Hai semua pembaca. Nama aku Ayla. First of all aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana menyiarkan tulisan ini.
Kisah ni bukan kisah aku. Aku menulis bagi pihak sahabat baik aku, of courselah atas izin tuan punya badan.
Aku menulis sekadar untuk dijadikan pengajaran kepada pembaca diluar sana.
Kisah ini tentang seorang yang aku namakan Lya. Lya ni seorang yang selalu patah hati dalam percintaan dek bertemu dengan orang yang salah.
Nak dijadikan cerita si Lya ni terjumpalah seorang lelaki di platform media social. Aku namakan lelaki ni as Azam.
Azam ni graduan universiti terbaik di utara tanah air. Begitu juga dengan teman ku si Lya juga graduan dari universiti yang sama.
Perkenalan mereka di socmed diteruskan sehingga ke dunia nyata. Bertemu dan berkawan seperti biasa sehinggalah ke panggilan mesra sayang dan abang.
Perkenalan dari 2021 itu sehinggalah ke tahun 2023. Teman ku selalu menceritakan mengenai lelaki ini kepada ku.
Aku tidak pasti mereka ini declare hubungan ataupon tidak namun teman ku selalu mengadu bahawa lelaki ini kerap outstation,
And bila mana pergi outstation dia akn berdiam diri and terlampau busy sehingga tidak sempat membalas wasap teman ku.
Aku tidak komen banyak apabila teman ku bercerita, sekadar mendengar sahaja.
Namun baru-baru ini teman ku memberitahu bahawa dia ternampak profile wasap lelaki ini mengandungi gambar kahwin.
Setelah disemak ternyata memang benar lelaki ini telah berkahwin tanpa pengetahuan teman ku.
Teman ku agak terkilan dengan perbuatannya.
Aku sebagai seorang yang suka menyiasat (stalker) mencarilah info disegenap media sosial dan terjumpalah segala hal yang tak sepatutnya diketahui oleh teman ku.
Rupa rupanya si Azam itu sudah berkenalan lama dengan isterinya, dari tahun 2022. Rupanya selama ini teman ku mempunyai relay dengan tunangan orang.
Lelaki itu tidaklah mempunyai rupa tapi kerjaya yang agak stabil kerana mampu memiliki kereta berjenama H. Mungkin disebabkan hal itu mudah untuknya memikat perempuan.
Temanku berkenalan dengannya sewaktu Azam masih memakai kereta jenama Malaysia. Lumrah lelaki asal dah berduit mulalah ligat beraksi.
Temanku berkata mungkin Azam mahu yang sekufu dengannya.
Temanku hanya bekerja biasa dengan gaji minima kerana belum mendapat kerja stabil manakala bakal isteri si Azam bekerja sebagai pegawai di sebuah farmasi.
Tambah menyakitkan hati si Azam ada mengajak temanku keluar menonton wayang beberapa minggu sebelum majlis pernikahan si Azam berlansung.
Rupanya si Azam ini sejenis yang suka flirt around dengan perempuam.
Aku juga pernah terjumpa Azam di dalam group wasap berflirting dengan perempuan satu office dengannya.
Ini kerana aku pernah terlibat dengan syarikat si Azam bekerja dan atas urusan tertentu aku dimasukkan ke dalam group yang juga terdapat di Azam didalamnya.
Si Azam pula tidak mengetahui bahawa aku adalah teman baik si Lya.
Hasil pencarian di medsoc juga mendapati saat Azam memberi alasan pergi outstation, dia sebenarnya pergi bercuti dengan bakal isteri,
Kerana dp gambar isteri si Azam sama dengan Azam dan mereka turut memakai baju yang sama (baju couple). Patutlah terlampau busy saat pergi oustation, rupanya oustation ke lain.
Pada hari raya puasa baru-baru ini, si Azam ada komen di ig story teman ku beserta ayat-ayat manisnya. Mereka jugak ada keluar makan dan menonton wayang bersama.
Bayangkan tunang korang keluar dengan perempuan lain sewaktu bertunang dengan korang. Two timerlah senang cerita. Acah single padahal sudah punya tunangan.
Setelah mengetahui tentang perkahwinan si Azam, temanku ada wasap tanya namun tidak dibalas.
Teman ku juga ada meberitahu bahawa si Azam seorang yang suka post di media sosial perihal kehidupan peribadinya,
Namun kebelakangan ini tiada sebarang post dari si Azam apabila dia pergi outstation atau keluar. Mungkin teman ku ini dihide dari story si Azam ataupon memang dia tidak post kerana takot kantoi.
Setakat ini itu sahajalah perangai tidak senonoh yang diketahui, yang tidak diketahui tidak pastilah apa yang telah dilakukan oleh si Azam ini.
Aku bersyukur teman ku dijauhkan dari lelaki seperti ini. Sudah bertunang tapi masih keluar dengan perempuan lain.
Aku tidak pasti jika some of you rasa benda ni normal, namun bagi aku tidak patut si Azam berbuat begitu kepada Lya.
Jika sudah punya seseorang, bagitahu sajalah senang nak tarik diri. Tidaklah teman ku dianggap sebagai third wheeler didalam hubungan si Azam dan isterinya (saat cerita ini ditulis Azam sudah berkahwin).
Seandainya teman ku tidak tahu tentang perkahwinan mereka mungkin si Lya masih keluar dengan si Azam yang sudah bergelar suami orang.
Syukurlah dia mengetahuinya lebih awal. Setidaknya si Lya terlepas dari mulut buaya. Aku tidak mahu teman ku bersedih selepas kawen kerana mendapat suami seperti Azam.
Ku tuliskan kisah ini kerana aku merasa kasihan dengan isteri si Azam. Berseri-seri muka si isteri sewaktu di majlis mereka.
Betapa bahagia si isteri membalas semua komen-komen tahniah dari kawan-kawan dan keluarga tanpa mengetahui apa yang si suami buat dibelakang dia.
Ku lihat di postingan majlis kahwinnya, si Azam membalas komen teman & keluarga seolah-olah dialah lelaki terbaik yang tidak pernah berbuat perangai di belakang si isteri.
Tiada apa yang aku dapat bantu, doa ku semoga selepas kahwin Azam akan berubah dan aku berharap aku tidak akan berjumpa dengan confession isterinya disini suatu hari nanti.
Mungkin ada sesetangah orang akan kata hanya keluar dan makan2, tapi dari situlah bermulanya kisah curang.
Mohon perempuan mahupun lelaki diluar sana, siasat siapa bakal suami/isteri anda. Tak semua lelaki dan perempuan itu baik.
Memang semua orang boleh berubah selepas kahwen tapi ingatlah perkahwinan ini bukan magic door yang boleh merubah perangai seseorang sebelum dia kahwin untuk menjadi someone new seperti yang kita mahukan.
Last but not least doakan Ayla & Lya bertemu dengan lelaki yang baik untuk pimpin kitaorang ke syurga. Doakan juga semoga Lya terbukak hati lagi untuk terima lelaki lain…. xoxo… :)
– Ayla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit