The Other Side of Sektor Awam

Salam admin dan readers IIUM Confession. Selepas lama tidak menjenguk page IIUM Confession, tetiba aku tertarik dengan dua confessions berkaitan penjawat awam.

(https://iiumc.com/kakitangan-awam-pemalas/).

(https://iiumc.com/penjawat-awam/).

Memang trigger sebab aku juga penjawat awam yang pernah berada di persekitaran jabatan yang toksik tapi aku juga pernah berada di jabatan yang bagi aku amat menyenangkan dan memudahkan urusan kerja mahupun perhubungan antara rakan sekerja.

Ramai yang menganggap orang kerajaan ini lebih banyak negatif daripada positif. Salah tu tuan puan. Jangan sebab segelintir yang bermasalah, anda anggap semua orang kerajaan ini sama sahaja perangai dan prinsip diri.

Itu belum lagi ‘cerita belakang’ yang tidak semua orang tahu tapi si polan penjawat awam yang tidak bersalah itu yang menjadi mangsa kecaman anda.

Pada masa yang sama, aku akui memang ada segelintir orang kerajaan yang bermasalah dan perlu dinyahkan terus daripada sektor awam.

Aku setuju dengan padangan bahawa exit policy yang diamalkan oleh kerajaan perlu disemak semula keberkesanannya,

Namun ianya perlulah dilaksanakan dengan berhati-hati dan telus agar tiada penjawat awam yang tidak bersalah teraniaya nanti. Maklumlah zaman sekarang banyak cabarannya.

Tidak semua perkara straight forward untuk diselesaikan. Nampak mudah tapi ada perkara ‘di belakang’ yang perlu disiasat dan diambilkira juga.

Contohnya ada orang lain yang dikambing hitamkan untuk kepentingan masing-masing dan ada juga yang memendam rasa terhadap isu di jabatan hingga mempengaruhi prestasi kerja.

Ketua jabatan pertama aku dan timbalannya merupakan antara orang yang sangat aku hormati hingga kini walaupun kedua-duanya telah lama meninggal dunia akibat sakit.

Pantang sebut nama mereka, ex anak buah pasti menyebut ayat wajib ini ‘payah nak jumpa bos macam ni’.

Walaupun diberi kemudahan, tidak pernah disalahgunakan. Mereka strict tapi amat mudah di bawa berbincang.

Memandangkan jabatan ini terlibat secara tidak langsung dengan pelaksanaan projek dan program, risiko untuk ‘gelap mata’ dan godaan daripada pihak-pihak luar amatlah tinggi, kedua-dua mereka ini amat meneliti setiap dokumen yang perlu pandangan dan kelulusan mereka.

Jika ada yang pertikai kenapa lambat dapat kelulusan, mungkin ada dokumen yang tidak lengkap atau discrepancies yang perlu dijelaskan.

Bukan sengaja dilewatkan. Jika ada kesilapan, tidak sesekali staf akan dimarah tanpa diminta memberi penjelasan terlebih dahulu. Apatah lagi dimarah dikhalayak ramai atau dalam mesyuarat.

Kekadang anak buah pun tak tahu pegawai mereka kena marah dengan big bos. Bila ada keperluan untuk kerja lewat dan pada hari cuti, mereka berdua ini sentiasa ada untuk membuat kerja bersama dan tidak dilupakan, bekalan makanan untuk staf yang datang membuat kerja.

Nasi lemak atau nasi tomato memang wajib ada dan bukannya dibeli menggunakan duit jabatan. Seperti mana kata ketua jabatan, dia dibayar elaun keraian dan dalam elaun tu ada hak anak-anak buah dia.

Sebab itu juga, setiap kali hari raya, pasti dia akan memberi sedikit duit raya yang datang dari poketnya sendiri untuk setiap anak buah.

Walaupun hanya sekeping not hijau, tapi value not hijau itu amat tinggi di mata kami yang mengenalinya. Kini, setelah lama dalam sektor awam, aku akui karakter bos sebegini memang sesuatu yang ‘rare’.

Jabatan kedua aku mula mengajar aku menjadi ‘jaded’ dengan sesetengah penjawat awam. Ketua jabatan yang tidak berfungsi sebagai ketua jabatan. Hanya sebagai pak turut kepada pihak-pihak tertentu.

Kakitangan bawahan yang senior dari segi usia pula menggunakan peluang ini untuk menjaga interest masing-masing.

Pernah ada yang cuba menyogok pegawai sendiri untuk kepentingan mereka. Tambahan dengan campur tangan politik, memang kacau SOP kerja ketika itu.

Bukan sekali dua aku kecewa bila bantuan kerajaan tidak sampai ke tangan yang sepatutnya disebabkan isu-isu yang tidak sepatutnya atau dipengaruhi / tekanan oleh pihak-pihak luar.

Itu belum lagi kecewa dengan sikap penerima bantuan yang tidak memanfaatkan bantuan sebaik-baiknya.

Namun aku dikurniakan pasukan anak buah yang teramat baik. Sama-sama turun padang walaupun di hari cuti untuk menyiasat permohonan bantuan.

Sama-sama menangis melihat kehidupan dhaif mereka yang tidak bernasib baik dan sama-sama menangis atau bertekak dengan kontraktor apabila bantuan yang diterima tidak seperti yang sepatutnya.

Kekadang sampai tahap kami diacu parang atau kayu dengan kontraktor yang merasakan mereka kebal dari tindakan undang-undang.

Jadi bagi orang awam yang jika terlihat scene pegawai kerajaan bergaduh/bertekak mulut dengan kontraktor atau public, harap anda siasatlah dulu sebabnya.

Tidak semua kami suka-suka menganiaya orang. Ada sebabnya yang anda tidak tahu dan tidak semuanya kami boleh berkongsi dengan public. Seperti yang aku katakan pada pasukan aku, ‘kita buat yang terbaik kita mampu.

Kita tolong mudahkan orang, mana tau suatu hari nanti orang mudahkan kerja kita pula. Biar yang ‘banyak main’ atau salah guna kuasa tu menjawab di sana sendiri nanti’.

Aku akui, aku sendiri sebagai penjawat awam bukanlah seorang yang perfect. Ada masa terbabas juga dalam menjaga etika kerja. Namun sebagai manusia biasa, rasional perlu ada. Kesihatan fizikal dan mental sendiri perlu dijaga.

Contoh, ada masa time makan tengahari aku bukannya pukul 1 hingga pukul 2 disebabkan ada tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.

Selepas pukul 2 baru berpeluang berehat dan makan (tapau makan di pejabat je pun).

Ada masa pukul 6 petang baru jumpa breakfast dan lunch. Tapi dalam situasi begini, memang kecenderungan public akan buat andaian penjawat awam mengular tapau makanan tak kira waktu amatlah tinggi.

Belum kira lagi pernah dipandang serong sebab masuk lewat ke pejabat padahal public tak tahu yang aku baru balik rumah pukul 6 pagi dan tidur sekejap setelah satu malam aku dan pasukan menyediakan dokumen yang penting yang patutnya boleh disiapkan lebih awal,

Tapi disebabkan ketua jabatan tidak berfungsi sebagai ketua jabatan, maka berperang jugalah untuk menyiapkan kerja tersebut.

Hence berjaga sepanjang malam dan staf lelaki sampai siangnya tertidur dalam bilik stor. Yang perempuan terlelap dalam surau. Itu antara cerita ‘belakang’ yang public tak nampak tapi mudah untuk membuat andaian.

Itu baru dua jabatan yang pernah aku berkhidmat, tidak kira lagi jabatan-jabatan lain.

Memang ada yang kaki main golf di waktu kerja, yang salah guna duit jabatan, yang mengular waktu kerja dan sebagainya. Ada reasons yang aku boleh terima dan ada reasons yang bagi aku tidak masuk akal.

Ada perkara yang boleh diberi budibicara namun pada pandangan awam, belum tentu pandangannya sama dengan orang yang melaluinya.

Pada masa yang sama, kerajaan boleh ubah SOP, peraturan atau polisi tapi jika manusia itu sendiri tidak berubah dan tiada kesedaran, akan adakah perubahan?

Akan adakah perubahan jika ada tangan-tangan luar yang cuba mempengerahi keputusan dan memberi tekanan kepada penjawat awam?

Apa pun, tak kiralah anda di sektor awam atau sektor swasta, yang penting sekali kita perlu jaga etika dan sikap kita sendiri terlebih dahulu.

Yes, akan ada cabaran dan dugaannya tapi not every change comes in big packages. Some tiny changes eventually add up to huge results.

Apatah lagi jika dibuat secara bersama. As for the public, judge us the public sector wisely. Kami bukan anti kecaman tapi juga bukan kalis dengan cemuhan.

Sebarang ketidakpuasan hati anda, ada saluran dan cara penyelesaiannya. Jangan disebabkan cemuhan anda, penjawat awam yang ikhlas melaksanakan tugas dengan telus dan amanah menjadi ‘down’ dengan sikap orang awam. Be wise.

– Kaklong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *