Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah berminggu2 aku fikir mahukah aku coretkan disini..
Ibarat membuka balik sejarah luka lama yang aku dengan si dia simpan erat selama hampir 20 tahun.. Ya lama.. cukup memeritkan…
Namun, aku pilih untuk menulis sedikit kisah adik aku supaya aku ada sedikit closure atas rasa bersalah kepada adik kerana tidak lindungi dia 100% dulu because im coward…
Tapi sekarang, aku janji aku akan jaga dia dengan nyawa aku sendiri, tiada sesiapa boleh sakiti dia lagi..
Ya, aku masih berdendam dengan setiap orang yang buli dia dulu…
Akhir tahun lepas, aku tertengok drama The Glory di Neflix.. Sumpah, air mata aku tak berhenti mengalir dan tringger balik pandora box yang kami tutup kemas dalam hati ini.
Aku teringat balik kes buli yang adik aku alami sejak zaman sekolah rendah dan menengah dulu…
Adik aku ni gelap orangnya, kebetulan disebabkan parut chicken pox betul2 di dahinya… Banyak gelaran yang adik dapat dan jadi modal free untuk mereka ejek, aku tak mampu nak sebut pun perkataan tu…
Jahat mulut dorang, ah kalau tak silap ade yang pernah gurau kasar dengan adik aku which mean guna kontak fizikal…
Aku kesian tengok dia menangis2 setiap kali balik rumah, tapi aku hanya mampu dengar je.. Sebab aku pun digelar budak skema disekolah, outcast pun yer juga..
Jadi apa aku mampu buat? Mereka ade geng mereka sendiri.. So berani la kan buli orang yang lemah macam adik aku ni.
Perit kan adik zaman persekolahan kita? Sampai sekarang kita sepakat tak nak sebut pun pasal memori sekolah.. Semua pedih2..
Masuk sekolah menengah, kebetulan aku dengan dia dapat masuk boarding school yang sama.
Aku masih lagi memegang title budak skema, so masih lagi outcast macam biasa.. Aku tak kisah asalkan cepat2 habis kan zaman sekolah ni.
Cuma, our nightmare began once my lil sis got accepted the same school with me… Allahuakbar, tak terbayang rasanya keperitan yang adik aku kena.
Mesti pembaca terfikir2 kan kenapa adik aku ni sentiasa dibuli? Sebenarnya, perangai dia agak tomboy sikit dan sedikit kasar…
Jadi, senior2 tak suka… Yela, kalau lalu depan mereka tak bagi salam ker… Tunggu la.. Nanti malam kang lepas ‘prep’ class, kena la panggil..
Adik aku la tu salah sorang mangsanya.. Yang buat hati aku hancur bila aku tahun after 15 years, adik aku terlepas cakap.. Rasa2 bagaimana perasaan korang masa tu? Dia simpan sorang2…
Yang buat pedajal dekat adik aku tu budak batch aku sendiri… Dipanggil adik aku kat 1 dorm tu, keliling ramai2 sambil brainwash adik aku..
Aku taip ni sambil menahan amarah dalam diri, terketar2 tangan ni… Sumpah, aku tak boleh maafkan setiap seorang yang terlibat dalam hal ni.
Apatah lagi adik aku yang mengalami trauma berpanjangan ni. Macam2 dia kena, tapi aku rasa baik aku berhenti sampai sini.. Dah tak sanggup nak cerita lebih detail.
Korang dah ada anak2 dah sekarang, you are living well like yeonjin dalam drama The Glory tu…
Aku dan adik memang elak tengok social media dorang ni even tak pernah add pun sebagai kenalan kadang ada yang tagged mereka, dorang senyum gelak ketawa takde rasa apa2 guilty pun…
Kenapa yang mangsa buli ini hidup dalam ketakutan dan kisah hitam ini akan sentiasa mengekori sampai mati?
Takpe, Allah tu kan ada.. hidup ini kan ibarat roda,if korang sendiri tak merasai keperitan yang mangsa buli ni rasa.. Anak2 korang akan kena..
Aku tak nak doa macam tu, tapi Allah tu maha Adil.. Dia tau apa yang tersurat dan tersirat, aku berserah bulat2 pada Dia.. Dan kami akan terus bersabar dan pendam sampai mati..
Setiap apa yang kita lakukan pada masa lalu, sekarang dan masa depan.. Ingatlah, kita akan dipertanggungjawabkan kembali di alam sana kelak…
– Ms Dark Skin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit