The Wife @ The Actual Woman In The Marriage III

Untuk part I, (https://iiumc.com/the-wife-the-actual-woman-in-the-marriage/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/the-wife-the-actual-woman-in-the-marriage-ii/).

Assalamualaikum Warahmatullah again my dearies!

*Nota: I berusaha gigih ni, nak cabar diri cuba lagi mudahkan penggunaan bahasa BM I dan strukturnya, tapi semoga tak lari dari ekpresi penuh yang diharapkan. Ni nak cari perkataan “cabar” pun dah mencabar, kena search “challenge in Malay”.

Bukan mudah untuk I, tapi I tetap cuba demi menzahir hormat kepada Bahasa Jiwa Bangsa. Maka, I berazam dalam penulisan ini SEBOLEH MUNGKIN untuk mengguna sepenuhnya satu-satu bahasa bagi satu-satu ayat, walaupun tetap akan ada percampuran ayat BM dan BI dalam seluruh penulisan ni.

I believe that’s a compromise, right? Mohon beri peluang, terima kasih. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada warga Admin jika ini diluluskan walau sangat panjang.*

AMARAN KERAS: INI PERKONGSIAN ILMIAH YG SANGAT PANJANG DAN KANDUNGANNYA BERAT. TONA PENULISANNYA JUGA KEMBALI AGAK SERIUS. KALAU TAK SANGGUP DAN TIADA KEPERLUAN, SILA JANGAN CUBA-CUBA BACA.

DISARANKAN JUGA JANGAN DIBACA HANYA DALAM SATU MASA (AT ONE SITTING), DAN DIBAHAGI-BAHAGIKAN TUGASAN MEMBACA MENGIKUT SUB-TOPIK JIKA TAKNAK PANAS BONTOT SERTA HATI. Ngeeee~~~

Kita berehat dulu dari Tajuk Asal “The Wife” dan kupasan perspektif kacamata beliau sejurus setelah dicurangi. Di saki-baki bulan mulia ni, I lebih terpanggil pula untuk berkongsi persoalan-persoalan yang telah direfleksi serta pengajaran-pengajaran yang telah diambil atas pengalaman yang satu ini dengan harapan ada ilmu baik yang dapat dimanfaat bersama.

1: Sedikit Latarbelakang Tentang Pilihan Untuk Memilih Untuk Terus/Kembali Bersama dan Sinopsis Bagaimana Cara I Pilih Menanganinya

Ada juga yang bertanya kenapa I pilih untuk terus memilih si suami dan untuk terus bersama setelah begitu perit dan pedih dicurangi? Kalaupun jawapannya bukan secara terus dijawab di dalam satu-satu pengajaran di bawah, apa yang boleh I katakan secara jujur, seluruhnya kombinasi muhasabah I telah membawa kepada pilihan tersebut.

After the storm has steadily calmed down somewhat (this is a long journey, mind you), I chose to rely on what I was best at: that is, to be very methodical, systematic, analytical, meticulous, rational, practical, and etc. Or, at least, I try to do so for the most part.

Tentunya secara norma manusia, proses ni ada pasang surutnya, tetapi selagi mampu, I memang sangat berdisiplin dalam fasa mencari jalan keluar yang dirasakan paling afdhal bagi I dan kami.

Sebagai seorang yang “berilmu”, dan selama ni, seorang yang begitu meraikan kepelbagaian ilmu dan falsafah, serta sentiasa objektif menghormati betapa variasinya sesuatu teori, perspektif dan pengalaman tu, seperti menjadi satu dosa besar bagi I untuk dengan sengaja memilih kejahilan (ignorance) dalam bertindak.

Sesungguhnya dalam karier akademik I, kemungkinan inilah ujian atas ilmu yang paling besar setakat ni. Kemungkinan juga, segala pemberian rezeki ilmu dan kemampuan akademik dariNya sehingga ni adalah rahsia Allah SWT dan penyediaan awal dariNya untuk I untuk membantu I menghadapi krisis yang terbesar ni dengan lebih “mudah” serta “tenang”. Rahsia dan Hikmah Allah SWT mmg tak tercapai oleh ‘aqal kita!

KAVEAT 1: I tak kata semua orang patut melalui proses yang sama kerana manusia ini dijadikan berbeza-beza, namun ini perkongsian peribadi I yang berkemungkinan dapat memberi sedikit maklumat berguna dan bantuan kepada mereka yang di dalam kapasiti pengalaman serta kemampuan yang agak sama dengan I. Remember, this is a case study of myself, but surely there will be people who can learn from my experiences, InsyaAllah.

For me, it might have been the extreme case of getting myself MOST FULLY INFORMED before deciding the final decision and way forwards. I literally began with my thesis statements, and studied my own case at length.

After carefully deliberating and identifying the problems, I spent a long time reviewing a huge corpus of literature from so many different perspectives and media. Boleh kata, I lengkapkan seluruh proses kajian bagi menganalisa pengkalan data maklumat yang ada, demi mencapai keputusan tindakan yang dirasakan terbaik.

From objectively analysing content on affairs, to their recovery process, to contents on marriage and its challenges and crises, to polygamy from various viewpoints, to psychology and psychiatric journals and readings, to religious and philosophical reflections on faith and wide-ranging topics, ANYTHING worthy of providing understanding to my case, either in general, spiritual and Islamic.

And, believe me, it was painstaking and at many points, a very emotional, painful and anxiety-inducing “academic” process and personal journey. True as they say, ignorance is bliss, or is it?

Because once you do find out and know about the scope or potential truth of something from an “‘ilm” (knowledge) point of view, you thereafter, technically become responsible to have to act based on this “hidayah” (guidance) and knowledge that have been given and now open to you.

Oh, dengan izin Allah SWT, kami juga diberi ruang dan peluang mampu untuk memberi masa kepada diri masing-masing untuk berfikir sebelum kata putus bersama diambil. Kami memilih untuk rasional serta matang dan bukan bertindak atas nafsu dan emosi semata-mata, lalu memberi masa sekurang-kurangnya 90-100 hari untuk mencari diri (soul searching).

In fact, I later found out that this was one of the prescriptions in Affair Recovery procedures to avoid potential mistakes and regrets in decision making. Tambahan ada kata-kata nasihat yang baik: jangan membuat keputusan bila kita terlalu emosi, terlalu sedih mahupun terlalu bahagia, kerana ia nanti bakal terbukti bukan tindakan yang tepat.

Gunakan ‘aqal dan dengan ‘ilmu selagi mampu, ini pegangan I. Jika tiada ilmu semasa, maka kita bertanggungjawab mencarinya dahulu, dan itulah yang I buat dengan sangat tekun dan berhati-hati.

Beliau, si suami, dengan caranya tersendiri, dan I, selain dari proses akademik seperti di atas, juga secara bersendirian menghadiri laluan pemulihan diri dengan kaunseling dsbgnya, serta dengan sabar dan solat/doa yang tidak putus memohon hidayah, pada masa yang sama.

Hanya kemudiannya, setelah memilih kataputus untuk terus berusaha kekal bersama, barulah kami menghadiri proses kaunseling pemulihan bersama, tapi pada awalnya, hanya I seorang yang memerlukan laluan tersebut.

Pada dasarnya, kami sama-sama berpegang untuk tidak membuat keputusan secara terburu-buru kerana ia satu krisis dan proses yang sangat kompleks serta melibatkan pelbagai aspek dan pihak. Cuma, sebagai seorang wanita yang biasa, dan ada masanya sangat lemah, untuk tekad menghormati pendirian bersama ini jauh lebih sukar bagi I berbanding beliau.

Sehinggakan pernah juga diberi kebanjiran emosi yang paling dahsyat sehingga I sempat mengemas bag sedikit sebanyak, dan lari sebentar dari rumah semasa beliau dan anak bongsu di luar.

Dan tahu-tahu dah tertidur di katil empuk hotel berdekatan, setelah meraung teruk dengan berpuluh “missed calls” serta “frantic WhatsApp messages” dari suami. So, yes, I am far from perfect too, and I never said it was straightforward and easy for me.

Cuma, berbalik kepada cara I pilih untuk tangani ujian ni, I belajar satu hakikat ini:

Setelah you bersungguh-sungguh ikhlas mencari ilmu dan pemahaman, maka jika you benar-benar objektif dan jujur di atas pengumpulan data ilmu tersebut, you akan TERPAKSA sampai kepada satu kata hati nurani yang jelas (clear conscience) di mana you kemudian kenalah yakin bertindak atas hidayah ilmu tersebut, SAMADA YOU SUKA ATAU TAK segala perinciannya.

Tambahan, sebagai seorang Muslim pula, you akan seterusnya perlu menyerahkan yang selebihnya selepas itu kepada Allah SWT sepenuhnya, walaupun you kemungkinan berasa sangat takut atas kemungkinan pilihan tersebut esok-esok. At least, this was MY systematic approach.

As for my journey, after having conscientiously deliberated as part of my “ikhtiar” along with “muhasabah”, I then made a fully conscious decision with “yaqeen” to choose to rechoose him, and then each other.

Cuba tekad yakin untuk membuat pilihan untuk terus bersama, dengan kesedaran dan kesediaan penuh bahawasanya hanya Allah SWT yang memegang kata putus akhir yang sebenar di perjalanan hujung pilihan awal ini. Itu pun, jika ada rezekiNya sempat sampai ke penghujungnya semasa di dunia lagi. Ini hakikat.

Kemudian, dengan usaha cuba “istiqamah”, “sabar” dan “redha”, I hanya terus ikhtiar gigih meneruskan hari-hari seterusnya dengan konsep fokus kepada rezeki sehari-hari, dengan cuba terus-menerus melepaskan hari dan kekecewaan yang semalam, serta tanpa terlalu gelisah serta taksub dengan kesudahan (outcome) masa hadapan yang hanya di dalam genggamanNya.

Allahu, it obviously wasn’t easy and wasn’t something that was done nor achieved overnight.

Tapi, betullah seperti kata hadith ni, tiada pemberian ujianNya ataupun ketidakberian rezeki yang kita harapkan sangat dari Allah SWT tu adalah tidak baik untuk kita, SubhanAllah. I lebih suka versi terjemahan Bahasa Inggeris untuk hadith yang satu ni. It really is so beautifully encapsulated.

I am hopefully a better ‘abd (slave) and human being for His sake, either way, InsyaAllah, even if my marriage and things may not have gone the way I exactly wanted them to.

“Wondrous is the affair of the believer for there is good for him in EVERY matter and this is not the case with anyone except the believer. If he is happy, then he thanks Allah SWT and this there is good for him. If he is harmed, then he shows patience and thus there is good for him.” (Sahih Muslim)

2: Jika Allah SWT Berkehendakkan, Maka Terjadilah Ia Dalam Apa Konteks Keadaan Asal Sekalipun

Kalaulah misalnya, tiada masalah komunikasi atau pun masalah yang terlalu besar, atau pasangan tu dah serasi sangat malah bahagia dsbgnya, apa saja kemungkinan asbab kecurangan yang ada?

Banyak kemungkinan tapi yang PERTAMA-TAMANYA: Kun Fayakun; jika Tuhan berkehendakkan, maka ia tetap terjadi atau tak terjadi. Ini hakikat pertama yang I kena terima sebagai hakikat ujian takdir terjadinya kecurangan tersebut, seperit mana pun.

Dan, bagi suami I pula, hakikat TAK terjadinya dahulu niat berpoligami di belakang secara rahsia tetap dengan izin dan takdir Allah SWT jua. Walau tentu saja akhirnya akan jadi halal dari segi Syarak dan takkan menjadi haram hanya kerana bermula dengan hubungan percintaan sulit yang asalnya haram dan membelakangi I.

Whatever that played in his heart and head in the interim, to have prevented him from pursuing his intentions, i.e. from secretly marrying first behind my back before having to deal with whatever consequences that came with it later, was still a work of the Lord! So, I’ll just have to learn to be grateful that with this difficulty, I was equally given ease as He’d Promised!

Lebih tepat lagi, benda dan rezeki yang baik pun boleh sangat menjadi ujian jika Allah SWT berkehendakkan atas hikmah dan rahsiaNya. Kita sebagai manusia, terutamanya bila diberikan sedikit ilmu dan berasa sedikit bijak pandai, selalu merasakan kita berhak sepenuhnya atas pencorakan hidup kita ni. We falsely convinced ourselves that we can be and are in complete control of our lives.

I belajar betapa sangat bahayanya berbekal konsep “approach” kehidupan sebegini, sebab kita terlupa hakikat yang hidup kita dalam genggamanNya semata. La hawla wala quwwata illa billah. Tiada dayaupaya dan kekuatan kecuali dengan keinginan serta pertolongan Allah SWT jua.

Yes, we have “choices” to a certain extent, but they will or won’t take shape the way we plan it ultimately, WITHOUT His power and might.

Kalau jadi pun sebab Dia, kalau tak jadi pun sebab Dia juga segala apa yang kita pilih dan rangka, maka usahlah kita terlalu perasan dan terlalu bergantung pada diri sendiri. Yakin dengan diri, pilihan dan kehidupan sendiri kena berpada-pada; takut dengan segala kemungkinan juga perlu berpada-pada. Semua ni ujian semata atas janjiNya.

Nasihat ikhlas saya yang pernah tersungkur juga, jangan terlalu taksub dan terlebih rasa bijak pandai yang kita faham semuanya tentang Qada’ dan Qadar, dan terutamanya takdir perjalanan kehidupan PILIHAN kita. Kononnya. Sesungguhnya ‘aqal kita tak tercapai. A huge chunk of it is truly His mysteries and secrets.

As for OUR story and back to us, perhaps, we became too comfortable; I became too comfortable and secure. After all, he has shown his integrity and worth for over 2 decades, like what more could a wife ask except than to just be grateful? And then, pap! Allah SWT bagi penampar nak bagi sedar.

Sungguh-sungguh terpelanting, terlingkup, tersedar teruk dari khayalan kehidupan selesa ni.
Dan sebagai hambaNya (bila dah agak tersedar banyak), I WAJIB cari apa kemungkinan hikmahNya untuk terus berjuang di dunia ni (matlamat jangka pendek) demi Akhirat I (matlamat jangka panjang). Melainkan I dah mati terus, maka itu habis cerita.

Dan hellooo, ini bukan kisah suami isteri yang tak boleh serasi or bermasalah dalam rangka 5-7 tahun pertama, adik! Krisis kecurangan yang pertama dan aminnn semoga yang hanya satu dan terakhir kali ni, bermula di ambang setelah 23-24 tahun bersama tahuuu. Adakah adik-adik yang muda belia ni ingat mudah nak memelihara rumahtangga untuk berdekad lamanya?

Look around us to realise how easy it is to throw the towel in! Lihat saja sekeliling masyarakat kita betapa mudahnya untuk bercerai berai. And, no, this is not judging, but just making a factual statement. People in marriages KNOW how challenging it is to keep it going and together.

Allah. Ujian masalah naik turun dalam berumahtangga tu mestilah ada sebab itu janji Allah SWT, dan ini dunia yang merupakan pentas ujian bagi meraih markah lulus atau gagal dariNya. Tapi, untuk ramai para wanita dan isteri, ini tahap ujian di luar jangkaan minda dan sangkaan, dan di situlah pengajaran dan ilmunya yang I gigih kutip DEMI TUHAN.

Oh tidak, bukan sebab terdesak nak juga kat si suami dan perkahwinan (walaupun sejujurnya pada sangat awalnya, I juga seorang wanita “lemah” tipikal yang agak terdesak), tapi akhirnya Allah SWT membawa I kepada perhitungan dan pilihan halatuju yang ditimbang-tara dengan fokus KETUHANAN.

Sebab akhirnya, matlamat hidup kita sebagai hamba adalah untuk Dia dan AkhiratNya. Dan, bukan untuk manusia, malah bukan juga untuk “so-called” diri sendiri (ini yang seterusnya atau “secondary reasons” tapi tak boleh jadi ukuran yang utama).

Ini juga antara mutiara hikmahNya yang I belajar secara perit melalui ujian ni. Jadi, apa sekalipun, Alhamdulillah atas peluang belajar dari ujian.

3: Ujian Sebegini Besar Boleh Saja Berlaku Walau Bagi Rumahtangga Yg Pada Dasarnya Bahagia Atas Asbab Tambahan Budaya Bertuhankan Kehendak Diri Sendiri Untuk Dapat Lebih

KAVEAT 2: Ambil maklum, I langsung tak merujuk dan sama sekali tidak menyokong hubungan toksik atau penganiayaan dalam rumahtangga. Ini bab lain, dan memang kepada sesiapa yang pasti teraniaya atau dizalimi wajib mengeluarkan diri dari penganiayaan tersebut. Maka, jangan disalahertikan hujah seterusnya ni.

Setelah I cuba kaji untuk faham semuanya (setakat yang mampu), ada juga asbab tambahan atau “secondary” yakni pengaruh kuat budaya kehidupan masakini yang memainkan peranan besar yang ramai terlepas pandang, termasuklah I sebelum ni.

Walaupun ya, banyak kecurangan versi sampah berlaku lalu banyak pula rumahtangga yang runtuh kerana ketidakserasian kronik atau perangai keji si pencurang atau sekian sekian, namun ada keadaan atau kategori pasangan lain yang ramai tak terfikir boleh terjadi.

Dapatan atau “finding” ini jauh lebih “menarik” dan penting untuk I kongsikan. I tak berminat nak kupas perihal kecurangan murahan dan sampah. These type of men or women can and should be kicked to the curb for all I care. But more interestingly for this case study, the fact is, even the seemingly “happy” partners cheat, whether they intentionally planned to or not.

Mungkin juga sebagai manusia biasa, ini lebih pedih bila terjadi kerana unsur kejutan atau “shock value” dia lebih dahsyat. For me personally, I was blindsided, and I believe that was partly what made the pain even more excruciating. Dan I berasa, ini penting untuk mereka yang pada dasarnya bahagia dan berasa agak selamat dalam rumahtangga mereka, mengambil iktibar dari perkongsian jujur I ni.

Bukan nak menakut-nakutkan, tapi I dan ramai lagi seperti I, adalah bukti yang ini sangat boleh terjadi atas kehendakNya serta asbab-asbab sampingan yang seolah-olah menjustifikasikannya.

This is a reality that must be understood, as hurtful as it is. Hakikat ujian duniawi! I love these quotes in one of my recovery notes by Dr Esther Perel (a marriage therapist and expert) to help me understand what happened to me and us, but I’ll translate it in BM.

“Di zaman kini, kita (baik lelaki atau wanita) jauh lebih terdedah (“vulnerable”) untuk tersilap langkah aka ter-merayap huhuhu (“to stray”), dan bukannya sebab keinginan ini tiba-tiba baru hadir dalam era masakini. Sebaliknya, kita sekarang hidup di zaman yang kita rasakan kita SELAYAKNYA mendapatkan sesuatu keinginan tersebut.”

She calls it “The (Infamous) Age of Entitlement”, and I do believe that we can all be vulnerable to it regardless if we’re pious Muslims or any other persons. Apatah lagi bila digabung dengan cucukan Syaitan. Cuma, bagi kita orang Islam, yakinlah, ia tetap datang dengan izin dan sebagai ujian Allah SWT.

Keinginan untuk mahukan yang lebih tu sebetulnya dah wujud semenjak azali bagi manusia biasa. Namun, ini tahap yang seterusnya. Tahap di mana kita merasakan boleh dan patut bertindak atasnya demi kebahagiaan diri yang lebih lagi.

Where we feel we have every right to act on it. This is a time and age where we believe that we are ENTITLED to pursue our desires and wants, to pursue our happiness, or more of it, no matter the high costs and consequences.

Dr Perel also suggests from her body of research and experience “… If we used to divorce because we were unhappy, today we divorce because WE COULD BE HAPPIER.” Spot on. Bolehlah dengar beliau sambil membaca transkripnya untuk lebih faham kupasan isu ni, bertajuk “Rethinking Infidelity” yang sangat-sangat membantu I sedari awal demi untuk cuba memahami.

Iklan: Tapi AWAS, jika anda seorang yang masih sangat bersedih dan dalam proses pemulihan, minda kena sangat-sangat terbuka dan bersedia untuk sangat sakit seketika bila mendengar perkongsian beliau.

The truth hurts, but we need it to heal. Dan sakit tak terhingga yang hadir sambil mendengar tu, tak mengapa, rasainya, hayatinya dan lepaskan kesakitan tu, sekurang-kurangnya bagi episod tu je. Embrace the pain, and InsyaAllah, it will continually assist the healing journey.

Sambung. Dengan momokan kelayakan hak asasi ni, anda tak semestinya seorang yang jahat pun kan. Maka hati kecil pun meronta-ronta, kenapa aku tak boleh dapat LEBIH. Salahkah untuk mendapat lebih bahagia, lebih kasih sayang, lebih itu, lebih ini, lebih dapat dapat dapat, apa sahaja?

Today’s focus, if entertained, is a lot about ME, and about what I want in life. Because this is my life. Me, me, me. Kata hati manusia kita.

Masakini adalah ujian zaman budaya hidup di mana kita selayaknya bahagia atau lebih bahagia, bisik kata hati kita. Bagi SESETENGAH pasangan rumahtangga yang dalam dilema membuat pilihan perjalanan hidup dari semasa ke semasa, pada era kini, bukan semestinya mereka LANGSUNG tak bahagia pun, tetapi mereka merasakan diberi peluang untuk berhak JAUH LEBIH bahagia.

Ini juga (exactly) antara ujian suami I bila dalam diskusi kita bab ni, dan jawapan jujur beliau walaupun perit didengarinya, dia mengaku memang dia hanya manusia biasa yang merasa tak salah dia mahukan “rezeki” yang lebih, dengan beristeri dua dan membesarkan saiz keluarga.

Apatah lagi kerana dia yakin dia sangat berkemampuan, bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi dari segala aspek terutamanya untuk berlaku adil, yakni mengikut perkiraan beliau pada ketika tulah.

Ditambah pula dengan justifikasi berniat baik untuk membantu insan lain katanya (sorry, ter-“roll eyes” dan berasa nak “vomit” masa tu setiap kali teringat ni), walau dengan tatacara permulaan yang sangat salah dan tak beradab pada I.

Additionally, in some or many ways, reaching his age and achievements that have gone into static mode at the time, he “just” wants to feel alive again. Takkan salah sangat kot? FYI, my husband went into early retirement after having sold his successful business about 2 years prior, and has become financially independent since.

Little that I know that that was the beginning of some serious internal dissatisfaction within himself and his life in general, and that he’d felt for a while that the best years of his life could be relived again, via different ways.

And that he’d felt deserving of at least that opportunity, after having fulfilled so much of his life being responsible and caring for others, especially for me and our children. Sungguh, bila masa dia “termati” pun I gagal sedar. Begitulah. Life lessons, sigh.

Won’t go into too much details again, tapi itulah hakikat sebuah ujian di pentas duniawi bagi kami. Dan, I pasti, bagi raaamai lagi pasangan di luar sana yang masih terpinga-pinga, kenapa kami? Why us? How could this ever happen to us? Where did we go really wrong? I thought we were generally, happy?

4: Tak Mungkin Akan Pernah Cukup Apa Yg Sedia Ada Jika Hidup Ini Berpaksikan Sepenuhnya Atau Kebanyakannya Kepada Kemahuan Diri Dan Duniawi

Apa sangat salahnya mahukan lebih dalam hidup ni, dan mahukan “Pilihan Yg Lebih Baik” untuk diri sendiri? Now, if it was primarily a self-centred and self-focused decision, who on earth doesn’t want MORE, right?

So, why not? Why can’t we have it all? Technically, in principle, us wanting more in our life doesn’t make us bad people, no? Or, the truth is, we allow ourselves to wrongfully believe this concept that we’ve been fed in our society. Yg mana satu agaknya lebih tepat. Entahlah. Tapi ini yang I belajar untuk diri I sendiri. I tak paksa orang setuju dengan I ya.

For a long time, I convince myself of the “lie” that it IS entirely my life and up to me, and I am completely responsible for it turning this or that way.

Many of the faith-based lectures (Ustaz NAK, Sheikh OS, Mufti Menk, and so many more) that I studied, unanimously call this “egocentrism” where humans think that they know better. Where humans believe that they have complete control over their life, and its course of decisions and actions. Semoga kita sama-sama ambil iktibar.

Likewise, egocentrically speaking, we also think we know what we deserve and don’t deserve, OR we tell ourselves that we don’t deserve it to turn this and that way, when in fact, as Muslims, we’ve forgotten that they are all gifted by Allah SWT. Kita lupa yang semuanya percaturanNya semata. Again, balik kepada pengajaran pertama, semuanya dalam tanganNya.

At least I know there were many times in my life that I myself was selfish, and forgot my place and insignificance in this world.

Dan, dalam diam secara halus dan tak sedar, mempermudahkan Syaitan menjalankan tugas dan melunaskan janjinya untuk merosak dan memporak-peranda hidup dan hubungan-hubungan kita, asbab kita terleka dan terlupa siapakah kita nak menentukan apa yang kita layak dan tidak.

SEDANGKAN ITU EKSLUSIF KEUPAYAAN MILIK ALLAH SWT!

Betul, up to a certain extent, Agama kita didik kita boleh memilih halatuju kehidupan kita. Read: TO A CERTAIN EXTENT–within boundaries, limitations, guidance, and full responsibility of them, and etc. Agama kita sangat sempurna dalam melindungi semua hak dan aspek, lalu tiada istilah kebebasan sepenuhnya dalam membuat sesuatu pilihan.

Jikalah hidup ni hanya berpaksikan sepenuhnya atau kebanyakannya kepada kemahuan diri dan duniawi, mana pernah apa yang sedia ada mencukupi, betul?

Flashback. At the time of our earliest “argument” or discussion on the why’s, when a very different person to the old him that I’d known for 2 decades actually said, “I deserve it whether you like it or not.” Wow. “I sangat-sangat hargai you, pengorbanan dan journey kita berpuluh tahun bersama yang, I tak lupa semuanya. And, I honestly love you just the same whether you believe it or not. …

… But, I also feel that I deserve more. I’m not a bad person, and I’ve sacrificed a lot too for this family. So, why can’t I have more, if only you can allow it. If only you can now be the one to sacrifice a little bit for me instead.” Bizarre. Perit. Hakikat ujian masa tu. Before Allah SWT “returned” to me the man that I knew and fell for much, much later. But that’s another story.

I cuma anggap, lagi berusahanya seseorang tu untuk jadi baik dan dekat denganNya, lagi besar Syaitan yang mengganggu, kerana pada dasarnya dan asalnya beliau memang seorang suami yang baik. Dalam kes I, selama 22 tahun sebelumnya, sekurang-kurangnya, (dan InsyaAllah telah kembali semula semenjak usaha memulihkan diri 4-5 tahun lepas) beliau sangat merendah pandangan dan menjaga ikhtilat.

Habis kalau dah baik kenapa you tak izinkan dan cari redha kat situ je, perempuan? Jangan salah faham. I ulang biar jelas, jika tiada elemen kecurangan langsung, kemungkinan I sebagai isteri yang cuba-menjadi-solehah tak boleh menolak dan terpaksa akur dengan permintaan si suami yang zahirnya serba layak, maka JIKA dalam keadaan begini, dilema dan plotnya tentunya jauh berbeza pula.

Tapi misteri susunan takdir Allah SWT, Alhamdulillah, bagi kes I, dengan izin dan aturan Allah SWT, seperti I sebut dalam catatan kedua, dari satu perspektif, “mujur”lah ada elemen kecurangan (iaitu kerahsiaan hubungan terlarang lengkap pakej janjimanis dan episod pendek percintaan menunggu masa terbaik bakal bernikah di luar negara setelah isteri pertama diberitahu) di belakang I lalu melanggar hak I sebagai isteri yang sah lagi halal.

To be fair, in my own reflections, I pun tak terkecualilah dari sebarang khilaf selama ni, sebab I juga pernah menipu diri I dengan cara keinginan duniawi yang berbeza. Walaupun I tak pernah curang, tapi tentunya sebagai manusia, I ada menyakiti beliau dengan cara “pengkhianatan” yang berbeza.

We betray people in different ways, fact! Dan ini belum masuk topik bagaimana kita mengkhianati Allah SWT sehari-hari. Kita sangat peka bila kita dikhianati manusia lain, tapi kita selalu terlupa betapa lagi teruknya diri kita ni bilamana kita mengkhianati Tuhan. Astaghfirullah, semoga Allah SWT ampuni dosa-dosa kita semua.

Insaf dan takut dengan ujian dunia yang ramai kejarkan ni. It’s a fallacy! Bagaimana kita boleh terjerumus dalam kancah penipuan diri kita yang kita boleh dapatkan segalanya semasa masih di dunia lagi.

Sedangkan, kita sedar, dunia ini untuk dilelahkan, dan dalam lelah itu ada “bahagianya.” Ini dunia, bukan dan belum lagi Syurga, kan.

Mana pencarian redha kita senasa di dunia dengan takdirNya (yakni bahagia, tenang gembira DAN berpuas hati), dengan semua pemberianNya, baik rezeki yang elok mahupun yang (nampak) buruk.

Mana konsep mensyukuri seadanya atas semua pemberian Allah SWT walaupun dari kacamata duniawi, tentunya belum cukup?

Mana hilangnya konsep bersabar, beristiqamah dsbgnya atas ujian ketidakcukupan semasa di dunia?

Mana sifat akur atas kehambaan kita pada ketentuanNya? Bagaimana Allah SWT nak “reward” kita kalau tak diberi ujian dunia ni?

Ini semua sebahagian pengajaran dan peringatan untuk diri I sendiri terutamanya. God knows I’ve learned so much for myself.

So, for what it’s worth, and bottom line, Alhamdulillah, Thank You O Allah for this gift of trial and tribulation in the form of my husband’s affair with The Other Woman. For I have truly, most sincerely learned much (if not yet all), and am still in the process of trying my hardest to become a better slave for Your sake, InsyaAllah.

Sekian, wallahu ‘alam.

Allahu Akbar. Terlalu panjang perkongsian kali ni.

I rehat dululah ya.

Dan bakal disambung di bawah topik baru ni jika ia sungguh memberi manfaat dan suntikan semangat kepada yang memerlukan.

Akhir kalam, semua yang baik dariNya, dan yang silap serta khilaf dari I juga.

Selamat berpuasa juga di hari-hari Ramadhan yang terakhir ni. Semoga diampunkan semua dosa kita, dan semoga semua amal ibadah kita diterimaNya serta diberi ganjaran berlipat ganda hendaknya, Aminnn.

Salam Aldilfitri New Normal. Maaf Zahir Batin.

Love and best wishes always.

– The Wife (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *