Tiada Istilah Kawan Baik Bagi Aku

Assalamualaikum IIUM Confession readers. Aku sangat menghargai dan berterima kasih sekiranya confession aku ini disiarkan.

Cukup aku perkenalkan diri ku sebagai Lily. Seorang yang berpewatakan ceria, happy go lucky, talkative dengan orang yang aku selesa, dan suka buat hal aku sendiri.

Dulu, aku punya kawan baik. Atau orang panggil Bff/bestie. Kami trio (3 orang termasuk aku). Kami dah berkawan hampir 15 tahun, aku mulai berkawan dengan mereka berdua sejak dari Tingkatan 1.

Kedua bestie aku namakan mereka Riri dan Teha. Sebelum ni, hubungan kami baik-baik saja. Biarpun masing-masing tengah sibuk dengan hidup masing-masing.

Tapi, apa yang membuatkan aku sangat merasakan perubahan kelakuan mereka terhadap aku adalah apabila Riri mulai berkahwin pada awal tahun ini, tetapi Riri sama sekali tak berkongsi gambar perkahwinan dia dan suami di dalam group kami seperti mana yang telah dia janjikan.

Aku pernah minta tapi berbagai alasan dia beri. Lepas kahwin ni, aku nampak Riri terus macam senyap dengan life dia.

Sebulan selepas itu, Teha pula melahirkan anak. Dia pun senyap seribu bahasa selepas melahirkan. Group kami langsung tidak berbunyi tentang berita kelahiran anak Teha ni.

Okay, jadi aku pun mulai rasa pelik. Rasa sesuatu sangat. Sebenarnya, aku bukanlah beria nak tengok sangat gambar anak atau pasangan mereka, cuma aku rasa fair and square la apa yang aku inginkan tu.

Boleh dikatakan Riri dengan Teha ni sentiasa busy body dengan life aku lebih-lebih lagi selepas aku berkahwin. Serba serbi nak tanya, and yes. Aku share atas dasar mereka kawan baik aku.

Masa aku melahirkan anak tahun lepas pun, mereka berdua sangat sibuk nak tengok and minta share gambar anak aku. Mulanya aku berat nak bagi tapi aku share juga.

Tapi aku macam pelik la, Teha dengan Riri tak pernah datang melawat aku dengan baby semasa dalam pantang. Sedangkan kalau betul la aku ni kawan baik mereka, pasti aku ni mereka akan utamakan atas dasar kawan baik kan?

Bagi hadiah baby mahupun duit langsung tidak sama sekali. Tapi semasa Teha melahirkan anak sulung mereka, Riri beria sangat nak ajak aku melawat baby Teha. Perkahwinan aku pun mereka langsung tak hadir. Entahlaa, terkadang aku tak faham dengan mereka berdua tu.

Fikiran aku ini kadang membuat andaian yang tidak baik terhadap mereka. Instinct aku merasakan umpama mereka tu macam ada bergosip tentang aku. Mungkin juga mereka sebenarnya memang tak mahu berkawan dengan aku.

Aku tak pernah terhegeh nak berkawan dengan mereka pada mulanya. Tetapi sebab aku nampak pada awalnya keikhlasan mereka yang ingin berkawan dengan aku pada mulanya.

Tapi jujur aku kata, macam pelik kan takkan la perkara penting tu tak share dalam group. Bab life aku, semua nak beria ambil tahu.

Satu perkara yang baru sekarang aku terfikir dan sedar, aku dulu pernah ada isu dengan Riri. Riri pernah rampas crush yang aku suka. And kami juga pernah ada krisis antara aku dengan mereka berdua. Riri dan Teha pernah sekepala pulaukan aku tentang isu pelajaran.

Aku antara top student dalam kelas pada ketika itu dan sering dapat anugerah cemerlang setiap tahun, manakala Riri dan Teha pelajar biasa..

Pernah aku lihat reaksi wajah Teha seakan tidak suka dan terkejut semasa aku memberitahu tentang aku dapat no 1 dalam kelas.

Riri pula, setiap kali aku berkenalan dengan mana-mana pelajar lelaki sekolah lain(kami sekolah perempuan) untuk tujuan pembelajaran, pasti dia sentiasa inginkan perkara yang sama.

Dan setiap kali ada perkara yang tak best tentang life aku yang terjadi, Riri nampak macam suka ya. Dan dia selalu memperkecilkan segala kebolehan aku.

Aku ingat lagi yang Riri pernah bagitahu dia nak bunuh aku sebelum SPM dalam nada gurauan atas dasar dia bengang sebab aku selalu dapat markah tinggi dalam subjek. Tapi macam biasalah , mereka minta maaf akhirnya aku maafkan. Aku tak pandai hendak berdendam.

Baru-baru ini, aku dah mula cut off mereka berdua slowly dalam hidup aku. Rasanya cukup setakat ini saja aku bersangka baik dengan mereka. Rasa sedih dan kecewa tu memang ada bila mengenangkan kelakuan mereka terhadap aku.

Jujur selama ni memang aku ikhlas berkawan dengan mereka. Aku tak pernah sekalipun kutuk/bergosip tentang mereka. Tapi dengan apa yang dah jadi ni, eloklah aku ambil iktibar.

Dan satu lagi, mereka berdua selalu reply whatsapp aku lambat. Mana ada orang yang terlalu busy sehingga tak balas whatsapp aku. Serentak pulak tu.

Aku block mereka di sosial media, dan aku hide mereka di status ws aku. Aku sekarang dah private kan semua life aku daripada mereka. Aku off bluetick and ghosting.

Baru-baru ni Riri ada whatsapp aku, seolah macam nak tanya khabar, tapi aku da jadi acuh tak acuh reply seperti mana dia dan Teha buat pada aku. Aku rasa seolah dia sengaja nak tahu update progress tentang life aku. Dia memang macam tak mahu aku lebih dari dia..

Cukuplah, usia aku pun nak menjangkau 30. Tak perlu untuk ada kawan baik pada zaman ini sebab bukan semua orang ikhlas untuk bersahabat.

Sekarang, fikiran aku dah tenang tanpa mereka. Cukup suami dan anak aku menjadi kawan baik sejati aku. Pesanan untuk korang semua di luar sana, jangan jadi seperti aku. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *