The Flower Among Bees

Assalamualaikum. Terima kasih admin atas perkongsian confession ini.

Seperti tajuk diatas, the flower among the bees ni sibling edition. Sedikit pengenalan aku dilahirkan dalam semua adik beradik lelaki.

One trigger point buat air mata aku meletus harini kerana aku nampak satu posting yang ada gambar sorang anak perempuan dikelilingi semua adik beradik lelaki.

Nampak happy sebab ramai bodyguard kan. Tapi tak untuk kisah hidup aku. Hidup aku mungkin sendu, sebab ditakdirkan semua adik beradik lelaki yang kurang fungsi dalam rumah.

Mungkin aku sorang je perempuan dalam adik beradik, itu menjadi punca hanya aku difokuskan. Penat dan sangat penat mental and physical.

Dari kecil aku disuruh buat kerja rumah. Belajar bersungguh-sungguh dan kerja dengan lebih rajin. Tetapi tidak untuk adik beradik lelaki, not responsible at all!

Waktu sekolah dulu, kalau hari cuti, wajib buat kerja rumah. Bayangkan yang buat sepah tu ramai, tapi hanya aku sorang yang menyapu, basuh kain, sidai kain, lipat kain, masak, basuh pinggan dan lain-lain. Yang lelaki? Keluar lepak/ main game dalam bilik.

Hari cuti aku tak dibenarkan bangun lewat, kalau lewat sikit kena bebel. pagi-pagi aku dah cuci baju, sementara tu sapu rumah. Sedangkan adik beradik lain lena dibuai mimpi sehingga tengahari.

Malam pula, lepas tolong mak masak aku kemas dapur, basuh pinggan buat kerja sekolah. Sedangkan yang lain keluar lepak balik tengah pagi.

Kenangan dengan adik beradik? TIADA. Yang manis? Entah semua aku dah lupa, sebab yang pahit-pahit lagi banyak. Hanya bilik jadi peneman sepanjang hidup aku.

Penat memang penat sangat! Sampai pernah aku buat kerja rumah sambil menangis mengenangkan takdir hidup macam orang gaji yang tak bergaji.

Lagi satu,

Kalau masalah adik beradik, tak tahu nak cerita kat siapa, aku pendam. Masalah sendiri yang sedia ada, aku pendam. Senang cerita takde tempat nak meluah, sebab orang takkan faham situasi aku. Semua aku berdikari sendiri.

Tengah menaip ni aku ingat satu demi satu sejarah hitam dalam hidup. Sambil air mata mengalir lebat, seperti lebatnya hujan di luar.

Kejadian ni dah menjadi parut hitam paling dalam hidup aku. Aku sejenis susah nak minta apa-apa dari mak ayah, sebab selama ini apa aku nak, mesti aku simpan duit. Dan beli sendiri.

Nak dijadikan cerita, Alhamdulillah SPM aku dapat keputusan cemerlang.

Ayah cakap kalau dapat cemerlang boleh minta apa saja. Jadi aku minta laptop. Sebab aku tahu ayah aku mampu.. tapi permintaan tu ditangguhkan. Katanya tunggu dapat result UPU baru dia boleh bagi.

Takpe aku simpan perasaan ni, walaupun agak kecewa aku sabar. Seminggu lepas tu ketika mak dan ayah menjemputku pulang dari kerja (part time) kesabaran ku sudah sampai ke puncak,

Bila melihat adik-adikku dapat tablet games sorang satu, padahal mereka belajar pun malas, apatah lagi cemerlang? Takpe aku diam.

Sampai sahaja dirumah, aku nampak ayah mengambil kotak laptop. Dengan gembira aku buka, sebab ayah suruh buka. Aku sangkakan itu hadiah untuk aku. Rupanya ayah beli untuk dirinya.

Semua ketawa melihat perasaan aku dipermainkan. Sambil kecewa aku berlari ke bilik, menangis, meraung sepuasnya seperti orang hilang kewarasan. Sedih sangat masatu seperti disiat siat.

Bayangkan, yang belajar main-main dapat reward. Yang sepatutnya dapat reward, dipermainkan.

Cukup lama aku bersabar untuk semua ini. Inikah balasannya. Dengan rasa serba salah, malam tu juga mereka ajakku kekedai. Dengan muka sembab, mata bengkak tu pegi mall huhu. Alhamdulillah dapat juga laptop.

Alhamdulillah ditakdirkan berkahwin dengan suami yang ringan tulang. Hasil didikan mertua yang baik. Hidup berubah 180’ mungkin Allah perkenankan doa aku dulu.

Lepas berkahwin aku tinggal rumah sendiri. Kurang sikit tekanan, tapi aku kesiankan mak yang makin berusia kena buat kerja semua sendiri. (Tula kenapa dulu tak paksa anak lelaki buat kerja rumah, kan dah malas masing-masing. Kihkih)

Ada masa lapang aku balik kampung. Kalau aku balik mesti aku dengan suami akan penat sebab kami yang akan bersihkan satu rumah.

Kadang rasa taknak balik, sebab tahu apa yang akan terjadi. Tapi demi tanggungjawab pada mak ayah, tetap kami pulang.

Sampai jadi malu dengan suami sebab dia tertanya-tanya kenapa adik adik bujang tak pernah tolong buat kerja rumah? Entah. Aku takde jawapan untuk itu.

Pernah suatu hari aku keguguran, kononnya nak berpantang dirumah mak. Tapi sehari je aku pantang, hari lain aku dah jadi bibik. Sampai suami ajak aku balik, takut aku bentan.

Kesudahannya, suami aku yang jaga aku pantang dirumah kami sendiri.

Kadang aku cemburu orang yang ada adik beradik ramai perempuan, boleh gossip sesama, shopping sesama, tukar-tukar barang, sharing problem and so on.

Tapi aku dari dulu sampai sekarang pendam. Aku je yang berusaha nak buat surprise itu, majlis ini, jamuan itu ini, bercuti sana sini. Tapi yang lelaki lebih pentingkan kawan dari keluarga.

Bosan bila semua adik beradik lelaki. Macam takde perasaan. Tak dapat bayangkan kalau mak takde. Dah la itu satu-satunya penguat keluarga aku. Aku jadi kuat pun selama ni untuk bantu mak.

Agaknya mak pun rasa kesunyian. Sebab selama ni aku yang banyak bantu dia, bawa dia kesana-sini. Teman berbual. Nak harapkan adik beradik aku? Poooorahhhh!

Kesimpulannya, didiklah anak sama rata, melentur buluh biar dari rebung. Sekarang masing-masing dah jadi buluh. Bila dilentur pun, tak peduli. Apa nak jadi tak tahu la.

Lepastu ipar aku banyak mengadu, yang adik beradik aku kurang common sense, hmm tu pun aku kena pendam sendiri :’)

Dear lelaki, bila dah berkahwin jangan jadi lelaki yang menyusahkan isteri. Ketahuilah bila kau biarkan isteri buat semua, kau dah mengajar dia erti hidup tanpa kau. So bila bila dia boleh tinggalkan kau yang tak berfungsi itew.

So air mata aku pun dah berhenti lepas aku confessed ni. Jadi cerita ni berhenti disini. Terima kasih kerana sudi baca luahan hati yang tak tahu nak luahkan pada siapa.

Bye!

– Flower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *