Aku rasa masalah jerawat ni semua orang pernah alami. Ada orang sekadar keluar 2-3 ketul jerawat. Ada pulak yang memang dari zaman remaja sampai dewasa tak pernah tak ada jerawat. Masalah jerawat aku pulak start daripada pertengahan tahun lepas. Waktu tu badan aku mengalami perubahan hormone yang mendadak. Oh ye… umur aku 25 tahun. Mungkin sebab nak masuk mid-20s, hormone aku jadi tunggang terbalik.
Anyway, akibat perubahan hormone tersebut, pipi kiri dan kanan aku yang belah bawah dipenuhi dengan jerawat yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Self-esteem aku jatuh mendadak wehhh. Mana taknya, dulu kulit aku memang clean & clear, susah tumbuh jerawat sekali umur 24, bertepek-tepek jerawat aku. Mak aku la yang selalu tegur perubahan muka aku ni. Sejak dari tu, aku bertekad untuk cari jalan penyelesaian masalah jerawat aku ni.
Tapi! Perlu diingatkan, aku tak main pakai je produk-produk yang kononnya claim boleh hilangkan jerawat dalam masa yang singkat. Sebelum aku beli produk-produk untuk masalah jerawat , aku akan buat research dulu. Aku akan baca segala jenis review dari blog (mostly international) & di Youtube. Aku even baca jurnal akademik jugak tau. Padahal aku tak faham pun term-term yang diorg guna. HAHAHA. Tapi usually aku akan cari summary ataupun blog-blog yang memang guna jurnal akademik untuk lebih fahamkan.
Disebabkan kesemua blog-blog yang aku baca ni dalam English dan panjang berjela, aku akan ringkaskan dalam BM untuk korang. Rutin aku ni aku rangka berdasarkan “10 steps of Korean skincare” (Google kalau tak tahu) tapi aku tak ikut bulat2 sebab aku malas jadi aku ambil mana yang perlu bagi aku.
1) Cleanser
Cleanser ada 2 jenis. Oil-based dengan foam. Aku guna dua2. Waktu pagi aku cuma guna yang foam, malam pulak, sebab aku pakai mekap, aku cuci guna oil cleaser lepas tu cuci lagi sekali guna foam untuk pastikan muka aku betul-betul bersih. Untuk oil cleanser, aku guna yang jenis balm (Google Cleansing balm) dan foam cleanser pulak aku guna yang rendah pH. Melalui pembacaan aku, untuk orang yang berjerawat, cleanser yang rendah pH sangat penting.
Sebabnya pH value kulit muka kita ni adalah sedikit acidic (~5) jadi bila kita pakai low pH cleanser dia akan kekalkan keasidan muka kita dan pelihara “acid mantle” muka. Secara ringkas, acid mantle adalah lapisan amino acid dan minyak yang melindungi kulit kita daripada bakteria dan kotoran. Jadi, apabila kita pakai cleanser yang alkaline, dia akan “ganggu” acid mantle kita maka senanglah bakteria untuk masuk kulit dan mulalah timbul jerawat secara berjemaah.
2) Toner
Dulu aku rasa toner ni tak penting, tapi sekarang penting sikitlah. Aku pakai toner yang boleh rendahkan pH level muka aku sebab aku pakai “actives”. Untuk tahu lebih lanjut pasal actives, rujuk step 3.
3) Actives
Actives adalah chemical exfoliators. Skrub yang slalu korang beli kat Watsons tu adalah jenis physical exfoliator. Aku tak boleh guna skrub sebab ia terlalu kasar untuk kulit aku dan buatkan pori-pori aku tersumbat so aku guna yang jenis chemical. Chemical exfoliator yang orang biasa guna ialah Beta Hydroxy Acid (BHA) dan Alpha Hydroxy Acid (AHA). Acid? Ye, acid! “Kau letak acid kat muka kau??” Yup aku pun dulu pikir macam ni gak so sebelum aku guna, aku buat research kaw2. Segala jenis blogs, reddit posts & Youtube videos, semua aku baca dan tengok untuk betul-betul faham apa yang akan berlaku kalau aku guna acid-acid tersebut.
Kedua-dua acid tersebut adalah gentle acid ye. Takkan lebur muka kau kalau pakai. Anyway, BHA ialah oil-soluble acid manakala AHA ialah water-soluble. BHA ni bagus untuk tangani pori-pori tersumbat dan blackhead. Aku pakai mekap dan obviously kalau tak basuh betul-betul, kau akan nampak formation biji-biji kecil kat area pipi dengan dahi kau ataupun bila kau tekan muka kau ada rasa biji-biji dalam permukaan kulit. Tu bagi aku petanda untuk timbul jerawat. So, aku akan guna BHA ni untuk hilangkan biji-biji tu. Kalau ada jerawat yang aktif (merah menyala) pakai ni dan jerawat tu akan kurang merahnya. Perlu diingatkan, kalau pakai BHA ni akan ada purging period.
Apa itu “purging period”? Purging ni adalah satu tempoh masa di mana jerawat akan tumbuh dengan banyaknya selepas penggunaan BHA. Kenapa? Sebabkan BHA ini oil-soluble, dia boleh masuk jauh ke dalam pori-pori untuk keluarkan benda-benda yang sumbatkan pori-pori yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat. So, celah mana lagi benda-benda yang tersumbat ni akan keluar kalau bukan ke permukaan kulit?? Sebab tulah jerawat keluar dengan banyak pada waktu ini. Jujurnya, waktu ni, kau kena kuat dari segi mental sebab jerawat akan keluar dengan agak banyak campur dengan parut lagi. Memang akan jatuh teruk self-esteem kau.
Aku, sebulan tak keluar rumah kecuali pergi kerja, tengok cermin pun tak sanggup. Tapi lain orang, lain reactionnya. Mcm aku, aku pernah guna local produk so aku syak ianya salah satu faktor yang sebabkan pori-pori aku tersumbat. Tapi sekarang , pori-pori aku dah tak tersumbat dah. Biji-biji ape semua tak ada, jerawat pun dah stop keluar kecuali waktu tertentu setiap bulan. Permukaan muka memang smooth. Blackhead pun berkurang gila-gila dan tak nampak unless kau letak magnifying glass kat situ lol.
AHA pulak acid yang membantu melicinkan permukaan kulit dan salah satu cara untuk pudarkan parut jerawat. Tapi kalau pakai AHA, MESTI pakai sunscreen spf 50 keatas. Sebab AHA ni photosensitive, so kalau tak pakai sunscreen maka gelaplah muka korang. Sia-sia je usaha. Ah, lagi satu, acid-acid ni hanya berfungsi dengan berkesan dalam keadaan yang rendah pH. Sebab tu aku pakai toner yang boleh adjust pH muka aku. Acid ni jugak tak boleh pakai sekaligus. NO NO NO! Bab ni kau kena try and error ikut penerimaan kulit kau terhadap acid ni.
First time pakai, pakai sekali seminggu untuk 2 minggu bagi biasakan kulit kau dengan acid. Lepas 2 minggu, up kan sikit pemakaian, 2 kali seminggu pastu up kan lagi selang satu hari pastu kalau kulit kau blh terima nak pakai hari-hari, pakailah. Tapi! Nasihat aku jgn pakai AHA & BHA pada hari yang sama, nanti overexfoliate plak muka kau. Dan jgn plak kau pakai skrub bila dah pakai acid ni. Naya! Active ni memang banyak songeh tapi percayalah ia memang membantu aku untuk elakkan jerawat tumbuh balik.
4) Essence, Serum, Mask.
Actually, ketiga-tiga ni adalah 3 steps yang berbeza tapi kan aku kata aku malas, so aku gabungkan sekali dalam 1 step. Yang ni ikut keperluan aku. Kalau aku rasa nak pakai essence, aku pakai, sama juga dengan serum. Kalau aku ada mask sheet lebih aku pakai. Kalau nak pakai tiga2 pun boleh. Ikut kerajinan. Tiga2 benda ni lebih kurang sama cuma tekstur je lain. Part ni aku pakai malam. Tak ada masa aku nak pakai pagi2.
5) Moisturizer
Yang ni pun ikut keperluan. Kalau kau rasa kulit kau perlukan extra pelembap, gunalah. Tapi kalau kau dah guna essence dan serum dan kau rasa cukup, terpulang. Again, optional. Aku selalu skip sebab aku belum jumpa lagi pelembap yang sesuai dengan aku.
6) Sunscreen
Part ni sangat penting ye terutama sekali dengan iklim negara kita ni. Aku takkan keluar rumah kalau tak pakai sunscreen. Mekap tak pakai tak apa. Sunscreen mesti pakai. Aku pakai sunscreen spf 50 ke atas. Apa beza sunscreen dengan sunblock? Menurut pembacaan aku, sunblock melindungi kulit kita daripada sinaran matahari secara fizikal manakala sunscreen secara chemical. Maksud lainnya, sunblock pantulkan sinaran matahari daripada diserap oleh kulit manakala sunscreen plak filter sinaran UV tersebut. Ada yang boleh masuk, ada yang tak.
Kalau ada yang selalu terdedah kepada cahaya matahari, sunblock dan sunscreen ni perlu dipakai balik setiap 2 atau 3 jam. Spf plak bermaksud berapa lama sunscreen/sunblock tersebut boleh melindungi kulit daripada sinaran matahari. Contoh, spf 30 bermakna sunblock tersebut lindungi kulit korang untuk 30 minit atau kurang. Sama juga spf 45, 50 dan seterusnya. Pokok pangalnya kau kena reapply balik. Sebab tu ada yang mengadu kulit tetap terbakar walaupun pakai sunblock. Sebab nilah.
Aku lebih suka pakai sunscreen sebab aku suka teksturnya berbanding sunblock. Bagi aku sunscreen betul-betul membantu mencerahkan kulit aku dan juga sebagai produk anti-aging. Kulit aku yang dulunya sawo matang sekarang dah kuning langsat uolls. Kenapa aku cakap camni? Disebabkan sunscreen melindungi kulit aku daripada sinaran UV yang boleh menggalakkan produksi melanin (bahan yang menggelapkan kulit) dan kedutan. Jadi, kurang melanin, maka cerahlah tona kulit kau. Parut jerawat juga tak delah hitam sangat. Kedutan pun lambat timbul.
So, habis dah step. Segala kenyataan yang aku tulis ni adalah hasil pembacaan aku daripada pelbagai sumber. Kesemua sumber-sumber ini adalah dalam bahasa Inggeris. Aku dah tolong ringkaskan dan translate untuk rujukan korang. Niat aku satu je, nak tolong orang yang hadapi masalah yang sama. Sebab aku faham perasaan korang. Aku sekarang ni dalam proses pudarkan parut jerawat dan Alhamdulillah aku dah jumpa produk yang berkesan . Mungkin aku akan share kemudian? Till next time.
– Miss AB
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit