The Sleepers

Jemput baca confession ni dulu, (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-v/).

Assalamualaikum. Hai korang, Amin lagi. Setelah kita habis which so called confession Tanah yang dijanjikan, kini aku nak sambung sedikit lagi tentang issue yang tengah hangat sekarang. Kira nak menunggang issue la, bukan menunggang agama. Haha. Tak tak. Korang jangan menunggang agama taw, tak baik.

So untuk kali ni, issue apa yang aku nak tunggang ni? Ha. Of course la tentang Ashabul Kahfi yang tengah Feymes sekarang. Cuma mungkin kali ni entry aku tak sepanjang macam cerita sebelum ni hingga makan bersiri siri.

Dan aku nak tegaskan, untuk entry kali ni, aku Cuma nak bercerita tentang ashabul kahfi dari segi sudut pandang sejarah. Bukan nya nak bergaduh tentang ahli politik atau ulamak eh. Kalau korang pakai kasut tu, aku mintak korang jangan masuk la perbincangan kali ni, boleh?

Bukan apa, nanti akan semak dengan kata cacian walaun lah, apalah, which is aku tak suka. Sebab aku amat rimas dengan gelaran gelaran seperti pentaksub, pencacai dan kata kata yang amat tak sedap untuk didengar lainnya.

Walaupun aku kata aku nak tunggang issue, tapi aku nak tunggang dari kaca mata sejarah. Bukan dari kaca mata agama, atau kaca mata politik.

Sebab aku bukanlah orang politik dan jauh sekali orang which so called orang agama. Aku cuma lah seorang yang minat sejarah dan suka mengkaji dan melihat tentang sejarah.

Jadi kaca mata aku adalah dari segi kaca mata sejarah, bukanlah dari kaca mata orang yang lebih Islam dari orang Islam lainnya. Atau seorang pegawai besar yang memegang kepentingan kepentingan poliltik. Im just and ordinary men who love history, thats all.

Tapi, dalam membicarakan Ashabul Kahfi, maka tak dapat tidak kita kena Kembali kepada rujukan yang bertulis tentang kisah Pemuda gua ni. Maka tak dapat tidak, kita Kembali kepada Al quraan. Sebab hanya Al quraan yang ada ceritakan tentang kisah pemuda gua ni. Bukan Bible ye. Bukan.

Walaupun ada pemimpin negara yang mengatakan kisah ini dari Bible, tapi fact is fact. Kisah ini memang tak ada dalam Bible. Kona la kot mana pun, cari la sampai lubang cacing, kalau takde memang takde lah. Lainlah kalau di ada adakan? Betul tak?

Bagi aku simple je, kalau takde memang takde lah, tak perlu berlebihan. Kita berpeganglah bahawa semua manusia buat silap, betul tak? Cumanya cerita ini memang feymes dalam dunia Christianity dan kali pertama direkodkan diceritakan oleh Jacob of Saruq (450-521) didalam khutbah singkat dia di Gereja Ortodoks Timur.

Kalau kita rajin baca biodata atau biography Jacob of Saruq ni, maka kita boleh fahamlah sikit sebanyak dan relate dengan Kisah Ashabul Kahfi ni. Macam mana dia boleh come into that story and all. Cuma yang yang tu aku tak nak go detail sangat, sebab nak buat short entry je ni.

Jadi Ashabul Kahfi ni apa? Cerita pasal apa? Haa.. Jom walk the story. Kisah Ashabul Kahfi ni gais adalah cerita tentang beberapa orang pemuda pada zaman terdahulu yang beriman kepada Allah. Dan mereka ni hidup pada zaman pemerintahan Raja yang meyembah sesuatu yang selain dari Allah.

Dalam Al quran dia tak cerita la berhala, Al quran kata menyembah beberapa Tuhan selain dari Allah dan mereka tidak dapat membuktikan ketuhanan Tuhan yang mereka sembah.

Mungkinlah, mungkin.. Dari sini orang mengatakan kepercayaan trinity, sebab mereka tidak dapat membuktikan ketuhanan Tuhan mereka yang diada adakan. Tapi tu nanti dulu, kita fokus kat main story kita eh.

Korang kena bayangkan taw, Kerajaan zaman dahulu tak sama macam Kerajaan zaman sekarang. Zaman dahulu, king atau raja ni memegang kuasa yang mutlak bahkan dalam keagamaan.

Sebab tu bila raja sesuatu zaman itu memegang tampuk pemerintahan, kebiasaannya kalau raja itu beriman, maka agama atau kepercayaan rakyat tempat itu pun sama. Mereka akan turut beriman sama seperti Raja mereka. Begitu juga sebaliknya, kalau mereka mengada adakan sesuatu kepercayaan, maka rakyat nya juga akan ikut terpengaruh.

Korang jangan tengok zaman dahulu, zaman sekarang pun sama. Walaupun pemimpin itu bukanlah berkuasa mutlak sebagai Raja, tetapi pengaruhnya tetap ada.

Jadi, long story short, Raja pada zaman ashabul kahfi ni keluarkan arahan, supaya sesiapa yang tidak menyembah sembahan sembahan mereka, mereka akan di eksekusi atau di execute. Mereka akan dihukum.

Dalam Al quraan kata mereka akan dilempar batu dan dipaksa untuk kembali kepada kepercayaan mereka. Kepercayaan Raja ini lah. Dan kerana itu, mereka semua melarikan diri ke dalam sebuah Gua untuk berlindung dari Raja yang Zalim tu.

Korang.. kat sini aku nak ajak korang untuk bayangkan sedikit glimpse of the past. Pada masa tu, seluruh negeri di bawah jajahan takluk Raja yang zalim tu berpegang dengan satu pendirian yang mengada adakan Tuhan yang lain selain dari Allah. Dan sesiapa yang berbeza pendirian, akan dihukum dengan hukuman yang berat.

Bukanlah ashabul kahfi atau pemuda pemuda gua ini melakukan satu kesalahan, tetapi pada waktu dan ketika itu pemerintah yang zalim ini memaksa kesemua rakyat untuk masuk ke dalam agama atau kepercayaan mereka. Dan kerana itu pemuda pemuda ini melarikan diri untuk memlihara kepercayaan dan iman mereka.

Dan kalau kan ikutkan sejarah, ada juga perkara yang sama berlaku. Ya berlaku. Semasa penaklukan Andalusia oleh king Ferdinand dan Queen Isabel pada tahun 1492, rakyat Andalusia Ketika itu dipaksa untuk memasuki atau memeluk agama Kristian.

Tak percaya? Yang tu korang boleh google sendiri, betapa teruknya layanan mereka terhadap orang islam dan yahudi waktu itu.

Satu mahkamah inkusisi di wujudkan untuk menghakimi orang orang islam dan orang yahudi waktu tu yang memaksa mereka dibaptis kan. Jadi orang islam masa tu macam mana? Of course mereka juga terpaksa melarikan diri.

Dan wira yang menyelamatkan orang orang islam ketika itu adalah Sultan Bayezid kedua dan disambung oleh sultan Selim pertama dan Sultan Sulaiman Al qanuni, sultan Uthmaniyah. Sultan sultan ini telah menghantar kapal kapal untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.

So samalah dengan pemuda pemuda Kahfi. Mereka terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan iman mereka. Jadi mereka semua melarikan diri ke dalam sebuah gua. Ciri ciri gua ni ada Allah terangkan Al quraan. Mungkin yang tu korang boleh cari dan baca sendiri, tepat dalam surah Al kahfi dalam ayat yang terawal.

Jadi long story short, mereka berehat lah dalam gua tu. Niatnya nak rehat rehat je lah sekejap, tapi Allah tidurkan mereka tiga ratus tahun lebih. Dalam Al quraan kata, Allah tambah 9. So boleh la kita katakan, Allah tidurkan pemuda pemuda kahfi ni 309 tahun. Lama tu.

So bila diorang terjaga, of course la diorang ingat diorang masih dalam era yang sama. Biasa lah, bila semua tertidur sekali, bila bangun mesti ada yang bertanya “Eh, kita dah tidur berapa lama eh?” Lebih kurang macam tu la soalan dia.

Korang pun sama kan, kalau tetibe bangun tido, eh dah pukul berapa eh? Betul tak? Jadi normal la kalau kita bertanya waktu dan ketika bila kita bangun. Sebab bila kita tidur tu, waktu macam lost. Kita tak sedar.

Kat sini aku nak petik satu info saintifik yang menarik. Allah kata Allah tutup telinga mereka, betul tak? Kenapa Telinga? Sebab Telinga adalah salah satu organ yang sensitif untuk mengejutkan kita dari tidur.

Dan sebab tu kita cenderung untuk terjaga bila terdengar sesuatu yang kuat atau sesuatu yang bingit. Cuma kalau korang dah bangun lepas tu snooze alarm balik, yang tu no komen lah. Haha. Atau korang tak bangun bangun bila alarm korang bunyi. Yang tu pun no komen. Haha.

Tapi point ni Allah dah cerita dah dalam Al quraan, kecenderungan untuk kita terjaga dari tidur adalah melalui telinga.Dan kerana itu Allah tutup telinga mereka.

Jadi bila mereka dah bangun, mereka pun tertanya tanya, eh tadi semua lelapkan? Dah tido berapa lama? Jadi, adalah diantara mereka yang menjawab, lama kot tadi. Dalam sehari kot. Yang lain jawab, eh tak lah, mungkin setengah hari kot.

Kat sini menjadi dalil, bila kita dimatikan, akan ada mereka yang merasakan waktu mereka singkat menuju hari akhirat, dan ada juga masa mereka lama. Sebab masa ni adalah makhluk. Dan jasad kita waktu dan ketika ini, memang tertakluk pada masa.

Bila lepas bangun, of course la lapar. Korang pun sama kan? Bangun bangun cari makanan kan? Jadi samalah pemuda Kahfi ni. Mereka bangun, dan mereka lapar. Jadi mereka meminta salah seorang dari mereka untuk pergi bandar dan membeli beberapa makanan untuk mereka makan.

Korang.. kat sini korang jangan salah faham taw. Mereka bukanlah diburu. Cuma waktu dan ketika arahan dikeluarkan, mereka ingin menjaga iman dan mengasingkan diri ke dalam gua.

Arahan dikeluarkan waktu itu pada satu negara. Maka penuhlah penguatkuasa yang mencari cari siapa lagi yang tak menyembah Tuhan yang diada adakan mereka. Jadi sebelum mereka tertangkap, mereka melarikan diri dulu.

Jadi mereka hantarlah salah seorang dari mereka untuk kembali ke bandar membeli makanan. Kat sini mereka berpesan dah kat kawan depa tu, hang jaga jaga sikit naa. Jangan obvius sangat. Play cool ja. Jangan sampai kantoi okey? Mungkin la lebih kurang camtu dialog depa kalau nak di samakan dengan zaman BBNU sekarang.

Yela, mungkin masa tu kalau ada apa apa percakapan, kena tambah All hail lord Jesus. Mungkin la. Kita tak tau. Tapi korang jangan kata aku katakan zaman tu zaman kristian pulak. Sabaq naa.. Nanti kita bahas tentang tu. Sekarang ni kita habiskan dulu kisah Pemuda Kahfi ni.

Jadi berangkatlah salah seorang pemuda kahfi ni bersama wang perak. Haa.. Zaman dulu, macam mana nak tau zaman tu adalah zaman pemerintahan zaman Raja apa? Of course la melalu cetakan wang. Zaman sekarang pun, berapa banyak kali duit atau wang kertas kita berubah kan?

Siapa yang sezaman dengan aku mungkin dapat cam dah, kalau ada wang kertas dua ringgit, dah dapat agak dah tahun bila, betul tak? Oh, ni duit kertas dua ringgit tahun 1998 ni. Sekarang ni dah takde lagi dah. Cuba bayangkan kalau 300 tahun? Agak agak berubah tak duit atau wang kertas tu? Of course la berubah kan?

Sama la macam pemuda kahfi ni. Sampai je dia kat bandar tu untuk membeli barang, dia pelik dah, eh tempat ni macam lain ni? Tapi dia play cool, yelah.. sebab tak nak bagi kantoi. Sebab masa zaman dia kan zaman maharaja yang zalim.

Last last bila dia beli makanan, dia beli mengunakan wang perak zaman dahulu, haaa.. Kat sini dah start kantoi. Eh ni duit zaman maharaja bila ni? Barang barang artifak ni tak boleh sesuka hati dimiliki ni.. Haa.. macam tu la lebih kurang. Nak bagi faham cerita je.

Akhirnya dibawalah pemuda ni ke Raja pada zaman itu. Tapi Raja pada zaman ini adalah maharaja yang baik ye. Dan long story short, akhirnya tahulah kisah pemuda pemuda gua ini. Dan dalam Al quraan di ceritakan dibina kan bangunan di atas gua tersebut bagi memperingati kisah Ashabul kahfi atau kisah pemuda gua tersebut.

So habislah kat situ tentang kisah Pemuda Gua atau ashabul kahfi ni. Kalau korang perasan, aku tak go into detail pun kisah ni. Sebab aku nak stick pada rujukan asal kita, which is Al quraan, sebab the only trustworthy reference is Al quraan kan? Sebab tu aku tak nak go into detail sangat.

Walaupun aku boleh je bawakkan text rujukan Jacobs of Saruq tu sendiri dari sumber Yunani atau Greek, tapi bagi sesiapa yang follow tulisan aku dari tanah yang dijanjikan, maka korang akan nampak method aku untuk stick pada Al quraan, the most authentic one. Kalau Al quraan tak cerita, kita tak payah la bahaskan panjang lebar, betul tak?

Tetapi yang jadi perbahasan kat sini, adakah benar Kisah Ashabul Kahfi ini sendiri dari zaman Nabi Isa ataupun zaman Christianity itu sendiri atau tidak? Dan adakah benar claim bahawa Pemuda itu adalah krisitian? Bukan nak berbalah, tetapi bagi aku pengunaan kata yang tak cermat je.

Dan aku yakin, tidak mungkin terlalu jahat figure seorang pemimpin hingga hendak mengkafirkan orang yang diakui keimanan oleh Allah di dalam Al quraan. Aku adalah seseorang yang suka melihat two side of a coin.

Macam aku kata, aku bukanlah seorang yang which so called religious person, and that’s why pandangan aku pun bukanlah dari pandangan orang agama. Dan aku pun tidak ada kepentingan dalam politik. Aku Cuma seorang yang suka kan sejarah. Im just a simple guys, gais…

So untuk kali ni, aku akan bawakan kedua dua hujah yang mengatakan adakah Ashabul kahfi ni zaman christianity atau sebenarnya zaman zaman Ashabul Kahfi ni zaman sebelum Nabi Isa? Aku akan bawa dua duanya sekali. Tapi aku nak tekan kan, pada akhirnya kita tetap akan berpegang pada Al quraan, tidak ada yang mengetahui kisah ini melainkan yang sedikit. Ya, sedikit.

Dan sebenarnya tak ada pun yang aku lihat yang berani mengatakan teori keberedaan mereka tentang ashabul kahfi adalah yang paling tepat.

Walaupun ada pandangan di Ephesus, Turki atau di Jordan bahkan ada yang mengatakan di China sekali pun, tidak ada yang berani mengatakan bahawa itulah tempat Ashabul kahfi dan tempat yang paling tepat sekali. Tidak ada. Jadi, kita go back pada pegangan kita, which is Allah jualah yang lebih tahu. Okay?

Jadi untuk membicarakan tentang Ashabul Kahfi ni, atau pemuda Gua ni maka tidak dapat tidak untuk kita go back tru history tentang Sejarah Kristian itu sendiri. Aku sebenarnya tak nak ulas sangat tentang ini, since negara kita ramai yang beragama krisitian.

But since its already come to this, I mean the claim of Ashabul Kahfi is Christian, maka tak dapat tidak untuk kita sentuh tentang Christianity. Kalau kat negara kita, Christianity ni di view sebagai agama first class oleh sesetengah kaum.

Walaupun Islam agama rasmi, the plain truth is bagi mereka kalau masuk islam bererti masuk melayu. Padahal Islam dan Melayu itu sendiri dua entity yang berbeza. Islam is above everything else even races. Bahkan bangsa arab sendiri tidak mempunyai kelebihan di Sisi Allah. Betul tak?

Cuma kat sini, Bila masuk islam dipandang sebagai masuk melayu, disuruhnya tukar nama bapa kepada Abdullah. Entah siapa siapa tah di binkan nama ayah. Padahal bagi bangsa cina, nama itu menunjukkan keturunan. Dan mereka amat menjaga nasab atau keturunan tersebut.

Cuma dalam segi pandang sejarah, mungkin pada waktu dan ketika itu, untuk memberitahu yang mereka yang telah memeluk Islam adalah dengan meletakkan nama Abdullah di belakang. Tu dulu la. Tapi sekarang aku rasa tak perlu lah, bahkan ada larangan dari Baginda Nabi sendiri.

Nabi cuma ubah bila nama tu sendiri memberi maksud yang tidak elok, tetapi pernah mengubah nama bapa. Bahkan Ikrimah juga dikekalkan nama bapanya. Ikrimah bin Abu Jahal. Ok dah, tersasar jauh ni.

Bagi aku la, kita racist bila kita hukum orang atas sesuatu yang mereka tak boleh pilih. Macam dilahirkan didalam bangsa melayu atau cina atau india. Kita tak boleh pilih kan kita nak lahir dalam bangsa apa? So racist la kalau kita judge orang tu sebab dia bangsa tertentu. Tetapi agama kan pilihan? Kita ada pilihan untuk percaya dan pilih apa yang kita nak percaya, betul tak?

Ada orang kata kat aku, keimanan itu tak perlu pembuktian. Aku tak nak la argue. Tapi kalau tak perlu pembuktian, maka kita akan percaya membuta tuli. Macam apa yang Al quraan sebut, mereka menyembah Tuhan yang di ada adakan oleh nenek moyang mereka.

Jadi bagi aku, kalau kita percaya sesuatu, lebih lebih lagi bab iman, maka kita boleh membuktikan keimanan kita. Metaliti jangan bertanya nanti lemah iman ini aku rasa, kita jangan la guna sangat. Kalau tak tau, tanya je, kita willing to share. Betul tak?

Kalau kita percaya kan Tuhan, maka kita boleh membuktikan kepercayaan kita, bahawa Allah itu ada dan Esa. Dan kalau kita percayakan Al quraan, maka kita boleh buktikan Al quraan itu benar kalam Allah, kalau kita percayakan Baginda Nabi maka kita boleh membuktikan kepercayaan kita terhadap Baginda Nabi yang tak berbelah bahagi. Betul tak?

Korang berminat tak nak tau macam mana? Kalau nak, nanti aku share eh? Kita habiskan dulu entry kalini. Jauh menyimpang dah. Haha.

Jadi sebenarnya, adakah Pemuda Kahfi ni seorang Kristian? Bagi aku istilah ni tak cermat. Sepatutnya mungkin istilah yang lebih tepat adalah Nasrani yang muwahidun. Atau nasrani yang meng Esakan Allah. Kalau dia nak guna dalam konteks itulah.

Sebab Istilah kristian sekarang amat berbeza sekali kerana Kristian sekarang kepercayaan mereka adalah trinity. Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Kudus. Dalam King James Version, dia guna Holy Ghost. Takpelah, istilah tu biarlah apa pun.

Tak keterlaluan untuk aku mengatakan dah terlalu campur aduk dah. Jom, aku walk korang tru the timeline. Adakah Nabi Isa sendiri mengakui nama Chris itu sendiri di sandar kepada Baginda? Adakah Nabi Isa itu sendiri diturunkan untuk seluruh alam atau bangsa yahudi tu sendiri?

Kat sini aku aku akan guna timeline tahun Masihi, which is tahun kita yang sekarang. Tahun Nabi Isa dilahirkan itu tahun 1 Masihi, sekarang dah tahun berapa? Dah tahun 2024 masihi.

Maksudnya dah 2 ribu tahun selepas Nabi Isa dilahirkan. Kenapa Masihi? Kerana Nabi Isa sendiri di gelar Al Masih. Bahkan dalam Al quraan juga ada mengunakan perkataan Al Masih itu sendiri. Al Masih ibnu Maryam.

So apa signifikasinya tahun ni dalam kajian kita? Korang ingat tak dalam penulisan aku dalam tanah yang dijanjikan bahawa baitul maqdis atau palestin pada waktu Nabi Isa dilahirkan adalah dibawah taklukan Rum?

Jadi walaupun Nabi Isa di utuskan untuk kaum yahudi ketika itu, tidak dinafikan adanya orang orang rum yang ketika itu mendiami BaitulMaqdis yang juga tertarik dengan ajaran Tauhid Nabi Isa. Mereka itulah orang orang Nasrani. Mereka ini masih berpegang pada Nabi Isa adalah pesuruh Allah dan Nabi ye.

Mereka menyembah Allah, walaupun syariat mereka berbeza. Dan term anak Allah atau son of God di salah ertikan oleh penganut mereka sendiri which is aku tak nak go into detail. Sebab bagi orang yahudi Ketika itu, panggilan Anak Allah itu bukanlah literal maksudnya seperti yang difahami sekarang.

Sebab korang kena bayangkan tau dari kaca 2 ribu tahun yang lepas dimana wujudnya beberapa kaum di satu Baitul maqdis yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Sama macam tanah melayu atau Malaysia sekarang lah, ada berlaku nya salah faham dalam istilah istilah tertentu.

Macam contoh.. ni contoh taw, perkataan K*ling itu sendiri. Sedangkan dalam Sejarah memang mengunakan perkataan tu, tetapi bukan lah untuk merendahkan mereka. Bahkan dalam sulatus salatin sendiri mengunakan perkataan itu untuk menunjukkan tempat asal mereka, dari mana mereka datang. Tetapi kini dah disalah erti. Sampai nak sebut pun tak boleh.

Yang tu korang cari sendiri la eh? Tak nak buka ruang perdebatan. Tapi lebih kurang lah term Anak Allah ni, apa yang difahami orang yahudi lain, dan apa yang difahami Nasrani yang terkemudian adalah lain.

Kenapa terkemudian? Gais.. sejak dari Nabi isa dilahirkan hingga diangkat ke langit, kesemua mereka yang ada pada ketika itu tidak memandang Nabi Isa sebagai Tuhan atau Anak Allah secara literal. Mereka masih memandang Nabi Isa sebagai seorang Nabi.

Hinggalah tiga ratus tahun selepas itu, pada tahun 325 Masihi telah berlakunya satu persidangan yang membincangkan adakah Nabi Isa itu Tuhan atau tak? Persidangan ni berlaku kat Nicae, atau sekarang di Iznik Turki. Kalau korang pergi turki, ada kesempatan korang singah tempat ni eh? Kita berjalan kena ambil iktibar taw.

Cuma sekarang tempat ni dah diconvert jadi masjid. Bukan lagi gereja. Tetapi masih ada sisa sisa peninggalan yang masih ada. Korang nanti boleh bayangkan bagaimana persidangan itu berlaku, berlaku pergaduhan dan berbantah bantah. Glimpse of the past gitchew.

Dan memang betul, the first council of Nicae ini, membincangkan tentang ketuhanan Jesus. Setelah 300 tahun ye selepas Nabi Isa lahir. Nabi Isa pun waktu ni dah takde dah. Dan pengerusi dia dalah seorang Maharaja yang hebat. Maharaja Constantine the great. Maharaja yang mengasaskan kota constantinople yang ditawan oleh Sultan Muhammad Al fateh tu.

Dan apakah outcome dari persidangan ini? 80 peratus bersetuju mengatakan bahawa Jesus atau Nabi Isa adalah bukan Tuhan. Ya, bukan Tuhan. Dan mereka ini bermazhab Arianisime. Mereka masing masing percaya Nabi Isa itu Cuma pesuruh Allah.

Jadi adakah selama 300 tahun sebelum persidangan Nicae ini Nasrani tidak sesat? In some sense, yes. Mereka adalah yang muwahidun. Yang masih percayakan satu Tuhan which is Allah. Walaupun tidak dinafikan ada berlaku penyelewengan sedikit sebanyak.

Sebab itu kalau kita faham yang ni, maka mudahlah untuk kita faham Sejarah sebelum datangnya kenabian Nabi Muhammad. Mudahlah kita faham kisah kisah asabun nuzul kisah ukhdud yang diceritakan dalam Al quraan. Mudahlah untuk kita faham sirah Nabi tentang waraqah bin Naufal, dan pendeta yang melihat tanda kenabian semasa Baginda mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam.

Ketika Pendeta Buhaira meminta Nabi Muhammad untuk kembali ke Makkah. Hatta kisah Salman Al Farisi sendiri yang mencari kebenaran agama hingga akhirnya bertemu Nabi.

Jadi Kristian rosak sebab apa? Sebab Keputusan Maharaja Constantine inilah yang memenangkan bahawa Jesus adalah anak Allah dan part of Trinity. Sebab Maharaja Constantine ini ahli politik.

Maka dia akan membuat keputusan yang akan memenangkan pihak dia. Dan memang kalau kita baca biliograhy Maharaja Constantine ini, keputusan ini dibuat semasa tengah berlakunya perluasan kuasa yang luas oleh kerajaan Baginda.

Dan konsep trinity ataupun triad ni memang ada walaupun bukan literal dalam tamadun lain. Contohnya dalam Tamadun Mesir, Osiris, Isis dan Horus. Tamadun Greek, Zeus, Athena dan Apollo. Odin, Thor dan Freyr dalam Norse Mythology dan lain lain.

Jadi Maharaja Constantine ini melihat golongan yang mengatakan Jesus Anak Tuhan ini adalah golongan yang tidak rigid, boleh diubah ubah pandangan mereka, jadi beliau memilih pandangan ini untuk di jadikan asas kepercayaan Kristian sekarang. Dan mudah bagi dia untuk menarik pengaruh dia didalam kempen perluasan kuasa Baginda.

Sebab itulah aku juga setuju dengan kata kata UAI, bahawa pemimpin ni dia mempunyai pengaruh yang besar. Tu je, jangan gaduh gaduh.

So adakah Ashabul Kahfi ni berlaku pada zaman Kristian atau Nasrani? Ha.. kat sini ada beberapa pendapat. Dan aku akan bawakan kesemuanya sekali tanpa prejudis. Ada yang mengatakan pada zaman Maharaja Decius. Maharaja Decius ni memerintah pada tahun 250 Masihi. Dan kalau kita tambah 300 tahun, dah hampir Tahun 550 Masihi dah. Dah nak dekat pada zaman Nabi Muhammad lahir.

Ha, Nabi Muhamad lahir tahun bila? Cepat2. Nabi Muhammad lahir tahun 570 Masihi Gais.. Walaupun dalam sejarah Kristian mengatakan pemuda ni bangkit pada tahun 450 Masihi, korang kena ingat, masa ni konsep trinity dah meluas dah. Susah nak jumpa Raja yang berpegang pada Tauhid.

Rata rata dah berpegang pada konsep trinity sekarang. Bahkan ada juga yang sudah berpegang pada berhala. Sudah melakukan sembahan pada berhala. Yang ni kristian protestan bangkang. Kira ada jasa baik jugaklah Kristian Protestan yang protes terhadap penyembahan berhala ni.

So cerita kat situ dah agak contradict sikit, sebab ketika pemuda gua ini bangun, mereka bangun pada zaman Raja yang beriman. Sedangkan pada zaman itu, konsep trinity dah meluas. Dalilnya? Dalilnya ni homework untuk korang. Haha. Nanti korang baca kisah Salman Al Farisi eh.

Dan pendapat kedua mengatakan dari Maharaja Trajan. Bukan Trojan, Trajan. Maharaja Trajan ni memerintah pada Tahun 98 Masihi. Dan memang benar waktu ketika zaman Maharaja Trajan ni memerintah, adanya polisi eksekusi Kristian atau penghapusan orang Nasrani.

Ni Sejarah betul eh, korang boleh search Roman persecution of Christian kalau korang nak info lebih. Cumanya, adakah Nasrani Ketika ini adalah Christian? Macam aku cakap tadi, pada era awal mereka masih mengangap Nabi Isa itu hanyalah Pesuruh Allah, maka tidak adalah istilah Trinity tu. Tak ada penyelewengan yang besar.

Dan kalau dicampurkan 300 tahun selepas itu, pemuda Kahfi ni bangkit pada tahun 400 Masihi. Masih di awal konsep trinity. Korang.. Bukan semua maharaja ketika itu apply konsep trinity pada permulaan. Permulaan ye. Bahkan anak Maharaja Constantine sendiri mengamalkan Arianisme, which is kepercayaan pada satu Tuhan.

Jadi adakah Ashabul Kahfi ni berlaku pada Era itu? Wallahualam, Allah jualah yang lebih tahu. Cuma aku bawakan pandangan pandangan dari kaca mata sejarah, jawapan yang tepat itu kena go back pada apa yang Allah kata, iatu hanya Allah yang tahu.

Korang jangan kata aku cakap kristian tu betul eh. Bahkan aku tak cakap bahawa Ashabul Kahfi tu kristian. Itu adalah istilah yang tak cermat. Dan kalau go tru history, memang korang akan nampak, Kristian sekarang dah tak sama dah dengan ajaran Nabi Isa yang asal. Bahkan ada selepas tahun tahun itu mereka ingin mengangkat Mary itu pula sebagai Tuhan dan sebagainya.

Tapi takpelah, kepercayaan itu adalah pilihan kan? Kita pilih apa yang kita percaya. Cumanya jangan salah pilih. Kita pilih kerana kita percaya, dan kita boleh buktikan kepercayaan kita. Selagi masih bernafas, carilah kebenaran.

Kami sebagai orang Islam sayang akan Nabi Isa, kerana Nabi Isa juga adalah Nabi kami. Bahkan kami sayang semua Nabi nabi kami. Kerana mereka mengajarkan kami supaya tidak mengadakan sembahan selain dari Allah yang satu.

Okay Cut story short. So adakah pandangan yang mengatakan bahawa kisah Ashabul Kahfi ni sebelum kedatangan Nabi Isa? Ada. Dan tak lain tak bukan kita kena refer balik pada hadis asbabun nuzul turunnya Ayat Surah Al kahfi tersebut. Ketika Baginda Nabi didatangi oleh beberapa orang Yahudi untuk bertanyakan beberapa perkara termasuklah Ashabul Kahfi.

Haa.. kat sini sebab yang datang adalah orang yahudi. Bukan orang Nasrani. Orang yahudi yang bertanya tentang Ashabul Kahfi kepada Baginda Nabi, bukan Nasrani. Ini kerana, kisah ini hanya diketahui oleh pendeta pendeta yahudi.

So kat sini jugalah yang menjadi dalil bahawa kisah Ashabul kahfi adalah kisah sebelum Nabi Isa. Bahkan kalau kita ikut timeline kita tadi, selepas Tahun 325 Masihi sehinggalah ketika Nabi Muhammad di utuskan, mereka semua dah jauh menyimpang dah daripada ajaran yang asal.

Walaupun ada yang masih berpegang, tapi tak banyak. Sebagaimana Najasyi Ashamah yang memberi perlindungan kepada golongan awal berhijrah. Walaupun Najasyi Ashamah memeluk islam dan Ketika mangkatnya di imami solat ghaib oleh baginda Nabi, tapi rakyat nya tidak. Masih kekal dalam agama Kristian yang mengamalkan kepercayaan Trinity.

Ini nak menunjukkan ajaran Trinity itu sendiri dah meresap masuk pada Ketika itu. Jadi Timeline untuk Ashabul Kahfi berada dalam tempoh Nasrani atau kristian itu tertolak berdasarkan hujah hujah yang ini.

Jadi apa pegangan kita? Pegangan kita macam aku kata tadilah, tidak ada yang tahu melainkan sedikit. Dan hanya Allah lah yang tahu. Kita amik iktibar dari kisah ini. Kalau Allah nak matikan dan kemudian hidupkan semula, tidak ada masalah pun bagi Allah. Kun fayakun kan?

Bahkan kisah Nabi Uzair yang kita dah cerita sebelum ni pun mirip jugak dengan kisah pemuda Kahfi kan? Cuma kisah tu berlaku pada Nabi Uzair je la.

Sebab itu aku bawakan dua dua pandangan. Dan aku tak cenderung memilih antara keduanya. Dan aku berlapang dada, ada benda yang kita tak tahu. Dan apa pandangan ulama Islam?

Kat sini ada ulama yang berpendapat sebelum Nabi Isa, ada juga yang berpendapat selepas Nabi Isa? Kita? Kita sebagai rakyat marhaen, kita amik jela jalan tengah. Jangan berlebihan antara keduanya. Sape yang follow penulisan aku mungkin dapat lihat, aku suka jalan tengah.

Dan aku mintak maaf juga, penulisan aku kali ini agak panjang. Janji nak tulis sikit je tadi. Tapi meleret pulak. Haha. Biasalah, bila menulis kan? Bila bercerita, orang tak nak dengar. Yelah, pasal sejarahkan?

Dan aku mintak maaf jugak, dalam kekurangan penulisan aku. Kat sini aku nak ajak korang baca balik terjemahan Al kahfi situ sendiri. Pesanan untuk diri aku sendiri jugak.

Anyway, terima kasih daun keladi, ada masa kita jumpa lagi okey? Tak nak gaduh okey?

Please jangan gaduh gaduh. We are better than that..

Adios.

Shahidil Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Seronok back dari cerita tanah yang dijanjikan semua series . Nnti smbung lagi ye en amin . Semoga ilmu yg dikongsi memberi manafaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *