Terima kasih admin in advance kerana siarkan luahan aku ni. Pendek je cerita nya sebab aku tak pandai mengarang.
Hai. Nama aku Cekodok (bukan nama sebenar). Aku perempuan bujang.
Kawan-kawan aku banyak yang dah kahwin, so tinggal beberapa kerat je yang single jugak. Aku ni kategori yang boleh dikatakan independent. Pergi mana mana aku tak kisah pun kalau pergi sorang sorang.
Makan kat tempat ramai orang pun aku biasa je kalau sorang sorang. Tengok wayang pun selalu je pergi sorang sorang.
Aku kadang-kadang post kat platform media sosial aku. Saja suka suka, bukan nak menunjuk pun. Saja update supaya sedara mara aku tahu status yang aku hidup lagi kat dunia ni.
Ceritanya bila ada beberapa kawan aku ni, suka contact aku untuk habiskan masa lepak sama sama. Aku ok je lah. Member kan. Kalau aku tak busy, memang aku on je lepak. Masalahnya, bila nak lepak, selalu sangat mintak aku pergi ambil diorang ni kat rumah.
Lepas lepak, aku kena hantar balik rumah. Nasib baik la rumah kira dekat jugak. Aku mula mula tak kisah. Tapi aku jadi kesah bila, dari ambil di rumah-makan-hantar balik rumah, semua aku yang tanggung dari segi kos dan tenaga.
3-4 kali, aku ok lagi tapi bila dah nampak macam diambil kesempatan sangat aku elak nak lepak lagi. Tapi mula lah member aku tu buat ayat kesian supaya aku teman lepak. Sekarang, kadang kadang je aku layan kan. Malas aku.
Kat sini aku cuma nak luahkan yang aku hairan dengan manusia yang tak ada common sense. Aku tak tahu lah macam mana orang boleh tak ada rasa malu.
Contoh, kalau nak lepak sama sama, ko sharelah expenses tu sama sama. Kalau kawan ko dah belanja ko lepak minggu tu, minggu depan turn ko la pulak belanja dia.
Pengalaman aku yang paling aku tak boleh brain, member aku asyik nak lepak cafe hipster/viral. Order yang mahal mahal macam orang T20. Bila time nak bayar, member aku buat taktau. Buat buat tengok smartphone la, gi toilet la.
Bila aku bayarkan dulu, boleh dia buat buat lupa kos makan kat Cafe tu, tak tanya pun sampai la aku hantar depan pintu rumah. WhatsApp pun tidak lepas tu.
Nak nak pulak, hunt cafe yang jauh sikit, aku lah yang drive, aku lah isi minyak kereta. Sesen pun member aku tak menyumbang. Kalau aku yang ajak, aku ok la lagi. Ni kebanyakannya semua member aku tu yang ajak.
Tu belum lagi, lepas makan, nak round round explore kawasan tu konon ambil angin. Sambil sambil aku drive, aku kena dengar luahan member aku tu pasal skandal dia lah, pasal family dia lah. Penat tau dak.
Kalau netizen cakap, kenapa tak cakap je kat member aku tu bayar half half. Sebenarnya, pernah je aku buat macam tu. Masa aku cakap tu, muka member aku tu berubah dan lepas dari tu, dia jarang ajak aku lepak dah. Aku ok je.
Masalahnya, bukan sorang member aku perangai cenggini. Ada la 3-4 orang jugak. Yang dah kahwin, lagi la, aku rasa di orang jadikan aku tempat untuk escape je. Me time diorang ajak aku. Sebab aku ni boleh ‘sponsor’ A to Z. Siap ajak aku bercuti lagi.
Pandai betul ek. Tapi aku lagi pandai. Bila aku rasa dipergunakan gunakan, aku gi sendiri sorang sorang cafe atau bercuti. Tapi aku upload lepas aku dah balik. Selalunya mesti dapat respon daripada member member aku tu “kenapa tak ajak?”.
Aku jawab la, “lupaaaa…”. Hahhahaa. Lepas dari tu, aku ada terbaca status member member aku tu dengan maksud statusnya “dilupakan kawan” . Aku tak marah pun, aku lagi suka. Aku memang sengaja. Siapa suruh ko tak ada common sense.
Baik aku tak ada kawan dari ada kawan yang selalu mengambil kesempatan. Dasar kawan tak guna sesen. Sebab apa aku kata tak guna? Sebab ada. Sekali tu, aku nak kena kursus kat luar negara. Last minute.
Jadi aku tanya member member aku tu ada sesiap free tak nak hantar aku ke airport. Sekor pun tak reply dalam pada masa tu. Lepas 7-8 jam baru la masing masing reply buat buat tanya. Sejak dari tu lah aku rasa better aku kawan dengan diri aku sorang je.
Ok lah. Tu je nak luahkan. Harap harap para pembaca sekalian dapat muhasabah diri sendiri.
Adakah kita ni berkawan sebab ikhlas berkawan atau berkawan sebab nak senangkan diri sendiri je. Adakah kita ni tergolong orang orang yang “tiada common sense” dalam hubungan sesama manusia.
Sekian, terima kasih.
– Cekodok (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit