Throwback Confession di IIUMC

Hi semua, tujuan confession ni untuk santai-santai sahaja. Boleh skip kalau tak berminat tapi boleh terus baca kalau anda adalah pembaca IIUM Confession sejak dulu.

Pertama saya nak throwback balik kisah-kisah yang pernah viral dekat IIUM Confession or story yang saya suka and masih ingat sampai sekarang.

Mostly semua story ni dalam tahun 2016. Ye tahun tu banyak story² yang best. (As for me).

So saya akan throwback balik tapi takkan bagitahu tajuk so let kita rewind balik untuk sesiapa yang ingat. (Jawapan ada dekat bawah sekali teka dulu baru tengok jawapan).

First story yang agak viral dan permulaan kepada kewujudan confession bersiri. Cerita pasal misteri encik Mus. Cara encik Mus cerita best sangat and actually sampai lani dok rasa tu fiksyen ja tapi Encik Mus cakap real story.

Lagi satu manuskrip tuh tertanya² sungguh, teringat dulu lepas balik sekolah bincang dengan member nak cari rumah agam tuh dekat google image, and i still believe till now rumah agam tuh kat taiping bukan johor.

Kedua, cerita ni simple and paling favourite haha, pasal kak bun dan budak printer. Tertanya-tanya lah dalam 5 tahun ni confessor ada terjumpa dak dengan Kak Bun tuh nak tau jugak kereta waja lain-lain colour tuh ada lagi dak. (P/s: If confessor terbaca nak dah berpunya belum).

Ketiga haa ini confession bersiri paling panjang pernah baca, haih la rambutan. Cerita ni memang tinggal big effect jugak sebab saya pernah ada kawan macam tu so membaca tu ada feel,

Ingatkan dah takda sambungan sebab last baca tergantung then lama tak baca IIUM bila tadi cari balik ehh last year dah ending, betullah kita mampu merancang Allah yang tentukan tak sangka sangat ending macam baca novel.

I could feel this gonna be the best memories sepanjang study yang Cik Ram ada kan kann haha. For Cik Rambutan & Cik Maria moga korang kekal bersahabat in a very good way. Btw kita alumni universiti yang sama.

Keempat ni rasanya tak popular tapi leaving an impact jugak for me terkesan sangat. Sebab confessor luah yang adik dia kutip barang orang dah buang untuk sambung study luckily mak cik cleaner tu prihatin and tolong bagitau pengetua.

Sebab saya pun bukan daripada orang senang and masuk asrama dulu pun ayah kumpul duit jual kelapa i still remember masa smpai dekat kolej lupa bawak bantal beli dekat koperasi sekolah dekat RM50, saya cakap sokay but ayah cakap takpa bantal penting lagi. Huhuhu.

The last one, haha nak masukkan jugak dalam list benda ni sebab saya very triggered dengan confessor ni dulu.

Teringat sampai lani berbakul dulu kecam dekat comment, maaf-maaf budak lagi waktu tu, siap ada part 2 sebab confessor nk explain balik, tapi still takleh go still rasa encik kedekut (maaf² gurau).

Kalau ada terbaca ni semoga encik sentiasa sihat ye,,, maaf dulu pernah kecam.

Thanks kalau ada yang membaca, confession yang worthless ni, saja nak menulis dan this only for fun, maaf andai kalau ada yang terasa, sebab currently my life pack dengan ODL and assignment takut lah risau graduate dalam bilik saja ni.

Doakan saya lulus cemerlanggg. Thanksss. Stay safe everyone.

1. Peninggalan Arwah

https://iiumc.com/peninggalann-arwah-iv-the-last-part/

2. Dendam yang sweet

https://iiumc.com/dendam-yang-sweet/

3. Roommate Dalam Selimut

https://iiumc.com/kucing-rambutan/

4. Ijat

https://iiumc.com/ijat/

5. Apa Salah Kereta Buruk

https://iiumc.com/apa-salah-kereta-buruk/

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *