Hi guys, straight to the point. Suami aku ni baik je, tolong aku buat kerja rumah, jaga anak.. pendek kata ok la. Pernah dengar ungkapan “isteri ingin disayangi, suami ingin dihormati”. Cuma masalah dalam hubungan kami sekarang ialah aku.
Ya, aku sedar je. Aku tak mampu nak hormati dia, hanya dia sorang. Dengan orang sekeliling aku, aku memang sopan dan lembut. Lama aku reflect diri aku, aku kerap persoalkan kenapa? Kenapa? Kenapa?
Pukul 2-3 pagi aku duk fikir sorang2. Last2 aku jumpa konklusinya, masalah sebenar ialah fikiran aku. Fikiran aku pada masa silam dia, perangai2 dia sebelum nikah. Benda ni macam barah tau, mula2 dia kacau fikiran.
Tak lama lepas tu hati aku tak tenteram, sentiasa rasa tak puas hati. Terbit rasa “the unwanted wife” tu, rasa tak disayangi dan tak diingini.
Akhirnya perasaan2 tu terpantul melalui perbuatan. Dan perbuatan tak menghormati tu lama2 jadi kebiasaan pada aku. Mari aku cerita kenapa ;
First, dalam fasa bertunang, lagi beberapa minggu je nak kahwin tiba2 dia pergi bukak cerita pasal first love dia.
First love dia tu kenal dari zaman sekolah rendah lagi dan perasaan tu kekal sampai dia masuk university. Suami aku cerita detail, pasal dia bergayut dekat tefon rumah.. pasal mak bapak saling kenal.
Aku ni zaman sekolah kalau mak aku tahu ade orang minat aku, punya la kecut perut sebab confirm kena marah kaw2, apetah lagi kalau nak bercerita yang aku ni ada crush…memang saje tempah maut la jawabnya.
Lagi pasal diorang ni punya nama yang sama. Contoh macam zahid, zahidah gitu. Bengkak je hati aku masa dia cerita. Berbulu telinga, sedih menusuk jiwa. Aku tahan perasaan aku masa tu.
Balik rumah terus aku search hal lelaki dan cinta pertamanya, macam2 la aku jumpa antaranya lelaki tak akan lupakan first love dia sampai mati. Sedihh. Tapi aku diam jela, tak respon. Berlakon happy je dengar cerita dia tu dan pura2 abaikan.
Tak lama lepas tu nikah la aku dengan dia, baru lagi nikah tak sampai setahun. Tengah duk round pusing kampung naik motor tiba2 dia bawak aku round satu taman ni sambil duk tunjuk, haa tu la rumah first love saya. Aku suruh dia berhentikan motor dan nangis kat situ terus.
Kali ni aku dah tak dapat tahan perasaan sedih sebab aku fikir dia dah jadi laki aku, kenapa fikiran dia masih dekat perempuan lain? Aku tak pernah bercerita pasal lelaki lain untuk jaga hati dia, tutup cerita terus kisah lama sebab dalam hati aku ada dia je.
Nombor tefon aku sampai nikah dia tak ingat, tapi nombor first love dia tu berpuluh tahun dia masih hafal. Kali ni aku marah dan dia tak bercerita lagi dah hal first love dia tu.
Dan pernah aku duk godek2 album dalam komputer dia, saja nak tengok gambar2 dia membesar tapi yang aku jumpa banyak pulak gambar first love dia tu. Gambar sekolah rendah membawa ke remaja.
Ni barah pertama, feeling “the unwanted wife” terus datang. Rasa kalau first love dia tak curang, mesti aku bukan pilihannya.
Second, selepas dicurangi dan first love dia pon dah selamat nikah dengan orang lain masa zaman dia masih dekat university. Dia cuba move on. Salah aku gatal tangan pergi tengok conversation2 dia dengan perempuan lain sebelum nikah.
Ade satu mesej aku nampak dia minat dekat orang perempuan ni. Perempuan tu cantik, bertudung labuh, selalu post hal islamik dekat fb. Dia tak pernah jumpa pon perempuan tu. Tapi dalam mesej tu dia ajak perempuan tu nikah.
Dia buatkan satu surat, berjela surat tu antara isi dia yang aku ingat kalau awk sudi, saya akan terus hantarkan rombongan dan saya sangat serius. Isi dia penuh dengan panggilan hormat, panjang berpuitis dan sangat sweet bila membacanya.
Nak bukak surat tu pulak kena masukkan password, pergh memang kreatif la bagi aku yang buta it ni. Sekali lagi aku sedih, aku tak pernah dipanggil dengan sehormat itu, sebelum nikah dia panggil aku pengemis, nenek je. Aku tak pernah dapat surat cinta dari dia.
Aku teringat balik, dia hanya ajak aku nikah dengan tanya sepatah “boleh nikah tak tahun ni”, tu pon lepas aku persoalkan perasaan dia pada aku. Aku persoalkan pon sebab dia pernah confess 2-3 tahun sebelum, “saya rasa saya dah tersuka awk”, macam tu je. Tak berjela, tak berpuitis.
Again, perasaan “the unwanted wife” muncul, rasa aku bukan pilihannya.. aku hanya stock2 akhir bila dah takde orang nak dekat dia. Untuk hilangkan rasa sedih tu, aku paksa dia buat jugak surat untuk aku. Aku nak jugak merasa surat cinta dari dia.
Aku pegang konsep, dengan orang lelaki ni kita tak boleh cakap bertapis, diorang tak faham bahasa kiasan. Jadi aku mintak surat surat cinta dan bunga, nak naikkan semangat sendiri.. nak rasa jugak orang betul2 nak.
Beratus kali paksa baru dia buat surat untuk aku. Tapi aku tak rasa syok pon sebabnya surat tu bukan dari kerelaan hati dia, surat paksaan dan surat tu pon dimulai dengan “disaat kau tengah berdengkur diulik mimpi, aku bla3..”
Tak romantik macam surat yang dia ikhlas buat untuk perempuan tu. Bunga yang aku mintak pon sampai ke hari ni tak dapat walaupun dah hampir 7 tahun aku nikah dengan dia hmm.
Banyak kali jugak aku minta, nak rasa jugak sekali seumur hidup dapat bunga dari dia.. tak kesampaian lagi. Takpe lah, takde rezeki lagi.
Third, lagi sebab kegatalan tangan aku nak gi check mesej lama2 dia buat aku terluka sendiri. Rupanya ramai je perempuan sebelum aku dia flirt. Orang sekeliling aku ramai je dia berkenan, tapi semua reject. Aku je yang sangkut.
Aku pon tak faham dengan diri sendiri, sebelum nikah ada je lelaki yang nangis2 nak dekat aku, hantar mesej berjela romantik, bagi bermacam2 hadiah tapi aku pergi pilih dia.
Sampai hari aku akad nikah pon lelaki yang nakkan aku tu pujuk malam sebelum aku akad nikah, nangis hari kejadian. Tapi aku pergi pilih si dia, dia yang layan aku lebih kurang.
Sebab? Kononnya aku fikir kalau dia tak romantik dengan aku, dengan orang lain pon dia tak akan romantik. Mak aku pon paling berkenan dengan dia lepas aku buat presentation lelaki-lelaki yang nakkan aku.
Kahkah ayat macam ramai peminat. Takde lah, tahun aku nak nikah tu ade la nampak 3-4 orang yang betul2 serius dan mak aku pilih dia sebab nampak dia paling tinggi ilmu agama. Dia first choice aku, tapi aku last choice dia.
Last, suami aku jarang bagi aku nafkah batin. Biasa sebulan sekali atau dua bulan sekali je.
Dulu zaman aku remaja, aku suka baca cerpen dan novel. Suka baca kisah cinta. Novel tebal2 macam harry potter tak sampai seminggu aku dah khatam. Tak puas dengan novel aku cari lagi cerpen2 dekat google.
Ada satu kisah ni pasal perempuan tu minat sangat dengan lelaki tu sampai sanggup sihirkan dia. Pendek cerita akhirnya lelaki tu jadi milik dia tapi lelaki tu tetap tak nak buat hubungan badan dengan dia sebab hati dia teguh mencintai perempuan lain.
Aku ni duk kaitkan cerpen tu dengan kisah aku, duk fikir mungkin aku hanya dapat jasad suami aku…tapi bukan hati dia sebab tu dia jarang nak sentuh aku, bagi aku nafkah batin.
Barah feeling “the unwanted wife” datang berkali2. Aku cuba lupakan semua memori pahit ni tapi nak buat macam mana, Allah anugerahkan ingatan yang kuat untuk aku.
Orang hanya perlu baca no tefon / kp sekali je terus aku dapat hafal. Bende sekecik tu pon aku ingat apetah lagi bende2 besar yang berbekas dekat hati aku.
Benda2 ni aku cuba hapuskan dari fikiran, tapi dia tetap menyemak serabut dekat otak aku. Sebenarnya dulu ada orang yang ada “ilmu” kata, ada orang hantar sesuatu dekat aku sebab tak boleh terima aku reject dia, jadinya hubungan aku dan suami sentiasa panas.
Bila dia kata gitu, aku pon ambil ikhtiar pergi darulsyifa untuk berubat. Masa aku berubat tu ustaz tu suruh aku pejam mata sambil dia baca ayat2 suci al-quran. Makin lama makin kuat suara dia.
Suami aku ada sekali dalam bilik rawatan tu, jadi dia nampak bila muka ustaz tu terkejut sangat2.
Selesai rawatan ustaz tu cerita, dalam rawatan hanya sesekali dia diberikan kasyaf tapi kali ni dia nampak pocong keluar dari kepala aku. Pocong tu yang selalu ada dekat kepala aku, kacau fikiran aku, buat aku stress tak tentu hala. Wallahu A’lam.
Aku cuma harap aku dapat pertahankan rumahtangga aku dari fikiran aku sendiri. Aku sayang suami aku, aku sayang anak aku, aku sayang rumahtangga ni. Cuma kadang bila aku rasa tak disayangi, aku tak dapat pulangkan rasa hormat tu pada suami.
Setakat ni dulu, panjang berjela pulak jadinya. Terima kasih sudi baca luahan aku. Assalamualaikum
– Na (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik,
Pertama, amalkan mathurat.yakinlah, baca mathurat pagi & petang setiap hari,yakin dgn ayat Allah.InsyaAllah, tak perlu risau orang hantar benda.
Kedua, hati manusia ni Allah pegang dik.So, doa mohon pada Allah tentang hati suami tu.
Ketiga, aku rasa suami ko tu sebenarnya style suka mengusik ko je.Dia anggap ko mcm kawan turn to lover gitu.Sebab tu mngkn benda2 cringe yg dia buat kt pmpn lain tu tak buat kt ko.
Keempat, suami ko da matang.Maksud kt sini, perangai bajet bunga2 bukan perangai sebenar dia dik.Itu perangai budak laki belum matang.
Kelima, percaya dengan takdir dan jodoh tak dik?Ya betul.Allah dah tulis dia berjodoh dgn adik.Sebab tu org lain reject dia.Tapi masa hadapan tak tahulah, kot Allah sediakan jodoh lain untuk dia atau adik juga?
Keenam, ko boleh suruh dia delete segala sejarah tuk nenek benda yg dia simpan berkaitan msg2 flirt etc.
Ok cukuplah rasanya bg point setakat apa yg ko tulis.Moga Allah kurniakan sakinah mawaddah dan rahmah dlm rumahtangga ko dik.
setuju!
mungkin laki sis jenis dah anggap sis macam member member so nak extra sweet tu tak tapi sayang tu lebih sebab bestfriend kan, wife lagi tu. nak komen lebih lebih pun, faham je, kita as a women nak juga rasa yang sweet sweet tu kan..
tapi sis boleh cuba doa, mengaji semua tu, bincang dengan suami heart to heart apa yang sis rasa semua ni, suruh dia delete dan lupakan semua, cakap je seua yang sis tak okay tu mana tahu dia taksedar ke semua tu. semoga ada jalan terbaik untuk sis suami isteri dan bahagia terus lepas ni.
Dik, ko tengok semua yang dia romantik bagai nak rak tu end up nikah ke ? Tak kan? Haa, tu lah bezanya.
Masalah bila hg suka nk tau byk sgt, org pompuan mmg tabiat gitu gamaknya. Tau setakat tau dah la jgn smp rajin buat kerja ambil tau, selagi hg dok rasa tak puas hati benda X kan habis. Aku dgn bini aku pon kadang jeles dgn cerita dia byk peminat zaman bujang tapi setakat tu je la, tau byk² bukan ada faedah apa pun. Byk lagi benda utk aku fikir selain dari benda² yg buat aku stress X tentu hala gitu, sibukkan la diri buat benda lain dari layan benda xda manfaat dan memburukkan hubungan hg dan pasangan hg.