The Perk of Becoming Famous in Tiktok That Also Got Cyberbullying

Assalamualaikum, saya nak ucapkan terima kasih sekiranya luahan ini disiarkan.

Nama aku Sakura (bukan nama sebenar) berusia 31 tahun, perempuan. Aku adalah seorang ugly duckling. Dan seorang tak pernah terkenal. Sebelum 2021. 

Ceritanya begini, pada tahun 2007/2008. Seorang yang mirip muka ku yelah membuat satu video viral blow up di YouTube. Tapi aku tidak menyedari nya. Dia persis seperti ku. Orangnya comel. Tapi dia kurang upaya.

Iya aku juga orang kurang upaya dari segi mental health. Aku namakan dia Kak M. So Kak M ni lagi famous dari ku di TikTok dan viral sekitar tahun yang sama. 

The consequences dia buat video viral tu. Aku sering di ejek online dengan kata kata yang tak boleh diberitahu sini. Mereka tidak habis habis kata aku ini Kak M.

Aku ini aku bukan dia tapi mereka masih hendak menegakkan benang yang basah. Kenapa dia mirip? Adakah aku dengan dia adik beradik terpisah? Dia ada ayah tapi aku punya abah sudah meninggal beberapa tahun lalu. 

Pada permulaan TikTok ku yang aku download lepas tengok video hit or miss dari seorang pempengaruh TikTok aku mulai download tetapi pengikut ku tetap tidak berganjak dari 35 pengikut.

View ku juga sedikit dan tidak fyp akhirnya setelah 4 tahun main TikTok video ku menjadi viral dan fyp. Aku membuat video TikTok trend what a shame meraih 1 juta viewer. 

Tapi aku dikecam dan aku juga dikatakan comel cantik. Ada juga yang backup aku sebab aku di kecam 50/50. Tapi aku tidak melayan semua itu.

Di tahun 2021 juga pengikut ku naik dari 35 ke 300. Dari 300 ke 500. Dari 500 naik ke 1000. 1000 naik ke 2500 dalam masa seminggu.

So kalau kdrama celebrity tu memang aku relate sangat. Aku masa kenal ex boyfriend aku yang juga pempengaruh terkenal tiktok 45k pengikut, pengikut ku melonjak 25k pengikut.

Tapi akhir nya aku di unfollow beramai-ramai sebab aku putus dengan ex boyfriend aku tu sebab dia memilih untuk bersama dengan Cik R. Now aku punya pengikut 23k pengikut dan akan sentiasa naik. 

Persoalan nya kenapa mereka ejek ejek online ku di setiap video ku yang fyp. Mereka kata aku jumpscare hanya kerana aku tidak mempunyai gigi yang rata. Tapi aku merasa aku cantik jew.

Aku mempunyai mata bundar, hidung mancung, kening lurus serta bibir yang mungil. Tapi hanya disebabkan gigi aku dikecam. Mereka kata aku Kak M (hanya sebab aku dan kak M ade gigi yang sama). Di sisi Lak M mereka kata Kak M adalah Sakura begitu lah sebalik nya. 

Aku ada jumpa video orang yang lagi teruk gigi nya tapi dikecam sama doktor gigi yang kata gigi gadis mat salleh itu fake. Netizen juga kata aku gigi ke filter. Mereka kata gigi aku fake.

Doctor gigi itu kecam gadis mat salleh itu untuk fix gigi dia. Dia cantik gadis mat salleh itu sebab mata dia cantik dan dia pandai makeup tapi hanya kerana gigi kecantikan mata, hidung, bibir, kulit, rambut sudah tidak valid. 

Tapi menurut seorang pempengaruh self love kalau rasa insecure terhadap sesuatu harus mencintai sesuatu itu lebih dalam. Pempengaruh terkenal itu kata kita harus mencintai diri sendiri kita terlebih dahulu sebelum mencintai orang lain. 

Sering di kecam untuk fix gigi tapi tak mungkin ku dapat lakukan sebab aku ada penyakit kencing manis dan gusi aku lemah. Aku block mereka tapi mereka buat fake account yang baru.

Cerita pun dah panjang aku akan sambung luahan pasal sihir tukar wajah dan ugly ducklings di next luahan ya. Bye bye. 

– Sakura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dek……sudah² la layan tiktok tu….. pilihan di tgn kita, nak hidup dlm alam maya atau dlm dunia sebenar… Ngantok baca citer alam maya ko wey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *