The Only Child

Assalamualaikum. Sebelum start, terima kasih admin kalau publish this confession, kalau tak publish pun, terima kasih juga. Aku cuma perlukan a medium untuk confess, nak let it go for once and for all. Sorrylah kalau campur-campur Malay and English, rasa macam buat karangan pula kalau all BM.

Okay, brief intro. Nama, Mari. Perempuan. Akan masuk 2 series. Currently, a student di salah satu IPTA dalam bidang yang dulu orang claim sebagai critical course tapi sekarang tak dah. Entah kenapa mereka2 dah tak kata bidang ni critical. Bidang ni kalau dekat U campus aku, bidang yang paling tinggi credit hours. Siapa yang agak boleh teka siapa aku, shut up sebab takde hadiah pun kalau betul. Okay, enough on that.

Aku nak confess pasal only-child, particularly pasal aku. Yes, aku anak tunggal. Aku lahir almost 10 years after Ibu Ayah kahwin. Dulu, masa aku kecik2, aku selalu doa nak dapat adik, sebab sepupu2 aku dua2 belah Ibu Ayah, semua adik beradik ramai. Nampak lively setiap kali balik kampung. Dulu, ada je sepupu yang only-child juga, but then when she turned 10, dia dapat adik. Alhamdulillah, I’m happy for her, tak jealous sebab masa tu aku dah sekolah menengah, and aku dah give up with the idea of getting a younger sibling (also dah consider keadaan semasa Ibu dan Ayah masa tu). So yeah, I redha and bersyukur with the fact that I am only-child.

Best ke jadi only-child? Ramai kata, mesti best, mesti every wish tertunai, mesti manja kan etc etc. Memang kalau anak tunggal ni kena associate dengan ‘manja’, ‘apa yang nak, mesti dapat’. Lagi extreme -> ‘spoiled brat’, tu bagi aku extreme, tapi tak pernah lagi setakat ni orang panggil aku ‘spoiled brat’ (belakang aku tak tahulah). First2 orang tanya ‘best tak jadi anak tunggal?’, memang aku tak suka. Serius! Sebab aku akan rasa inferior and orang akan look out for me, macam aku ni budak2. Bukan aku tak berterima kasih kepada insan2 yang look out for me (thanks korang! Sayang korang!), tapi jiwa aku, aku nak independent. Kesannya, aku sentiasa mengharapkan orang untuk buat sesuatu yang sepatutnya aku buat. Contohnya, dekat kedai makan time keluar makan, aku akan minta kawan aku pesankan makanan aku. Yes, nampak mengada2 and believe me, I don’t like it either. Aku dah terbiasa with that habit dari kecil bila Ibu Ayah or makcik pakcik aku tanya. Right now, aku still berusaha untuk fix that and be more independent.

Tapi sekarang, aku dah macam imun-lah dengan soalan tu. Still, aku tak terus cakap aku anak tunggal bila orang tanya aku ada berapa adik-beradik. Aku biarkan diorang teka. Rata2 semua takkan dapat teka aku anak tunggal. Masa kecik2, orang akan kata aku anak sulung, tapi bila dah besar sikit ni, kata anak bongsu. Haha, aku mengaku, aku manja dengan Ibu Ayah, itupun sifat manja aku tu keluar bila masuk form 4 gitu.

About ‘apa nak je, mesti dapat’, meh sini aku beritahu. It depends on parents juga okay. Macam aku, Ibu Ayah aku memang tak manjakan aku. There’s no such thing as ‘mesti dapat apa-apa yang nak’. Kalau aku nak something, diorang akan tanya apa rasional nak beli barang (like laptop, handphone, clothes). Kalau ikutkan rules Ayah, aku cuma boleh pakai phone umur 18, tapi sebab aku masuk asrama, aku start pakai phone masa form 1. Aku tak boleh keluar dengan kawan2, even sesama perempuan tanpa Ibu Ayah, not until I’m 18. And, again. sebab duduk asrama, there are few exceptions lah, itupun kena semua kawan2 perempuan aku keluar sekali, baru Ayah izinkan. Pernah sekali, masa form 5, trip kelas aku hampir2 kena cancel sebab aku sorang tak lepas. Cikgu tak approve kalau ada sorang tak pergi. Sampaikan ada budak lelaki kelas aku tak berputus asa minta no telefon ayah aku, nak minta izin so that aku pun boleh join program. Ah, memories… And, yeah there’s many more.

So, benda ni bergantung pada parents juga. Dulu, aku memberontak jugak, berapa kali aku mengamuk dalam bilik, jerit sorang2 macam orang gila bila tak dapat apa aku nak. Aku tak matang, yes, but now I can’t thank my parents enough for such upbringing. Jadi, tak semua anak tunggal tu sama. Aku sakit hati betul bila orang tak percaya yang aku takkan dapat semua yang aku nak. Meh sini aku bagi one great example, aku tak dapat sambung belajar bidang yang aku minat gila (baca: obses), aviation and instead, aku sambung bidang yang Ibu Ayah rasa sesuai dengan jiwa aku dan boleh advance ke Masters and PHD. Aku malas nak fight sebab secara rasional, cabang aviation tu bahaya untuk perempuan, lagi2 only-child macam aku. Lagipun, bidang yang aku ambil sekarang aku minat je (tapi taklah sampai se-obses aku dengan aviation) and lagi satu, sebab U aku dekat dengan rumah, so aku okay je. Kalau ikutkan aku, memang aku nak sambung aviation and study jauh sikit dari rumah (lantaklah bahaya ke apa, dah minat kan), tapi aku consider Ibu Ayah yang dah nak masuk 6 series, lagi2 dua2 are not that well. So, biarlah berkorban.

Tapi, yang tak bestnya jadi anak tunggal, aku socially-awkward, aku publicly-introvert, but personally-extrovert. Aku tak reti nak start a friendship, and conversation dengan orang baru akan die down easily. Sebab aku takde skill and sikap friendly tu, it’s because aku dah biasa being alone dengan Ibu Ayah. Aku dah biasa dalam zon selesa, dengan orang2 yang aku biasa. Dengan jiran2 sebaya aku pun, aku tak interact. Mula2 kenal orang, memang aku akan diam tapi lama2, bila aku rasa aku dah comfortable dengan orang tu dan aku rasa I can put my trust in them, barulah keluar perangai gila aku. Lagi satu, orang suka ambil advantage atas aku. Apa ceritanya, biarlah aku dan orang yang berkenaan je tahu. (p/s: just so you happen to know, I may forgave the people who wronged me, but selagi aku ingat, selagi tu aku tak lupa. Bukan dendam, tapi sebagai ingatan aku supaya berjaga2)

And sebab aku socially-awkward, aku macam culture-shock masa mula2 masuk degree, sebab kelas aku besar, 100+. Aku dah biasa kelas below 30+ dari sekolah rendah hingga asasi, so bila masuk degree, aku take time to open up. Aku dah terbiasa orang approach aku, tak kira family ke friends. Nak tunggu aku approach, memang susah. Tapi aku cuba ubah. So, bagi yang rasa2 kenal aku, aku minta maaf, aku tak se-friendly Ibu Ayah, I have trust issues, I feel inferior, I feel so exposed without Ibu Ayah, I am socially-awkward. Mesti korang pelik why anak pensyarah unfriendly, jarang2 cakap, asyik stone-faced. I am deeply sorry. It’s complicated.
Also, sebab Ibu Ayah jenis protective (I won’t say they are over-protective) and the wide generation gap between me and them, banyak benda yang aku tak dapat buat, like going to amusement park, tengok wayang etc. But, I know they try to make it up by pergi melancong, spend more family time. Ni satu lagi, orang selalu kata ‘bestlah dapat pergi melancong’ and ‘anak orang kaya’. Yes, Alhamdulillah, Allah bagi rezeki yang membolehkan kami pergi bercuti. But korang ada experience buat normal things, macam kejar bas, pergi trips dengan kawan2, tanpa ibu ayah, pergi tengok wayang. Me? I don’t have those. Aku naik bas rapid pun boleh sesat. And tak dapat nafikan, aku jealous bila tengok gambar kawan2 aku keluar pergi somewhere kat Instagram. Kawan2 aku pun dah tak ajak aku keluar, dah tahu memang aku payah keluar, haha T_T Aku pun teringin nak buat perkara yang kawan2 aku buat, tapi tak boleh, huhu…

Jadi, only-child ni banyak pros and cons (can I say that way? alah faham2 jelah). Just like ada siblings, ada lebih, ada kurangnya. Pesan aku, jangan korang sama-ratakan semua anak tunggal dengan konsep ‘manja, spoiled brat’ and ‘minta je apa2, semua dapat’. Cause that concept don’t apply to everyone. Akhir kalam, aku minta maaf andai confession aku ni macam mengarut entah pape, but again I need to let it out sebab aku serabut, aku tak nak benda ni kacau hidup aku. Harapnya, aku boleh hidup dan jadi more accepting rather than rejecting apa yang berlaku as an only-child.

-Lee Mari

– Mari

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit