The Only Gemok In The Family

Salam warga IIUM Confession.. Ini adalah sekadar luahan hati tanpa isi dari insan yang baru bersalin kurang 48 jam dan telah menerima ayat “dah kurus ke belum?”.

Saya faham dan sedar gemuk ni tak elok. Berat saya 70kg 150cm sebelum mengandung.

Dalam keluarga saya, saya sorang sahaja yang gemuk. Mak, arwah ayah, adik dan kakak saya semua kurus slim.

Sejak dari zaman sekolah, mulut mak saya yang mengata saya gemuk adalah no.1 sampai makcik2 saya pun kata “dah2 la tu..” sambil kesian dekat saya.

Syukur ada lelaki sudi terima saya sebagai isteri. Selepas berkahwin, saya terus mengandung dan berat makin bertambah dari 70kg kepada 80kg dan mulut mak saya semakin banyak mengutuk saya.

Oh ya, kerana saya ni gemuk, saya sedar akan risiko masalah kesihatan yang banyak.

Setiap 6 bulan saya buat medical checkup (medical card company bayarkan) dan belum ada masalah kesihatan.

Saya guna perkataan BELUM sebab saya sedar gemuk ni tak sihat. Tekanan darah, cholesterol, lipid profile, liver profile, kidney profile, ca markers etc semua ok.

Sebelum kahwin saya buat ultrasound pelvis nak tengok ada fibroid, cyst atau polyps, semua ok.

Saya paranoid sikit bab kesihatan tapi tetap gemuk. Haha.

Saya paranoid sebab dari kecil mak saya kata “tak lama lagi mati sakit jantung la kau sebab gemuk”. Tengok2 arwah ayah saya yang meninggal dulu sebab serangan jantung di usia awal 50an.

Saya pun makin paranoid, arwah ayah yang kurus slim pun mati sebab serangan jantung, apatah lagi saya yang gemuk ni kan. Tapi masih kekal gemuk sampai sekarang.

Kakak yang kurus slim juga belum boleh mengandung sebab masalah cyst & fibroid hampir 80% kawasan rahim. Lagi la saya takut.

Saya dah cuba kurus tapi tetap susah bagi saya. Saya makan kurang dan saya active.

Average daily steps saya adalah 30k dan setakat nak lari naik tangga ofis tingkat 20 kacang bagi saya. Saya naik tangga untuk exercise. Tapi tetap gemuk. Saya park kereta jauh sebab nak exercise tapi tetap gemuk.

Sambungan lepas saya bersalin tu, lepas je skin to skin dengan baby, saya call mak bagitahu dah bersalin, ayat pertama mak adalah “dah kurus ke belum?”.

Oh ya, saya sengaja taknak balik bersalin di kampung sebab nak jaga mental health saya. Walaupun anak pertama, saya terpaksa gagah bersama suami.

Sekian dari saya yang gemuk…

– Ecah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ecah, tabah ye, ada ibu yg x menyokong. Ada ibu yg suka kutuk anak. Ada ibu yg jatuhkn rasa yakin diri dgn kata2 yg mgguris hati. Sabar ye. Masih tetap tabah & kuat walau yg asyik mngutuk kamu adalah ibu kandung sendiri. Klau Angah ini mama kamu, pasti kutukan buat anak langsung tiada.

  2. Ada buat thorough medical check up? Yg saya tahu la.. kalau dah exercise tapi still berat sama tak turun…probably ada masalah hormone thyroid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *