Hi, aku Xia. Seorang jurutera perempuan yang masih single. Doakan aku bertemu jodoh ya. Hahaha.
Aku nak share cerita tentang pengalaman aku beberapa tahun yang lepas. Memandangkan sekarang heboh cerita berkaitan kenaikan gaji minima kepada RM1500.
Aku memulakan kerjaya aku sebagai engineer di sebuah syarikat pembinaan di utara tanah air ketika berumur 23 dengan starting gaji RM1800.
Sebagai fresh grad, aku bersyukur. Bagiku, amount itu cukup untuk menampung diriku dan juga keluargaku.
Aku bukanlah lahir dari keluarga senang. Aku menyewa bilik memandangkan kedudukan tempat kerja ku dan rumah ibubapaku jauh, dua daerah berbeza.
Aku hanya memiliki sebuah motor. Dengan motor itu, aku bergerak ke ofis dan ulang alik ke tapak pembinaan.
Panas terik, hujan ribut, aku redah. Demi project completion dan juga sesuap nasi. Pernah juga hujan sangat lebat sehingga penglihatanku kabur, (aku rabun).
Jadi, aku minta pertolongan kawanku untuk menumpang keretanya sehari, tetapi melihat dia mengelak. Fahamlah aku. Kawanku seorang yang baik, pendengar dan penasihat yang baik,
Cuma dia tidak suka kalau orang meminta pertolongannya, menurutnya, dia juga struggle, naik motor untuk ke tempat kerja walaupun hujan dan panas suatu ketika dahulu.
Sebagai jurutera projek, aku kadang2 perlu stayback sehingga 2-3 pagi, untuk troubleshooting dan sebagainya. Dengan motor itulah aku meredah kedinginan malam.
Tipulah kalau aku cakap aku tak takut, tuhan sahaja yang tahu. Apabila perlu stayback, aku hanya mampu berdoa agar dilindungi.
Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Walaupun begitu, aku sangat seronok belajar benda-benda baru. Jujur aku katakan, pembelajaran ketika di universiti hanya kurang dari 10% digunakan di alam pekerjaan.
Setelah itu, aku membeli sebuah kereta. Untuk kemudahan aku dan keluargaku.
Secara tidak langsung, bertambahlah komitmen ku. Aku sedikit struggle, perlu lebih berjimat. Alhamdulillah, cukup walaupun tidak mewah.
Meskipun sudah bertahun bekerja, gajiku masih basic RM1800. Tanpa bonus. Tanpa ot.
Walaupun aku stayback sampai jam 5 pagi pun, aku tidak dibayar ot kerja engineer ke atas tidak layak mendapat bayaran ot. Aku tetap bertahan. Menjalankan tugasku sehabis baik.
Aku pernah menyuarakan isi hatiku kepada seniorku, jawapannya you tu fresh, sebab tu gaji murah. Menurutnya, aku perlu masuk sebagai orang yang berpengalaman jika aku mahukan gaji yang besar.
2019 covid melanda, gajiku dan kawan2 ku di potong sebanyak 15%. Aku sangat-sangat terkesan. Berapa sahaja yang tinggal untuk aku.
Bukan tidak bersyukur, aku mempunyai komitmen. Aku sentiasa mencari kerja part time untuk menambah pendapatan, tapi aku sibuk menguruskan kerjaku.
Aku masih menjalankan tanggungjawabku seperti biasa. Walaupun aku sedih , aku hanya menutupinya dengan senyuman.
Kadang2 aku dan kawan2 ku berborak kosong dan terkeluarlah isu potongan gaji, namun memandangkan kebanyakan mereka adalah anak2 orang berada, mereka tidaklah begitu terkesan.
Gajiku adalah rendah berbanding gaji pekerja kontrak binaan.
Setahun aku bertahan dengan potongan gaji. Diakhir bulan, aku akan risau. Mana mungkin aku mampu berkongsi kerisauan aku dengan ibubapaku. Aku tidak mahu menjadi beban mereka.
Aku hanya mampu berdoa. Aku memohon kerja menggunakan semua medium, facebook, linkedin, jobstreet.
Setiap kesusahan ada kesenangan. Allhamdulillah, sekarang, aku dah bertukar kerja. Aku dapat offer yang lebih lumayan pertengahan bulan 5 2021. Berkat doa ibubapaku juga.
Aku doakan kalian yang sedang struggle mendapat kemudahan, kesenangan. Semoga kalian tambah dan kuat menghadapi hidup.
– Xia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit