Setiap hari Isnin ahli, rumah sewa ku sepakat untuk buat iftar jamaie dan sementara menunggu masuknya Isyak, akan ada sesi borak borak sesama ahli.
Seorang person of incharge (PIC) yang berlainan akan dilantik untuk handle setiap sesi. Topik pulak bebas mengikut kekreativitian masing-masing.
Masuk minggu ni, ni adalah sesi ketiga kami.
A adalah PIC minggu ni. Setelah selesai Maghrib berjemaah, sambil2 makan beledo (baca : agar-agar), kami berkumpul di ruang tamu.
‘Okey, semua orang boleh ambil hati ni. Lukiskan keadaan hati semua orang minggu ini ‘
-A memberi arahan sambil menghulurkan kepingan kertas putih berbentuk hati dan pensil warna kepada semua housematenya. Ditemani lagu Yiruma -Rivers flow in you, semua khusyuk dan teruja melukis dan mengexpresskan keadaan hati masing masing.
‘Ni hati saya minggu ni ‘jelas AS sambil tunjuk gambar ‘hatinya’. Kelihatan lukisan plaster dan hati yang seakan sakit. ‘Saya dalam state hati tengah healing’ sambungnya lagi
‘Ni hati saya pulak. Ada bunga bunga sikit. Ada daun luruh sikit. Keadaan saya minggu ni rasa tengah Allah pujuk hati dan tengah beri peluang pada saya sebab sekarang tengah cuba buat banyak benda baru. Pastu minggu ni jugak happy sebab dapat pergi berkhemah ‘
-FZ bersuara,
‘Ni pulak hati saya. Ada warna merah dan coklat. Warna coklat tu ibarat macam kekotoran. Saya state dalam nak membersihkan kekotoran pada hati sebab kalau hati kita kotor, bila kita nak sampaikan apa apa dekat orang pun rasa tak best ”
-Explain KI sambil tunjuk lukisan hati dia yang bertompok2.
‘Ni pulak hati saya. Lain sikit dari semua orang. Saya tengah state mencari dan confius. tapi try saja lah untuk look okey
-NN pulak menyambung sambil menunjukkan lukisan hatinya -gambaran orang tengah confius
And sambung yang lain, bercerita tentang lukisan hati masing masing.
”Okey sekarang saya nak share satu video. Video ni actually video lama lah. Video budak oversea dulu2 yang buat. Tengok elok-elok okey.
Nanti cuba grab apa yang nak disampaikan dari video ni ”
-Kata A sambil sambil memasang video tersebut dekat laptop.
Semua excited dan seronok. Lama tak tengok video ramai2.
Video 7 minit tu memaparkan kisah seorang budak lelaki yang sedang khusyuk makan nasi berlauk kari ayam. Selepas makan, kedengaran azan berkumandang. Tapi disebabkan dia mengantuk, dia memilih untuk tidur sekejap sebelum solat Zohor.
Masa berlalu dan akhirnya dia terlepas Zohor. Bangun bangun dia terkejut sebab tak sedar dia dah tidur terlalu lama.
”Argh jamak jelah”Kata budak lelaki tersebut sambil menggeliat dan bangun untuk solat tapi tiba tiba langkahnya terhenti. Matanya tertancap pada satu bungkusan jajan.
”Éh sape punya ni. Sedap pulak tengok ‘Ibarat mendapat segram emas. Matanya bersinar sinar melihat keropok tersebut. Dia terus bersila dan duduk menikmati jajan tersebut
Short film tersebut diselangi dengan gambaran situasi lain dimana seorang ”lelaki” sedang meraung-raung ”Aku lapar. Aku lapar. Aku nak makan’. Sampai hati kau tak bagi aku makan”
Housemateku semua berteka teki. Siapa pulak lelaki ni ?
”Hantu ke ? ”
”Jelmaan ke ?”
”Takutla video ni”
”’Haa saya tahuu, ni hati dia kot. Soul dia”’
Tiba –tiba si N menjerit, menyelesaikan persoalan semua orang
And at the end of video, ada satu kata kata yang buat ‘heartshot” sekejap
”The heart will die if left without its food, without worshipping Allah’
A menyambung sesi, mengajak semua orang mentadabbur beberapa ayat dari Surah Hadid
اَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَنْ تَخْشَعَ قُلُوْبُهُمْ لِذِكْرِ اللّٰهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّۙ وَلَا يَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْاَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوْبُهُمْۗ وَكَثِيْرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُوْنَ
16. Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,
Kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.
”Surah Hadid macam kita tahu ia adalah surah Madani (diturunkan pada waktu zaman Madinah ), kalau kita faham, waktu ni sahabat2 dah lama masuk Islam, geng geng qowiy lah, tapi Allah still memberi peringatan untuk mengingati Allah.
Even permulaan surah ni pun Allah bercerita tentang sifat sifat Allah, benda benda basic pasal Akidah padahal mereka semua dah tahu pun tapi sebab manusia ni pelupa dan memang memerlukan peringatan.
So ayat ni Allah sedang menyeru kita semua, org2 beriman untuk betul2 fokus dalam mengingati Allah dan Allah tak nak kita jadi seperti kaum kaum terdahulu. Yang dah dapat kefahaman tapi tak nak beriman. At the end hati menjadi keras”
-Jelas A panjang lebar
”Agak agak apa manifestasi hati yang keras ni?
”Boleh jadi manifestasi hati yang keras ni, bila kita dapat peringatan dan nasihat, bagai air yang lalu dekat daun keladi saja, boleh jadi kita rasa benda benda maksiat tu rasa macam biasa, normal lah tu buat maksiat,
Boleh jadi jugak hati kita ni dah jatuh cinta dengan harta harta duniawi, bangun tidur asyik fikir pasal harta, pasal cinta pada benda lain.
Boleh jadi jugak hati kita cepat berprasangka dekat orang, hati kita jadi cepat marah. Boleh jadi jugak bila dengar ayat2 Allah kita dah tak rasa apa apa. Takut takut hati kita sebenarnya jadi macam tu tapi kita tak sedar pun
– Sambung A sambil2 mengajak yang lain untuk bermuhasabah.
”Macam video tadi, orang tu asyik bagi makanan pada jasad dia. Lebih kurang kita lah kan, sehari sehari, kita dok fikir, breakfast nak makan apa eh, lunch pulak nak makan apa, Dinner pulak. Hmm.
Kalau rasa nak makan something, semangat kita pergi cari makanan tu walau tempat tu jauh sebatu.
Tapi macam mana pulak dengan makanan pada hati kita. Makanan rohani kita. Bila last kita baca Quran, kita menangis ? Adakah zikir zikir dan selawat meniti di bibir bibir kita? Hmm tapi saya sukalah ayat seterusnya. Bila Allah sambung ;
اِعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ يُحْيِ الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَاۗ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْاٰيٰتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ
17. Ketahuilah bahwa Allah yang menghidupkan bumi setelah matinya (kering). Sungguh, telah Kami jelaskan kepadamu tanda-tanda (kebesaran Kami) agar kamu mengerti.
”Allah memberi kita satu harapan baru. Kalau lah bumi yang kemarau dan kering kontang Allah boleh suburkan balik, atau pokok pokok kecil yang Allah hidupkan di celah celah batu, benda benda yang besar yang kita boleh nampak di depan mata, apatah lagi hati kita yang spele ni.
Kacang saja bagi Allah, Allah boleh sembuhkan dan hidupkan hati kita macam tu saja.
Teringat kata kata Imam Al Ghazali, carilah hati di 3 tempat yakni ketika membaca Al Quran, solat dan mengingati mati. Kalau tak jumpa jugak, mintaklah hati yang baru. Cuba kita try, tengok macam mana”
And the rest is history.
P/s : Alang alang semakin menghampiri Ramadhan ni, jom sama sama cuba hidupkan kembali hati kita dan mulakan nafas yang baru.
Fighting!
– AYYASH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit