Tiada Ekspresi II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tiada-ekspresi/).

Bismillahirrahmanirrahim, sekali lagi aku di sini. Aku bekerja separuh masa supaya aku ada lebih masa bersama anak-anakku. Semua anakku sudah bersekolah jadi aku bekerja paruh waktu untuk mengisi sedikit masaku ketika anakku bersekolah.

Di depan anakku, aku ialah seorang ibu yang sentiasa ada untuk mereka. Anakku aku hanya berikan satu gajet untuk mereka berkongsi dan masa yang dibahagi untuk setiap orang menggunakan gajet.

Itupun kerana ada di antara mereka memerlukan gajet untuk membuat tugasan sekolah dan menerima maklumat dari sekolah dan rakan2.

Aku tidak menyekat mereka berinteraksi bersama-sama kawan melalui gajet yang ada, namun ada batas untukk mereka menggunakannya.

Kadang-kadang aku akan meluahkan apa saja rasaku pada anak-anakku.Sekarang anakku menjadi temanrapatku.

Aku cuba untuk memperbaiki hubungan dengan pasanganku walaupun pasanganku tidak berminat dan lebih banyak diam. Pasanganku lebih banyak berinteraksi dengan gajet sehingga mengganggu beberapa hubungan antara kami berdua..

Aku memang merasa sunyi tapi aku isi kekosongan hatiku dengan mencari kelas-kelas pengajian untukku mengisi jiwa yang terasa kosong ini.

Di depan anakku aku cuba untuk menjadi seorang ibu yang sentiasa tenang dan rasional. Karenah anak-anak memang bermacam-macam tapi alhamdulillahmereka tidaklah terlalu banyak permintaan.

Aku sangat bersyukur kerana mempunyai anak yang agak memahami walaupun kadang-kadang mereka mencabar kesabaranku. Aku mempunyai anak yang jarak umur mereka agak rapat dan semuanya telah bersekolah.

Aku sentiasa mencari sesuatu yang boleh mengisi kegusaran hatiku dan kekosongan jiwaku.

Aku sudah berhenti memberitahu semua orang perasaanku, kekecewaanku dan kesedihanku

Aku jalani sahaja hidupku selagi aku bernyawa untukku berikan sepenuh kasihsayangku pada anak-anakku. Semoga allah melindungi anak-anakku sepanjang kehidupan mereka.

Aku sangat kurang bercerita lagi pada manusia sementelah mereka tidak pandai menyimpan rahsia.

Hanyasanya kadang-kadang aku terasa ingin pergi dari semua orang dan menghilang.

Aku juga punya adikberadik, namun aku tidak rapat dengan seorang pun dari mereka, mungkin sebab aku jarang berada bersama mereka sementelah aku sering bersekolah asrama dan jauh dari adik beradikku.

Mungkin aku yang tidak pandai bergaul dengan manusia,

Pada akhirnya aku hanya ingin tenang dan sentiasa ada semasa anak-anakku membesar. Merekalah amanah yang allah telah berikan, untukku penuhi tanggungjawab kepada mereka.

Aku harap aku sentiasa tenang ketika dikelilingi manusia yang suka marah-marah.

Mungkin juga faktor umur menyebabkan aku kini tidak lagi menjadi seorang yang marah selalu.

Aku juga berharap semua orang lebih memilih sabar sebelum menghamburkan kata-kata yang akan menyakitkan hati orang lain.. Bersabar ketika ingin bercakap, bersabar ketika ingin bertindak bersabar ketika ingin menjelaskan sesuatu.. Dahulukan otak daripada mulut.

Tiada ekspresi ini tidakku tunjukkan pada semua orang, dengan anak-anakku aku sentiasa ingin menghiburkan mereka kerana kami hanya ada kami sahaja.

Aku tiada ekspresi hanya pada orang yang pernah membuatkan diriku menangis setelah sekian apa yang aku lakukan untuk memudahkan urusannya.

Sekarang aku hanya lakukan tanggungjawab ku sahaja, aku tidak akan membuat perkara yang bukan dalam tanggungjawabku. Aku lebih suka menulis berbanding bercakap. Kerana itu aku hanya menulis di sini untuk meluahkan segala apa yang aku rasa.

Semoga apa yang aku tulis ini, dapat melepaskan rasa kesempitan jiwa yang aku alami. Dan aku dapat memulakan tahun baru ini dengan lebih baik bersama anak-anakku.

– Cenderawasih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Lelaki zmn skrg lebih fokus skrin telefon berbanding peduli anak bini.

    Nanti dia mati sila kafankan sekali dgn fon,charger dan power bank ya.Alam barzah nanti banyak lg dia nak scroll internet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *