Kalau tajuk di atas kurang jelas, I terpanggil untuk mengupas tentang “Pemulihan Kecurangan Dari Perspektif Yang Dikhianiti” atau “Affair Recovery by the Betrayed”, setelah terbaca nukilan bertajuk “The Other Woman” oleh seorang wanita bernama Hanis, 26 tahun, baru-baru ni.
Bilamana I sebut proses pemulihan dari kecurangan, tak kisahlah samada satu-satu pasangan suami isteri yang terganggu tu akhirnya terus kekal bersama atau pun berpisah atas dengan izinNya.
Kerana perkongsian catatan ni sangat dikecilkan skopnya kepada perspektif bagaimanakah hakikatnya seseorang pasangan yang dikhianati (khasnya bagi seorang isteri yang setia) atas kolabirasi atau penyertaan jelas (conscious collaboration and participation) seorang wanita yang satu lagi (the other woman). A woman like Hanis for example.
The fact is, most “other women” (and husbands for that matter) choose to be oblivious to the consequences of their choices and actions towards the wives waiting loyally at home.
Ya, hakikatnya juga, memang ramai “wanita yang satu lagi” dengan sedar memilih untuk tidak sedar atau alpa atas akibat pilihan dan tindakan mereka terhadap wanita yang setia menunggu (suami mereka) di rumah. Terhadap isteri kepada si suami atau si lelaki, dan ibu kepada anak-anak mereka berdua.
Sadly, inilah kebanyakan realiti masakini, walaupun the wife and the other woman adalah sesama wanita. Begitulah ujian duniawi, dan janji pasti Syaitan untuk menggoda, menyesatkan dan memecahbelahkan umat manusia selagi boleh.
Sebelum I kupas points seterusnya, penting untuk dipesan di sini yang perkongsian ini bukan merujuk kepada perkahwinan poligami, dan hanya berkisar kecurangan yang mengganggu sesebuah perkahwinan monogami.
Ada perbezaan besar dan jelas di antara berhasrat untuk berpoligami dengan aturcaranya yang beradab berbanding dengan ‘ain mencurangi pasangan yang halal dengan maksiat, serta perlakuan tak beradab dan haram.
Sesungguhnya, kita kena yakin dan amalkan: bernikah pada tempatnya, bercerai pada tempatnya, dan jika mahu berpoligami sekali pun, juga pada tempatnya dan atas keranaNya. Boleh YouTube Series Ilmu Nikah Ustadz Dr Khalid Basalamah untuk ilmu yang ni.
Right, coming back to the topic. Dan oh, dari semasa ke semasa halalkan penggunaan Bahasa Inggeris sebab adakalanya nak cari perkataan Bahasa yang sama nilai ertinya atau nak mengekspresi diri dengan tepat agak sukar.
Sesetengah terminologi dalam korpus (tatabahasa) “Affair Recovery” juga sangat tepat penggunaannya dalam mendeskripsi sesuatu perasaan yang susah diterjemah secara langsung dalam BM. Tapi I akan cuba.
Dan maafkan I, sebab post ini tentunya panjang. Skop “Affair Recovery” ni tersangatlah besar dan kompleks. Walaupun ini hanya satu sub-topiknya, tetap banyak perkongsian points jika mahu agak menyeluruh. Maka, jika dirasakan tak sesuai atau tak menarik untuk dibaca, bolehlah tinggalkan saja penulisan ni, okay?
Before that, perhaps a small introduction is necessary sebagai konteks latarbelakang?
Sedikit pengenalan. Am turning 49 soon, masih seorang isteri kepada suami yang sama semenjak hampir 3 dekad lalu, dan ibu kepada 5 orang anak yang semuanya penyejuk mata yang cepat sangat meningkat dewasa. Rindu zaman anak-anak mereka walaupun lelah terkejar-kejar.
Rezeki dariNya Alhamdulillah. Belum menjadi nenek though sebab kami family planned untuk berkeluarga hanya setelah habis belajar dan pulang ke tanahair sekitar penghujung 1990s, so the eldest pun lahir di ambang millennium dan masih sedang menuntut.
Suami? We’re each other’s first love, and it was love at first sight at the tender age of 19, ditakdirkan Allah SWT berjumpa semasa sama-sama belajar di UK.
Manislah, cinta pertama seorang yang naïf dan hidup sentiasa terpelihara (we were both very sheltered upper middle class children), dan disangkakan cinta terakhir masing-masing, but Allah SWT lebih Mengetahui.
Little that I know masa tu that bercinta tu in itself pun haram sebetulnya, namun Alhamdulillah segera diijabkabul.
Berkahwin muda setahun kemudian dengan restu keluarga masing-masing yang sekufu semasa masih belajar, berperit jerih bersusah senang bersama-sama bertahun-tahun lamanya (kami pilih untuk berdikari dari keluarga masing-masing dan bina hidup kami sendiri from scratch).
Dan kini usia rumahtangga kami bakal meraikan anniversary yang ke-29 tahun ni InsyaAllah semoga diizinkanNya.
Berkat usaha keras atas pinjaman dariNya semata, direzekikan juga kesenangan hidup sekeluarga serta rupa paras dan fizikal serta penampilan kedua-dua suami isteri yang kekal menarik atas pemberianNya walaupun bakal menjadi warga emas in 10 years?
Hahahaha, sorry, tumpang melawak sikitlah sebelum masuk points serius. Cuma nak berkongsi, kalau sekadar melihat potret keluarga kami, orang berkata,
What a beautiful family you have! Good looking, successful couple who seem like great parents to beautiful wholesome children, living harmoniously in a beautiful home, serta jelas dari luaran juga sebuah keluarga yang berketuhanan dan memelihara agama mereka walaupun mewah.
It seemed like we had it all at one point. Semuanya rezeki pinjaman dari Allah SWT tapi yang utamanya dan tak kelihatan dari gambar-gambar, betapa besarnya takdir ujian di dunia yang akan sentiasa ada tanpa pengecualian jika Dia berkehendakkannya.
I tak plan nak berkongsi kejadian peribadi secara detailed kerana fokusnya adalah perkongsian ilmu dan pengalaman akibat kecurangan seorang suami dengan sang wanita yang satu lagi.
Tapi cukuplah sekadar I luahkan yang penulisan ini berkredibiliti penuh kerana I menulis dari pengalaman sendiri or first-hand experience sebagai “The Wife” (berbanding The Other Woman).
I juga direzekikan kemampuan mendaftar/menghadiri pelbagai jenis konsultasi untuk memulihkan diri serta rumahtangga kami yang menelan perbelanjaan yang sangat besar sepanjang 2-3 tahun proses pemulihan ini.
Ya, memakan masa bertahun untuk cuba memulihkan diri dan rumahtangga yang hampir musnah. Tapi, begitulah, semuanya hanya berlaku dengan izin Allah SWT jua. Siapalah kita nak memilih-milih hadiah takdir yang Allah SWT kurniakan. Ini antara kutipan mutiara hikmah yang I belajar from all of this, semoga Allah SWT jadikan I istiqamah.
Dari pakar pskiatri (untuk ubat-ubatan jika perlu), pakar psikologi klinikal atau therapist bertauliah (untuk proses psychotherapy), beberapa kaunselor-kaunselor rumahtangga lokal (untuk kaunseling persendirian atau bersama),
Sehinggalah ke pakar pemulihan kecurangan antarabangsa di atas talian (untuk kaunseling bersama) yang melibatkan online bootcamp, seminars, support groups, private counsel, dan sebagainya. The road to recovery saaangat panjang Allahu Akbar.
Dan dalam kes kami, suami dan I memilih untuk tamatkan affair tersebut dan menyelamatkan perkahwinan kami dan untuk recover atau pulih bersama-sama. After so much struggle tentunya, before during and after the decisionmaking.
Kini, 5 tahun sudah pun berlalu dari detik hitam “discovery day” di tahun yang sepatutnya kami meraikan ulangtahun “perkahwinan bahagia” yang ke 24 tahun, and I can InsyaAllah safely say, that we have come a long, long way dengan izin yang Maha Kuasa, Alhamdulillah. Apa-apa pun, mohon doakan kami yang baik-baik.
Niat dan harapan utama adalah semoga dengan perkongsian ini, suami-suami dalam perkahwinan monogami yang pada dasar asalnya setia serta merendahkan pandangan (seperti my husband dulu).
Dan wanita-wanita lain di luar rumahtangga pasangan berkenaan yang berkemungkinan menjadi “vulnerable” atau mudah/boleh terdedah kepada godaan Syaitan yang satu ini, dapat mengambil iktibar dan sempat merawat diri sebelum terjadi kecurangan dan pengkhianatan kepada manusia lain.
Atau jika sudah terjerumus sekalipun, sempat sungguh-sungguh bertaubat dari melanjutkannya demi Allah SWT dan demi membela amanahNya, sebelum benar-benar terlambat. Truth is, any one of us can be vulnerable maka janganlah terleka.
Baik. Ini hakikat pertama bilamana dikhianati dalam sesebuah rumahtangga. Ramai yang boleh agak mestilah sakit, tapi sakit yang bagaimana sangat pun? Sinopsisnya sejenis sakit yang selagi tak rasa sendiri, seseorang tu tak mungkin akan tahu. Hakikat.
1) It’s beyond devastating, Ia lebih dari membinasakan.
Jika ada yang bertanya macam mana perasaan I 5 tahun lepas bila Allah SWT buka hijab kecurangan suami (dia mengaku sendiri setelah ada simtom-simtom kuat untuk I bertanya dan mohon kepastian dengan jujur–tiada intipan, tiada investigasi, tiada sangkaan buruk melainkan berbekal fitrah naluri seorang isteri yang merasakan,
“something simply doesn’t feel right here for a while” maklumlah dah berumahtangga sekian lama and you THINK you’ve known your husband all these decades), I mungkin akan jawab “devastating” (menghancurkan) and “indescribable pain” (sakit yang tak dapat digambarkan) and “complete shock” (kejutan besar).
But honestly, these phrases wouldn’t come close to describing how I truly felt as I watched my whole world crash in around me. Sejujurnya, tiada tatabahasa yang tepat untuk menggambarkan perasaan dikhianati dalam rumahtangga.
Seperti nyawa ni ditarik hidup-hidup dan dunia dirasakan gelap dan tamat sekelip mata tapi guess what, you tak mati pun and you masih hidup untuk menghayati rasa kesakitan tu berulang kali. Over and over again, until God says it really is over.
Affair Recovery experts in our counselling guna perkataan “visceral” merujuk organ “viscera” atau organ dalaman manusia untuk mentakrifkan perasaan dan pengalaman ni. Maksudnya, kesakitan yang dirasai menusuk ke dalam ruang paling dalam, atau ruang organ utama yang kita depend for life, menikam jiwa raga, dan bukan sekadar kesakitan emosi malah fizikal!
When I first discovered the betrayal, a deep, visceral pain ripped through me that I grabbed my chest and stomach, fighting through the agony, fighting to breathe, fighting to survive. Malah, I muntah berkali-kali dan terjelepuk sejurus selepas discovery.
The feeling of violation is registered at a deep, visceral level. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Pengalaman yang “berharga” yang I takkan lupakan sampai bila-bila, because I realise not everyone gets to experience this “gift” of experience dariNya, untuk di”kongsi” pengalaman rasa dengan orang lain.
Kesakitan yang terlalu perit sehinggakan I, sebagai seorang yang rasional dan berempati tinggi, tak tergamak nak mendoakan terjadi even to the one who has wronged me, such as The Other Woman.
In an ideal world, no one, NOT A SINGLE PERSON, deserves to be betrayed, and I wish it upon nobody, especially to the many loyal wives or even husbands out there kerana terlalu debilitating (melemahkan). At least this is true for me, seorang hamba yang hina dan masih kurang imannya.
Sememangnya sampainya hati seorang suami atau pun isteri mencurangi pasangan mereka. When they cross the line (dari hanya being vulnerable/terdedah semata) to succumb to that test of temptation yang Allah SWT anugerahkan sebagai ujian to see if they would pass or fail the test,
Memang hati tu (kena) keras, mengeras dan perlahan-lahan semakin dikeraskanNya dengan asbab pilihan membuat maksiat. Bagi seorang suami atau isteri, pengkhianatan memilih berlaku curang bukan semata pengkhianatan kepada si isteri/suami masing-masing,
Malah yang lebih utama sekali pengkhianatan kepada Allah Azzawajala atas perlanggaran kepada amanah akad pernikahan dengan namaNya, dengan kontribusi jelas separuh lagi entity si The Other Woman. Of course it takes two to tango.
And because God is fair, hakikatnya juga, seorang wanita lain yang tegar memilih sama-sama bahagia mengkhianati si isteri juga mempunyai hati dan jiwa yang keras (walau layanan, kemanjaan dan pujuk rayunya lembut sebagai The Other Woman), and so selagi status quo tu tak berubah, sememangnya mereka deserving of each other. Unless.
Unless si suami, jika terbabas, memilih untuk sungguh-sungguh bertaubat, meninggalkan kejahatan tersebut dan berusaha gigih merawat diri, then mungkin plot ceritanya bertukar dengan izin Allah SWT. As in my marriage so far, InsyaAllah.
Allahhh, baru satu point perspektif The Wife, dah terlalu panjang rasanya. Maaf kan I. Dan, walaupun I rasa I dah agak “healed” dan perlahan-lahan stabil bermula tahun kedua atau masuk bulan ke 18-24*, sampai sekarang I can have “emotional flooding” (kebanjiran emosi) akibat trauma namun sangat jauh lebih terkawal Alhamdulillah.
Journaling atau writing/talking about it adalah salah satu teknik memulihkan diri yang disarankan semua pakar, maka ini baik untuk I, tapi tetap sesuatu yang sukar walau kini hanya seketika sahaja, syukur.
So where are people like me now? Ada yang Allah SWT takdirkan perpisahanlah yang lebih baik untuk mereka, maka dengan izinNya terlerailah sebuah ikatan rumahtangga tu dengan pengajaran-pengajaran tertentu.
Ada yang Allah SWT takdirkan hati mereka tetap terikat maka dengan izinNya jua mereka ini kekal bersama mengutip pengajaran yang ada untuk membina kembali rumahtangga dengan lebih baik hendaknya.
Whichever the outcome, yakinlah kita takdir Allah SWT itulah yang terbaik, dan kita terus yakin istiqamah dengan hidayah dan petunjuk atau guidance yang diberiNya.
Pokoknya, samada berpisah atau bersama, semua yang terlibat tetap perlu melalui proses pemulihan kecurangan kerana kesakitan yang tak dipulihkan atau ditransformasikan pasti akan disalur kepada yang lain, kalau tak sekarang esok-esok melibatkan pengalaman generasi seterusnya.
A pain that is not healed or transformed will most surely be transmitted, so semoga ada yang dapat bermanfaat dari perkongsian I ni.
Where are WE now?
Kami masih bertatih, dalam kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana we fully know that jika diturutkan nafsu dan keinginan menghalalkan yang asalnya pilihan tindakan yang haram (di satu pihak),
Dan jika diturutkan perasaan kecewa, amarah, emosi, ketidakrasionalan akibat SAKIT viscera yang tak tergambar pada masa tu (di pihak satu lagi), it could have easily gone any other way, dan mungkin perkongsian I di sini berbeza pula, nauzubillahi min zalik.
Hakikatnya for me the way I see it? Husband tak setuju dengan pandangan I but we can agree to disagree on this.
Bilamana dia kata, “It’s the same marriage sayang (I’m still me, the one you know and love, and I’ve never stopped loving you for you), and we’re just learning from mistakes as we always have and moving along.”
I pula kata, “In a way, the first marriage is over, and that needs to be grieved and accepted, but we’ve consciously chosen to rechoose each other for a second marriage to the same person, and trying to do it, all over again.” Anda semua rasa yang mana yang lebih tepat?
Sekian, wallahu ’alam.
*Affair Recovery process juga telah dikaji pakar-pakar dan ada timelinenya bermula Ground Zero atau DD (Discovery Day), dan anggaran 18-24 bulan untuk mencapai fasa “recommitment” adalah anggaran jangkamasa minima atau on average.
Ramai yang belum boleh bergerak maju dalam jangkamasa ni atas pelbagai faktor, dan ramai dalam support group kami atau kenalan yang diketahui melalui ujian rumahtangga yang sama hanya berpeluang recover dalam tempoh 3-5 tahun. Bayangkan? 3-5 tahun!
Sememangnya we’re blessed to have been able to do so in the minimal time frame suggested berkat kesabaran dan istiqamah bersama, but yakinlah, memang bukan satu perjalanan yang mudah,
Dan sehingga kini, kami sentiasa sama-sama lebih peka kerana ruang untuk vulnerable tu memang tentunya ada apatah lagi dengan janji Syaitan untuk memecahbelahkan penyatuan silaturrahi. Tambah pula this one now is readjusted to focus on cinta, kasih sayang dan belas ihsan tulus keranaNya.
**Kalau ada yang wondering anak-anak tahu atau terlibatkah? Alhamdulillah, Allah SWT lindungi kami dan anak-anak langsung tak terhidu krisis besar ni.
Mungkin rezeki kami pada tahun kejadian, semuanya di asrama masing-masing atau sedang belajar di luar negara, dan yang kecil sekali sibuk dengan dunia remajanya.
There was a lot of pain and struggle, surely, tapi I guess, kematangan diuji di umur mid-40an juga sejenis rezeki Alhamdulillah. Tiada drama baling pinggan misalnya huhuhu.
***Mohon doa yang baik-baik untuk kami sekeluarga dan semoga doa yang baik-baik tu kembali kepada pembaca semua.
****Jika ada kesempatan dan tenaga emosi yang tersisa, I akan cuba sambung points seterusnya.
Yang baik dariNya, dan yang silap dari I. Maaf atas kekhilafan dan semoga bermanfaat.
Mohon semua jaga lah diri serta ikhtilat. Remember, we are all vulnerable so self love, self respect and self care, etc is key!
– The Wife (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit