Tiada Cinta

Saya perkenalkan dulu diri. Nama di beri Azi (bukan nama sebenar) berumur 30an dan berkerja dalam bidang profesional. Sudah berkahwin hampir 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.

Sebenarnya apa yang bakal saya ceritakan tak pernah saya ceritakan kepada sesiapa. Rahsia hati yang dah terlalu lama di pendam dan di simpan.

Saya berkahwin setelah perkenalan singkat melalui orang tengah. Hanya sebulan berkenalan melalui membalas email sahaja terus setuju untuk bernikah. Jujur, hati waktu tu yakin benar dia lah lelaki yang boleh bimbing saya untuk menjadi lebih baik.

Saya tak pernah bercinta dan tak pernah tahu perasaan bercinta tu bagaimana. Tapi saya masih ingat suatu masa dulu sewaktu matriks saya pernah terbaca satu kisah tentang seorang isteri yang meminta cerai dari suaminye sewaktu anak2 sudah besar dan berjaya.

Alasannya? Tiada rasa cinta. Hanya sayang. Dia bertahan selama ini kerana anak2. Kini anaknya sudah besar, dia rasa tanggungjawabnya sudah habis.

Jadi di usia lanjut tu, dia minta cerai dari suaminya. Menangis suami dia memujuk tapi dia tetap pendirian, masih mahu bercerai. Akhirnya mereka bercerai.

Kenapa saya ceritakan kisah ni? Sebab saya risau sangat saya akan jadi seperti perempuan itu. Dah hampir 8 tahun berkahwin, tapi saya masih gagal cintakan suami saya. Saya masih tak tahu macammana perasaan orang bercinta.

Sewaktu kami baru saja bernikah, pertama kali kami berpimpingan tangan sewaktu photoshoot..

Saya rasa kosong.

Sewaktu malam pertama..

Saya rasa kosong.

Tak rasa apa-apa.

Sewaktu honeymoon bersama..

Saya rasa kosong.

Tiada rasa bahagia seperti pasangan lain,

Tiada rasa cinta berputik seperti pasangan lain.

Ketika orang lain berasa gembira bila ‘bersama’,

Saya menangis teresak2 sehingga lebam mata,

Kerana saya tak rasa apa2 langsung,

Tiada perasaan seronok,

Tiada perasaan sayang,

Tiada perasaan cinta,

Kosong. Gelap. Hanya beban.

Lelaki ni pilihan saya.

Jawapan kepada istikharah saya.

Tapi kenapa saya gagal ada perasaan untuk dia?

Sudah hampir 8 tahun. Sayang tu ada. Tapi cinta? Geleng kepala. Beban ni terlalu berat untuk saya. Dah beratus-ratus kali saya rasa nak bercerai. Dah berkali-kali rasa seperti mahu bunuh diri. Tapi hanya perasaan yang saya simpan dalam-dalam.

Saya cerita sedikit tentang suami. Bukan nak menyalahkan tapi saya rasa mungkin punca kenapa susah sangat cinta tu nak berputik. Sewaktu saya setuju untuk berkahwin dengannya, kami berdua masih status pelajar. Dia adalah presiden di persatuan besar di universitinya.

Memandangkan saya juga sejenis yang ‘outspoken’, saya mencari suami yang berkepimpinan dan boleh memimpin saya. Sebab itulah saya rasakan dialah orang yang paling tepat untuk saya. Dia solat, berusrah dan belajar agama.

Apa yang menyebabkan saya kecewa adalah kerana dia baran orangnya. Tak boleh nak hadap stress langsung. Asal ada benda kecil yang dia tak suka, dia akan start marah2 dan mengamuk. Contohnya bila kami dating ke mall, tengok2 ada orang ramai kat mall, dia serabut.

Mula2lah marah2 tak tentu pasal. Saya pulak disalahkan sebab pilih ke mall tu. Banyak lagilah. Pendek kata, ‘stress tolerance’ dia amatlah lemah.

Senang triggered dan mengamuk. Tapi tak pernahlah dia pukul saya atau keluar kata kesat. Cuma kata2 yang menyindir dan menyalahkan yang saya dengar. Bila anak buat salah sikit je, contohnye kesat tangan kotor kat kerusi, terus mengamuk.

Tolak kepala anak. Kata anak bodohla semua. Padahal benda kecil je. Nanti kerusi tu saya pun yang bersihkan, bukan dia pun. Selalu sangat macam tu. Keluar kata kesat pada anak. Tolak2 kepala anak. Padahal salah anak kecil sangat2.

Lagi satu, hingga sekarang, saya tak rasa yang kami boleh berbincang elok2 tentang apa2 pun. Semuanya saya yang perlu buat keputusan sendiri. Dia malas fikir.

Bila hasilnye tak cukup baik, dia akan salahkan saya. Semua salah saya. Kalau hujan pun saya salah. Ramai orang pun saya salah. Orang parking entah pape pun saya salah. Entahlah.

Waktu saya nak beli kereta saya ajak dia sebab keputusan besarkan. Nak beli kereta pertama kan? Tapi bila pergi beli kereta, dia buat endah tak endah. Suruh saya buat keputusan sendiri. Bila dah beli dan loan approved semua, barulah salahkan saya kenapa tak survey lagilah.

Kenapa pilih kereta tu lah. Kenapa ni. Kenapa tu. Bla bla bla.. Waktu tanya pendapat tak cakap apa2. Bila dah confirm mulalah keluar hujah macam2 nak kata saya salah. Hmmm..

Saya pun perasan dia makin lama makin kurang tolong saya buat kerja rumah. Kami berdua kerja. Tapi kebanyakan kerja saya yang buat. Dia akan buat satu kerja, lepas tu lepas tangan. Kalau sehari tu dia dah tolong lipat baju, simpan baju dan kerja2 lain dia tak tolong dah.

Kira macam dia dah menyumbang untuk hari tu. Makin lama saya makin penat. Semua benda saya uruskan. Dari memasak, mengemas, membersih, uruskan anak sekolah, ajar anak buat kerja sekolah, ajar mengaji, ajar solat. Semualah.

Bukan tak ada yang baik. Dia sebenarnya pemurah tapi tak pandai uruskan kewangan. Jadi hutang banyak. Saya faham dan kami bahagikan beban kewangan. Dia bayar separuh bayaran bulan rumah dan 2/3 bayaran anak2. Bil elektril, bil air dan wifi dia bayar.

Tapi barang dapur, susu, pampers, barang rumah semua saya. Rumah saya bayar separuh. Anak2 saya bayar 1/3. Saya faham keadaan dia. Kalau dia ada duit memang dia tak kedekut.

Dia juga boleh terima kalau saya tegur. Kami dah banyak kali heart to heart. Dah banyak kali saya luahkan apa yang saya rasa (kecuali saya tak pernah bagitahu saya tak cinta kan dia). Dia ada berubah. Tapi, masih baran terutamanya kepada anak2.

Entahlah.. Saya rasa kosong. Saya sedih suami tak boleh jadi bestfriend saya. Saya masih rasa kekok nak berbincang dengan dia. Saya tak rasa suami membimbing saya. Saya tahu suami saya masih baik. Tak pukul isteri. Tak minum arak atau judi. Tak main perempuan.

Tapi saya sedih sebab saya tak mampu cintakan dia. Dah 8 tahun kami bersama. 8 tahun. Tapi masih tiada cinta. Saya buntu. Dah puas saya menangis dan berdoa supaya Allah hadirkan rasa cinta tu. Tapi masih gagal.

Saya tak mahu jadi seperti wanita itu. Saya mahu bahagia. Doakanlah saya di pertemukan jalan keluar. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya.

Isteri yang tak pandai mencintai,

– Azi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *