Tiada Arah Jodoh Kita

Assalamualaikum,

Jodoh itu memang rahsia Tuhan. Seerat mana cuba digenggam, andai bukan rezekimu pasti terlepas jua. Namun hakikat menerima satu kenyataan amat pedih. Mengajar diri untuk redha.

Aku wanita awal 30an. Seorang gadis kampung, pelajar biasa, kerja akauntan. Hidup aku masih belum kukuh. Takdir Allah, aku berkenalan dengan lelaki yang lebih muda.. Kami sama2 suka beraktiviti luar, pergi hiking bersama, berkelah. Opss kami berkumpulan bukan berdua. Kami bermula sebagai kawan. Namun perasaan itu hadir tanpa dipinta. Perasaan disambut tapi ada alasan dari pihak keluarga lelaki. Pakaian aku, umur aku. Tapi dia berjanji untuk mencuba lagi memujuk keluarga untuk menerima. Aku masih bertudung, cuma tudung biasa.

Aku bekas pelajar sekolah agama. Yes, aku juga rindu untuk kembali bertudung labuh. Bukan kerana dia, tapi aku benar2 ingin menjadi aku yang dulu. Aku hanya jadikan teguran itu sebagai penguat semangat. Ketika itu, kebetulan aku baru mula bekerja di sebuah institusi yang lebih Islamik. Jadi aku jadikan itu permulaan baru untuk aku kembali comel seperti sekolah dulu. Ahaks…

Alhamdulillah, aku tenang memilih jalan untuk lebih menjaga pakaian. Kembali bertudung labuh dari tudung biasa. Bulan puasa tahun lepas, aku bersungguh2 istiqarah memohon petunjuk dari yang Esa. Ada 2 jejaka melamar. Tapi bila si dia bersuara untuk kami bernikah pada hujung tahunnya, aku fikir itulah jawapan istiqarah selama ini. Sejujurnya, aku suka dia yang boleh dibawa berbincang, dan kami mempunyai fikrah yang sama.

Perbincangan telah dibuat dengan keluarganya pada hari raya. Kami berbincang untuk bertunang selepas raya haji memandangkan emak aku akan menunaikan haji pada tahun itu. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku menjemput mereka sekeluarga untuk datang kenduri kesyukuran emak ke Mekah. Dari pertemuan itu, si ayah telah mula berdolak dalih.

Akhirnya dia bersuara, katanya kami mungkin tidak berjodoh. Ayahnya tidak merestui. Alasannya? Latar belakang… Keluarga… Macam2. Katanya, dia telah memberi penerangan tapi segalanya sia2 bila macam2 lagi alasan lain pula timbul. Antaranya, kalau berkahwin tentu aku melebihkan keluarga aku kerana ibu seorang di kampung dan dia kerja di negeri aku. Oh, aku hanya ada ibu. Abah telah meninggal sewaktu aku di tahun akhir universiti.

Sedih… Pilu… aku cuba berlapang dada. Sejujurnya aku masih tidak mampu melupakan walaupun telah 5 bulan berita itu dikhabarkan. Baru2 ini, dia bersuara yang dia telah berjumpa orang lain. Mereka telah bertunang beberapa hari yang lepas dan akan melangsungkan perkahwinan pada Jun nanti. Aturan keluarga katanya. Aku menagis. Tipu jika aku tidak terluka.

Siapa calonnya? Seorang doktor, sekolah agama budak pandai. Beberapa hari aku bermuram durja. Tapi keinginan untuk menjadi agen CSI sangat membuak2. Dengan mengikut rasa hati, aku memulakan misi untuk melihat pilihan hati dia. Seperti kalian,aku juga wonder siapakah pilihan keluarganya.

Seorang doktor bertudung biasa. Tidak, aku tidak pernah melabel labuhnya tudung sebagai ukuran baik buruk seseorang. Tapi kerana antara sebab aku ditolak kerana tudung, aku musykil. Sepatutnya alasan yang lebih tepat adalah taraf. Aku dari keluarga kampung, rumah buruk dan hanya akauntan biasa yang gaji masih xseberapa. Keluarga aku bukan siapa2.

Sedih, tapi hakikat ini buat aku lebih kuat untuk melupakan. Andai perkahwinan kami terjadi, mungkin juga tidak akan bahagia jika taraf yang menjadi ukuran. Aku yakin, masih ada lelaki dan keluarga yang tidak memandang darjat semata.

Doakan aku berjumpa yang ikhlas menerima. Alhamdulillah, ada hikmahnya. Kerana niat dia, aku telah belajar memasak. Sekarang cakap saja nak makan apa, insyaAllah aku mampu tunaikan. Rajin… Aku belajar paksa diri untuk memastikan rumah dalam keadaan teratur. Aku belajar bangun lebih awal setiap pagi, masak bekal pergi kerja. Dengan niat mampu berjimat dan insyaAllah bakal suami nanti akan sentiasa merasa air tangan. Aku beli buku dan membuat pembacaan tentang rumah tangga. Kononnya persiapan untuk menjadi isteri terbaik untuk dia. Namun tiada arah jodoh kita. Hakhak…

Terima kasih pak cik kerana memandang darjat. Saya akan jadikan pandangan pak cik sebagai batu loncatan untuk saya lebih berjaya dan menjadi lebih baik. Saya memang terasa hati, tapi saya tak berdendam. Untuk awak, moga awak bahagia.

Aku masih sedih.. Mana mungkin begitu mudah melupakan. Ye dok? Doakan aku berjumpa yang lebih baik untuk dunia dan agamaku. Belajar untuk redha…

(Benarlah,dunia memang pentas lakonan… Sekadar meluahkan rasa, untuk mengurangkan sedih di hati.)

Layan lagu Di matamu….

– Saya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. Tak pa dik, ada hikmah disebalik ujian ini. He does not deserve you. You deserve someone much better than him. Remember that! Inshaa Allah, the right man will come to you at the right time.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *