The Everlasting

Sudah solat tahajud aku duduk bercerita dengan adik perempuan aku, El. Cerita mengenai hidup, mati, alam roh, kiamat, akhirat, malaikat, Quran dan lain-lain. Lebih sejam juga El menghadap aku bercerita cuma sesekali El menyampuk dan bertanya.

Memang rajin aku bercerita isu berkaitan hidup mati dengan dia dua bulan kebelakangan ni. Kebetulan adik aku tengah cuti sem jadi ada juga tempat untuk aku bercerita.

Jam 2 pagi sebelum aku beransur tidur sempat aku buka cerita aku takut sebenarnya nak tidur sebab dua kali terakhir aku tidur aku bermimpi berada di tempat orang-orang mati. Seram juga kalau kali ketiga aku tidur ni aku tak bangkit terus. Sempat dalam ketawa aku titipkan pesanan supaya anak-anak aku dijaga elok andai sampai masa aku.

Sambil memeluk anak kedua aku yang terjaga gara-gara nyamuk dan berbekalkan ayat kursi, al-ikhlas tiga kali seperti amalan suami aku dan beberapa zikir lain aku pejamkan mata. Tepat seperti yang aku fikirkan, sekali lagi aku pergi ke tempat orang-orang mati (pernah kan bila kau mimpi dan kau tahu exactly tempat tu.

Masa aku mimpi tu naturally aku fikir, oh ni tempat orang mati, thus the name). Dalam mimpi aku, anggaran jarak beberapa meter di hadapan berkumpul sekumpulan lelaki berjubah putih seperti menunggu sesuatu.

Mata aku tak lekang dari memandang susuk lelaki yang amat aku rindu. Dia senyum, ketawa, membetulkan pakaiannya, kelihatan teruja berbual dengan teman di sebelah. Antara perbualannya yang aku dengar ialah, “..dah tak sangka nak mati dah..”

Dia bawa aku ke suatu tempat. Di mana memori-memori terpampang seperti skrin tanpa bingkai. Dihadapan memori-memori itu kami bercerita saat kami lalui memori itu di dunia. Ini masa sekian-sekian, ini pula masa sekian-sekian.

Ada memori hari bahagia kami, ada pula memori sewaktu kami keluar bersama, di sebelah memori-memori kami dipenuhi bentangan memori lain yang bukan milik kami. Aku fikir barangkali di sinilah tempat himpunan memori semua orang di alam ni.

Waktu melihat memori terakhir, sempat aku memegang handphone yang entah dari mana, cuba untuk merakam memori kami. Dari skrin handphone aku, aku lihat reflection dia, tersenyum memandang aku. Aku terasa belakang kiri aku dipegang, dan dia bisikkan di telinga, “the everlasting…me and..you..”

Dan lepas tu boleh pula aku rasa nak buang angin. Dalam aku fikir tempat ni wujud ke istilah buang angin tu sebab sepanjang kat sini aku tak perlu bernafas pun (hidung aku masa tu fully tersumbat, selsema dan batuk dalam realiti dan dalam mimpi) aku terbuang angin dan terjaga. Aku tahu part last ni kelakar sikit tapi itulah hakikatnya.

Aku terjaga lebih sejam kemudian, dalam keadaan bertakung airmata, kelu tak terkata. Semuanya seperti realiti suaranya, bagaimana dia letakkan tangan di belakang aku masih lagi terasa. Aku terjaga dalam terlalu keliru sebab semuanya begitu jelas dan nyata. Hanya mampu aku ulang Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar.

Bila makin tenang aku ulang kata-kata akhir dia bimbang aku lupa. Apa yang aku rasakan saat tu. Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah. Lantas aku bangun ambil wudhuk di sinki.

Masa tu aku fikir, ini memang suami aku, ini memang sesuatu yang suami aku akan cakap, ini memang gaya bahasa suami aku. Sebelum solat sempat aku kejutkan El bagitahu aku mimpikan arwah. Lepas solat aku terus cerita mimpi aku.

Tak henti aku menangis the whole time. Betapa Allah telah jawab persoalan aku. Sebelum suami aku pergi dia tinggalkan terlalu banyak tanda. Sehari sebelum pergi pun sempat dia pesan kalau dia mati kat situ, tanam kat situ je. Jadi aku selalu dibelenggu dengan rasa suami aku ni tahu ke dia akan pergi.

Kedua, suami aku pergi mengejut. Accident di kolam renang, saat kami bercuti ke negeri lain untuk family day keluarga besar kami. Aku mengaku aku ada rasa ralat, dalam keadaan letih perjalanan lebih dua belas jam, terus beraktiviti jadi tiada masa berkualiti saat akhir kami bersama.

Kata-kata akhir yang aku dengar daripada dia, “nak pergi beli arang jap..” selepas aku bagitahu dia jangan pergi, dalam keadaan dia membelakangi aku. Sesuatu yang tak akan dia lakukan sebelum ni. Jadi sekarang hati aku boleh tenang bila dia janjikan ‘the everlasting’ untuk aku.

Ketiga, selepas dia pergi, aku selalu console myself dengan ayat ni, one day, if we made it to heaven, we will be watching our days on earth, reminiscing good days, remembering how we pulled through hard days, hopefully side by side, smiling. Of course the world did not end, yet. We do not know where we belong, yet. But in my dream Allah Almighty took me somewhere almost similar to the place i talked about.

Lebih dua bulan pemergian suami aku, tempoh yang cukup, cukup lama aku rasakan. Tapi Alhamdulillah, dia pergi dengan baik, semua bercakap betapa baiknya dia. Alhamdulillah, bagi aku Allah dah jawab persoalan aku genap dua bulan accident tu.

Lepas mimpi tu pun Allah seperti penuhkan kembali dalam dada aku ni yang seperti lohong rasanya selepas suami aku pergi. Sudah tentu aku masih rasa hilang, sunyi, kosong tapi sangat beza daripada sebelumnya. Matlamat aku sekarang ni nak besarkan anak-anak, semoga satu hari nanti kami dapat berkumpul di syurga Allah.

Doakan roh arwah suami aku bersama dengan mereka yang beriman. Semoga Allah berikan aku kesihatan sehingga anak-anak aku cukup dewasa. Akhir dari aku, jom sama-sama jadi lebih baik. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.

– Manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *