Sebagai coping partner kepada pasangan yang didiagnos dengan mental health condition, sememangnya ia menuntut satu kesabaran di puncak yang tertinggi serta perasaan redha yang seredha-redhanya.
Kita memerlukan satu aras pemikiran yang berbeza daripada normal & dalam masa yang sama kita perlu memastikan bahawa diri sendiri tidak dimakan oleh kondisi pasangan yang secara lumrahnya; tidak menentu…
Ia menuntut kita mempunyai 1 sisi persahabatan yang ikhlas, sehingga apabila kita sebagai pasangan kepada suami/isteri yang mempunyai mental illness, mempunyai tempat untuk merintih dan mengado domba,
Tetapi sang sahabat tidak pula menghina & menambahkan lagi rasa malang atas nasib yang menimpa.
Persahabatan yang dipenuhi dengan kepercayaan itulah yang harus diperolehi, agar diri kita tidak hanyut dalam badai pemikiran pasangan kita yang turun naiknya lebih deras daripada pasang surutnya air lautan.
Atau carilah kaunselor yang dirasakan layak sebagai orang yang boleh memberi guidance dalam hal-hal serumit ini.
Dalam persediaan menghadapi jiwa kacau pasangan, dan jiwa kacau diri kita sendiri akibat diterjah oleh kondisi mental pasangan, Educate Yourself – Fahami kondisi pasangan dan tambah pengetahuan.
Kita perlu mula membaca mechanism pemikiran pasangan. Kita perlu fahami punca kondisi pasangan, sama ada disebabkan oleh sistem neuron atau sebagainya.
Kenapa perlu difahami?
Agar kita lebih terbuka dalam menghadapi simptom pasangan.
Kerana apabila kita lebih memahami, pasangan kita akan mula membina kepercayaan kepada kita. Kepercayaan adalah asas yang penting dalam perhubungan. Mereka mula sedar kita fahami bahawa kebanyakan mental breakdown mereka adalah involuntary dan tidak dapat dikawal.
Mereka ingin mengawal tetapi diluar kemampuan mereka untuk mengawalnya. Sedangkan mereka setiap pagi berjuang dengan perasaan sendiri untuk terus hidup, membuka mata sahaja pada waktu pagi sudah menelan hampir keseluruhan kudrat mereka.
Sekiranya pasangan merujuk kepada pakar psikiatri, kita boleh membuat temujanji dengan pakar tersebut bagi membincangkan kes pasangan. Mohon kebenaran pasangan dan nyatakan hasrat untuk lebih memahami pasangan.
Tujuan? Agar kita mampu menjadi pendengar dan pendokong yang baik buat pasangan kita. They need to know that they are not alone.
Banyakkan membaca buku-buku daripada barat yang banyak mengetengahkan kaedah yang boleh digunapakai untuk coping partner.
Kita harus fahami jenis-jenis ubat yang diambil pasangan, fahami non-medical intervention yang boleh dilaksanakan bagi membantu pasangan tersebut seperti,
Membekalkan makanan yang berkhasiat buat pasangan, rutin senaman yang mampu mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stress yang ada dalam diri.
Be positive. Breakdown atau total shutdown pasangan kita bukan disebabkan oleh kita, usah dibelenggu rasa bersalah dan rasa kita bukan pasangan yang baik. Utamakan kesihatan mental dan fizikal diri kita sendiri, agar kita lebih tenang dalam hadapi situasi ini.
Ada kalanya kita rasa diabaikan, tidak disayangi, tidak mendapat perhatian yang secukupnya, seolah-olah hanya kita saja yang berusaha dalam perhubungan tersebut,
Tetapi percayalah, apabila kita mula menyenaraikan setiap kebaikan, keindahan dan kecomelan pasangan kita, mereka adalah anugerah terindah buat diri kita.
Dapatkan bantuan sekiranya kita mula lemas dalam arus pemikiran pasangan kita yang menderu-deru turun naiknya. Dapatkan bantuan daripada kaunselor atau sahabat yang positif.
Banyakkan berdoa pada yang Maha Esa, agar kita diberikan kesabaran, kekuatan dan keredhaan dalam menghadapi situasi ini.
Allah berfirman dalam surat Al Baqarah ayat 286 :
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
– -A- (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit