Tiada Duit Datang Bergolek

Assalamualaikum. Kenalkan aku, seorang wanita. Cukup lah mengenali aku sebagai wanita.

Hari ni aku nak cerita sikit tentang sebuah kisah yang buatkan aku rasa trauma, sedih, terkilan dan seribu perasaan yang bercampur baur.

Sejujurnya masa aku menaip cerita ni pun, aku rasa belum cukup kuat untuk berkongsi.

Kisahnya begini. Satu hari tu aku ada tengok satu iklan di lama sosial untuk buat kerja parttime. Even aku adalah penjawat awam yang bergaji tetap, tapi masih ada satu perasaan untuk beranakkan duit simpanan.

Aku memang jenis yang suka berbisnes dari dulu. Kadang kadang aku berbelanja cuma dengan ‘gaji’ bisnes aku sahaja sampaikan tak usik langsung gaji bulanan aku.

Cumanya, nampak la aku punya susah payah dalam handle bisnes sambil bekerja tu. Tapi bila aku tengok jumlah wang yang dikredikkan dalam akaun bank, aku rasa puas.

Okay, sambung cerita. Aku pun join la kerja part time tu.

Pada mula join, aku di invite masuk ke dalam group. Hampir seminggu aku duduk dalam group tu, aku memang tak keluarkan apa apa modal lagi sebab aku cuma nak tengok.

Sebab aku adalah seorang yang tak mudah percaya orang dan sangat berjaga jaga dengan hal yang melibatkan wang ringgit.

Nak dijadikan cerita. Genap seminggu aku join group tu, entah syaitan apa yang merasuk aku. Tiba tiba aku join keluarkan modal.

Modal pertama aku keluarkan adalah RM500. Selepas 15 minit, aku dapat refund dan duit tu beranak menjadi RM550 ringgit.

Masa tu aku macam happy la sebab dikaburi dengan duit yang beranak pinak. Masa ni tak fikir apa lagi.

Ohh ya. Bisnes ni macam satu platfom perbelanjaan online yang kita kena lengkapkan mission mission yang dia tentukan untuk dapat balik pulangan duit yang kita laburkan.

Kali kedua, ketiga, keempat aku laburkan langsung tak ada masalah. Dalam masa kurang 15 minit, aku dapat balik pulangan duit aku.

Dalam masa beberapa jam aku laburkan modal, aku dapat bersih extra RM300 dari modal yang aku keluarkan.

Kali kelima aku keluarkan modal RM1k. Masa ni dah start fishy sangat. Tiba tiba dalam satu modal yang dilaburkan tu, ada banyak mission sampaikan duit yang aku laburkan dah cecah 10k.

Dah lebih sejam aku langsung tak dapat refund untuk aku labur untuk next mission. Masa ni aku dah mula menggigil satu badan. 10k kot.

Aku tak boleh stop mission. Kalau aku stop, duit aku 10k hangus. Itu buatkan aku labur lagi untuk tamatkan mission. Nak dijadikan cerita, sampai pelaburan aku yang ke 12, mission tak habis habis.

Aku perlu labur lagi. Dan pelaburan aku dah cecah 20k. Masa ni memang mata aku dah start berair. Masa ni baru sedar yang aku dah kena scam.

Masa ni memang aku dah mula salahkan diri sendiri. Kenapa tamak? Kenapa tamak? Kenapa tamak?

Aku memang terdiam. 2 jam aku menatap kosong handphone aku. Operator group tu non stop whatsapp suruh laburkan lagi, kalau lambat nanti duit modal hangus.

Masa ni aku memang dah tak boleh fikir. Sambil menangis, aku left group tu. Aku suruh refund diorang taknak refund. Macam macam alasan.

Nak report polis pun memang aku tau, polis takkan layan. Sebab benda ni semua salah sendiri di atas kebodohan diri sendiri.

Aku lost jugak kejap. Aku deactive semua sosial media aku sebab aku trauma. Tengok handphone pun takut. Bunyi whatsapp pun takut.

Bila aku active kan balik sosial media aku, aku tengok iklan iklan macam tu masih berleluasa. Please. Korang jangan tertipu.

Jadikan kisah aku ni sebagai satu pengajaran. Nak duit lebih, kita usaha. Tak ada siapa nak bagi duit percuma.

Jaga diri. Pastikan korang tak tertipu okay?

– Manusia Tak Bernasib Baik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *