The Path: Allah Tak Adil?

Assalamualaikum. Hi semua, Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada team IIUM Confession sebab membenarkan artikel ni diterbitkan. Aku selama ni jadi pembaca dan pemerhati jer kat IIUM Confession ni.

Tetapi beberapa hari ni aku terpanggil untuk menulis disebabkan oleh satu luahan daripada IIUM Confession dan beberapa isu yang bangkit pasal Allah Tidak Adil dan viral di media sosial berkenaan orang yang merasa rendah diri sehingga anggap diri itu gagal bila melihat kejayaan orang lain.

Sebab aku sendiri pernah berada situasi tersebut dan pernah bermonolog dalam diri mengenai topik ini, mungkin aku boleh kongsikan pandangan aku terhadap isu ini.

Yupp sama seperti mereka, aku pernah merasa seperti yang mereka rasa. Ketika itu aku melihat ramai kenalan aku yang hidup dalam keadaan yang baik dan boleh dianggap berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Ada yang bekerja dalam syarikat MNC atau GLC yang hebat. Ada yang berjaya dalam bisnes sendiri, ada yang dapat masuk PTD, atau dapat PhD. Gaji tak payah ceritalah berapa kali ganda daripada aku.

Benda ni buat aku rasa cemburu dan rasa diri ni ‘Loser’ gila. Aku time tu kerja kontrak yang mana setiap 3 bulan fikir nasib akan dibuang atau continue. Gaji pon tak seberapa.

Aku pernah merasa kerja gaji bawah 1,500 padahal kerja sebagai engineer, graduan Ijazah muda. So benda ni buat aku ‘down’ gila.

Sampaikan terlintas dalam pikiran aku persoalan adakah tuhan ini tidak adil? Kenapa tuhan tak jadikan semua orang kaya? Kenapa semua orang tak memiliki rezeki yang sama?

Yupp banyak persoalan yang bermain dalam pemikiran aku ketika itu. Tetapi melalui sesi forum yang dilakukan dalam otak aku ketika itu banyak membantu aku untuk mencari jawapan bagi persoalan tersebut.

Aku bahagikan kepada 4 point utama untuk jawab semua persoalan tersebut.

Yang Pertama, Dunia ini Allah telah menetapkan satu aturan atau sistem yang mana setiap dari makhluk ini saling memerlukan atau saling berkait.

Sehinggakan sekiranya berlaku ketidak seimbangan dalam aturan ini akan mendatangkan mudarat yang lain.

Contoh paling mudah adalah alam sekitar, bila ramai manusia merosakan hutan dan ditambah pembangunan yang meningkatkan lagi pengeluaran karbon dioksida, berlakunya pemanasan global.

Sama juga dengan aturan kehidupan manusia. Bila adanya orang kaya, akan ada juga orang yang tidak berapa kaya. Ada ketua, adanya pengikut. Ada rakyat, adanya pemimpin. Ada peniaga, adanya pembeli. Kalau semua orang kaya, pasti tidak akan ada orang yang akan bekerja.

Bila tak ada bekerja bagaimana ekonomi boleh digerakkan. Boss kena buat semua perkara daripada A sampai ke Z. Bila semua orang meniaga, siapa pula yang nak jadi pembeli.

Kalau kita lihat daripada sudut yang besar atau pandangan helikopter, pasti kita akan lihat perkaitan antara satu sama lain dan kita akan lebih memahami aturan tersebut.

Oleh sebab itu, kita tak boleh bersifat sombong dengan orang lain sebab kita sebagai makhluk ini lemah dan saling memerlukan.

Tetapi aturan ini tidak berdiri dengan sendirinya, ia perlu ada formula untuk setiap perkara untuk sesuatu itu berlaku. Seumpama A X B = C.

Macam mana nak dapat C, kita kena lihat faktor A & B. Sama juga dengan penentuan Ketua-pengikut atau boss-pekerja. Ini semua ada faktor yang menjadikan semua itu berlaku.

Ini membawa kepada point nombor dua iaitu karakter atau sifat seseorang (Traits). Setiap orang ada karakter dan sifat mereka sendiri.

Karakter dan sifat ini kadangkala memberi kesan kepada tindakan atau pilihan seseorang.

Sebagai contoh sewaktu kerja dahulu, aku ada kawan yang dah kerja sebagai telco engineer begitu lama. Ilmu dia berkenaan telco ni memang banyak tetapi dia masih memilih untuk kekal dalam posisi dia sekarang.

Bila aku tanya kenapa dia tak nak naik pangkat sebagai supervisor atau lain, dia kata dia tak nak serabut kepala dan nak hidup macam biasa.

Padahal dengan ilmu dan pengalamannya, dia boleh pergi jauh. Tetapi sebabkan sifat dan karakter dia. Dia memilih untuk kekal begitu.

Kat sini aku faham bahawa disamping sasaran hidup, sifat dan karakter itu mempengaruhi tindakan kita. Bagaimana kita boleh ada sifat dan karakter ini?

Banyak faktor. Boleh jadi disebabkan warisan atau didikan daripada ibu bapa.

Kadangkala disebabkan oleh persekitaran atau peristiwa yang berlaku sewaktu kita membesar (pasal persekitaran ni, aku plan nak buat tulisan lain yang menceritakan kepentingan membina persekitaran yang baik.).

Adakah sifat dan karakter ini boleh berubah? Yupp boleh, tetapi perlukan kesungguhan dan keazaman yang tinggi. Sebab itu Allah sebut dalam Al-Quran,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”(Ar-Rad:11).

Untuk mengubah sifat dan karakter perlu ada kesedaran, kesungguhan dan keazaman. Tetapi paling penting dalam dunia ni, tidak semua benda kita akan dapat.

Nak dapat sesuatu kita perlu korbankan sesuatu. Oleh itu, pilihan tersebut juga bergantung apa sasaran hidup yang kita hendak capai.

Sasaran hidup ini point paling penting sebab kat sini adalah tanda aras kita ini ‘berjaya’ atau tidak.

Okay, aku rasa sampai sini sahaja penulisan aku untuk kali ni. Aku rasa baru dua point dah 764 patah perkataan aku taip. Aku pon tak sedar tulisan aku sepanjang ni.

So, aku nak bagi korang hadam dulu tulisan aku dan kalau kau ada apa-apa pandangan, comment, feedback atau persoalan mengenai point aku ni boleh lah bagi comment kat ruang FB ni.

Kita buat diskusi sama-sama kat ruang comment. Daripada korang merapu atau jadi batu api kat ruang tersebut, baik kita wujudkan suasana diskusi. InsyaAllah aku akan sambung tulisan aku akan datang untuk 2 lagi point.

Point ni aku boleh katakan point penting dan juga merupakan foundation yang perlu ada untuk capai kesejahteraan jiwa, akal dan minda.

Stay tuned dan tunggguuuuuu (buat nada Melodi kat TV3 dahulu).

‘Hidup Adalah Perjuangan’

– Noah-Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Assalamualaikum . Saya tengaj menhadapi sedikit kebingungan pada setiap malam saya berfikir. Kenapa Allah tidak adil contohnya sesorang itu tak solat tapi Allah limpahkan dia rzki hidup senang tapi kita yang solat asyik rasa tak ckup , ujian bertubi2 seolah2 Allah tak pandang pun amal ibadah kita . Setiap tngh pagi saya memikirkannya . Saya sedih .saya suri. Rumah . Saya rasa saya dh ikut apa yang rasulullah ajarkan . Tapi kenapa ujian kt saya bertubi2? Kenapa rasa serba tak ckup . Kenapa kwn yg enjoy sana sini berjaya hm keliru

    • Hi Najwa, saya faham situasi awak dan luahan awak ini. Saya pun terfikir kenapa orang yang solat, selalu usaha, mohon doa pada Allah dan bersikap positif dalam hidup, Allah tak bagi apa yang dia minta. Sedangkan, orang yang solat 5 waktu pun tak cukup, bukan selalu ingat Allah pun dah bukannya kuat usaha sangat, tetapi macam tuah & rezeki dia selalu Allah bagi. Sampai saya rasa macam Allah tak Adil, saya rasa saya dah putus asa untuk berharap pada Allah dalam hidup saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *