The Hidden Love

Assalamualaikum semua. Saya harap anda semua seronok membaca kisah saya ini

Sejujurnya kisah ini mungkin tidak begitu menarik kerana pengakhiran cerita ini luar dari jangkaan atau ekspektasi minda pembaca.

Walaupun begitu, saya yakin anda yang membaca kisah ini akan turut mengimbau kembali kenangan-kenangan yang kita semua alami ketika berada di alam persekolahan.

Kisah ini sudah 11 tahun berlalu tetapi sehingga sekarang saya tetap mengamati kenangan ini sebab kenangan ketika zaman sekolah adalah yang paling sukar untuk kita lupakan.

Anda yang membaca juga merasainya, betul tak? Lebih lagi soal cinta secara diam-diam. (Crush to someone)

Pertama kali saya melihat lelaki ini (senior) waktu saya tingkatan 1 sesi petang. Lelaki ini hanya setahun tua dari saya.

Oleh kerana sesi petang hanya ada sehingga tingkatan dua sahaja, memang banyak kali saya terserempak dengan lelaki ini.

Saya akui saya suka senior ini sebab wajah dia saat pertama kali nampak dia. Jadi, apabila sudah tersuka secara diam.

Langkah pertama ialah saya cuba untuk mengenali dari jauh dan saya dapat tahu senior itu sudah ada teman wanita yang juga sekelas dengannya.

Saat itu apa yang saya rasa apabila dapat tahu senior itu sudah ada teman wanita adalah “tidak mengapa” sebab hak setiap orang untuk suka kepada seseorang walaupun kita tidak dapat luahkan perasaan kepada si dia.

It’s okay to felt that as long kita faham kedudukan kita dan jangan sesekali terdesak serta paksa untuk orang yang kita suka itu untuk suka kita balik.

Ok ini baru introduction tau hahahha jom sambung.

Selepas tiga tahun memendam rasa dari tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 3, akhirnya saya memulakan langkah yang sangat besar dan paling memalukan seumur hidup saya.

Saya buat ini pun atas nasihat kawan-kawan saya sebab mereka kata yang lepas ini dah tak dapat jumpa dah senior tu sebab tahun itu (2012) adalah terakhir dia di sekolah sebab akan tamat alam persekolahan selepas tingkatan 5.

Jadi sebagai kenangan terakhir, saya memulakan langkah untuk dia nampak saya yang suka dari jauh,

Hahaha sangat meloyakan sebenarnya bila teringat balik kisah ini tapi macam saya kata kenangan zaman sekolah adalah yang paling menyeronokkan. It’s so fun walaupun memalukan.

Saya seorang introvert dan pemalu waktu di sekolah. Apabila cadangan yang kawan saya usulkan untuk saya buat sebagai kenangan terakhir,

Sudah tentu sangat sukar sebab saya malu gila lebih lagi dengan muka saya yang cepat merah2 ini. Kalau senior itu sudah tahu siapa saya, manalah saya nak sorok muka saya. Haish.

Ok, kawan saya suruh saya buatkan kek dan bagi kad untuk dia. The real fact waktu itu adalah saya langsung tak tahu nak buat apa apa kek pun.

So, “effort” saya waktu tu memang sangatlah banyak. Kek pertama saya adalah untuk crush saya hahaha alahai cringe betul.

Oleh kerana saya dan si dia sesi pagi, saya bangun awal untuk siapkan “efforts” saya untuk dia. Saya ajak kawan saya temankan saya beli bekal dan kad sebelum hari kejadian.

Pada mulanya, kawan saya sangat terkejut bila saya kata yang saya nak cuba untuk buat apa yang mereka cadangkan sebab diorang tahu saya jenis pemalu tetapi saya pantang dicabar.

Dengan sedikit keberanian, selesai sahaja siapkan “efforts” saya itu.

Saya meminta kawan saya yang merupakan pengawas sekolah dan secara kebetulan, memang kawan saya memantau di kawasan kelas senior itu pada waktu pelajar semua sesi sedang berehat. Saya beritahu kawan saya untuk letakkan di bawah meja.

Ok, the mission completed but the worse began hahahaha nak tahu tak sebab apa?

Sebab dia cari siapa di sebalik pemberi kek dan kad itu. Saya tahu sebab kawan saya stalk twitter lelaki itu.

Sebelum melanjutkan kisah saya, saya berani buat macam tu sebab waktu tu senior itu dah lama single (kawan saya yang bagitahu) kami memang geng mamarazi laju je bila dapat informasi.

Kawan saya kata senior itu lebih stress mencari pemberi kek daripada belajar untuk SPM yang hanya lagi tiga bulan sahaja hahahaha katanya teka teki yang merumitkan.

Saya tak berani follow Twitter senior waktu itu. Jadi, apa apa info kawan saya yang akan bagitahu saya sebab senior itu memang suka tweet je memanjang.

Makin hari kian berlalu, kawan saya yang selalu bagi informasi dan yang tolong saya sampaikan kek dan kad itu mula disyaki oleh senior lelaki itu sebab kawan saya kebetulan jual kek coklat dekat sekolah.

Jadi, masa kawan saya datang dekat kelas senior lelaki itu untuk bagi kek kepada yang dah kirim semalam. Lelaki itu dah “aim” kawan saya dan tanya terus ok. Sebab kawan saya tu memang peramah sangat.

Jadi, semua orang memang kenal dia lagi-lagi kawan saya tu pengawas sekolah. Bila kawan saya cerita macam tu saya rasa macam cepatnya dah nak tahu, saya tak bersedia lagi.

Jadi, kitaorang ada sedikit salah faham sebab saya tak sedia lagi dan kawan saya tu pula dah mula rimas sebab senior lelaki itu dah mula tanya dia macam2.

Bila dah berani ambil langkah yang boleh menyusahkan diri sendiri, nak atau tak nak kenalah hadapinya. Saya tak nak susahkan kawan saya lagi dah. Jadi, saya cakap ok bagitahu je saya yang bagi. (Pengsan).

Bila kawan saya dah bagitahu tu saya yang bagitahu mak aiiiii dah kenapa saya asyik bertembung je dengan senior tu. Dah lah tak tahu nak sorok muka dekat mana kan dan kebetulan pula sebabkan ada rakan sekelas saya yang tiba tiba patah kaki.

Jadinya, kami satu kelas terpaksa pindah bawah di mana sebelah kelas saya adalah kelas senior tu. (Pengsan mode) bayangkan lah memang hari- hari lah saya nampak dia. Tapi alhamdulillah kitaorang tak pernah tegur cuma pandang pandang jelah.

Bila crush dah mula pandang kita itu pun dah kira berjaya ye sebab dah berjaya nampakkan kita di hadapannya.

Tapi kan masalahnya saya tak faham kemana saya pergi mesti ada senior tu. Kalau kawan saya berjalan sama dengan saya takpalah ni saya seorang diri lepas tu nampak pula dia tu. He smiled to me (pengsan mode).

Langkah kedua saya pula saya follow Twitter dia dan kitaorang bertegur sapa di situ. As junior and senior interaction. Oleh kerana saya bukanlah jenis yang nak kepada perhubungan “boyfriend and girlfriend”.

Situasi yang saya dapat itu pun dah cukup memadai bagi saya sebab dia tahu saya yang bagi. Dalam kad tu pun saya memang tulis yang saya suka dia siap lukis gambar sin Chan lagi haha dan sedikit kata-kata semangat untuk jawab SPM.

Ok cukuplah ni kan? Pada mulanya saya memang tidak letak harapan tinggi pun. Dah bagitahu suka pun dah rasa lega dan kenangan terindah.

Akhirnya, dia pun dah nak jawab SPM. Jadi sebelum esoknya dia nak jawab tu, hahaha saya bagi lagi kad kata-kata semangat dan sesi luahan untuk terakhir kali. Itu sahaja kisah kami.

Saya takda POV untuk senior laki tu cuma saya rasa dia gembira sebab ada yang minat dia kot dalam diam-diam.

Selepas 11 tahun, Alhamdulillah lelaki itu pun dah berkahwin dengan jodoh dia (dapat tahu daripada kawan saya).

Dan saya pula masih kekal berkawan dengan kawan-kawan saya yang sentiasa tolong dan sokong saya masa dulu.

11 years tau dan in Shaa Allah until the end of the days.

Cinta pertama itu tak semestinya dimiliki tetapi kenangan waktu zaman sekolah itu adalah yang terindah yang semua orang merasainya. Seronok kan zaman persekolahan?

Walaupun begitu, Terima kasih sebab sudi baca cerita saya walaupun hujung cerita tidak sepertimana yang anda idamkan. It’s okay just enjoy every moments. Muah untuk semua. Hahaha, bye..

– Sogea (nama samaran)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *