Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu muda aku seorang yang sangat mudah marah, aku mudah melenting mungkin terbiasa dengan sikap pemarah, sehingga ke alam perkahwinan.
Beberapa tahun setelah perkahwinan dan mempunyai beberapa orang anak, mencuba segala upaya dan usaha.
Aku telah menjadi seorang manusia yang tiada ekspresi, mendengar orang membebel aku hanya ketawa, orang orang ditimpa musibah aku hanya diam tanpa bicara.
Zahirku sangat biasa namun tidak peramah jika aku tak biasa dengan seseorang.
Batinku juga ku biarkan sahaja jika dikecewakan kerana tiada guna untuk marah jika tiada perubahan.
Tidak berguna juga kecewa jika apa yang kita inginkan dari pasangan tidak terpenuhi.
Hanya akan menyebabkan ruang kecewa dan sempit di hati dan menjadi emosi sahaja.
Aku hanya ingin terlihat tenang ketika berada di lingkungan anak-anakku yang kian membesar.
Kini, kemarahan menjadi suatu perkara yang aku paling tidak suka.
Aku lebih memilih diam ketika ditanya, mengiyakan jika di perlukan persetujuan.
Kadang-kadang aku rasa sebak bila mengalami sesuatu tetapi sangat susah untuk menangis.
Ketika aku ingin menangis, air mataku tidak mampu lagi untuk keluar.
Kenapa aku tidak lagi punya ekspresi dan tindakbalas.
Satu kebiasaanku ialah, aku suka bersendirian setelah segala tugasku selesai, duduk di dalam bilik.
Aku tidak suka tidur dalam keadaan sunyi, aku akan pasang selawat sehingga tertidur..
Sekiranya melakukan tugasan aku lebih suka memasang muzik yang aku suka supaya aku tidak terganggu dengan suara-suara yang tidak aku sukai.
Aku tidak pandai menceritakan apa yang aku rasa kepada sesiapapun.
Sekian, itu sahaja.
– Cenderawasih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
you did well in confessing here.