Salam. Suka aku untuk kaitkan dengan confession bertajuk Lupus daripada Intan.
Aku ada scoliosis hampir 70 degree curve. Rusuk mula berubah, makin cengkam internal organs. Breathing cepat pancit. Dulu sama macam budak normal lain. Aktif sukan berlari, lompat jauh dan lompat tinggi. Aku masuk kriket. Aku mampu menang Naib Juara taekwondo peringkat daerah Sepang. Tapi semua dulu.
2005, dua besi titanium dan 13 atau lebih skru terpasang pada badan aku. Parut sampai sekarang dari tengkuk ke pinggang. Mulai saat tu, aku dah jadi bionic woman. Bongkok untuk rukuk atau sujud saje berbeza dah. Hidup 360 darjah berubah. Tidur tak boleh mengiring, rusuk lemah. No heavy lifting. Kerja yang aku mampu buat since then adalah yang tak memenatkan dan menyakitkan.
2015, berkahwin. Dan graduasi. Seronok dapat sambut dengan mama ayah dan suami. Semua muka gembira. Dalam batch aku, aku antara terawal dapat kerja dalam bidang aku. Jadi QC Officer di satu kilang tenusu. Tapi tak lama. Mungkin aku tak kental jiwa. Adapun bos baik hati dan sudi ambil orang kurang upaya macam aku untuk bekerja, tapi mulut rakan sekerja agak puaka.
‘Whats the point hiring her as officer if she cant do the job well’ (setiap hari QC sebelum ni angkat produk berbakul-bakul sendiri, tapi aku tak mampu).
Berhenti. Dan keep looking another jobs. Tiap minggu aku dipanggil untuk interview. Mungkin mereka terpanggil dengan pointer cantik. Ramai interviewers senyum happy and aku rasa akan dapat job ni. Tapi lepas habis interview, ada company yang perlukan detail tentang kesihatan. Bila tahu aje penyakit ni, terus flip kertas resume. And guess what,
‘im sorry, i think you are not qualify for this position and this job needs you to bend and lift heavy things’.
‘We cannot hired you. You cant even lift heavy objects. How are you going to autoclave, its heavy for you. We are sorry’.
Ada satu masa, rasa down sangat dengan kawan-kawan ada jenis menunjuk. Biasalah lepasan universiti. Semua nak tunjuk. Offer letter la. Possition. Company head letter. ID card. Ada yang sampai tunjuk salary. Aku pula silih berganti pergi interview dan being rejected. Lastly, ada satu lab, bisa dan sinis komen dia. ‘I suggest you to just do the teaching. Ok. Teach your neighbors kids. Bla bla. You just cant do the lab works’.
Sebenarnya ambil masa untuk move on. Move on putus cinta pun kau golek2 nangis2 maki hamun pujuk rayu. Its not that easy. Hati sakit, sama juga orang sakit. Sensitif lebih. Fragile. Lama-lama 2017 ni aku dah boleh terima hakikat dan tak berapa kisah sangat. Janji aku sihat. Ada keluarga disisi. Suami yang penyayang. Well thats enough. Nikmat mana lagi yang aku nak dustakan?
2017. Despite mulut makcik pakcik yang puaka. Taklah rapat mana, jumpa pun setahun sekali. Mungkin masa hari raya. Mungkin masa kenduri. Mungkin masa kematian. Tapi bicara macam dah kenal lama kenal rapat.
Kenapa jadi suri rumah. Awak kahwin dulu, kenapa sitipah beranak dulu. Belajar tingi tapi tak kerja, membazir duit makbapak. Dan lain-lain soalan yang sebenarnya Allah aje yang ada jawapan.
Macam mana cara nak positif?
1. Dekatkan diri dengan Allah. Baca kisah-kisah Nabi. Sebab nabi Allah, macam-macam ujian lagi besar diorang hadap. Setakat mulut makjoyah tu, hmm.
2. Pilih kawan. Sekarang pun aku boleh nilai mana kawan setakat ‘kawan’. Safe zone. You say hello. I say hello too. Takde lebih sangat. Kita kena faham diri kita lain, berbeza. Orang normal takkan faham. Ramainya akan tengok kita macam buat drama sinetron atau segment Bersamamu je.
Aku sejak masuk dalam kumpulan scoliosis. Aku cari seluruh dunia. Ada group. Sana kau cakap la kau sakit. Kau tanya pendapat. Kau minta oral support. Semua kau dapat dan kau rasa lagi dekat. They are your people. They understand your pain. Sumpah, best buat discussion dengan orang yang satu bot dengan kita.
3. Bila dah sedar hakikat aku partial OKU. Aku ada ilmu. Tapi kalau aku ada syarikat sendiri pun aku berkira-kira nak ambil orang sakit macam aku bekerja. Cukup hari sakit. Tak mampu bangun. Bedridden.
Aku tak pandai online bisness. Aku ada sejarah pendebat hebat. Lecturer cop aku otai unversiti bila buat presentation. Kawan-kawan pun iktiraf kebolehah aku berhujah dengan yakin waktu FYP. Aku sedar.
Jadi aku sekarang buat home tuiton/tutor. Rumah besar, tapi hidup berdua sahaja. Aku manfaatkan bilik kosong kami. Sekarang tiap minggu akan ada pelajar datang. Upah tak banyak. Taklah macam gaji graduan. Seribu pun tak sampai. Tapi aku bahagia, ilmu yang ada dapat aku kongsi dan bagi manfaat pada orang lain.
Sekarang aku tak rasa aku useless. Aku tak rasa ijazah yang aku usahakan, sia-sia. Tak! Biarlah orang nak cakap apa. Yang sakit yang merasa yang ke hospital yang telan ubat yang bayar bil perubatan, bukan dia. Kan?
Ada salah tulis harap dimaafkan. Sekadar coretan seorang suri rumah.
– Asst. Prof. Dr. Nanaj
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit