Assalamualaikum, and hai. Firstly, I just wanna say thanks to admin if admin pilih kisah saya untuk disiarkan. Kisah yang bakal saya ceritakan ini adalah melalui pengalaman saya sendiri. Depends on you guys nak percaya ataupun tidak.
Ok, kita mulakan dulu dengan Bismillah. Kisah ni bermula sewaktu aku disekolah rendah. Tak berapa nak ingat sangat waktu tu umur aku 9 atau 10 tahun waktu tu. Masa tu aku baru je balik daripada kelantan melawat saudara belah ayah aku. Balik balik je daripada kelantan, aku demam panas. Demam panas berminggu minggu,nak makan nak minum kena ada orang suap,nak mandi ke nak buang air kena ada orang dukung dan mandikan. Pergi hospital doktor kata ok. Makanya baringlah kita terkulai layu dekat ruang tamu.
Sampailah satu haritu, mama ayah buat kenduri doa selamat. Masa tu aku ingat lagi,aku baring kat tengah tengah ruang tamu,kiri kanan depan belakang aku semua bacakan surah Yassin. Aku nak bangun tapi tak boleh. Dalam beberapa minit arwah atok datang dan aku masih ingat masa tu, arwah atok pegang ubun rambut dengan hujung kaki. Aku tak tahu dia baca apa, yang pasti aku mampu pandang je. Tak mampu nak cakap apa apa. Malam tu aku rasa nak buang air, tapi semua dah ketiduran. Tahu tahu je aku dah boleh bangun tapi aku tahan tangan dekat dinding. Bagi seimbang. Keesokannya tu, mama ayah semua terkejut sebab aku dah boleh bangun dalam satu hari. Since that day,aku ok.
Sampailah beberapa tahun lepastu. Aku dah masuk belajar, 18 tahun. Aku tak tahu kenapa tapi aku boleh rasa macam ada benda asing dalam hall orientasi aku. Tahu tahu je member dok guling guling , menjerit. Histeria. Berjangkit jangkit semuanya dekat 10 -15 orang. Daripada pukul 8 malam sampai 1 pagi baru settle semua benda ni. Di hostel aku, banyak kali aku terdengar,perasan benda benda halus ni tapi aku buat tak reti je. Kekadang terdengar juga. Mampu berhuhuhu je kat situ.
Then, masa umur aku 19 tahun, time ni Im with this guy. This guy dia pakai cincin batu and he said ada “penunggu”, oklah, aku cakap “kalau betul ada, malam ni aku nak jumpa” and guys. Memang betul ok, masa subuh dia datang. Depan muka aku je ok, jarak dia 5cm je daripada muka aku. Dia pandang je aku, aku pun pandang je dia sampai member aku pegang bahu aku, aku toleh kat member aku, toleh depan balik tahu tahu dah takde. Dan ya, memang masa tu aku rasa lain sangat, aku dapat rasa ada benda perhatikan aku setiap hari, macam macam aku dengar. Aku bagitahu akak housemate aku semua. Diaorang tolong aku tapi still tak boleh. Sampai ada member aku takut nak dekat ngan aku siap baca ayat Kursi lagi. Aduhaiii member aku ni buat lawak pulak.
Then, aku kenal member lelaki sorang ni, dia jenis typical yang boleh nampak. And he said ” Badan kau kunci eh?” Jangan cakap masatu, aku dah terpinga pinga dah sebab tak faham, then dia explain dekat aku baru aku faham. Tapi terdiam jugalah, dan dia cakap kat aku ” Patutlah dia ikut je kau, dia tak boleh masuk rupanya” Lagilah aku terpinga. Dia cakap ada 3 benda ikut aku, mana je aku pergi sebab menumpang sambil nak cari tuan baru. Pehhh, patutlah aku selalu dengar macam macam dalam bilik aku. Member aku pom dengar. Aku tak boleh tidur sampai azan subuh.
Sehari aku tidur 10 minit je, selera makan bertambah . Tak rasa penat apa pun. Housemate pernah bagi aku dengar surah Yassin, ye ye memang tidur pom tapi 5 minit je sebab “benda” tu main main. Aku play , dia pause, aku play dia pause. Last last aku cakap ” Jangan kacau boleh tak? Bagilah aku tidur kejap. Setengah jam pun jadilah” Dia tak kacau, ngam ngam 30 minit aku terjaga. Malam tu jumpa kawan, dialah tolong buangkan . Balik je hostel aku boleh tidur dengan aman.
Lama lama aku ada kemusykilan sikit. Teringat apa yang member lelaki aku cakap. Aku tanya ayah aku. Tetiba muka ayah berubah. Ayah just angguk dan geleng je. Tak cakap, tapi dia diam. Nampak dia terkejut dan terkedu bila aku tanya, yelah selama ni tak tahu tetiba tahu. Yang aku tahu, mama aku langsung tak tahu pasal benda ni. Cuma arwah atok dan ayah sahaja yang tahu. Bila aku tanya ayah kenapa , ayah tak jawab tapi dia diam je tak bagi jawapan. Aku nekad nak tahu sebab apa . Sampailah 3 4 tahun macam tu, aku kawan dengan sorang ni, jenis boleh nampak , dia boleh kontrol hijab mata dia, jenis boleh baca orang.
Dia cakap dekat aku ” Benda tu besar, warna hitam. Dia ada dekat luar pagar rumah kau. Dia selalu tunggu peluang tapi aku tak tahu bila. Dia tak boleh masuk rumah kau sebab kau sendiri dah pagar rumah kau since mama kena ganggu dulu. Dia just duduk kat luar. Hatihati tahu, solat jaga, jangan buat benda bukan bukan, jaga diri tu. Benda ni memang nak kau daripada dulu lagi. Ayah ngan arwah atok dapat tahu, sebab tu arwah atok tutup hijab dan kunci badan kau. Tapi aku tak tahu sebenarnya dia nak apa daripada kau” Aku terdiam masatu. Sumpah. Dia nak apa sebenarnya? Sampai sekarang aku still terfikir. Tapi kawan aku cakap jangan fikir sangat.
Sampai sekarang aku sendiri boleh rasa, kekadang nampak, aku boleh tahu ada benda asing. Dulu masa mama aku kena kacau pon, aku sendiri boleh tahu. Sebab semua ingat mama cuma demam panas. Tapi aku dapat rasa mama aku lain, cara dia, setiap pukul 3 pagi mama nangis tapi cam mengilai. Sampai ke pagi mama nangis. Aku ada sentiasa dengan mama. Until , aku nak tahu betul ke tak apa aku rasa, aku diri depan pintu mama , aku baca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan seterusnya surah Kursi, hembus je dalam bilik. That THING langgar aku guys! Sampai tergolek aku kebelakang. Terus bawa berubat, since that day aku pagar rumah.
Everytime , bila aku dapat rasa aku diam je mostly. Siapa yang kenal aku, dia tahu kenapa aku sendiri tetiba diam. Kelebihan aku, aku boleh panggil benda datang jumpa aku, dan dia akan datang . Tapi tu lah kan. Kekadang kawan kawan mana yang tahu ni dia memang tak serius, suruh aku panggil benda tu. Aah, aku panggil siapa nak hantar balik? Haihhh.
P/S : Everytime aku dapat rasa , tangan kiri aku mesti sakit. Sakit macam ada yang tenggek. Dan ya, tangan kiri aku tengah sakit sekarang :)
– Miss A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit