This Marriage Is A Scam II

Untuk part I, (https://iiumc.com/this-marriage-is-a-scam/).

Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca confession “this marriage is a scam”

Untuk pengetahuan, alhamdulillah saya dah single dan bahagia.

Proses penceraian berjalan dengan cepat, cuma bila peguam saya confirmkan semula dengan saya, ada apa apa nak dituntut ke? Nafkah eddah, nafkah harta sepencarian etc.

Bila diceritakan masalah yang dihadapi, saya tanya tuan penguam “apa yang saya layak untuk tuntut”

Nafkah eddah nafkah anak memang tak layak. Nafkah sepencarian layak. Nafkah zahir yang tertunggak ; bila tuan peguam bertanya 4 soalan ini:

1) Rumah suami sediakan?

Sewa. Saya bayar separuh, dia bayar separuh.

2) Barang dapur suami belikan?

Barang dapur 90% guna duit saya, tapi kalau makan luar, memang saya akan suruh suami bayar.

3) Pakaian suami sediakan?

Tak pernah. Seingat saya setiap kali raya, saya sediakan baju raya sendiri dan beberapa kali sediakan untuk dia juga.

4) Ada bagi pocket money setiap bulan?

Tak pernah.

Tuan peguam kata memang boleh cuba untuk tuntut nafkah zahir yang tertunggak, tapi sebab segalanya perlukan bukti (segala resit pembelian/transaction), takut akan menyulitkan keadaan bila pihak defendan kata dia ada bagi nafkah zahir sekian sekian.

Jadi atas nasihat tuan peguam, saya disarankan untuk menuntut nafkah harta sepencarian dan mutaah (100% saya akan dapat). Nilai mutaah dikira mengikut gaji suami selama 8 tahun pernikahan.

Saya layak tuntut RM13K (= RM135/bulan untuk 8ntahun).

Tetapi, bekas suami bekeras untuk membayar RM5K sahaja. Waktu inilah dia mula spam saya dengan hantar whatsapp voicenote, berkeras untuk bayar RM5k sahaja.

Dalam voicenote tu dia ada cakap,

1) “Tuntutan mutaah tu tak layak pun you dapat sebab tak pernah bersama.”

2) “Macam mana I nak bayar RM13K tu? I ada banyak commitment lagi nak kena bayar. Tak masuk lagi kalau da kahwin lagi (oh ya, waktu ni memang dia da ada calon isteri)

3) “Kalau I mati, tak sempat habis bayar mutaah tu, tak kesian ke dengan mak ayah adik beradik kena tolong bayar kan”

Nilai mutaah itu bukan saya yang buat perkiraan, atau saya tetapkan. Pada awalnya, saya tak nak tuntut apa2 sebab kalau boleh penceraian itu berakhir dengan cepat.

Tetapi, setelah bercerita dengan detail masalah yang dihadapi, atas nasihat tuan peguam dan atas perkiraan jumlah tuntutan yang dibuat berdasarkan gaji suami.

RM 135/sebulan untuk 8 tahun itu boleh dibayar secara ansuran mengikut kemampuan. Saya tak paksa untuk bayar full amount.

Berbalik kepada isu nafkah zahir. Disebabkan kami berkahwin ketika belajar, jadi pada waktu tu memang telah berbincang, rumah sewa sepenuhnya dia akan tanggung (sebab sewa rumah murah), lain lain akan kongsi bersama.

Tapi bila da bekerja, da ada slip gaji dan mampu bayar income tax, pernah saya bagitahu dia “rumah sewa ni you bayar lah sepenuhnya. itu sebahagian tanggungjawab you. grocery, bil elektrik, lain lain I tolong bayar”.

Tapi jawapan dia “I tak mampu bayar rumah ni sendiri. I ada banyak commitment”

“Okay, boleh tau commitment tambahan u apa?you ada beli rumah sendiri ke? hutang kad credit ke? ada buat apa apa investment ke”

Tapi sampai kesudah saya tak pernah tau apa financial commitment dia. Tau tau berjaya beli motorbike RM7k-8K (cash), tapi tak pernah pakai.

Tau tau ada rumah di area seremban.

Tau tau tukar kereta dari proton ke hyundai.

Oh waktu ni baru saya perasan, impulsive buying dia ke arah benda2 yang besar.

Tapi dalam masa sama, saya masih pelik kenapa dia masih tak pernah untuk bagi sikit pocket money kalau tak reti nak beli grocery atau belikan baju, saya tengok dia sangat2 mampu untuk bagi nafkah zahir kalau nafkah batin tak mampu.

Pernah ada satu masa saya nampak beberapa helai RM50, jadi saya tanya dia “boleh I ambil RM50 ni? jadikan pocket money”

“Boleh, tapi u bank in balik RM50”

Lepas dari tu memang saya selalu dengar dia selalu mengeluh duit tak ckup, walaupun selalu buat OT/side income.

Ada beberapa yang komen kata bekas suami saya yang kena scam dan saya yang sakit mental.

Berkahwin ketika umur 21 tahun, boleh dikatakan darah muda masih kuat, tetapi bila sebagai isteri, dah cuba setup kan mood romantik, berhias comel comel untuk malam pertama,

Tetapi mentah2 direject tanpa rasa bersalah, keesokkannya buat buat normal, hati dan mental saya memang tak kuat. Mungkin anda kuat.

Analogy dari pakar psychiatrist yang saya jumpa apabila ditanya “how do you feel abaout it when your husband refused to consummate”.

“I feel rejected. I know its not normal”

“Your trauma is normal. Ada satu study yang dibuat dekat tikus makmal, tikus tu diletakkan dalam sangkar, sangkar tu ada kejutan elektrik, jadi bila setiap kali tikus tu cuba keluar dari sangkar, dia akan kena renjatan elektrik. Lama lama dia tak nak keluar sebab dia trauma.

Dia lebih rela duduk diam dalam sangkar, daripada kena renjatan elektrik. Sama kes macam awak. Awak lebih rela berdiam untuk beberapa tahun yang lama sebab itu environment yang selamat untuk awak buat masa ini”.

Itu sebab bila berjumpa dengan psychiatrist, saya bersetuju untuk bersama2 jumpa dengan s*x therapies sebab saya sedar, dua dua dah ada masalah.

Masalah saya ke arah trauma, masalah dia mungkin atas kekurangan tenaga atau masalah lelaki (yang tak dapat nak confirmkan apa masalah dia sebab dia tak pergi medical checkup seperti yang disarankan pakar psychiatrist).

Pakar psychiatrist tu adalah orang pertama yang saya cerita sepenuhnya masalah kami hadapi.

Saya tak tau macam mana nak cerita kepada parents, adik beradik, dengan kawan apatah lagi atas sebab aib suamj kena jaga, hanya perlu ceritakan dekat orang yang betul2 boleh membantu.

Tetapi, bekas suami saya boleh bercerita dekat kawan2 dan boss dia masalah rumahtangga kami.

Bila saya tanya, “tak ada rasa sikit ihsan yang ada dalam diri u untuk tutup aib rumahtangga. mak ayah I pun I teragak2 nak bagitahu. u dengan senang boleh cerita dekat sembarangan orang.”

Jawapan dia waktu tu “orang yang ada penyakit mental, memang kena cerita semua masalah dia kat orang. kena keluarkan 100%. tak boleh simpan. u apa tau”

Tahulah saya waktu tu manic episode dia da datang. dalam masa sama, dia macam ada bbrp personaliti lain.

Kalau dengan kawan kawan – dia akan sangat2 friendly, suka membantu. orang ramai akan suka dia, very likeable.

Kalau depan parents dia – solat ontime, jemaah, tolong kat dapur, bangun awal, bangun sendiri. Such A filial son.

Oh ya, disebabkan selepas dua tahun duduk rumah sewa, dia akhirnya bagitahu untuk duduk semula di rumah family saya. Bila ditanya kenapa, dia kata commitment dia makin banyak. Dia yang minta untuk duduk di rumah parents saya ya.

Bila duduk dekat rumah family saya,semua benda ditanggung serba serbi. kalau makan luar, dia tak ada offer untuk tolong bayar makanan (half), balik dari kerja terus masuk bilik, keluar bila mak saya panggil untuk makan.

bila duduk sama sama kat ruang tamu, dia akan dengan handphone dia sepanjang masa. sama juga kalau makan luar. asyik dengan handphone.

Pernah ayah saya tercekik masa makan, batuk2 sampai susah nafas, kakak saya dalam bilik waktu tu terus keluar dan tolong ayah saya (tepuk2 belakang, bagi air).. Walhal, dia ada je tepi ayah saya time tu, masih ralit dengan handphone dia.

Betul la orang kata narcissist ni tak ada empathy.

Betul. Dia tak pernah angkat tangan kaki hinggap kat badan saya.

Sikit sikit baru saya nampak trait narcissist dia;

Gaslighting, play victim.

Dengan parents saya, dia bagitahu yang saya tak nak consummate, saya tak pandai nak flirt dia. Saya itu ini. Pendek kata semua saya salah.

Sampai kan saya belanja besar sikit untuk diri saya sendiri dia akan report dekat mak saya.

Mak saya jadi makin pelik, dan tanya balik “dia beli pakai duit awak ke?” Jujurlah, semua barang keperluan dan kehendak saya guna duit saya sendiri. Saya tak pernah swipe kad dia. Apatah lagi pegang.

Tapi bila dengan parents dia, dia tak bagitahu yang tak pernah berhubungan, dia tukar ayat “saya tak nak anak. Dia da ready untuk anak”.

Sebab itu akhirnya saya bercerita pada parents in law saya, yang saya tak pernah disentuh. Apa respond parents in law saya?

Macam biasa, klu boleh tak nak berakhir dengan penceraian. Saya dinasihatkan untuk ambil balik hati dia, pujuk balik hati dia. Pergi dating setiap hari.

Waktu tu mak dia bagitahu yang dia ada inferior complex dengan saya. Dan saya tanya balik apa perlu saya buat kalau dia sendiri ada masalah inferiority complex. saya tak pernah rendah kan dia.

Saya tak pernah kata saya ni jauh lagi hebat walaupun kerja tempat sama. Tempat kerja sama, workload sama, boss sama. Pernah kena maki kat tempat kerja. Jadi kenapa saya lagi yang kena usaha buat itu ini, yang dia tak perlu buat apa apa atau tunjukkan usaha?

Untuk malam pertama pun dia tak ada usaha, malam malam lain pun tak ada usaha. Tau minta je tapi tak pandai nak setup the mood, not emotionally available. Saya tak tau lah kalau ada orang boleh bernafsu dengan keadaan macam tu.

Dalam voicenote dia bagi dia ada kata,

“Tak perlu bawa masuk parents i. Dorang tak perlu tau apa apa masalah kita” (kawan kawan, boss dia tau tak ada masalah. Parents dia tau tak boleh). Pffttt

Tapi apa apa pun, dia da selamat berkahwin. Saya makin bahagia dengan kehidupan yang Allah berikan. Rasa semua beban hilang selepas lafaz talak. Sikit pun tak menangis.

I realised I have the “trauma baggage”, and the healing process is my responsibility not only my happiness. I am not rushing into next relationship or even marriage. I have to do this alone ; going to therapy, try to find happiness in own solitude.

The healing part is not always linear ; ada masa tiba2 rasa marah, sedih, benci , menyesal. Ada masa rasa sangat sangat tenang.

A little lost, but a lot found. I found myself back.

Kepada pembaca2 semua, saya tak kata orang yang ada masalah mental ni teruk. Dia jadi teruk bila tau ada masalah, tapi refused treatment. ubat tak nak makan.

Dan baru saya sedar, bukan saya sahaja ada masalah macam ni. jumpa sex therapies bukan taboo, minta bantuan kalau boleh biarlah di awal awal perkahwinan. atas alasan malu, tak tau nak cari bantuan melalui siapa, mungkin itu silap saya. saya akui.

Jalan cerita kita semua berbeza. mungkin anda boleh dan mampu berjalan guna “kasut” saya, but i decided to break the glass slipper & build my own castle.

– Betty (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *