Assalamualaikum semua.. Iya apa yang aku kongsi ni tentang rumah tangga aku yang dah hancur.
Aku berkahwin tahun 2014 umur aku waktu tu dah masuk 30 tahun kahwin dengan lelaki umur 32 tahun.
Kami pun berkahwin dari 1 tahun dan akhirnya masuk tahun ke-2 perkahwinan. Routine perkahwinan macam biasa, aku tetap bekerja.
Suami aku berkeras nak aku berhenti tapi aku cakap dalam ekonomi waktu tu agak mustahil sebab aku ada keluarga yang boleh di katakan besar.
Kalau aku berhenti mana nak cekau duit tu semua?
Dari suami, takkan aku setiap bulan nak cakap “bang bagi segini jumlah nak bagi keluarga saya” tak boleh benda ni memang akan awkward walaupun dah berkahwin.
Setiap bulan akan ada dia ungkit suruh berhenti kerja. Aku cakap dengan elok financially memang tak boleh.
Teruskan kehidupan macam biasa dan akhirnya masuk tahun ke-4 perkahwinan.
Hujung tahun 2018 aku ingat lagi tengah kerja dapat panggilan yang mengatakan nenek aku meninggal dunia.
Aku waktu ni bila dapat berita tu sampai terlanggar meja office tu habis berselerak barang. Cakap dengan bos dan aku terus drive dari office balik ke kampung tak singgah rumah terus.
Aku call suami aku sampai 10 kali tak angkat dan akhirnya aku hantar dia audio wasap sambil menangis “abg nenek saya dah tak ada saya balik terus kampung tak sempat singgah rumah”
Aku balik nampak orang dah berkumpul. Adik beradik aku ramai yang tengah belajar jadi semua beli tiket bas otw balik.
Aku bila sampai tu memang menangis teruk. Nenek aku ni lah kudrat dia yang tanggung kami 6 beradik termasuk aku.
Mak dengan ayah aku tinggalkan kami 6 beradik nenek aku yang ambil tugas besarkan kami 6 beradik, guna tenaga tubuh badan dia supaya kami semua ni boleh makan, boleh sekolah, kerja dan cukup pakai makan.
Aku dah drive dari office ke kampung dan dah duduk situ hampir 7 jam dah total 10 jam suami aku tak datang, wasap tak balas dan tak call aku pun call lagi sekali.
Pukul 9 malam. Aku tanya suami aku “abg kat mana dah dalam perjalanan ke?”
Tapi suami aku punya balas, “kat rumah ni penat”. Aku pun cerita arwah nenek mungkin esok siang kebumikan dan panjang lebar.
Reaksi suami aku pula, “ye awak uruskan lah dekat sana apa semua”
Dari malam membawa ke pagi suami aku tak datang ye. Tak ada pun wasap cakap “abg tengah otw” tak ada.
Pukul 10 pagi aku call tak angkat telefon sekali dia angkat marah-marah dan cakap, “ada meeting penting ni tolong jangan ganggu please”
Akhirnya selamat semua dah selesai aku rasa macam kecewa sepanjang arwah nenek aku meninggal suami aku tak datang, tak bagi macam tenangkan aku. Tak ada reaksi langsung tentang kematian nenek aku.
Aku pun balik rumah lepas dah selesai semua urusan. Aku balik rumah sampai malam nampak dia main game dekat tv ruang tamu. Aku jeling je dia buat tak tahu.
Esok pagi tu aku scroll telefon gambar nenek aku terus mengalir air mata dekat dapur ye.
Suami aku dengan tone deaf, “alah dah pergi tak kembali orang pun dah kebumi awak nak menangis apa lagi” Aku bila dengar tu meluap panas hati ye.
Terus aku keluar pergi kerja, tapi satu hari tu aku tak tenteram sebab dia anggap arwah nenek aku punya kematian begitu sahaja.
Sepanjang sebulan selepas arwah nenek aku meninggal tak ada sekali dia cuba tanya aku okay ke tidak atau mungkin jom lawat kubur arwah tidak.
Akhirnya lepas beberapa bulan. Aku waktu ni depressed teruk sebab aku teringat arwah nenek aku.
Aku pun nak pergi jumpa doktor pakar dan ceritakan dekat suami aku ajak dia teman tapi reaksi dia “nak pergi jumpa doktor tu buat apa awak bukan orang gila”. Aku explain satu persatu dia cakap itu mainan minda syaitan apa semua.
Yang paling macam kemuncak dia dengan selamba cakap “kalau awak pergi jumpa doktor tu nenek awak bukan hidup balik buang masa dan duit”
Bila aku dengar tu dengan nada sinis dia terus aku give up dengan perkahwinan ni.
Dia terkejut ye aku minta cerai, maki hamun aku sambil dia menangis. Aku bila tengok rasa kelakar. Sebab benda pertama bila aku cakap nak cerai dia tuduh aku ada jantan lain, tapi dia tak pernah fikir punca nya datang dari dia.
Dia tak nak ye cerai dia suruh aku uruskan. Aku yang terpaksa cari peguam uruskan surat menyurat.
Bila jumpa hakim aku pula yang di marah kenapa nak cerai padahal sepanjang setahun tu tak pernah sekali suami aku datang mahkamah atau bayar duit peguam serta jumpa hakim. Aku yang sebulan 2 kali pergi mahkamah sendiri.
Rasa kelakar pula yang suami aku tak kena denda ke, kena hukum ke, dia sedap duduk rilex dekat rumah tak payah datang mahkamah.
Dan proses cerai ni, aku seorang je yang banyak bazir wang dan tenaga.
– Julia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit