The Untold Story of Banjarmasin

Mak aku selalu cerita, yang satu kawasan di bandar tempat aku membesar di teroka keluarga moyang aku.

Yang anehnya, mak aku di besarkan di kawasan pedalaman di persisir pantai. Aku sangat tak boleh relate 2 lokasi ni yang memakan jarak 2 marhalah. Akhirnya mak aku pun buka cerita…

Moyang aku cucu kepada Nyai Fatimah, isteri kedua kepada Raja Antasari. Keturunan mak pejuang di Banjarmasin yang kuat menentang Belanda suatu masa dahulu.

Kemuncak konflik ni bila Belanda culik Moyang aku dan pak cik dia, di cederakan serta di seksa dan di jadikan tebusan. Sama ada mati di tangan Belanda atau seluruh keluarga pejuang berundur dari Banjarmasin.

Dalam perjanjian dengan Belanda sebagai pertukaran nyawa, keluarga moyang di beri 3 syarat, 

1. Berambus dari Bumi Banjarmasin.

2. Tidak kembali semula ke Banjarmasin.

3. Jika kembali, akan di bunuh.

Nyai Salmah, isteri kepada Sultan Muhammad Seman enggan pegi dan teruskan membalas dendam di atas kematian suami beliau, malangnya beliau cedera parah dan di bawa berlayar di satu bandar.

Akhirnya, Nyai Salmah di kebumikan di tanah perkuburan di kaki Masjid di tepi sungai.

Semestinya tak ramai yang tahu lokasi letaknya kubur Nyai Salmah, tapi moyang aku dah siap siap pesan dekat mak, kalau suatu hari nanti ada orang cari kubur Nyai Salmah, di sinilah alamat nya,

(Alamanya terpaksa di rahsiakan untuk mengelakkan amalan kurafat tapi jika ada sejarahwan berminat insya allah kami akan bagi kerjasama yang baik untuk lokasi ini)

Di bandar tersebut, keluarga moyang bertanam getah, pisang dan nanas selain dari buka madrasah.

Malangnya mereka sekali lagi di usir kerana giat aktif dalam mengajar kelas agama. Akhirnya keluarga moyang lari lagi ke daerah di persisir pantai.

Daerah ni tidak jauh dari sempadan Kalimantan. Dan di situ moyang bertemu jodoh dengan suaminya, iaitu cucu kepada salah seorang sultan negeri di Kalimantan.

Dari perkahwinan ini, mereka mematerai perjanjian dengan perlindungan dari gangguan Belanda.

Surat perjanjian itu di simpan di dalam istana di Kalimantan, namun demikian di khabarkan, sebahagian dari istana terbabit di bakar Jepun.Tidak di ketahui dokumen terbabit selamat atau tidak.

Dengan termaterai perjanjian tersebut, berakhirlah ancaman belanda terhadap keturunan Nyai Fatimah.

Di tahun ke 3 melarikan diri ke perkampungan di persisir pantai, Nyai Fatimah meninggal dunia dan di kebumikan di kampung persisir pantai.

Orang tua banyak zip mulut akan tragedi ini. Anak cucu tak pernah tahu asal usul keturunan, tentang bagaimana nama keluarga kami berbeza dan asing berbanding penduduk peribumi yang lain.

Menurut mak aku, moyang aku sentiasa memaksa mak menghafal nama nama yang ada dalam lipatan sejarah Banjarmasin supaya generasi seterusnya berjaya mencari kami.

Setakat ini, kami masih tidak pernah berkomunikasi dengan saudara jauh dari Banjarmasin, mungkin faktor orang tua zip mulut menjadikan kebanyakan kami tidak tahu asal usul kami.

Walaupun demikian kami sangat mesra dengan keluarga suami moyang yang melindungi moyang kami dari Belanda.

Sekarang Kalimantan sudah tidak mengamalkan sistem beraja, manakala Belanda juga sudah tiada.

Cerita ini pula kami tak pernah tahu cara untuk dokumentasi. Yang ada cuma pos di IIUM Confession ni dengan harapan seseorang mencari kami untuk sebahagian sejarah yang tak pernah di dengari.

The untold story of Banjarmasin.

– Cicit Nyai Fatimah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *