Tiada Degree Itu Tidak Berdosa

Assalamualaikum admin,

first of all terima kasih sebab sudi siarkan. Sengaja aku post kisah ini memandangkan sekarang ni tengah hangat musim convocation. Tak kira mana-mana IPTA/S semua penuh dengan majlis konvo. Fb dan IG jangan cakap lah penuh dengan gambar masing-masing campak topi la, pegang bunga la, dilamar laki la (ok ni gedik serius gedik haha ingat dilamar selepas konvo ni memang totally drama lah, kawin jela xperlu tunggu kau konvo pun) ok tetiba masuk part takde kaitan pulak haha. Ok bukan itu kisah yang aku nak cerita kat sini.

Aku cuma nak bagitahu kepada mereka-mereka yang melihat dari jauh, status dan gambar-gambar anda sedang gembira bersama keluarga meraikan kejayaan anda, ada juga yang sedang bertarung kesedihan kerana tidak dapat mencapai impian mereka. Ini bukan kisah aku tapi kompilasi kisah-kisah kawan-kawan aku. Dan aku harap ianya juga menjadi inspirasi untuk aku juga serta sesiapa yang mengalami situasi sama.

Aku ada beberapa sahabat yang tersangkut untuk gapai impian mereka untuk konvo. Ada degree, master dan Phd. Bagi yang mungkin tak pernah atau kawan-kawan dia tak pernah ada yang tersangkut jadi tak tahu atau tertanya-tanya, macam mana boleh sangkut? tak belajar ke? tak pergi kelas la tu..

sebelum korang buat andaian sebegitu, aku jelaskan mereka sahabat aku bukan begitu. Cuma rezeki mereka tidak kesitu. Kalau kes pelajar yang sejenis buang duit mak bapak dan najib sekadar nak suka-suka lepastu tak pergi kelas, assignment tak siap, kerja tak bagi komitmen, tu aku cakap padan muka lah kalau diorang tak konvo haha. Tapi post aku ini adalah untuk mereka yang sudah berusaha, tapi takdir Allah mengatasi segalanya.

Percayalah bahawa bukan usaha kita yang menjanjikan kepada kejayaan kita. Siapa jamin, dengan usaha kita boleh berjaya? No! Ada orang usaha sehabis baik, tapi Allah tidak izinkan juga dia berjaya. Adakah Allah zalim? Pastinya tidak. Tuhan bukan macam manusia. Sia-sia tu sifat manusia. Tapi bukan Tuhan. Bila Tuhan tidak mengizinkan kau berjaya dalam bidang itu, maka pastilah Tuhan sedang menyediakan sesuatu lain untuk kau. Percayalah, tidak ada dosanya dalam hidup ini, bila impian dan cita-cita yang kau idam-idamkan sejak kecil, tapi tak dapat. Tidak. Tidak ada dosanya disitu.

Percayalah, rezeki kejayaan tidak perlu dinilai dari tercapaui atau tidak sesuatu impian kita, (termasuklah jika impian kau masa itu nak genggam ijazah, tapi kau tak dapat), tapi kejayaan yang sebenar ialah bilamana kau sentiasa positif, setiap kali kau tak dapat apa-apa. Ya sebab tu hadis Nabi cakap orang yang kuat bukan orang yang kuat berperang, tapi orang yang kuat ialah orang yang paling kuat dalam kesabarannya saat dia marah (HR Bukhari & Muslim). Jadi inilah simbolik yang diajarkan dalam islam. Kuat atau berjaya nya seseorang tak lah dinilai banyak mana kau berjaya, tapi macam mana kau berjaya atasi kegagalan kau, macam mana kau bangkit setelah jatuh terduduk tersungkur selepas gagal, itu lah kejayaan sebenar kau.

Kenapa aku cerita benda ni? sebab aku nak semua orang, termasuk family yang ada adik atau anak-anak , atau kawan2 rapat yang mungkin berada dalam situasi atau masalah ini, please support them. Sekiranya mereka tidak berjaya dapatkan ijazah yang kalian impikan, jangan kalian hina mereka. Tapi dekati lah mereka dengan hikmah dan kenal pasti punca kegagalan mereka. Pasti ada sesuatu sama ada mereka tidak punya minat, kekurangan duit, atau mungkin ada masalah hati (putus cinta ke kan.. haa ni masalah jugak ni huh!) yang penting, please always support them!

Tidak ada dosanya untuk kalian jika tak naik pentas konvo tu sekalipun 3, 4 tahun lepas korang daftar IPTA/S memang untuk naik pentas tu kan kan kan… Masa depan ini sangat lah tidak kita tahu. Sangatlah magic dan tidak dikenalpasti. Jangan expect yang gagal dapat naik pentas tu, dikira gagal. Apa pun yang Tuhan sedang beri dan takdirkan, terima, dan move on kepada sesuatu yang lebih baik. Kalau aku, aku selalu amalkan doa ni “ya Tuhanku, berikan aku yang terbaik dalam apa pun urusanku” ..

Doa ni simple je, tapi ia membawa maksud yang sangat jelas, apa pun urusan kita, tidak kira urusan dunia atau pun akhirat, urusan yang kita suka atau tidak, urusan yang berkaitan cita-cita kita atau tidak, semoga Allah berikan yang terbaik.

Satu aku nak tambah, tak perlu lah korang nak condem pulak mereka yang dah berjaya. nanti keluar pulak ayat “alah, konvo pun nanti beban hutang jugak, takda kerja”..

Aku menyampah jugak komen macam ini sebab aku lah antara nya tu haha. Yes aku konvo, tapi aku percaya pada rezeki. Korang ingt orang yang konvo je ke takde kerja? orang yang lepas spm tu takde kerja juga korang tak pulak kisah. Cuma tak pernah orang buat kajian lah lepasan spm tiada kerja dan menganggur. Ini soal rezeki. Tak perlu pertikaikan. Ada yang lepas, ada yang tak lepas. Ada yang mudah dapat, ada yang sukar dapat. Yang penting macam aku punya motto hidup “usaha sehabis baik, selebihnya tawakal, Tuhan nak bagi ke tak itu kerja Tuhan, tak dapat kat dunia, ganjaran akhirat tu pasti”.

last aku harap semua orang lepas baca confession aku ni, jangan lah korang jadi makcik bawang menyibuk gosip anak makcik sekian sekian tak konvo. Belajar bukan main tapi tak graduate pun. Huh! Jangan lupa selagi dia tak mati, rezeki dia tetap ada. Jangan kang Allah ganti rezeki dia lebih baik dari kau baru tahu.

Sekian.
-nur-

– nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit