Aku bangun tidur tadi tiba2 aku luahkan kekecewaan aku dekat Tuhan. Aku mid 30, masih bujang..
Aku ada abang sakit mental sebab accident masa aku belasan tahun.
Keluarga aku tak hidup normal macam keluarga lain.. makan berkumpul sama2 bolehla setahun 2 3 kali.. Kami tinggal di rumah ppr dan adik beradik ramai semua dah besar.
Akak sulung aku dapat rumah ppr juga satu blok tapi dia duduk seorang. Akak aku ni 2 tahun lepas berhenti kerja dan pelihara kucing. Jenis tahu bagi makan je cuci tahi semua tak.
Kucing makin lama makin membiak, then, dia buang furniture rumah dia dah jadi rumah kucing, najis memang tak dia nak cuci dan sekarang dia duduk rumah mak aku..
Semenjak dia duduk, aku dah pindah rumah sendiri, sebenarnya aku nak ajak mak aku n abang duduk sekali tapi sebab kebodohanku beli rumah apartment dua bilik dan mak aku tak nak duduk rumah tinggi,
Sebelum covid, aku adik beradik ada buat rumah kecil di kampung sebab mak aku cakap nak duduk tapi lepastu mak aku tak nak pun, dah terbengkalai separuh jalan aku malas keluar duit lagi.
Mak aku lately ni dah takde duit, dulu tak guna pun duit simpanan dia. Setiap minggu minta aku beli beras 10kg.
Akak aku memang bagi kucing dia makan tapi kau yang nak pelihara tak kan aku nak tanggung. Hari2 beli lauk ikan kucing tak tahu pakai duit dia ke.
Mak aku cakap dia dah takde duit. Rumah sewa dia tak tahu la siapa yang bayar. Mak aku sampai pergi stesen minyak jalan kaki keluar duit bsh dia padahal selama tak pernah keluarkan.
Dia stress, dia marah abang aku dengar radio pun dia marah, rumah mak aku takde tv sebab abang aku dulu habis dia punah kan barang, sekarang dah slow dah tua tidur je aku kesian dekat dia.. Dah macam akak aku ni pula sakit mental.
Aku kecewa dekat Tuhan kenapa keluarga aku tak semakin membaik malah semakin teruk.. aku tiap minggu balik kena fikir kemas rumah dan cuci toilet.
Kadang ada najis rumah memang takde orang kemas, dapur pun kotor, akak aku duduk bilik mak tidur bawah, bilik macam tongkang pecah..
Aku penat aku selalu fikir kenapa tak macam orang lain balik rumah mak kemas ada makanan balik relax2 je.. memang berdosa besar kan aku.
Aku derhaka, aku selalu marah mak aku sebab bosan dan penat. Aku tak kisah keluar duit untuk mak aku, tapi kenapa otak akak aku fikir orang akan tanggung dia.
Aku macam dah fikir raya ni aku tak nak balik raya.. tapi kesian rumah akan jadi sangat teruk, akak aku yang akan masak..
Aku luahkan ni.. aku nak minta akak2 tolonglah nasihat dan bagi kata2 semangat dekat aku.
Aku dah takde impian apa2 sekarang ni.. nak sangat keluarga jadi kembali baik tapi aku rasa tak akan.
Aku sekarang nak simpan duit je untuk masa tua nanti..
– Mina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
mulakan perkara basic. rumah kena bersih, bilik pun sama serta tandas. persekitaran kena bersih teratur. habuk sikit2 biasa la. seminggu sekali cuci ok. kalau barang banyak, tengok yang mana tak boleh guna, buang. minimalist. sebab mak dan kakak serta abang tak membantu kan.. kucing pula , jual. tinggal seekor saja sudah. sebab kos tinggi serta kena rajin. saya bukan alim. masih sedang belajar. cuba awak sekeluarga baiki bab asas sebagai orang Islam. dan jika non – muslim, mesti ada juga asas nya dalam agama kan…
I feel u sis..i pula kakak sulung.Adik2 semua lelaki dgn dia bela kucing lg.Masalahnya rumah kotor i yg kena kemas.Bulu2 kucing yg melekat2 dan terbang smua i yg kena bersihkan lap semua.Dah 8 thn keadaan ni berlaku sampai i dah naik mental kena stres.
Adik2 i lnsg tak bantu mengemas even pegang penyapu pun tidak.Lps mkn meja mkn kotor bersepah.Sinki sumbat sisa makanan.Bilik dia pun kotor baju berselerak.U faham sendiri lah mcm mana rumah ibarat tongkang pecah.Dorg tahu duduk goyang kaki mcm org terencat lnsg x kesian dgn i..dorg buli i cukup2 dgn kekotoran yg dorg buat.Mak i pula enabler dorg bila i bising2 mak cuma buat bodoh dan bela adik2 i..x pnh mak gi tegur dorg.
I dah pertengahan 30 thn dah.Sampai bila nak hdp mcm ni.Sampaikan i punya rasa annoying dgn dorang..i rela x nak blk kg ikut dorg if raya ke apa.Contohnya dorg balik kg 6 ke 7 hr..i akan kemas rumah ni bersih2 dan i rasa SGT BEBAS DAN LEGA TANPA DORANG.Inilah me time i waktu dorg tkde.U bayang la mcm mana i stress dan tak happy bila dorg ada dlm rumah ni.Bila i sorang2 dlm rumah ni..i rasa bahagia sgt mcm burung terlepas dari kurungan.
Sampaikan berulang kali i berterima kasih dgn Allah.
Betapa dasyat tekanan i waktu dorg ada bersama sebab 24 jam rumah kotor bersepah dan tak terurus.I jd manhsa sebab i serabut tgk rumah kotor.
Sekurang2 u ada beli rumah.Anything u boleh lari duduk rumah u.I ni rumah pun takde hanya menumpang rumah mak ppr juga.I cuma doa biarlah i mati sblm mak i mati.I tak sanggup dah hdp dan hadapi ujian mendatang sebab i sorg perempuan dlm keluarga ni.Adik2 pijak2 i pndg rendah dgn i …
1 je i nak nasihat u..u jgn mengemas hari2..dlm seminggu tu buat 3x je.sebab…kalau tiap hr kemas pun keadaan akan jd kotor semula.U yg akan sakit hati.
Dan u hari2 duduk je lepak dlm bilik u atau bila kusut try g taman2 utk bersenam.Bersenam ni dpt release hormon happy so kita xkan fikir sgt mslh hdp.
Senang cerita u terus kua dr rumah mak p duduk rumah u sendiri so x yah fikir dah soal dorg.Hidup berdikari dan self love.Kucing tu suruh kakak u buang kat SPCA atau bg org.I tahu hidup dgn haiwan ni amat memeningkan.Sebab i pun jd mangsa bersihkan kotoran kucing.Rumah pula jd makin kotor dan berbau.
I tkde pilihan..kalau i ada rumah dah lama i pindah keluar.So smpai skrg i terpksa tahan perasaan dan cuba sabar duduk sekali dgn famili.I kdg jd tak suka dorg semua.Entahlah
“aku kecewa dekat tuhan”…… saya bukan ustazah tapi akak anggap je la Allah takdirkan saya baca luahan akak ni untuk bagi nasihat dan teguran buat akak. Akak nak tahu tak, Allah sangat sayangkan hamba-hambanya. SANGAT. Sampai akak takkan mampu terbayang betapa besarnya kasih sayang Allah.
Siapa kita nak ‘merajuk’ dan ‘merungut’ dengan Allah?
Allah bersama sangkaan para hambanya. Bagaimana kita sangka Allah akan buat, bagitulah yang dibuat-Nya. Bagaimana kita sangka Allah, begitulah akan terjadi. Jadi sangkalah yang baik-baik sahaja darinya. Insyaallah yang akan berlaku dalam hidup kita pun baik-baik sahaja. Tak rugi pun bersangka baik dengan tuhan.
Akak nilai balik hubungan akak dengan tuhan macam mana, solat jangan pernah tinggal. Style saya, kalau saya rasa hidup saya susah ataupun dibelenggu banyak masalah, saya akan cuba perbanyakkan lagi ibadah saya pada tuhan. Contohnya saya akan puasa sunat, bangun tahjjud dan solat sunnat dhuha. Insyaallah Allah tolong kita, bukan masalah je hilang malah Allah tambahkan lagi ketenangan dalam jiwa kita.
Saya faham akak, situasi saya pun lebih kurang dengan akak. Saya ada bela kucing, setiap minggu saya akan mop satu rumah. Setiap bulan saya akan mandikan kucing saya. Saya dapat tawaran sambung belajar, jadi saya balik rumah sangat jarang. Kat rumah tinggal adik bongsu dan ayah saya, saya harapkan mereka jaga kucing saya. Tapi sakitnya mata dan hati bila balik rumah, rumah bau tahi kucing dan kucing saya semua jadi busuk ! Allah uji saya dengan dapat adik bongsu yang sangat pemalas. Saya nak buat macam mana? kalau merungut pun bukan boleh bagi ketenangan. So setiap kali sampai rumah, saya akan proses dulu rumah sebelum buat apa-apa. Selalunya saya sampai rumah jam 5 pagi, waktu subuh. Lepas sambut salam dari ayah saya, saya akan sambut batang penyapu, vaccum dan mop.
Memang letih, tapi kalau cari hikmah malah saya rasa bersyukur. Saya bukanlah manusia yang jenis pembersih ataupun rajin. Tapi kalau saya malas siapa yang nak kemas rumah? Bab kebersihan bagi saya antara perkara yang paling penting sebab kita nak solat, kalau rumah kotor macam mana nak solat kan ?
Saya harap akak terus kuat menghadapi segala ujian. Ingat masalah ni takkan kekal sampai bila-bila….jangan pernah rasa tertekan, enjoy je