Salam admin.. aku nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku sekarang ni.
Tak tahu nak mula dari mana. Ramadhan aku sebelum sebelum ni tak la best sangat pun. Gaduh dengan suami tu benda biasa. Kena pukul dalam Ramadhan pun pernah. Seksa mengandung masa Ramadhan sehinggakan sahur/buka air kosong saja pun pernah. Sebenarnya tak puasa. Tapi sebab sakit hati tu, hanya bermakan minum air kosong je. Kira macam puasa la kan. Tu dari perspektif keluarga kecil aku.
Keluarga aku sendiri pulak. Tiap Ramadhan wajib bergaduh jugak. Tak pernah ada memori indah pun saat2 Ramadhan/Raya ni dalam hidup aku.
Ramadhan kalini yang paling teruk dalam hidup aku sebab? Sebab selama aku membesar, aku tak pernah kena tengking dengan ayah. Tapi awal-awal Ramadhan tu ayah tengking aku.
“Sampai mati ayah tentang!”
Tolong ulang tengkingan tu banyak kali.
Kes nye sebab apa ye?
2 3 tahun lepas. Aku dan suami beli rumah pertama kitorang. Dah settle sign agreement semua, biasalah kan, bagitau mak ayah benda gembira. Tup tup ayah aku pegi tengok rumah tu. Macam macam dia komen. Buruk la. Huduh. Toilet macamtu macamni. Rumah pulak bujang 8 orang tengah sewa. Bayangkan je la keadaannya. Lepas tengok tu, dengan sewenangnya dia suruh kitorg batalkan agreement. Sejak dari tu hari hari dia bagi flyers/pamplet projek perumahan. Bukan locally je, kat negeri lain pun ada. Kitorang buat dek je.
Intention beli rumah memang untuk bagi sewa dulu, dah stabil baru nak duduk sendiri.
Bulan demi bulan. Lepas sorang sorang penyewa berhenti. Tahun tu OnG banyak buang staf kontrak. Last last habis semua budak budak tu balik kampung halaman masing masing. Tinggallah rumah tu kosong.
Bila ayah aku dapat tau. Guess what he did? Tanpa bincang apa apa. Dia call kontraktor sana sini. Nak renovate rumah tu. Hari hari call kitorang suruh pegi jumpa kontraktor pilih tiles la etc. Dah bagitau jangan. Kenapa kena renovate. Alasan buruk. Nak bagi selesa. Okay. I get your intention. And i thank you for that. Kalau sikit sikit takpe. Bila aku tanya berapa nak kena bayar ni. Dia bagitau 80 ribu.
Masaklah hidup aku. Hutang rumah pun almost 2k. Hutang kereta tak setel. Tambah tlg bayar motor orang lain pulak. Ni 80 ribu ni hutang terpaksa ke terrela?
Sejak renovate. Kitorang masih tak duduk rumah tu. Btw kitorang ni tinggal dengan parents masing masing lagi. Sini sana gilir gilir. Jangan tnya kenapa dan kenapa tak pindah. Panjang. Kena buat confession lain.
So since tak duduk rumah tu lagi. We decided untuk buat homestay. The parents takde tentang pun. Diorang sendiri siap promote kat kawan sanak saudara masing masing.
Jom fast forward. Dah almost 2 years buat homestay. Just recently aku dengan suami dapat VSS. Sebulan b4 VSS pun kitorang dah start cari keje lain. Memang hambar jugak la peluang nak dapat keje lain tu. Sambil fikir apa nak buat untuk teruskan hidup. Aku gigih cari penyewa baru.
3 4 orang asyik cancel je nak sewa. Alasan mahal. RM1000 corner lot 5 room 4 bath full furnish full aircond. Mahal eh? Rumah kosong sewa RM800 pun ada tau. Nak dikatakan rezeki? Dapat jumpa penyewa 4 orang. Cukup la sorang satu bilik. Diorang mintak 2 tahun. Kitorang bagi 1 tahun dulu.
Hari nak sign agreement tu, aku bagitau ayah aku rumah tu nak sewa dekat orang. Waktu sahur masa tu. Aku dia dengan mak je ada kat bawah. Terus terus on the spot kena tengking suruh batalkan agreement. Aku taknak panjangkan gaduh, aku terus masuk bilik.
Pagi tu saje henfon banyak misscall/sms penuh dengan tanda seru. Henfon suami pun. Pukul 10 kitorang keluar rumah nak pegi KWSP (keluar duit aku nak bayar rumah. Jgn tanya kenapa duit aku ye) ayah kat bawah duk menengking je. Ayat yang atas tadi tu je aku ingat. Selebihnya aku taknak dengar aku masuk kereta. Laki aku je dengar.
Lepas tu. Sampai harini aku tak balik rumah mak ayah. Terjumpa sekali kat bazar ramadhan. Pun dia ulang ayat sama kuat kuat. Nasib la masa tu kat parking kereta. Harap takde sape dengar.
Sejak tu, macam macam duk kata dalam whatsapp. Siap boleh masuk bilik aku kat rumah tu. Kata bilik bersepah. Suruh balik kemas bilik. Helo. Aku ada anak kecik. Yang bersepah dalam bilik tu toys diorang dalam playpen sahaja okay. Plus i’m in my 30s. Aku bukan pemalas. Aku bukan pengotor! Aku tak pernah hidup bilik bersepah tak tentu hala!
Aku tanya. Kenapa masuk bilik aku? Bilik aku kunci. Nak cari apa? Semua soalan aku tak dijawab. Cuma dibalas dengan ayat ayat tanda seru. Bukan tu je tau. Dia siap call ayah mertua aku. Cakap duit habis 80 ribu untuk anak cucu. Alih alih bagi orang lain duduk? Sms dan call ayah mertua pun banyak kali. Sampai ayah mertua pulak suruh kitorang ikut cakap dia. Sampai laki aku bergaduh pulak dengan bapak dia.
So tolong enlighten kan untuk aku.
Salah ke aku bagi sewa dalam keadaan tersempit sekarang ni?
Salah aku ke diorang buat loan 80 ribu bayar renovation tu?
Aku derhaka ke?
Aku taknak balik rumah tu telinga aku dah tak tahan kena tengking. Dia kata aku nak putus silaturrahim. Wow.
Bila aku tanya siapa mula semua ni. Dia kata aku yang salah! Sape suruh nagi sewa! Ada tanda seru lagi. Double wow!!
Aku tertekan sangat. Aku paksa laki aku pindah je tempat lain. Supaya both fair and square tak dapat duduk dengan kitorang. Siap ajak pindah negeri lain. Sudahnya kitorang pulak bergaduh. (Dah biasa. Hati aku pun dah batu tahap dewa)
So tell me. How could this be my best Ramadhan ya allah?
Cukuplah. Aku tak tahu nak cakap apa dah.
Dulu anak aku sakit. Keluar masuk hospital. Dulu jugak aku selalu kena mental verbal physical abuse dengan suami. Sampai aku pernah doa.
Ya Allah. Kalau memang aku takkan pernah dapat rasa bahagia, aku redha. Sekurangnya Kau sihatkanlah anak aku.
Rasa macam termakbul je.
– H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit