akan bagi suntikan untuk saya jika keadaan sangat teruk dan saya tidak berupaya menahan kegatalan dan kepedihan itu. Makin lama saya makin kerap ambil injection dari dos biasa sampilah ke tahap paling kuat. Ibu bapa saya semakin buntu dengan penyakit saya dan saya mula bercerita mengenai apa yang saya lihat dan mimpi.

Sedikit sebanyak mulalah terbongkar satu persatu benda yang pada mulanya saya tidak dapat terima dan tidak masuk di akal. Alam ghaib. Bila kita bercakap mengenai alam ghaib terlalu banyak perspective dari masyarakat kita (melayu). Saya sakit bukan sakit biasa, bukan sakit kulit enzema biasa. Apa yang saya lihat bukan lah khayalan, tetapi sesuatu yang bukan semua orang boleh lihat. Rupanya saya ada sesuatu yang orang panggil ‘SAKA’. Saka merujuk kepada warisan. Jadi dia(saka)mencari warisnya dan warisnya adalah saya. Ini bukan dari ibu bapa saya tetapi dari seseorang . Seseorang yang saya sendiri pelik kenapa saya selalu ada perasaan tak suka dengan dia, kurang senang bila dia ada dan ketakutan bila dia dekat dengana saya. Kami (termasuk ibu bapa) mengetahui dari seorang pakar perubatan islam kerana ibu bapa saya tidak dapat ikhtiar cara moden jadi kami bertukar ke cara tradisional.

Keadaan jadi semakin teruk bila mula mengetahui perkara ini. Life saya berubah 360 darjah, saya memang tidak percaya benda ini. Saya jadi marah ,Selalu mengamuk tidak tentu hala, apa saya cakap saya sahaja yang betul orang tidak boleh bantah, saya jadi makin tidak senang dengan ramai orang terutama sekali ibu bapa saya. Saya tidak boleh solat,jika solat badan saya sakit, kulit saya jd hitam berdarah gatal, setiap kali period saya rasa seperti ada sesuatu di bahagian ari2 saya. Sakit yang teramat sangat seperti ada orang tengah menarik ,mencakar dan menumbuk di bahagian tersebut. Hati saya tidak tenteram ada sahaja yang saya tidak puas hati .Anggota badan saya kerap lebam yang sangat besar dan banyak. Badan saya rasa seperti di cakar-cakar dengan teruk. Ibu bapa saya ingin membawa saya berubat.

Siapa orang yang buat hidup saya macam ini? Mungkin ada rezeki saya akan cerita kan lagi. Setiap hidup atau mati ingat lah kita milik allah dan jangan sesekali mensyirikan Allah SWT.

– Anggun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit