Assalamualaikum semua.
1. Pertama sekali, aku nak minta maaf sebab aku tak pandai mengarang dan menyusun perkataan. Tapi aku tetap terasa nak luah apa yang aku rasa.
2. Niat asal aku just nak hantar confession tentang kisah aku ni.
But then ternampak post tentang ‘The Other Woman’ (https://iiumc.com/the-other-woman-2/).
Lepastu disambung oleh ‘The Wife @ The Actual Woman In The Marriage’ dan ‘The Wife @ The Actual Woman in The Marriage II’ (https://iiumc.com/the-wife-the-actual-woman-in-the-marriage-ii/).
Terus rasa macam eh eh.. Ni berkaitan semua ni. Ok mari sambung cerita dorang berdasarkan perspektif aku pulak.
3. Aku seorang perempuan bujang, umur 30 tahun. Dan aku tersepit dalam kisah ‘The Other Woman’ dan ‘The Wife @ The Actual Woman In The Marriage’ sebagai ‘The Daughter’.
Nak bagi mudah faham, ayah aku ada skandal.
4. Aku petik ayat Acik Prof ‘The Wife’ iaitu “Pain that is not fully transformed or healed will ALMOST ALWAYS be eventually transmitted into causing more pain towards yourself, or to others.” – Acik Prof ‘The Wife’.
Ni lah terjadi pada aku.. Sampai kena jumpa doktor dan kaunselor sebab depression (anxiety disorder).
Aku trauma+takut+tak percayakan lelaki sejak dari umur 8 tahun sampai umur 29 tahun 6 bulan. Mana baki lagi 6 bulan? Kat bawah nanti aku explain.
5. “For example, a child traumatised during childhood, will continue to have issues into adulthood affecting THEIR personality, their life, and their future, thus hurting themselves and their own opportunity to free up from the pain of the past and truly grow! Kesian sangat.” – Acik Prof ‘The Wife’.
Masa ayah aku start ada perempuan lain, umur aku 8 tahun. Ibu ayah nak masuk 40 tahun. Ibu ayah gaduh depan aku. Ayah lempang ibu bila ibu tanya tentang kad raya yang dihantar oleh perempuan tu. Masa tu zaman kad2 raya lagi.. Sekarang dah xde.
Aku tengah buka beg cari buku sekolah, tiba2 penutup periuk nasi terbang depan aku. Fuhhh sikit lagi nak kena aku. Aku dengan naif siap boleh tanya, siapa yang baling ni?
Padahal ayah aku tengah mengamuk sebab kantoi ada perempuan lain. Pinggan kaca jangan cerita la dah berapa banyak pecah.
Ibu takde tempat nak meluah perasaan, so ibu luah pada aku tentang ayah yang ada perempuan lain. Banyak ibu cerita dan banyak aku nampak benarnya cerita ibu tu. Tapi aku kan budak lagi, so dengar je la ibu cerita. Tak boleh buat apa2.
6. Keadaan diburukkan lagi dengan kawan ayah yang menggalakkan tindakan ayah ada perempuan lain. Masa aku 12 tahun, dah bijak sikit. Aku, ayah dan kawan ayah dalam kereta nak menuju suatu tempat.
Kawan ayah cucuk2 ayah suruh ngurat seorang perempuan ni. Eh pakcik ni minta dicarut! Pakcik tak nampak ke saya ada kat dalam kereta ni juga?
Masa tu aku rasa nak je jumpa keluarga pakcik tu, ceritakan perangai pakcik tu.. Pakcik tu pun ada perempuan lain juga.. Tapi siapa nak percaya cerita budak 12 tahun kan?
7. Aku sengaja pilih duduk asrama sejak tingkatan 1 sebab aku tak suka dan tak nak tengok ibu ayah gaduh. Kadang2 aku call adik aku kt rumah, adik aku cakap ibu ayah gaduh lagi. Setiap kali call, setiap kali tu jugak adik cakap ibu ayah gaduh.
Antara kawan2 aku, aku paling jarang kumpul syiling untuk call rumah (dulu pakai public phone) sebab aku rasa no point call rumah. Aku sakit hati bila tahu ibu ayah gaduh. Daripada aku tahu, baik aku tak tahu kan..
Aku tak nak adik aku nampak ibu ayah asyik gaduh. Aku tak nak adik aku rasa apa aku rasa. Jadi, aku galakkan adik aku masuk asrama. Aku tak nak adik aku tahu ayah ada perempuan lain.
8. Dipendekkan cerita, alhamdulillah walaupun ibu ayah ada masalah dengan perempuan lain, perkahwinan ibu ayah kekal hingga sekarang.
Aku tabik dengan Acik Prof ‘The Wife’. Sebab aku nampak apa mak aku lalui, dan aku tahu peritnya macam mana (berdasarkan perspektif seorang anak perempuan).
9. Sepanjang aku meningkat dewasa, aku tak pernah ada kawan lelaki @ boyfriend @ apa sahaja gelaran yang menggambarkan lelaki.
Aku anti dengan couple2. Aku tak percaya lelaki. Aku tak suka lelaki dekat2 aku. Aku takut dengan lelaki even classmate lelaki aku pun, aku takut. Aku tak tahu apa yang aku takutkan. Susah nak explain. Apa yang aku pasti, aku sangat takut.
Kalau classmates lelaki aku cakap apa pun, aku iyakan je tapi dalam hati aku akan cakap ahhh.. Jangan percaya lelaki. Penipu. (Maaf. Aku tahu tak semua lelaki macam ni. Tapi tu cara aku untuk tolak lelaki dalam hidup aku)
10. Tapi tu lah.. Bila kau perempuan. Single dan usia 20an. Kau takkan boleh lari dari soalan bila nak kahwin? Tak dinafikan, walaupun aku tolak lelaki.. Tapi aku terasa juga nak berkahwin, disayangi suami, ada anak, ada keluarga..
Malangnya, lelaki2 yang datang nak berkenalan. Semua aku friendzone-kan. Aku tak berani. Aku takut aku salah pilih lelaki.
11. Sampailah satu tahap kaunselor aku cakap. Berapa lama lagi awak nak takut macam ni? Berapa lama lagi awak nak tolak dan lari?
Kalau awak nak baik dari sakit awak, You have to face it! Saya cuma boleh bagi panduan. Pilihan semua di tangan awak. Awak je yang boleh bantu diri awak! Tu ayat kaunselor aku yang buat aku bangkit.
So aku beranikan diri, buka hati aku untuk lelaki. Pada usia aku 29 tahun 6 bulan.
12. Januari 2020 aku bertunang. Kami kenal 3 bulan, decide nak tunang dan sepatutnya nikah bulan 6 ni. Tapi MCO. So, ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum pasti. Tunang aku tahu tentang trauma dan depression aku. Alhamdulillah dia boleh terima.
13. Oh ya.. Ayah tetap ayah. Ayah baik dengan anak2. Jalankan tanggungjawab seorang ayah dengan baik walaupun masa ada perempuan lain. Cuma tu lah.. Kesan dari tu, aku trauma.
Yang jadi masalah, pagi tadi lepas sahur ayah kantoi WhatsApp perempuan lain “salam subuh sayang”. Ayah! Ayah tahu tak ayah dah 60 tahunnnn! Eh minta dicarut perbuatan ayah itu. Tapi tak elok pula mencarut sebab bulan puasa. Dan itu ayah aku. Kang aku jadi anak derhaka pula.
14. Ya Allah.. Aku tak tahan. Sungguh2 aku menangis masa solat subuh tadi. Jujur aku tak pandai menangis dalam solat. Dah 30 tahun ni pun tak pernah nangis dalam solat. Teruknya aku.
Tapi kali ni aku kalah. Aku tak tahu nak percaya lelaki lagi atau tak. Kepercayaan aku pada lelaki musnah semula.
14. Aku tahu tunang aku tak bersalah. Tapi aku takut. Aku dilema. Dan aku rasa macam nak batalkan perkahwinan kami. Mungkin awal2 perkahwinan masih hangat bercinta, takde masalah macam perempuan lain. Macam mana kalau 10 20 tahun lagi, hidup aku sama macam ibu aku?
15. Family aku tak pernah tahu real reason kenapa aku ada depression. Kenapa aku selalu tolak lelaki.
Yang tahu cuma seorang sahabat aku (dari dia aku dapat kekuatan untuk percayakan lelaki dan ambil keputusan terima tunang aku) dan tunang aku (sebab aku rasa dia perlu tahu masalah melibatkan kepercayaan isu aku terhadap lelaki).
Seriously, aku tak tahu nak buat apa. Aku blurr aku buntu.
16. Jadi, kepada semua ‘The other woman’ kat luar sana yang menggeletis nak rapat2 dengan lelaki yang dah kahwin. Dan juga kepada semua Lelaki-tak-sedar-diri-dah-
Aku pinjam 1 komen dalam post ‘The Other Woman’.
“U never know how much damage u have done to his family being his scandal.. u mungkin jadi reason untuk break one relationship and u tak tahu how much the pain that u caused to his wife.. Tolonglah girls janganlah sesekali jadi scandal and broke another family…” Komen dari R… (Maaf aku lupa nama penuhnya)
Aku adalah contoh damage hasil tindakan bodoh orang2 yang macam korang. Bukan setahun dua tahun kesannya ye.. Dan kesannya bukan sekadar pada isteri. Anak pun terkesan. Seumur hidup! Aku doakan semoga takde anak2 yang terkesan macam aku. Sakit weh jadi anak macam aku..
17. Aku tak nafikan ayah aku pun salah dalam hal ni. Aku benci PERBUATAN ayah yang satu tu, aku hilang respect pada ayah. Tapi aku tak benci ayah sepenuhnya sebab ayah masih jalankan tanggungjawab ayah pada anak2. Cuma tu lah.. Perangai yang satu tu buat aku jadi bermasalah.
18. Doakan aku kuat dan dapat berfikiran rasional. Aku lost. Aku sangat berharap komen positif dan membina dari korang. Mohon jangan kecam ayah aku.. Aku sayang ayah haihhh tapi tula..
Terima kasih sudi baca sampai habis dan cuba memahami cerita aku. Maaf sangat2 sebab panjang karangan aku. Tak pandai nak cerita ringkas.
– SPK (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit