This Is Not The End  of The World

Pertama-tama sekali, terima team admin kalau sudi siarkan confession aku yang tak seberapa ni. Minggu lepas result SPM keluarkan? So berderet adik-adik batch 99 acah acah upload result dkt IG sana aku tengok. Kepada yang berjaya, result gempak habis, congrats aku ucapkan, pilih kos betul2 jgn ikut orang, kepada adik adik yg result sendu suam suam kuku, yg mana B+ tu taknak jadi A, takpe, kite geng. I feel you, Hahahaha

Ok, sini aku nak cerita pasal aku dengan result SPM, moga moga cerita ni dapat jadi iktibar dan teladan especially untuk korang adik adik kat luar sana yg dapat result SPM suam suam kuku tu sebab result aku pun sama mcm korang, ke laut yg lebih.

Okehh jom mula, aku dulu masa sekolah, dari primary smpai lah ke secondary school, bab belajar memang aku lewa btul, aku tak ambik serius pun nk exam ke ape ke, homework aku dh siap ke belum, aku tak faham macam mana nk bahagi nombor pun aku buat tak tau, xtanya cikgu pun acah faham je padahal tak faham langsung,bahasa kasarnya org kata bodoh sombong. Orang lain sibuk pergi tuisyen malam malam , aku tak pergi, awal awal aku request kt parent aku tak nak pegi tuisyen, parent aku pun tak memaksa.

Aku ingat lagi sehari sebelum SPM aku tak pegang buku sebab aku pegi keluar menjongket dgn kawan baik aku, lagi pulak time tu parent aku takde kt rumah, memang rumah ini ana yg punya. Dulu mind set aku sekolah ni kalau tak lulus pun still boleh naik tingkatan, so apedehal la nk study hard sgt, tambah pulak aku ni budak sukan, kerjanya asik bersukan je, wakil itu, wakil ini sampai fefeeling nk jadi atlet sukan wakil negara sedangkan tak hebat mana pun nk jadi atlet setakat jadi jaguh kampung lepas lah.

Aku lewa pasal belajar ni sampai aku SPM ya, bila result SPM keluar, aku dh expect macam mana acuan bentuk result tu pergi. Memang teruk btul, result aku tu tak melayakkan aku nk apply IPTA, kalau apply pun mmg mentah mentah kena reject, time tu mulalah myesal, tapi menyesal pun dh tak valid, padan muka aku.

Then, dgn berbekalkan result yg gitu gitu, aku pun apply IPTS, sebab kt situ je yg layak. So aku buat lah diploma 3 tahun kt IPTS. Bila masuk diploma, aku tekad nk study btul2, firstly of coz nak tebus kesilapan yg lampau, 2nd things, aku xnk repeat paper, sebab once kau failed, kau kena repeat paper sampai lulus, lagi lagi pulak paper tu berkait antara satu sama lain, for example ko gagal paper account 1 next sem ko tak boleh ambik paper account 2, bila tak settle account 2 ko tak boleh ambik costing, haa gitu lah konsep nya, so kt situ mungkin boleh effects kau punya pointer, time management, and yg paling worst dan nightmare mungkin ko tak boleh graduate on time sebab byk lgi paper kau tak ambik.

Masa diploma tu aku memang all out habis la, memang ada suara suara sumbang kata alah swasta je kot, tak susah mana pun, silibus tak susah mcm IPTA, tapi aku pekakkan telinga, aku anggap siapa yg kata mcm tu keturunan dajal, hahahaha. Setiap sem aku make sure pointer aku cecah 3.0, quiz, test semua aku sapu habis tak kasi chance lgsung, sebab aku tau benda benda tu semua boleh tolong aku dpt gred yg bagus. Lepas 3 tahun berhempas pulas, dari zero english sampailah boleh speaking english walaupun broken je, bergraduate lah aku dengan pointer 3.0 something, bangga sgt bila tengok transkrip aku semua subjek dari semester 1 sampai 6 bersusun A dgn B je.

Ok, masuk pulak zaman selepas diploma, aku apply buat degree dkat IPTA, mencuba nasib dkt IPTA pulak. Alhamdulillah aku berjaya dapat tempat sambung degree dekat IPTA, masa tu tak tahu mcm mana nk describe perasaan aku, macam macam rasa, aku tak sangka aku dulu budak yg result SPM ke laut dapat jejak kaki kt universiti. Sekarang aku dh final year degree, aku takde repeat paper, inshaallah kalau takde aral melintang aku graduate untk degree hujung tahun ni.

So kepada adik-adik yg result tak berapa nak good tu, jgn risau, Allah tu maha adil, tinggal diri kita sendiri yg tentukan nak berjaya ke tidak, kau rajin, kau berusaha insyallah Allah bagi kejayaan. Tapi mesti ingat, tak semestinya kau tak further study lps SPM kau gagal, kejayaan tu dtg dalam bermacam bentuk, mungkin si Long Piah kejayaan dia dalam perniagaan yg dia usahakan, Wan Peah pulak kejayaan dia mungkin dia dapat kerja yg bagus lepas habis degree. So please jangan cepat putus asa, SPM tu bru ujian permulaan, byk lagi liku liku yg kau kena hadap, kena harungi, macam macam ujian menanti kau kt luar sana. Ok good luck untuk adik adik ku.

– Miss Hadid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit