https://iiumc.com/janji-
Baca kisah link di atas, aku teringat kisah abang aku juga.
Abang aku dulu bercinta dengan perempuan Cina. Obviously, she’s a non-Muslim.
But she willing to convert to Islam bila nak berkahwin nanti.
Satu je masalah, ayah dia sangat menentang dia peluk Islam.
Ini aku faham, but kesian kat abang aku & girlfriend dia. So diorang discuss, buat keputusan untuk tunggu ayah girlfriend abang aku meninggal.
Aku tak sure mengenai umur ayah dia sebab aku pun kecil lagi waktu perkara ni jadi. Maybe dah tua sangat la kot kalau diorang plan gitu.
Perasan tak aku mention “dulu”?
Ya, abang aku dengan girlfriend Cina dia putus juga akhirnya.
Aku tak tahu apa cerita pun. Tiba-tiba abang aku akan kahwin dengan orang lain.
Disebabkan aku masih kecil waktu tu & my memory is kinda hazy – aku ingat dulu orang yang kahwin dengan abang aku Cina tu HAHA.
Sebab muka lebih kurang weyyy. Bentuk badan, muka semua lebih kurang sama. Bezanya Cina tu mata sepet, isteri abang aku sekarang mata besar.
Bila aku sedar itu perempuan yang berbeza? Sehari selepas diorang kahwin hahahaha.
Waktu tulah aku jumpa kakak ipar aku tu berdepanan. Jangan tanya aku kenapa aku tak jumpa sebelum diorang kahwin. Aku pun tak tahu weh!
Mana aku pergi sepanjang proses diorang nak kahwin?
Sebab aku terlalu muda (sekolah rendah) ke yang buat ingatan aku tak berapa nak ingat? Ini bukan hazy memory, ini memang lesap ditelan bumi haha.
Apa yang aku ingat, aku ada tolong settlekan goodies majlis perkahwinan abang aku tu. Dress aku sebagai flower girl pun aku ingat lagi.
Cantik gila hahaha.
Berbalik kepada abang aku and his now Chinese-ex-girlfriend, aku tak sure apa jadi.
Kadang-kadang bila aku keluar berjalan dengan parents aku, kalau ada terlalu 1 kedai ni parents aku cakap kedai tu belongs to family ex-girlfriend abang aku.
Khabarnya ayah dia masih hidup. Panjang umur juga. Memang bukan jodoh abang aku dengan ex-girlfriend dia.
Lagipun abang aku pun bahagia sekarang. Dikurniakan 2 orang anak. Yang sedihnya, aku dapat tahu ex-girlfriend Cina abang aku tu masih belum berkahwin.
– Karipap (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit