Assalamu’alaikum, hai. Saya rasa perlu untuk kongsi di sini apabila terbaca confession Puan “Sizuka”- Dilema antara suami dan anak, (https://iiumc.com/dilema-antara-suami-dan-anak/).
Saya harap boleh jadi panduan dan pengajaran kepada wanita lain terutamanya ibu tunggal. It’s a long one.. Kadang orang nasihat atau bagi amaran kepada kita, we can’t ever imagine what can really happen, so i hope this can provide a real life example..
Semoga luahkan di sini juga dapat jadi terapi untuk saya kerana hingga kini saya tidak mampu meluahkan kepada sesiapa pun, as whole.
Saya juga ibu tunggal, tetapi dengan dua anak lelaki, Umar dan Uthman (bukan nama sebenar). Sama seperti Puan Sizuka, 4 tahun Allah izinkan saya membesar, mendidik, menjaga anak- anak saya sendiri sebelum berkahwin dengan duda anak 6. Kami juga memasuki tahun ketiga perkahwinan.
Perbezaan utama saya dan Puan Sizuka, saya dan anak- anak saya sudah dihalau keluar dari rumah oleh suami sejak awal Januari yang lalu dan dalam proses pengesahan cerai.
Saya mengenali suami hanya sebulan selepas beliau kematian isteri. Tidak pernah sama sekali bertemu, tiada kenalan yang sama selama ini.
Di media sosial pun hanya ada seorang “mutual friend”, itupun bukan kawan secara lansung. Kami bertunang 8 bulan selepas berkenalan, berkahwin 2 bulan kemudiannya.
Beliau 6 tahun lebih tua dari saya, just entered his 40s when we got married. Beliau yang saya kenali sebelum berkahwin, has a very strong father figure. Sangat matang dan tenang, sangat memahami dan bertolak ansur. Beliau sangat penyabar.
Quoted – “You can always pour and express your feeling in whatever way you comfortable with me”.
Beliau sanggup melakukan pelbagai perkara untuk saya dan anak-anak. You name it- menjemput dan menghantar saya pergi dan balik kerja, membantu menjemput dan menghantar anak-anak saya dari sekolah ataupun dari rumah bekas suami pada minggu tertentu, menguruskan urusan ibu saya,
Malah pernah membantu menjemput nenek saya di kampung bagi memudahkan urusan kami adik beradik. He offered, not us asking..
Beliau banyak mengeluarkan belanja untuk saya dan anak-anak untuk pelbagai perkara walaupun tidak diminta. Terlalu banyak beliau lakukan dan berikan (hadiah, bunga, makanan), tak mampu disenaraikan semua di sini.
I see him as a man who can provide. Saya merasakan kasih dan cinta beliau pada saya dan anak-anak saya benar- benar ikhlas.
Sebelum bertunang, kami beberapa kali keluar meluangkan masa bersama. Setiap kali itu jugalah saya akan pulang ke rumah menangis kerana rasa tercabar mental dan emosi menguruskan anak-anak yang ramai, terutamanya kerana sikap anak- anak kami yang berbeza.
Umar dan Uthman bukanlah anak-anak yang sempurna tetapi terdapat banyak perbezaan ketara antara anak- anak kami.
Anak- anak saya lebih mudah taat dan berdisiplin, tidak pernah sama sekali mengamuk menjerit jika tidak mendapat sesuatu, tidak bergantung dengan gadget, tidak menjawab dan melawan jika ditegur, sesama mereka tidak berebut, tidak merampas barang.
His kids; vice versa of all those.. Anak- anak beliau cenderung bersifat kasar dan “rebellious”. Mengamuk, menangis dengan kuat, menjerit, merampas, malah merosakkan barang.
Saya faham, setiap keluarga ada upbringing yang berbeza, apa lagi untuk yang anak ramai. Tetapi, saya sendiri dari keluarga besar, belasan adik beradik but there are things we don’t let it just slide..
Waktu itu, beliau mengatakan kerana anak- anak beliau masih di fasa adaptasi ibu mereka baru meninggal. Yang bongsu dikatakan telah berubah sikap dengan ketara sejak dijaga oleh adik- beradik beliau di kampung.
Beliau sering memujuk mengatakan beliau berpengalaman selama belasan tahun dalam perkahwinan dan sudah berpengalaman menguruskan anak- anak yang ramai. Beliau yakinkan semua ini hanya sementara. Saya hanya perlu percayakan beliau. Quoted- “Trust the process”.
Beliau sering meyakinkan saya yang anak- anak beliau sangat berdikari. Di media sosial juga, perkongsian beliau tentang diri beliau dan anak- anak beliau looks “almost perfect”..
Oleh kerana kami tidak ada pertalian atau kenalan yang sama sebelum ini, sumber saya untuk mengenali beliau hanyalah secara langsung apabila kami berjumpa atau melalui apa yang saya dapatkan di sosial media.
Saya sering jujur pada beliau saya tidak mampu membesarkan anak- anak yang ramai. Bagi saya, 2 anak pun amanah yang cukup besar dan tidak mudah.
Saya luahkan kerisauan saya tidak mampu menjadi isteri yang baik kepada beliau apalagi saya mempunyai dua orang anak sendiri yang memang sangat rapat dengan saya, saya bekerja dan waktu itu juga dalam proses sambung belajar.
Saya takut tidak mampu adil kepada anak-anak beliau, dan saya tidak mahu Umar dan Uthman merasa kekurangan perhatian dan kasih sayang apabila saya berkahwin lagi.
Selama ini, walaupun sebagai ibu tunggal yang bekerja, saya sedaya upaya mencurahkan kasih sayang dan perhatian saya sehabis baik untuk membesarkan, mendidik Umar dan Uthman.
Suami yakinkan saya yang beliau memang tidak ada “expectation” apa-apa kepada saya, cukup mahukan ada “mother figure” di rumah.
Saya boleh fokus pada Umar dan Uthman, saya boleh teruskan fokus saya pada kerjaya saya dan pelajaran saya (saya bekerja sambil belajar dalam bidang professional yang kritikal) dan beliau akan memberi sokongan penuh kepada saya.
He always highlight that he wanted to give better life for Umar dan Uthman, he wanted to ease up my life.
Ibu dan keluarga saya sebenarnya tidak bersetuju kami berkahwin, apalagi mereka tahu saya seorang yang bersifat teliti dan cenderung “takes up responsibility”. Often, I would choose to be the one lead the sailing, bila yang sepatutnya tidak melaksanakan tanggungjawab sepatutnya.
Tetapi mereka menyerahkan keputusan akhir kepada saya. Beberapa kali saya mohon menarik diri dari teruskan perkahwinan but I fall to his promises and guarantees. Hampir semuanya saya masih simpan di whatsapp. The proof and reminder of my own stupidity..
Frequent cry with mental and emotional exhaustion walaupun belum berkahwin buatkan saya rasa perlu undur diri. Seminggu sebelum berkahwin, saya nyatakan tekad to withdraw the marriage. Saya sanggup membayar semula perbelanjaan persiapan perkahwinan kami.
Beliau mengatakan saya sombong, megah, tidak fikirkan beliau yang telah banyak berkorban untuk saya. Beliau katakana saya tidak kasihankan anak-anak beliau yang yatim. Saya dikatakan tidak bersyukur.
Beliau sering mengatakan darjat wanita itu lebih baik, lebih tinggi jika bersuami. Beliau ingatkan saya yang syaitan memang tidak menyukai perkahwinan, justeru saya berfikir demikian.
Saya berasa sangat bersalah dan berdosa waktu itu.
Saya berasa “kerdil”..
Ini bahagian yang paling memedihkan saya apabila dikenang kembali. Kenapa saya boleh kasihan dan berasa serba salah?
Kenapa saya tidak letakkan diri saya dan anak-anak saya sendiri lebih dari beliau dan anak- anak beliau? Kenapa saya perlu berasa rendah diri sebagai ibu tunggal..? Bukankah lebih baik berdosa waktu itu dari berdosa dalam perkahwinan sebagai seorang isteri?
Perhaps, as cliché as it is. “ Cinta itu membutakan”.. Kan?
I am stupid. Yes, I admit..
Jujur, saya memang ada rasa perlukan father figure di rumah untuk Umar dan Uthman. Mereka mendekati alam remaja sebagai lelaki. Ya, ayah kandung mereka masih hidup. Tetapi beliau ada isteri dan anak- anak sendiri yang wajar beliau utamakan.. Saya sendiri berasa perlu untuk sosok seorang suami.
Seorang lelaki, “the leader of the pack” untuk saya dan anak- anak. Untuk dicintai dan mencintai, untuk dilindungi sebagai seorang wanita. Untuk merasa nikmat tidak perlu sentiasa dalam “survival mode” dalam hidup ini. With whom I can be my real self, I can put my guard down, and I can be as fragile as I can be when I need to. Saya juga ada rasa ingin hidup with a husband who provide for me..
Sebelum saya dihakimi sebagai wanita yang mahu bergantung sepenuhnya pada suami, perlu saya kongsi. Dengan rahmat Allah, saya berkelulusan “Degree” dan mempunyai kerjaya sendiri sejak 2015. Allah izinkan saya mempunyai rumah dan kereta sendiri. Walaupun pinjaman bank, tetapi dari kudrat saya, bukan warisan atau harta pusaka, bukan disewa.
Umar dan Uthman bersekolah di sekolah swasta. Kami bertiga sering luangkan masa bercuti, atau “staycation” di hotel yang selesa setiap 3-4 bulan. Saya mempunyai hak penjagaan anak- anak, tetapi hingga kini saya tidak membuat tuntutan nafkah pada bekas suami.
Dari semasa ke semasa, saya maklumkan sebahagian perbelanjaan anak- anak. Jika diberi, saya sangat bersukur, selainnya saya serahkan pada Allah. Kami tidak hidup dalam keadaan meminta-minta atau mengharapkan pemberian makhlukNya.
Hidup kami tidak mewah tetapi cukup untuk kami bertiga hidup selesa seadanya, dan Allah izinkan mampu berterusan “memberi” kepada ibu dan dan keluarga saya. Allah kurniakan saya support sistem yang baik melalui keluarga dan kawan-kawan yang rapat. Not perfect and not many, life is not easy, tapi kami tenang dan stabil.
Silap saya di sini.. Bukankah Allah sebaik-baik mencintai dan melindungi? Sebaik-baik memberi segalanya yang saya dan anak-anak perlukan selama ini? Why would I be yearning for a man to provide for me when Allah is The Best of Provider for us already…?
Ya Allah..:'((((
Sebelum berkahwin, saya mohon kami tinggal berasingan dahulu, memberi ruang untuk anak masing- masing dan saya sendiri untuk adaptasi. Beliau tidak setuju, mengatakan tinggal bersama lebih mudah dan lebih baik. Beliau janjikan pembantu rumah dan berjanji akan mencari rumah yang lebih baik (rumah beliau duduki adalah rumah sewa).
Kami berpindah ke rumah beliau selepas berkahwin, Umar dan Uthman terpaksa berpindah sekolah. Banyak perabot asas dipindahkan dari rumah saya sendiri. Banyak perabot baru juga dibeli oleh saya sendiri.
Katil kami, meja belajar saya, Umar, Uthman dan juga untuk anak- anak beliau, wardrobe baju saya dan anak- anak. Perabot dapur, TV, dressing table, meja makan 10- seater, roofbox kereta suami, more others.. Sofa dari rumah saya juga dijual, beliau gunakan untuk tambahan membeli sofa lain untuk rumah sewa tersebut.
REAL LIFE.
Dalam bulan pertama perkahwinan, saya dapati sikap suami sangat berbeza dari sebelum berkahwin. Seawal sejak 2 minggu berkahwin lagi, kami sering bertengkar. Almost always kerana anak- anak beliau.. Sama ada apa mereka lakukan pada saya, atau apa yang berlaku pada Umar dan Uthman..
Apabila saya adukan masalah, beliau sangat “easily got triggered and offended”. Totally unlike before we got married..
He said i am too sensitive. But i had been as such even before we got married and he knew it.
He was the one who changed 360degree..?
Hampir setiap kali, beliau akan mengabaikan saya dengan pelbagai alasan. Hampir setiap kali, saya dibiarkan melayan perasaan sendiri, menangis, memujuk diri sendiri di bilik berseorangan.
Malamnya sewaktu mahu tidur, atau saya sendiri sudah tertidur, baru beliau akan datang memeluk saya, dan meminta maaf. We wake up next day like nothing happened..
Kemuncaknya, beliau merajuk dan menangis di bilik apabila waktu itu saya mendapati anak- anak beliau selama ini tidak membuat kerja sekolah selama bertahun- tahun, dan anak- anak beliau sangat banyak ketinggalan pelajaran.
Umar dan Uthman memang dididik untuk mementingkan pelajaran dan tahu saya agak tegas memantau kerja rumah dan progress of learning. Anak beliau yang waktu itu darjah 6 malah tidak mampu menyelesaikan kira- kira Matematik asas, walaupun hanya sifir 2.
Suami mengamuk pada anak-anak waktu itu. Masuk ke bilik. He was sobbing.
And that was only one of those times he behaved as such..
Beliau sangat mudah cemburu. I was happy for that at first, but not anymore when it’s unreasonable. Pernah beliau melayan saya dengan dingin hampir 3 bulan kerana salah faham, menyangkakan saya berbalas message dengan lelaki, sedangkan ia sebenarnya perempuan, jurulatih futsal anak saya sebelum berpindah.
No, he was not the one confronted me to ask and to clarify. It was me who confronted him.. I sensed it based on his behavior dan sewaktu bergaduh, this issue came up. Apabila saya tunjuk profile coach tersebut, saya minta beliau hubungi dan bercakap sendiri dengan coach itu, beliau simply asked to “close the case”. Mengatakan saya berlebihan..
How about the ill treatment I got the past3 months he accused me wrongly…? And anyway, no, I never hide my phone password from him. He can always check on my phone, my social media anytime.
Suami juga ada kecenderungan bersikap mengapi-apikan hubungan saya dengan anak- anak saya sendiri, dengan ibu dan adik beradik saya, juga dan dengan bekas suami saya dan isterinya.
Saya sering perlu “mengajar” beliau, jika saya dalam keadaan kecewa atau sedih atau marah, tugas beliau ialah menyejukkan saya, bantu saya berfikiran rasional, bukan menambah dan menyemarakkan keadaan.
Saya perlu berikan beliau contoh kata- kata dan tindakan saya pada beliau apabila beliau mengamuk marahkan anak- anak beliau atau ada isu dengan adik beradik beliau sendiri. Be the one who cool, calm me down, as how I did to you..
It’s somewhat like a child behavior.. “That” mature man I used to know before we got married have gone..
The cycle repeated (sehingga 3 tahun perkahwinan kami..) Saya malah pernah ditinggalkan di rumah dengan anak- anak selama 2 hari selepas kami bergaduh, beliau keluar dan hadiri perkhemahan sekolah salah seoarang anak sebagai sukarelawan.
In the eyes of others, saya yang dilihat sebagai manja, mengada- ngada, mudah merajuk dan sensitif. Outside, his image is totally a contra to what he is at home..
No more all the heart- melting, sweet gestures and efforts, time and attention given before we got married. Dah kahwin, belum setahun pun perkahwinan, it seems he just don’t know how to coax me anymore..
Saya pujuk hati, it is normal for men to change once they got married..
Isterilah tempat isteri bermanja..
Saya pujuk diri sendiri, it is my fault unable to bear all these whole heartedly.
Sering saya bermonolog sendiri, i have to grow up. Be mature.
But a wife and a mother instinct hardly wrong. Not my specialty, but I have the credibility to suspect the diagnosis clinically.. And we women are geared to be an investigator.. right?
Saya jumpa perbualan whatsapp dalam handphone arwah isteri beliau (bukan dari handphone beliau sendiri) tentang masalah depresi beliau. It is Major Depression Disorder. Saya juga jumpa ubat depresi. I confronted him.
Of course this is a big issue, kerana saya telah sering bertanyakan status kesihatan, status ubat- ubatan pada suami sebelum berkahwin. He knew I hate liar.. He knew. Seorang suami dan ayah yang mempunyai kapasiti mental dan emosi yang stabil sangat penting apa lagi dalam keadaan keluarga kami.
We are blended family with 8 kids, beliau tidak mempunyai kerja tetap, berniaga sendiri. Saya bekerja dan juga belajar. I told him, while yes indeed I would love a husband who can be a provider for us, but Insya Allah I won’t depend on him financially . But i truly need a strong leader for me, for our kids, for the home.
Suami katakan beliau sudah bertahun- tahun discharged from treatment, tidak perlukan ubat. Hanya makan ubat dan dapakan rawatan sewaktu arwah isteri masih hidup sahaja.
I forgive him.. I gave him chance. Pada saya, saya sendiri ada banyak kekurangan dan kelemahan. I have my ugly parts,I accept this as one of his..
Saya juga mempertimbangkan masa lampau suami. Beliau dari keluarga besar yang sebelumnya hidup agak senang. Ibunya meninggal sewaktu beliau 12 tahun. Ayah beliau menghilangkan diri untuk beberapa tempoh kemudiannya pulang dengan isteri baru. Hanya adik- adik beliau diambil tinggal bersama, beliau kemudian dihantar ke sekolah asrama mulai tingkatan 1.
His life changed drastically since that.. Beliau tidak rapat dengan ayah beliau sejak itu. He’s a middle child, no elder brother, all sisters before him. Hidupnya lebih banyak bersama kawan-kawan dari keluarga sendiri. Ayahnya meninggal sewaktu beliau sudah ada keluarga sendiri. I know, he has his own trauma to heal.
BREAKING POINT.
Pertengahan tahun lepas, sewaktu parents-meet-teacher di sekolah Umar dan Uthman, Cikgu beliau maklumkan kerisauan tentang perubahan sikap dan progress akademik Umar dan Uthman. Alhamdulillah, Umar dan Uthman agak cemerlang di sekolah dan dikurniakan dengan cikgu- cikgu yang sangat prihatin pada mereka.
Umar dan Uthman tidak mengadu secara terperinci apa berlaku di rumah, hanya menyampai rasa “exhausted mentally and emotionally” di rumah. 3 of us had a deep talk together.. Banyak cerita dibuli anak- anak suami malah oleh suami sendiri yang meraka sampaikan.
Umar dan Uthman juga luahkan rasa takut berada di rumah tanpa saya jika saya keluar bekerja. Saya confronted suami. Saya lebih kerap memeriksa CCTV rumah sejak itu.
Kalau sebelumnya saya hanya access CCTV dari handphone suami, mulai detik itu saya download sendiri dalam handphone saya. Sad surprise, saya jumpa perbualan whatsapp suami dan anak sulong beliau tidak lama selepas itu;
“Abah dah bgtau kan. Ummi ada access to CCTV”.
Silap saya di sini tidak hentikan perkahwinan dari awal. I jave seen things, now i have proof. But i think i should give chance to this marriage. Saya tidak mampu fikirkan perlu start over everything back..
Saya kasihankan Umar dan Uthman jika saya bercerai lagi, kami akan berpindah randah lagi. Pindah rumah, pindah sekolah. Imagine another cycle of adaptation for Umar and Uthman.. I am working and same time studying. Master programme is seriously tough..
Saya juga takut memikirkan apa orang akan kata tentang saya. This is my 2nd marriage. Jika bercerai lagi, just imagine what will the people say about a woman who have had 2 divorces..
Ada yang menasihatkan saya supaya menyerahkan Umar dan Uthman kepada bekas suami.
Ada yang mengingatkan saya bahawa suami ada lah priority. Apa pun saya perlu taat pada suami.
How could i..?
Pada waktu iman saya senipis bawang, pada waktu saya fikir hidup ini tiada makna lagi, Umar dan Uthman lah kekuatan saya. Penghubung saya dan Allah untuk tidak putus asa pada rahmatNya.
How could i…?
Dalam keadaan saya yang ditipu dikhiniati dalam perkahwinan ni?
And who can guarantee i will be much more happy and calm hidup dengan suami dan 6 anak beliau tanpa Umar dan Uthman di sisi?
Is it how it should work? Kebahagian suami is a topmost priority no matter what, and ours isn’t…?
Jika sebelum berkahwin, sikap anak- anak beliau dialaskan pada kematian ibu, mereka anak yatim, dikatakan sekian- sekian kerana mereka dijaga sementara oleh orang lain, dilindungi kerana meraka di fasa adaptasi…
Kini sikap anak- anak beliau dikatakan berpunca dari saya, kerana saya yang berlaku tidak adil pada anak- anak. Saya melebihkan Umar dan Uthman dan tidak memikirkan perasaan mereka.
Bagaimana saya tidak lindungi anak- anak saya sendiri apabila di depan mata saya sendiri mereka dibuli? Awalnya bila diadu pad suami, saya dikatakan hanya berprasangka, terlalu sensitif. Apabila diberi bukti (CCTV), suami akan berkecil hati. Saya dikatakan suka mencari kesalahan. Saya dikatakan sering merasa Umar dan Uthman anak yang sempurna.
Saya tidak boleh menegur sendiri anak- anak beliau atas dasar saya bukan ibu kandung, anak- anak beliau tidak boleh menerima cara saya.
Tetapi, beliau boleh menegur Umar dan Uthman mengikut cara beliau, kerana beliau seorang ayah dan cara beliau lebih baik (?)
Saya maklumkan suami, saya boleh cuba bertahan dan bersabar dengan apa yang beliau dan anak- anak lakukan pada saya. Menipu, mengkhinati saya, berlaku biadap terhadap saya. Saya terima itu sebagai ujian untuk saya sebagai isteri dan ibu. Ujian dan balasan atas dosa- dosa saya, kelemahan saya, pilihan saya sendiri.
But you hurt Umar and Uthman, that’s my limit.
Jika anak- anak suami perlu dikasihani kerana anak yatim, bayangkan Umar dan Uthman. Menyaksikan tangisan, sakit pedih, susah payah saya sebelum dan selepas bercerai dengan ayah mereka dahulu. Menyaksikan ayah mereka mengahwini wanita lain dalam kedaan meraka masih kanak- kanak kecil.
Bayangkan hidup mereka sewaktu tadika dan awal sekolah rendah dalam keadaan itu semua?
Beradaptasi hidup bertiga dan berulang alik hidup dengan another family (bekas suami ada hak melawat/ bawa pulang bermalam pada minggu tertentu). Menyaksikan saya berkahwin lain. Berpindah dari sarang kami yang selamat, pindah sekolah. Menerima adik beradik yang ramai dalam keadaan sebelum ini we had been so intimate just the 3 of us..
Umar dan Uthman sering memilih merahsiakan perbuatan suami dan anak-anak daripada saya kerana tidak mahu saya sedih dan risau. Mereka hanya akan berkongsi apabila dipaksa, digesa oleh saya untuk berterus terang.
“Sebab Ummi penat kerja”
“Ummi kena focus study. Ummi kena pass exam Ummi”
“Umar tak nak ummi sedih”
“Uthman tak nak Ummi jadi lonely balik”
“Uthman tak nak diorang kena punishment”.
“We don’t want you fight with each other.”
2 dari anak- anak suami lebih tua dari Umar. 3 dari mereka lebih tua dari Uthman. Uthman pernah ditarik telinga, pernah ditendang sehingga selaput mata koyak dan perlukan rawatan Ophtalmologist.
Ya, saya yang bodoh kerana keep being positif tidak kena pada tempatnya. Bagaimana saya boleh sewenangnya tenang apabila anak yang saya kandung, lahir, susui, besarkan, masuk sebagai keluarga baru di antara 6 orang kanak- kanak lain yang lebih besar, lebih ramai, dan sudah jelas lebih high demand sejak sebelum berkahwin..
Semoga Allah ampunkan khilaf saya. Semoga Umar dan Uthman maafkan saya..
Saya mohon, merayu pada suami supaya kami berpisah secara baik.
Saya tidak mampu mempercayai beliau dan anak- anak beliau lagi.
Saya jujur, saya mengaku, saya tidak mampu memenuhi keperluan zahir dan batin suami dan anak- anak beliau.
Pada suami, saya bukan isteri yang baik, bukan ibu yang baik.
Pada anak- anak beliau, I’m not good enough as a mother. Cara saya semua tidak kena pada mereka.
Saya tekankan tentang kebajikan anak- anak. Anak- anak saya meningkat remaja. Anak2 suami juga di fasa remaja, di sekolah rendah tahap 1 dan 2, dan yang bongsu tahun ini baru masuk darjah 1.
Dalam keadaan mental, emosi, dan kewangan suami yang tidak stabil, anak- anak yang ramai, saya juga bekerja dan belajar dalam masa yang sama, perkahwinan ini do more harm than good especially to the kids.
Saya boleh cuba bertahan dengan suami. Saya cuba bersabar dan bertolak ansur dengan alasan “anak- anak masih kecil, masih di fasa membesar”.
Saya usaha menerima yang mereka perlukan masa untuk menerima saya sebagai ibu. Saya boleh bersabar walaupun anak- anak beliau yang sudah belasan tahun, sudah di tingkatan, masih sering menipu, berulang kali mengambil- menggunakan barang orang tanpa izin, sering bersikap biadap pada saya.
Dari sebelum berkahwin hingga di awal perkahwinan, apabila anak- anak berlaku biadap pada saya, beliau malah pernah katakan anak- anak juga ada bersikap biadap dengan arwah ibu mereka, justeru saya tidak patut berkecil hati atau merasa mereka bersikap begitu kerana mereka tidak sukakan saya..
Saya boleh bersabar melihat baju- baju yang saya belikan dibuang, dijadikan kain lap atas alasan kain tidak selesa dan sebagainya (sedangkan baju yang sama diberikan kepada Umar dan Uthman..). Umar dan Uthman akur apa sahaja yang saya tentukan.
Mereka akan maklumkan citarasa mereka, tetapi tetap akur saya sebagai “final decision maker”. Makan, pakai, pelajaran, rancangan keluar dan sebagainya. They involve, but they don’t rule me. Tetapi tidak dengan anak- anak suami. Objections, complain, rebel.
Anak- anak beliau masih terkencing malam, walaupun yang memasuki darjah 6, dan yang memasuki darjah 1 masih kencing merata- merata dalam keadaan sedar. Kain terkena najis sering bercampur dengan kain lain. Tempat tidur, karpet, rumah berbau hancing.
“Diorang tak pernah naik suara dengan you kan?”
Banyak, banyak lagi.. Cukup saya senaraikan sedikit supaya sekurang-kurangnya boleh dibayangkan kehidupan kami. It’s mixture of so many things i honestly find it so hard to cope..
Jika saya adukan masalah, saya dikatakan mencari kesalahan. Jika diajak berbincang, saya dikatakan mencari pasal. Saya dikatakan tidak pandai berkomunikasi dan tidak menghormati dan menghargai suami.
Apabila saya berikan suami mendengar sendiri rakaman dasham perbualan kami, how the quarrel progress, bukti beliau yang mudah got triggered and offended, tetap, tetap saya yang dipersalahkan kerana saya yang membangkitkan isu pada awalnya.
Saya tidak boleh mengadu pada ibu dan keluarga saya atau kawan- kawan, itu aib perkahwinan.
What happen in our marriage is to be kept between us.
He said, the kids bukannya ada suis boleh dikawal begitu sahaja. He asked for more time. beliau minta saya bersabar.
Suami tidak mahu kami berpisah dan minta diberi peluang. I did. I gave him chances..
TAWAR HATI.
Waktu saya dapat tahu tentang Umar dan Uthman, juga waktu agak genting saya dalam aspek kerja dan pelajaran. I was sitting for multiple exams that time.
Saya gagal dalam salah satu peperiksaan utama. It feels like, semua ujian bertimpa- timpa. 2 hari sebelum ujian itu kami bergaduh besar kerana faktor saya tidak mampu memenuhi “keperluan” suami seperti yang beliau mahu. That wasn’t the first time we had an argument on that issue..
I was one of the lowest point in my life. I felt like a failure in everything. I’m not a good wife, not a good mother, not good at work and study. I felt like a total loser. Waktu itu saya terfikir untuk quit my master programme.
Jiwa saya masih pedih dan sakit memikirkan Umar dan Uthman. Saya membenci diri sendiri, my choice cost their safety and happiness.. How can i act as if nothing happen…? Perkahwinan kami retak, kami sering bergaduh.
Saya rasa berdosa dan bersalah tidak mampu melayan “zahir dan batin” suami sepenuhnya sepertimana yang beliau inginkan, sehingga banyak episod suami merajuk, mengeluarkan ayat redha suami dan sebagainya.. Kewangan suami juga tidak stabil. Hati saya masih kecewa dan sakit pada beliau dan anak- anak beliau.
I have no one to pour my feelings and tell all this (waktu ini, saya masih belum open up masalah perkahwinan kami pada ahli keluarga saya)
It was all too much for me.. I want to quit my study. I believe I should focus being a wife and mother. I need to fix my marriage. I was considering going to private, better work schedule, much better pay.
Saya hubungi Supervisor yang memang in charge hal ehwal master student. My mistake to have been texting him at night dan menyebabkan suami merajuk dan berkecil hati.
I said sorry, I told him waktu bekerja saya memang tidak ada ruang sesuai untuk bersemuka dan berbincang tentang perkara begini kerana ia akan mempengaruhi emosi saya, hence would affect my work.
Hanya apabila di rumah, saya boleh menangis sepuasnya dan have room to approach my supervisor. I never repeat that and all the way hingga di halau, saya tidak pernah merahsiakan password handphone saya, tidak pernah menyorokkan handphone saya dari suami.
And guess what.. Tidak lama selepas itu saya terdetik untuk went throught whatsapp suami. Banyak perbualan whatsapp suami dengan wanita lain, any time of the day, juga pada waktu tengah malam. Beliau katakan itu bukan isu kerana mereka potential customer, itu urusan niaga.
Saya juga jumpa perbualan whatsapp suami menghubungi ibu kepada kawan salah seorang anaknya untuk bertanyakan tentang kasut sukan. Multiple times he reached out to her. Hingga perbualan terakhir di balas oleh anak itu sendiri, bukan wanita itu (I appreciate her for that. Thank you so much)
Wanita itu bersuami, mereka pernah berjumpa sewaktu acara sukan, suaminya juga hadir, mereka sama- sama dalam group telegram. Why must through her, not her husband instead? Suami juga ada menghubungi cikgu Mandarin wanita dari facebook and having several chats on different occasions with her to practice Mandarin.. Why not male teacher?
I learned that i can’t be rational with him..
Kalau awalnya saya sering meluah perasaan, mengadu, menangis, and yes it could escalate sampai saya ada meninggi suara dan mengamuk pada suami. Saya tidak mahu berterusan berdosa.
It’s extremely exhausting..
Once married, I become the worst person ever. That’s how I live myself with.. Jika saya meluah perasaan atau mengadu pada suami, it definitely got escalated to a big quarrel.
Saya sering, SERING dikatakan seorang yang tidak bersyukur, sombong, sukar untuk taat pada suami.
Saya pernah dikatakan “tidak ada otak” oleh suami, dan suami katakan beliau hanya bergurau. Same time, he would easily offended if how i talk or words i use are not in his preferences..
Berkali- kali saya diugut tentang hilangnya redha suami. Beliau kaitkan dengan saya yang bekerja, belajar, ada peperiksaan untuk diduduki, betapa pentingnya redha suami untuk kemudahkan hidup saya.
Suami pernah beberapa kali mencabar saya jika tidak tahan, failkan sahaja cerai. Saya yang bersalah atas kehidupan saya kerana saya yang bersetuju menikahi beliau. Saya yang bersetuju tinggal bersama.
Jika saya mengadu tentang anak- anak beliau, beliau “balas” dengan mengatakan saya tidak bersyukur. Beliau banyak berkorban untuk saya dan saya tidak tahu berterima kasih.
Suami tiada kerja tetap, jadi kebanyakannya work from home. Banyak urusan yang selama ini saya uruskan seorang diri selama bertahun- tahun, beliau bantu uruskan.. But not that i do nothing for the family…..
Beliau tidak membenarkan saya memandu sendiri. Jadi beliau yang bawa kereta menghantar dan menjemput saya. I had been driving myself for years before. Why now when he did that, with his order, it turned out that i owe him?
Kalau sebelum ini jika saya bekerja pada waktu tertentu, Umar dan Uthman dihantar ke rumah ibu saya atau ke rumah ayah kandung mereka.
Ini antara perkara yang beliau janji untuk mudahkan saya apabila kami berkahwin- supaya Umar dan Uthman hidup lebih stabil- tidak perlu nomad. He knew it, he offered the help even before we got married.
Hampir setiap hari, beliau yang masak sendiri di rumah. Saya nyatakan pada beliau saya sering memasak untuk Umar dan Uthman sebelum ini. Tetapi jika tidak mampu atau tidak sempat, saya tidak paksa diri sendiri, saya akan beli.
Dalam keadaan keluarga besar, anak ramai, saya tidak mampu untuk teruskan rutin sebelum ini. It is unfair for him to make me feel in debt when he did that dalam keadaan beliau sendiri memang perlu menyediakan makan minum untuk anak- anaknya sendiri.
Jujur, saya tetap sangat hargai semua itu walaupun tidak diungkit beliau. But it’s a give and take in marriage he should be able to see from my side too. It took me 3 year to reflect on myself.
Saya willingly memberi beliau purata RM 1-2k setiap bulan secara lansung atau tidak lansung, to help him financially. To pay him back what he spent on me. Supaya beliau tidak terbeban dengan “tambahan” 2 orang anak- anak saya.
Setelah berkahwin, saya baru tahu perniagaan suami tidaklah “seperti” yang dilihat dari luaran.Selain mendapat duit pencen arwah isteri, saya juga baru tahu yang kakak- kakak beliau ada memberikan beliau sejumlah wang setiap bulan selama ini.. Beliau juga ada mendapat rumah pusaka di kampung yang disewakan.
Tetapi kewangan suami masih sentiasa “tight”. At least that’s what I know from what he told me.. I tolerate that. I try to understand his condition. Of course I would love a man who earn better than me. Who can really provide for me.. But married him and knowing all these after the marriage, saya usahakan tidak berharap pada suami..
Saya tidak pernah menetapkan dan meminta nafkah dari beliau. Saya tinggal di rumah sewa beliau walaupun berpindah ke rumah lain adalah salah satu janji beliau pada saya sebelum ini.
I eat what he provide me with. Jika Abang- Abang saya berikan RM2-4ribu untuk isteri mereka sebagai nafkah khusus, saay malah tidak diberikan wang saku pun dari beliau.
Saya beli keperluan dan kemahuan saya sendiri.
There were times, saya sendiri ambil inisiatif memaklumkan suami untuk belikan saya sesuatu so I can have that sense of “I need him”…..
Saya sentiasa pastikan bayar balik apa- apa perbelanjaan beliau pada Umar dan Uthman hatta beliau bawa gunting rambut..
I contributed most, most of the expenses untuk Aidilfitri, Aidiladha. Hidangan, persalinan semua anak- anak, persiapan.. Oleh kerana suami sering nyatakan tidak ada duit untuk berbelanja, justeru kami setuju untuk pulang ke kampung saya untuk perayaan. Duit minyak, makan, homestay; mostly on me..
Saya banyak berbelanja untuk keperluan percutian kami, keperluan asas anak- anak beliau termasuk barangan sekolah, malah yang tidak wajib seperti sambutan hari jadi atau apa- apa hadiah..
Truth, hardly ever saya ungkitkan semua itu pada suami. I don’t see them as sacrifices, tapi ehsan dari saya..
Yang saya sering tegas ungkitkan adalah penipuan beliau and so many promises that he broke.
Saya banyak tukar rutin saya dengan Umar dan Uthman setelah berkahwin. Kami downgrade banyak aspek dalam kehidupan kami. Why can’t he see that too?
Beberapa bulan sebelum dihalau, saya ikuti nasihat kawan saya supaya meminta sedikit nafkah dari suami.
Mungkin saya perlu berhenti menyalahkan diri sendiri dan berhenti merasa semuanya berpunca dari saya. Mungkin salah satu sebab punca kami berterusan bergaduh kerana nafkah yang tidak diberi selayaknya.
So I tried. I did. I asked from him. Suami mula memberi belanja, RM50 setiap seminggu atau Rm50 setiap 2 minggu kepada saya. Allah knows, even that value, waktu itu saya sangat bersyukur.
Saya juga mula lebih regular minta beliau belikan beberapa produk skin care dan barang keperluan harian saya- and I avoid paying him back as usual. Allah know how happy that made me feel that time.. Silly me. Waktu itu saya fikir, I would hold onto this marriage for him. Saya cuba baiki diri saya, and I would love him to improve too.
Tapi saya jujur pada beliau, it’s his kids that challenge me most. Forgive me if I’m wrong. But I feel that, just because there are kindness at other parts given, doesn’t mean I should tolerate wrongdoings at other parts.. Kalau ibu kandung pun boleh mengadu, menangis pada suami tentang anak- anak, why can’t i…?
Memasuki tahun ketiga, I learned to keep it to myself then. We can’t communicate face to face. He refused to involve family. Beliau hanya mahu konsultasi rasmi dengan badan bertanggungjawab but in 3 years, never register for it.. Saya juga dapati beliau masukkan saya dalam archieve list di whatsapp apabila kami bergaduh..
So almost always, I figured my own way to coax myself. Saya tetap luahkan rasa saya di whatsapp pada beliau, even I know he won’t really read it.. Saya sering menangis seorang diri sepuasnya dan menjerit sambal menekup bantal di hujung bilik. I don’t even want the kids outside to ever hear it.
Jujur, saya rindukan hidup saya sebagai ibu tunggal. Saya rindu hidup bertiga dengan Umar dan Uthman. We have good people around us, support us, make us happy.
Apabila berkahwin, dalam keadaan saya serahkan jiwa raga dan kehidupan kami pada suami, this is what we have to bear.. Saya tahu berdosa untuk memikirkan if only i didn’t marry him. But i just couldn’t control it sometimes..
Saya usaha tanamkan dalam diri, ini ujian saya sebagai isteri. I have to fix myself and improve. I have so many sins and flaws, ini ujian Allah untuk saya.
But all these, buatkan saya saya hilang rasa perlukan beliau.
Sadly, saya rasa saya tidak perlukan beliau..
PENAT.
Bulan Disember, kami bergaduh besar lagi. Saya dapat tahu anak- anak beliau dan malah beliau sendiri masih mentally and mentally torturing Umar dan Uthman.
Rupanya masih banyak event Umar dan Uthman dipanggil in private untuk bersemuka dengan beliau- semua dilakukan sewaktu saya tiada di rumah. Malah Umar dan Uthman sering diugut bukan sahaja oleh anak- anak beliau, tetapi oleh beliau sendiri..
Beliau akan berkecil hati jika dengar, lihat, atau tahu yang saya ada menegur anak- anak beliau. But he did much much more.. And for things which is unfair too. Lies after lies even from his children.
Ada beberapa events in between yang padahal saya yang dilukai, tetapi beliau yang merajuk dan berkecil hati.. Saya maklumkan pada beliau, i have had enough. Saya minta kami berpisah secara baik.
Beliau minta diberi peluang, mohon tidak berpisah. Salah satu cadangan saya, untuk sementara, anak- anak yang kecil dijaga oleh oleh orang lain dahulu seperti mana suami pernah menghantar anak- anak dijaga oleh adik beradik beliau selepas isteri meninggal dan sebelum kami berkahwin.
Saya jujur nyatakan saya tidak kuat di fasa ini, too much luggage for me to carry and I need a strong leader. Suami perlu dapatkan rawatan psikiatri semula, fokus stabilkan kewangan, kita fokus dulu pada anak2 yang lebih besar buat sementara.
Suami berang dan mengatkan saya mahu beliau buang anak- anak beliau. Saya dikatakan tidak berhati perut, dan banyak lagi.. Waktu ini, tiada lansung kesalahan beliau disebut. Tiada lansung punca- punca pertelingkahan kami yang berterusan dalam 3 tahun ini disebut. Yang diulang adalah betapa jahatnya saya sebagai ibu mencadangkan beliau “buang anak- anak”.
Saya pilih berdiam diri sejak itu. I have abundances of guilt and fault to swallow already, i can’t bear anymore.. Saya juga penat sering menyalahkan diri sendiri dan merasa yang bersalah. Jujur, saya penat..
Saya cuba fokus pada keperluan Umar dan Uthman, pada kerjaya dan pelajaran saya.
Dalam tempoh itu, Allah ilhamkan saya untuk memeriksa handphone anak sulong suami (time to time it’s a routine to check on the kids’ phone).
Saya jumpa perbualan whatsapp mereka.. Rupanya apabila saya adukan pada suami tentang kesalahan anak- anak beliau, atau saya secara terus maklumkan pada yang paling sulong, mereka akan “bincangkan” kembali dengan anaknya dan sama- sama mencari kesalahan kami.. Saya dan anak-anak saya dibahasakan sebagai “dia dan anak- anak dia’.
Terjawab selama 3 tahun ini kenapa anak- anak beliau tidak menghormati saya. Answered, crystal clear.
I figured out too within that period, suami menipu mengatakan beliau hanya on treatment for MDD sewaktu isteri masih hidup. He actually had a relapse selepas isteri beliau meninggal dunia, required medication. Beberapa bulan sebelum berkahwin pun beliau masih mendapatkan rawatan..
DI HALAU.
Hari kami dihalau, awal pagi tu, saya jumpa handphone suami di dalam tandas. Which is unusual, kerana kami memang sepakat tidak bawa gadget ke dalam tandas. I figured he changed his password.. I confronted him and that escalated to many other things kerana dari Disemeber kami sudah pun dingin..
Saya maklumkan pada beliau, we should gather, kami dan anak- anak. Sama- sama berbincang dan luahkan apa yang berlaku, apa yang tersimpan. Apa yang dirasakan tidak adil. We should really talk it out together, sama- sama.
Beliau keluar rumah awal pagi tersebut dan lansung tidak pulang. Selepas zohor, saya menerima whatsapp di suruh keluar segera, sebaik Umar dan Uthman pulang dari sekolah petangnya nanti. Saya merayu diberi masa beberapa hari kerana saya bekerja malam itu dan malam esoknya dan Umar mempunyai kelas persediaan interview SBPI dengan home tutor pada malamnya.
Suami tahu tentang itu. Suami tetap menggesa saya keluar berpindah ke rumah ibu saya, saya tidak dibenarkan tidur di rumah mulai malam itu, malah dengan jelas dan nyata menyuruh saya pergi bekerja dari rumah ibu saya.
Bayangkan keadaan saya dan anak- anak waktu itu.. Bayangkan wajah dan perasaan Umar dan Uthman waktu itu apabila saya maklumkan pada mereka kami dihalau keluar.
Umar tidak sihat sebenarnya tapi minta Cikgu tidak maklumkan pada saya kerana takut saya risau. Saya tidak tahu Umar tidak sihat hinggalah waktu kami bertiga berpelukan in the midst of us packing. Badan Umar panas. We took quite some time to pack urgent things..
Suami tidak pulang kerumah hingga waktu Isya. Apabila saya tanyakan keberadaan beliau dan maklumkan saya sudah ingin keluar, saya tanyakan adakah beliau memang tidak mahu berjumpa saya dan anak- anak lagi sama sekali, beliau paksa saya tunggu beliau pulang.
Beliau juga menggesa saya untuk tetap memaklumkan dan meminta izin beliau ke mana- mana. Same words thrown at me, tiada redha suami dan lain-lain.
Ibu saya, abang2 saya sama sekali tidak dimaklumkan. Dari hari saya dihalau hinggalah sekarang, beliau juga mengabaikan sama sekali permintaan kami untuk berjumpa. He ignored my brothers’ phone calls.
Beliau tidak mengendahkan permintaan kami untuk berbincang supaya perpisahan dapat dilaksanakan secara baik. Banyak “cerita” dari sisi beliau tentang saya dan anak- anak. Justeru kami ajak bersemuka dan clear the air together. Don’t simply make noises and spread things around.
At least, clear between us and the kids, itu yang penting untuk anak- anak. jangan biarkan anak- anak membesar dalam keadaan salah faham antara satu sama lain. He refused, he totally ignored. My family and me too had being blocked at multiple social media platforms.
I went out from the house bringing my two sons on my own, bawa kereta sendiri ke rumah ibu saya. Tiada tempat tinggal untuk saya disediakan oleh beliau. Tiada perbelanjaan diberi. Urusan pindah barang2 juga semuanya saya bayar sendiri.
He said this is what I want. Beliau lepaskan saya tetapi saya tidak boleh menuntut apa pun dari beliau.
You know.. Dalam pada permintaan pihak saya untuk berjumpa diabaikan sama sekali, dengan alasan tiada masa, pada hari ke dua saya dan anak- anak dihalau, beliau jemput kawan2 pejabat beliau untuk BBQ di rumah beliau. 2 days when he threw us out from the house..
Belum seminggu, beliau juga keluar acara berbasikal, tinggalkan anak- anak di rumah, selfie dan berjalan- jalan dengan kawan- kawan. Beliau travel ke sana sini, ikut acara itu ini tetapi lansung tiada masa untuk menyelesaikan what he started properly..
Saya ada hubungi salah seorang kakak beliau dan nyatakan tentang isu kami. Why chose this way to separate? We are adults.. Ambil saya dengan cara yang baik, kenapa pilih membuang saya begini. Sekurang- kurangnya hormati ibu dan wali saya.
Beberapa hari kemudian, suami failkan perceraian dan menggesa saya menerima perceraian secara fast track, dan saya tidak boleh menuntut apa-apa dari beliau.
Saya maklumkan mahu hadiri sesi konsultasi di Pejabat agama dahulu. I need to bring this to a formal platform. Kami sudah dapat tarikh dari sebelum hari saya dihalau. Beliau menolak dan mengulangi bahawa saya yang mahu bercerai sangat.
Hari sepatutnya kami ada sesi konsultasi di Pejabat agama, beliau tidak hadir dan meneruskan fail perceraian pada hari tersebut. Saya ambil keputusan melantik peguam.. He ignored and refused our proposal for Perjanjian Persetujuan bersama sebelum cerai. Anyhow, multiple discussions so far, able to be done in court, even not yet finalized, but Alhamdulillah.
Pertama kali kami berjumpa di mahkamah Februari yang lalu, apabila ibu dan Abang saya tanyakan sebab beliau menghalau saya dan anak- anak, beliau nyatakan kerana keselamatan anak- anak beliau. How irony.. Kami yang ditipu, dikhianati, dibuli. Kami yang barang- barang digunakan tanpa izin, dirosakkan, diambil.
Kami bertiga, mereka bertujuh. Kami yang dibuat hidup menumpang, keluar dari rumah sendiri ke rumah beliau. Tapi mereka yang merasa tidak selamat.. Sedikit pun beliau tidak rasa bersalah berbahas dengan ibu saya, melihat ibu saya menangis. Lansung tidak menghubungi ibu saya untuk meminta maaf atau menjelaskan apa- apa.
Sebelum Aidilfitri, saya ada hubungi kakak beliau untuk meminta beliau membayar hutang saya- since none of what we proposed dalam perjanjian persetujuan beliau setujui hingga kini.
Tentang nafkah, biarlah di mahkamah dunia dan akhirat nanti Allah uruskan. Beliau boleh teruskan dengan sewenangnya memberi nafkah RM 50 seminggu atau setiap 2 minggu, boleh terus abaikan saya dan anak-anak.. Saya serahkan beliau dan anak- anak sebulatnya-bulatnya kepada Allah. But debt must be paid..
Saya dah maklumkan, dibayar atau tidak between him and Allah. She told me though, “As a human being kita kena belajar to let go, utk clear up inner self.” Easy said than done kan? Imagine this happen to your self, your own daughter, your own sister.
Sehingga kini, tiada seorang pun keluarga beliau hubungi kami. 2 kali berjumpa di mahkamah juga, tiada adik beradik suami yang hadir, hanya sepupu beliau. Saya terjumpa video Aidilfitri keluarga besar suami dan dapati anak- anak beliau berhari raya dengan baju yang saya belikan tahun lepas. How irony.. So much for not wanting me in their life.
It’s been like a book i write here..
Jika ada insan yang Allah izinkan untuk sudi baca sehingga ke baris akhir ini, saya harap dapat memberi manfaat di dunia dan akhirat.
There’s a Japanese legend that says,
If you get on the wrong train, get off at the nearest station.
The longer it takes you to get off, the more expensive the return trip will be.
Saya berdoa Puan Sizuka baca semua ni. Saya faham dilema seorang wanita yang pernah menjadi ibu tunggal, yang Allah beri peluang rezeki bersuami lagi. Betapa kita sendiri mahu lakukan yang terbaik in this 2nd chance..
I understand too the hidden dilemma that we feel, what will the people say if i have another divorce.. Close your eyes and imagine what your child is feeling.
Saya yakin, bukan satu dua insiden sahaja that your instinct tells you that your husband hates your child.. Banyakkan solat tahajjud dan berdoa pada Allah dan berdoa supaya Allah hadirkan people with good hearts and minds to support you. To make you see things clearly.
Jangan abaikan red flags yang Allah izinkan berlaku.. Jangan sampai Puan dan anak dihalau macam saya. Terhirisnya hati apabila anak- anak kita dilukai jauh lebih dalam, lebih sakit dari apabila diri kita sendiri dilukai..
Ada yang mencadangkan saya supaya tidak perlu menuntut apa- apa nafkah sama ada nafkah edah, mutaah, atau apa- apa hutang dari beliau.
Saya memang pernah maklumkan suami jika dilepaskan cara baik, saya tidak akan menuntut apa- apa dari beliau. But this is how he treated us.. Is it wrong for me to ask what is actually my right…? I don’t know, for now saya teruskan. Doakan semoga urusan saya dipermudah..
Saya mohon untuk doakan saya, Umar dan Uthman. Doakan saya mampu memaafkan, mencintai, dan mengasihani diri saya sendiri setelah apa yang berlaku.
Doakan saya dan anak- anak saya dipermudahkan urusan, berjaya, sentiasa bahagia dan tenang di dunia dan akhirat. Doakan semoga apa yang berlaku menjadi hikmah kepada kami, terutamanya kepada Umar dan Uthman dan semoga mereka membesar menjadi mukmeen yang Qawwam.
– Bulma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Anggota badan pinjaman Allah pada lelaki itu sendiri akan jadi saksi sebagai pendakwa atau pembela atas perbuatan beliau di penghakiman kelak. Kalau nak teruskan tuntut jangan pernah takut pada hinaan caci maki manusia. Terus maju ibu bulma! Semoga ibu dan anak-anak sentiasa dalam rahmat Allah. Amiiinn YRA.
Sebagai seorang wanita, amat menakutkan untuk berkahwin semula selepas bercerai atau kematian suami. Isu seperti mak tiri tiada hak untuk menegur anak tiri yang tiada hormat kepada orang yang lebih tua atau yang lebih buruk untuk yang memiliki anak perempuan -jika ada bapa tiri yang ibarat haruan makan anak! Sebagai seorang ibu, tolonglah pertahankan dan utamakan kesejahteraan dunia dan akhirat anak-anak kita… suami boleh dicari yang lain
penat saya baca. maaf saya nak cakap. Puan ada kerjaya bagus, hidup stabil dan berjaya mendidik anak-anak kandung dengan baik. tingkahlaku anak-anak dan prestasi mereka dalam akademik juga baik. itu membuktikan Puan ibu tunggal yang sempurna. Adakah Puan berkahwin kerana hanya nafsu? rindukan belaian seorang suami? Sebelum kahwin lagi, Puan dah tahu di duda anak enam dan anak2 nya susah dikawal.. tapi nasi dah jadi bubur kan? untuk masa panjang demi kesihatan mental dan fizikal, kembalikah hidup bertiga ( Puan, dan anak2 kandung). tapi keputusan akhir di tangan Puan.. Puan, saya juga pernah berkahwin. Janda berhias. Saya faham jika Puan rindukan kehadiran suami. Tapi kita kena kuatkan semangat. Untuk apa nak seronok seketika tetapi merana sepanjang masa? Duda anak 6 tu hanya nak memudahkan urusan harian mereka saja. ternyata macam anak2 susah kawal. darjah 6 masih kencing tilam? dan secara sedar? parah… sifir dua pun tak reti.. Saya mohon maaf jika teguran saya kecilkan hati Puan. Puan, kita wanita boleh hidup tanpa suami. Puan beruntung dikurniakan zuriat yang baik pula tu. Jika kata Puan bercerai, dan teringin lagi kawin. cari bujang terlajak, kerjaya tetap ataupun duda kerjaya tetap tapi takda anak.
akhirnya, habis juga saya baca. Tahniah Puan sebab berjaya berpisah. Tuntut segalanya di Mahkamah sebab dia ‘minta’ bertindak macam tu. orang nak berpisah cara baik dan taknak tuntut, dia buat pasal.. Jangan bagi peluang kat lelaki macam tu
Entahlah betul mdd @ x (sbb jenis ni mmg tere belakon & kaki manipulate), yg pastinya terlalu banyak gaslighting, drama, chaos, no accountability, silent treatment, immatured mentally & emotionally, & terlampau kontranya public image vs private image adalah ciri2 covert narcissistic yg sgt2 ketara sy boleh baca dr kisah puan ni. Stage perkenalan smpai ke perkhwinn & hdup alam brumahtangga pun sebijik2 ikut textbook covert narcissistic 101; drpd idealization, mirroring, lovebombing, gaslighting, guilt trip, silent treatment etc etc smpailah ke discard sbg final stagenya.
Please educate yourself on that subject matter (narcissistic, esp covert narcissistic), insyaAllah akan habis semua confusion, shame & blame that you’ve felt, instead you’ll be overjoyed to be relieved from such burden, chaos, never-ending drama & toxicity. When you’ve seen it, you just can’t unseen it.
Belajarla psl ciri2 & taktik makhluk Allah yg namanya si covert narcissistik ni, maka xkn lg kebulur nk ada kaitan sikit pon,, thp ko nangis, merayu nak msuk hdop aku pon mmg aku tendang laju2 ja kluar dgn menyampahnya, without 2nd thought, tanpa ada rasa besalah sekelumit pon wlu aku empath tegar.
Sekian, talking from experience here, sbg narcissistic abuse victim- knowledge is power!
Moga dipermudakan urusan puan and anak2 puan. Tahniah pn dah buat keputusan yang sgt bagus untuk selamatkan anak2 puan. Pls fight for ur rights!
da tau dia duda anak 6 gatal sgt nk kawen kenapa? sah2 duda tu nk ko duk umah jaga anak2 je ko pulak sibuk nk belaja keje bagai kejar cita2 nan hado tu mnede masa nk urus umah lg anak2 lagi. mmg padan la dua kali gagal.. opps!