Salam semua. Boleh panggil saya Suri. Sebab saya adalah seorang surirumah sepenuh masa. I have a degree in engineering but i chose to be a housewife.
Bezanya saya dengan kebanyakkan suri yang lain adalah saya tinggal bersama mertua.
4 tahun perkahwinan, 2 tahun pertama kami menetap di luar negara kerana suami kerja disana sejurus habis belajar.
Keputusan drastik dibuat, kami decide untuk balik malaysia sebab nak besarkan anak sulung di malaysia dek risau keperluan ilmu agama anak dan semestinya culture sangat berbeza.
2 tahun seterusnya, hingga ke hari ini kami duduk bersama keluarga suami.
Suami merupakan anak ke 3 daripada 6. Kakak ipar pula bujang, dan kami selalu menjadi mangsa iri hati hanya kerana kami dah berkahwin dan ada anak.
Saya selalu menjadi mangsa menghadap masam muka kakak ipar dan ibu mertua. Kalau ada salah faham ibu mertua akan desak untuk saya minta maaf pada kakak ipar.
Sepanjang hampir 3 tahun disini juga, saya boleh katakan 98% kerja rumah termasuk sidaikan baju adik2 ipar dan kakak ipar dan lipatkan baju mereka saya yang buat.
Kadang2 saya jualah yang angkat pinggan mereka selepas makan.
After what i have done, ibu mertua masih mencari silap saya dan complain pada suami.
Rezeki saya, I have such a wonderful husband who understands me. Ibu mertua complain la sampai langit ke tujuh pun, kalau suami rasa ibu mertua yang melebih-lebih maka suami akan buat dek je.
Kalau suami rasa saya silap, saya akan ditegur dgn cara yang baik. And he helps with house chores a lot too, cuma bukan di depan mertua.
Kalau ibu mertua nampak suami buat house chores mula la dia perli suami, dan lepas tu akan msg saya berpanjang jela untuk tegur saya supaya tak minta tolong suami buat house chores.
Wahai pemabaca, sepanjang hampir 3 tahun duduk bersama mertua,
Saya boleh conclude kan bahawa sekiranya mertua/menantu tak boleh menerima orang lain dibesarkan dengan cara yang berbeza, maka berpindahlah kalau mampu. Tiada yang lebih baik daripada duduk bersama lagi.
Bukan kehendak kami untuk tinggal bersama mertua selama ini. Tapi sudah nasib badan, kami pulang ke malaysia sewaktu Covid baru melanda, suami jobless untuk beberapa ketika, kami survive dgn duit simpanan sahaja.
Deep down in my heart I don’t blame 100% ibu mertua. Saya tahu, kebanyakkan mertua masih mentaliti zaman dulu2. Tapi saya percaya this kind of treatment can be changed if you have empathy and sympathy.
Fikir semula, are you happy if your daughters are being treated like that? Is it ok to treat people who you barely know how they grew up, their experiences in life, etc etc like that?
Banyak soalan kita boleh muhasabah, tanya pada diri sendiri.
Mohon pembaca doakan agar saya terus kuat menghadapi dugaan ini, dan kami diberi rezeki yang halal berpanjangan.
I hope that one day bila saya jadi mertua, saya jadi mertua yang menerima kekurangan menantu dan mertua yang memahami.
Terima kasih.
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit