They Never See Positivity In Me

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Aku perempuan, usia awal 20-an. Anak sulung 4 adik beradik. Aku sebenarnya tak ada sape nak luahkan benda yang lama dah aku tahan ni. Aku sunyi sangat. Mak ayah aku selalu mention pasal kekurangan aku. Sebab tu lah aku bagitau kat tajuk yang diorang tak nampak benda positif dalam diri aku.

Bila dah makin grow up ni, mak banyak bagi pressure kat aku. Bukan pressure apa sangat, more to pressure emosi la. Mak suka banding2 kan dan samakan aku dengan orang lain. Cuba bagitau aku sape je yang suka macam tu.

Mak selalu samakan aku dengan sepupu aku yang lain. Sedangkan sepupu2 aku tu ada yang lawan cakap mak diorang, demand nak pakai benda mahal sedangkan mak ayah diorang tak mampu. Sedangkan mak sendiri tahu, dan aku sendiri sedar yang aku tak pernah demand pon nak pakai barang2 mahal. Apa yang aku nak aku beli sendiri.

Terkilan jap aku mak samakan aku dengan orang macam tu. Tak ada beza katanya. Mak jugak jenis yang mengharapkan kesempurnaan dalam diri aku. Aku manusia biasa. Aku buat silap jugak. Pernah sekali aku buat silap, mak terus ungkit kesilapan2 aku yang dulu. Langsung tak ingat kejayaan2 aku yang lain. Terkilan lagi.

Aku tak nafikan aku lebih rapat dengan keluarga sebelah mak. Memang aku rapat tapi mak bila dah jumpa dengan adik dengan kakak ipar dia tu, diorang jadikan aku sebagai bahan gelak diorang. Aku sedar, aku ni apelah sangat dari segi rupa, aku ni berisi sikit. Pernah sekali diorang bagitau aku ni golongan oku sebab lain dari yang lain dalam keluarga mak. Kecewa sangat aku. Macam terhina sangat.

Aku tak faham ape yang bestnya hina fizikal aku sampai macam tu. Bukan aku tak diet, aku pernah tapi masa tu berat aku turun mendadak. Doc bagitau aku kurang bnyak nutrien sbb aku diet terlampau dan bahaya. Sebabnya aku tak tahan nak tadah telinga nak dengar bodyshaming diorang. Sakit.

Mak jugak selalu bagitau aku ni selalu murung, tak keluar bilik. Lepas buat kerja rumah macam menyapu, sidai kain dgn masak je mesti aku naik bilik. Sedangkan mak tak tau, aku banyak makan hati. Makan hati dengan sikap mak. Keluarga mak. Makan hati dengan adik2 sendiri.

Aku menangis pon sorang diri je. Bukan aku tak pernah nak luah kat mak apa yang aku rasa. Tapi mak tak pernah nak tanya. Mak seolah2 dah biasakan keadaan aku macam ni. Murung, keseorangan, pendiam. Kalau aku cerita pon, mak salahkan aku balik.

Kadang2 aku tak faham, mak lebihkan perhatian dia kat sepupu2 aku. Adik2 aku yang lain tapi bukan dengan aku. Mak akan cari aku bila dia nak aku buat sesuatu. Mana mak bila aku perlukan seseorang utk bercerita? Baru2 ni hari jadi mak, aku ada belikan hadiah untuk mak. Mak happy sekejap tapi tak lama tu mak letak hadiah aku tu dkat stor je. Dosa ke kalau benda macam ni pon aku makan hati ?

Ayah aku pulak jenis apa2 terjadi target kat aku dulu. Tak siasat tak tanya dulu mesti salahkan aku terus. Aku tak sempat nak bela diri aku terus kena marah. Penat. Sakit. Pernah sekali ayah salahkan aku sebab duit dalam akaun dia berkurang sikit. Ayah tuduh aku beli barang online mahal2. Sedangkan aku sendiri tak tahu camne nak beli online, bankin lagi.

Kecewa sangat aku masa tu. Rupa2nya adik aku punya keje. Dia beli pebende ntah dalam game online dia tu. Dekat RM500 gak habis. Tapi sudahnya dia kena warning je yang kena marah aku jugak. Sebabnya alasan aku tak pantau adik. Aduh.

Cuma aku sedar, betullah orang cakap lebih baik miskin tapi bahagia daripada kaya tapi sebaliknya. Sejak kecik lagi dah macam2 derita emosi yang aku tanggung sendiri. Mak ayah tak pernah tahu. Termenung jugak aku bila mak ayah sendiri lebih nampak keburukan aku daripada kelebihan aku. Anak sendiri pulak tu.

Aku pun nak berjaya, tapi dengan cara aku sendiri, dengan cita2 aku sendiri. Bukan berjaya dengan laluan yang diorang tetapkan dan paksa aku untuk ikut. Ntahla. Kadang2 benda2 yang aku lalui dulu dan sekarang ni buatkan aku takut nak hadap masa depan, takut nak kahwin, takut nak bina keluarga sendiri.

Aku rasa setakat ni jelah confession aku. Thank you sudi luangkan masa baca luahan aku ni. Aku cuma perlukan teman untuk meluahkan semua ni. Tapi aku tak jumpa dalam realiti. Biarlah dalam ni je aku luahkan. Thanks :)

– Nas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *