They Touched Me

Sekitar tahun lalu, I ada terbaca satu confession kat page ni. Confessor merupakan seorang suami, beliau menceritakan bagaimana beliau handle dan tolong isterinya yang suka self-pleasure.

Beliau bawa isterinya spend masa bercuti berdua, beliau isi masa isterinya supaya si isteri takde ruang untuk self-pleasure. I tak ingat tajuk confession tersebut, tapi tak silap I isteri confessor pernah diganggu secara s3ksual sewaktu kecil.

Tak silap I, di ruangan comment, ada yang mengecam si isteri kerana suka beronani. Perempuan pun suka masturbate ke, tulis tukang comment tersebut.

Comment tersebut ibarat tamparan buat I, sebab jujur I cakap, I pun sama macam wife confessor tersebut. Yes, I suka self-pleasure.

Dari sebelum I datang bulan, sebelum I tahu dan faham apa itu self-pleasure, I dah buat benda tu. Sampailah I datang bulan, I masih ketagih nak self-pleasure. Dan sekarang I dah masuk 30 series, I masih struggle nak keluar daripada dosa ni, nak stop habit yang buruk ni.

I tak pernah share benda ni pada sesiapa, dan I menulis ni pun sebab I nak lepaskan rasa beban kat hati I. I nak meluah, I nak minta tolong, I nak berhenti buat benda ni tapi I tak tahu macam mana, I tak tahu nak reach out pada siapa.

I dah banyak kali cuba berhenti, sumpah banyak kali I cuba. Paling lama I berjaya tahan diri I, cuma 3 bulan. And then I tewas semula. Solat taubat pun I selalu buat, tapi itu dululah.

Lama-lama I rasa jijik dengan diri I, berapa kali I solat taubat tapi lepastu I akan ulang buat dosa yang sama, again and again and again.

I malu nak minta ampun pada Allah, I jijik nak ucap kata maaf sebab I tahu, I akan buat lagi. Sometimes selang 2-3 hari lepas solat taubat, I self-pleasure lagi.

I ada try puasa sunat, belah siang memanglah I tak buat self-pleasure tu. Tapi belah malam? Bila I datang bulan? Bila I ada kekangan untuk berpuasa sunat?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana I boleh terjebak dengan benda ni. Sebab I ada tulis kat atas I start buat benda ni since before I datang bulan, meaning I kecil lagi lah kan, mentah lagi.

I tak pasti kalau peristiwa ni yang trigger I, atau I sebenarnya sekadar meletakkan kesalahan di bahu orang lain just so I would feel better about myself.

Waktu I kecil dulu, Tokma I suka sentuh private part I. Banyak kali dia buat, dia akan sentuh sambil gelak-gelak, seolah-olah perbuatan tu suatu gurauan yang lawak.

I tak faham waktu tu, I tak tahu perbuatan tu salah, so I cuma ikut Tokma gelak, walaupun I tak selesa dengan cara Tokma bergurau.

Tokma tak pernah buat benda ni depan Mama Ayah I, dia cuma akan sentuh I bila kitorang kat bilik Tokma. Depan mata I sendiri, Tokma juga pernah ‘bergurau’ dan sentuh private part Kaklong I, tapi I tak tahu Kaklong ingat peristiwa ni ataupun tidak.

Dan kalau Kaklong ingat, I tak tahu kalau benda ni beri kesan negatif atau tak pada Kaklong. I harap Kaklong tak ingat. Cukuplah I sorang yang membesar dengan after-effect perbuatan Tokma kitorang.

Bila I dah datang bulan, Tokma pernah minta nak tengok body I, topless. Tokma ajak I masuk bilik dia, nak tengok body I lepas dah akil baligh katanya. Waktu ni I dah mula tak selesa, dah kenapa nak tengok badan I, waktu tu kan fasa badan kita tengah undergo physical changes.

I tolak, I kata taknak. Korang rasa Tokma aku stop ke? Hell no. Banyak kali dia pujuk. Mehla Tokma nak tengok badan Ina, betul ke Ina dah haidh, betul ke Ina dah ada buah dada.

Korang boleh bayang tak seorang nenek cakap dialog sebegini kat cucu perempuan dia? I jijik gila bila I fikir semula.

Pernah juga Tokma selamba badak minta nak tengok I topless, depan mak sedara I dia cakap kat I. Mak sedara I ada defend I tak? Takde ye.

Mak sedara I cuma teruskan buat kerja dia, takde nak sound Tokma. I cuma berdiri terkulat-kulat kat situ, menolak permintaan Tokma I.

Pernah juga kami bercuti beramai-ramai, Tokma pun join sekali. Tempat tu ada private baths untuk visitors yang nakkan privasi, jadi Mama Ayah sewakan satu private bath untuk I, Kaklong, dan cousins perempuan kitorang.

Mama I tak join, sebab dia taknak mandi dan lagipun private bath tu kecik je. Tokma I offer nak tengok-tengokkan cucu-cucu perempuan dia ni. Tapi I tak jadi nak berendam dalam private bath tu, sebab apa?

Sebab Tokma kata kat I, Ina cabut la baju Ina, takpe Tokma je ni, Ina nak malu kenapa. Seriau weh. Terus I cancel nak join Kaklong I berendam. Mujur juga Kaklong I berendam dalam private bath tu dengan berbaju berseluar.

Ada lagi seorang manusia yang pernah sentuh I inappropriately. Kak Ati, akak sedara I. Dia tua setahun dari I, tapi badan dia besar tegap macam badan orang belah Timur Tengah sana.

So walaupun gap umur I dan Kak Ati tak jauh, fizikal kami sangat berbeza. Apa yang Kak Ati buat kat I? Kak Ati cium mulut I.

Yes, dia perempuan, I pun perempuan. Waktu semua orang duk ralit menonton tv, Kak Ati akan tarik tangan I, bawa I ke bilik abang dia, dan menyorok di belakang pintu. And then Kak Ati akan cium mulut I. Lepastu dia akan bawa I keluar dari bilik, dan join yang lain menonton tv.

Kenapa I tak melawan? Entah, jujur cakap I pun tak tahu. Yes memang fizikal dia jauh lagi besar dan kuat dari I, but I did not even put up a fight.

And yes benda tu sangat menghantui I, I geram dan amrah dan jijik pada diri I, I rasa I ni kotor, najis, jijik, bangsat, sebab I tak melawan, I biarkan Kak Ati sesuka hati jadi pemuas nafsu dia.

I tak menjerit, I tak cuba minta tolong. Bila I fikir semula, I akan menangis, I benci diri I sebab kalau I boleh undur masa, I akan prevent semua ni dari terjadi. I taknak jadi cucu kesayangan Tokma sebab dia hanya nak ambil kesempatan atas I.

I akan tarik tangan I tiap kali Kak Ati cuba asingkan I dan cium I. I akan beritahu Mama Ayah I, yang Tokma suka pegang private part I.

Mama Ayah I bersungguh jaga I dari kecil, pakaikan tudung & tshirt panjang lengan, make sure I takde pakai skirt tanpa seluar panjang bila kitorang cousins berkumpul ramai-ramai, Mama Ayah tak bagi I join tidur beramai-ramai atas toto kat ruang tamu kalau ada cousins lelaki.

Who would have thought, in the end yang assault I adalah Tokma dan Kak Ati I sendiri, dua manusia yang mungkin Mama dan Ayah aku tak expect langsung, sebab kedua-duanya adalah perempuan.

Sampai hari ini, I tak pernah cerita pada Mama atau Ayah I. Bukan I taknak cerita, tapi I tak tahu macam mana. Tokma I dah lama meninggal.

Even so, I masih pendam rasa benci yang marak pada Tokma, dan tiap kali raya dan kami ke pusara Tokma, I sorang je yang membatu, takde menangis teresak-esak.

I tak rindu Tokma, I benci Tokma. Benci yang teramat sampaikan I takde rasa nak sedekahkan alfatihah pun untuk Tokma.

I cuma lawat pusara Tokma sebab itu tradisi keluarga kitorang. I taknak ingat apa pun pasal Tokma, I benci bila orang sebut nama Tokma, cerita pasal Tokma, mengimbau kenangan dengan Tokma.

Sebab the one thing I remember most about Tokma ialah dia suka sentuh I inappropriately, and I was too young and naive to defend myself.

So how do I go about telling Ayah that his beloved Ma actually touched my private part, and asked to see me half-naked?

Solusinya, I cuma diam, I tak cerita kat Mama Ayah. They have painted an innocent picture of Tokma inside their heads, and I tak sampai hati nak rosakkan whatever fond memories they have of Tokma.

Jadi I cuma diam, dan I cuba untuk tak fikir pasal benda ni, dan I cuba maafkan Tokma, tapi up till now I masih belum dapat nak maafkan dia. Ina minta maaf Tokma, tapi Tokma dah rompak Ina dari innocence childhood Ina.

Tokma mungkin Ma yang baik untuk anak-anak Tokma, dan nenek yang baik untuk cucu-cucu Tokma yang lain, but you’ve hurt me and you ruined part of me.

Sampai sekarang Ina tak pasti, Tokma betul-betul sayangkan Ina atau I was only your favorite sebab Tokma nak sentuh Ina. Dan Ina harap Tokma takde sentuh cucu-cucu Tokma yang lain. Cukup Ina sorang saja yang messed up.

Kak Ati pula, I dah jarang contact, jumpa cuma bila ada family events, dan tu pun I akan cuba elakkan dari berjumpa dia. I akan buat-buat busy, dan bila dia approach nak bersembang, I akan lari.

I tak tahu dia ingat atau tak apa yang dia pernah buat kat I. Kak Ati ni pernah accident, dan disebabkan accident tu dia dapat kad oku.

So in a way I rasa macam mungkin ini balasan Allah atas perbuatan dia? I tahu I tak patut judge dosa orang lain, dan I rasa I ada this thought pun sebab I cuma nak puaskan hati I, nak lepaskan geram I.

But deep inside I masih ada rasa marah pada Tokma dan Kak Ati, but mostly I amrah kat diri I sendiri, sebab terlalu lemah dan tak defend diri I, ataupun at least minta tolong waktu diorang buat tak senonoh kat I.

I selalu fikir, kenapa I tak menjerit, kenapa I tak cerita kat Mama Ayah waktu semua benda ni jadi, kenapa I tak say NO pada Tokma dan Kak Ati.

I kotor, I rasa macam najis. Dah lah waktu kecil disentuh dicium, bila dah besar jadi ketagih nak self-pleasure. I benci diri I sebab I masih struggle nak stop. I ada dapatkan kaunseling sebab what Tokma and Kak Ati did to me, it messed up my head.

Kaunselor I kata you were young, you did not know it was wrong, it is not your fault. Kalau itu bukan salah I kenapa sekarang I yang merana atas perbuatan orang lain? Walaupun I budak lagi waktu semua kejadian ni berlaku, I knew it was wrong but I didn’t do anything.

Kaunselor I pun diam bila I cakap macamni. Dia cuma ulang, it’s not your fault, it’s not your fault. Kaunselor I satu-satunya manusia yang I open up pasal Tokma dan Kak Ati, dan itupun I cuma cerita bits of here and there, dan I tak mention pun yang I ketagih nak self-pleasure.

Sebab I malu. I jijik. I wanita Muslim yang bertudung, solat 5 waktu, Mama Ayah I dikenali masyarakat setempat, tapi I? I rasa pakaian I sekadar samaran, cuma nak tutup betapa kotor sebenarnya diri I. Kalaulah orang tahu I yang sebenar, kisah lampau I…I kotor…

I pernah terfikir, I tak patut kahwin, sebab tak adil untuk pasangan I. Bukan I takde keinginan nak berkahwin, nak settle down, nak start my own family. Ada, semua tu I rasa. I suka budak-budak.

Dan I pun pernah jatuh cinta, but in the end I ghosted the guy, sebab I insecure dengan diri I yang kotor.

Orang yang tak tahu kisah I, nampak macam I ni baik suci je. I takut bila I open up pasal childhood I, orang akan jijik pada diri I, rasa geli dan rasa nak jauhkan diri. Cukuplah I sendiri yang rasa jijik pada diri I sendiri, it kills me enough.

Untuk confessor yang berusaha menolong isterinya keluar dari the vicious cycle of self-pleasure, tahniah dan terima kasih sebab memulihkan maruah seorang wanita. Semoga rumahtangga confessor bahagia selalu.

Untuk yang pernah jadi mangsa macam I, I harap kita sama-sama kuat…kuat untuk memaafkan, kuat untuk meninggalkan after-effects perbuatan terkutuk pemangsa kita.

I harap readers sekalian doakan I dapat tinggalkan perbuatan terkutuk I, I tahu semua tu dosa, semua tu kotor, jijik…

I sedang cuba. Doakan I…I tak nak mati dalam keadaan hina macam ni, tapi I tak tahu kalau I solat taubat, dan ulang semula dosa yang sama, dan solat taubat lagi, and the cycle goes on, Allah masih sudi ke kat I? Tolong doakan I..

– Khairrina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *