Baru baca confession pasal tiada jodoh sebab tiada restu ibu ayah, (https://iiumc.com/tiada-jodoh-kerana-tiada-restu-ibubapa/).
Ceritanya pon tak berapa detail, dan penyebabnya pon penulis sendiri tak dapat rungkaikan.
Penulis kena sit back and slow talk dengan mak ayah, heart to heart session bersama mereka. Tiada ibubapa yang tak mahu lihat anak2 mereka bahagia. Percayalah.
Mungkin ada yang tak kena di mata mereka bila melihat si Ahmad tu. Kalau alasan yang mereka beri tak munasabah dan masih boleh berbincang, maka bermusyawarahlah. Ada jalannya.
Bercakap soal jodoh. Nak masuk tahun baru. Batang hidung jodoh tak muncul2. Umur hampir lanjut mencecah angka 4.
Hampir berkahwin 5 tahun lalu, tapi tidak kesampaian. Seperti Mawar, jodoh mendapat tentangan ibu ayah pada mulanya.
Kerana pekerjaan si lelaki yang aku beri nama Ali, tak dapat memuaskan hati ibu ayahku. Plus, ibu ayahnya juga kurang senang dengan umurku yang lebih tua dari Ali ketika itu. 5 tahun beza umur kami.
Kami buntu. Tapi kami tiada pilihan. Kami berusaha memenangi hati ibu ayah masing2. Berbulan juga usahanya. Tanpa rasa jemu.
Selalu melawat, tanya khabar. Pada mulanya, rasa janggal. Tapi lama kelamaan, terbiasa. Malah bersyukur, hati orang tua kami jadi lembut.
Hati tua mana yang tahan bila dilayan baik. Niat kami ikhlas untuk meyakinkan orang tua kami bahawa alasan2 mereka tak memberi jaminan apa2. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri.
Ajaibnya kuasa doa, Tuhan makbulkan doa kami lalu kami bertunang.
Seperti mimpi, disaat bakal ibu mertua menyarungkan cincin di jari manis tanda aku sudah jadi milik orang.
Gembiranya hati. Impian untuk menamatkan zaman bujang sebelum umur mencecah angka 4 hampir menjadi kenyataan. Tuhan sahaja tahu perasaan aku ketika itu.
Senyuman tak lekang dari bibir. Begini rupanya perasaan menjadi tunang orang.
Kawan2 rapat semua ucapkan tahniah dan doa yang baik2, mereka semua tak sabar untuk melihat aku bernikah kerana hanya aku seorang sahaja dalam kumpulan kami yang masih bujang.
Hari berganti hari, dugaan bertunang betul2 mencabar kesabaran kami. Kekangan masa, wang ringgit, kehadiran orang ketiga, semuanya kami rasa.
Kerapkali bergaduh, atas alasan2 yang bodoh. Tapi kami boleh berbaik semula. Begitulah hari2 kami.
Satu hari, Ali mengajak untuk makan malam. Rupanya Ali beri kejutan padaku, Candle Light dinner. Disaat romantik itu, kami berbincang tentang rancangan nikah kami, plan masa depan kami.
Sehinggalah Ali menyuarakan hasrat untuk meminta aku tidak berkerja selepas kahwin. Memang dari dulu kalau berbincang soal kerjaya aku ni, kami akan bergaduh.
Aku bukan tak mahu berhenti kerja untuk jadi surirumah, tapi aku rasa belum masanya. Hutang aku masih ada, aku belum puas berbakti pada ibu ayahku, aku punya impian dan cita2.
Mungkin aku akan ubah fikiran bila kami sudah beranak 1, 2 atau lebih. Aku memujuknya dengan nada yang sgt lembut. Aku mohon pada Ali untuk faham alasan aku.
Ali diam. Dia terus tinggalkan aku dimeja mkn seorang diri. Aku ingatkan dia pergi toilet. Rupa2nya dia dalam kereta dah.
Aku buntu fikir macam mana nak pujuknya kalini. Tapi malu jugak keluar restoran sorang2, takde partner. Ah, rajuk si Ali lagi penting.
Ketika aku berjalan menuju ke keratanya, aku lihat dia drive keluar dari parking dan tinggalkan aku. Dia tinggalkan aku???? Ya, dia tinggalkan aku. Terus hilang dari pandangan. Aku terpinga2. Malu barangkali orang tengok.
Aku call Ali, “U ni kenapa? U tak nmpak ke I datang kat U? U tinggalkan I macam tu je?”
Dia balas, “U nak berdikari sangat kan? Call la grab.”
Aku pujuk lagi, “U jangan macam ni, malam2 ni bahaya la I naik grab sorang2. U sendiri tak bagi I naik grab malam2 kan. Kalau jadi apa2 macam mana?”
Dia balas lagi,”U figured out lah sendiri. Bukan masalah I.”
Aku menangis. Aku duduk ditepi jalan. Takut. Sampainya hati Ali buat aku macam ni. Dia tak pernah macam ni.
Kenapa kalini dia lain? Lain sangat. Ini bukan diri dia yang sebenar. Hanya kerana aku ingin berkerja selepas kahwin, dia treat aku macam ni?
Aku sedih, terluka. Tiba2 ada kereta hon. Kereta dia. Dia panggil masuk dalam kereta. Aku turutkan. Lega hati, bersyukur. Tapi kami sambung bergaduh dalam kereta.
Dia masih pertahankan yang dia mahu aku berhenti kerja dan jadi surirumah selepas kahwin. Aku tolak. Aku minta maaf. Bukan tak sayangkan dia. Demi masa depan aku jugak.
Dan bila ditanya apa alasan dia untuk menyuruh aku berhenti kerja, dia kata “itu aku tak perlu tahu, just resign”
Aku menangis sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari candle light dinner malam tu.
Aku memang takkan lupakan apa yang dia buat pada aku mlm tu. Selepas hantar aku, sebelum dia balik dia tanya aku lagi, “so macam mana?”, aku diam. Dia terus memecut kereta pulang.
Aku diblock dari semua medsos. 2 hari selepas tu, dia minta call off. Nak putus tunang.
Alasannya, dia tak nak beristerikan seorang perempuan yang degil, kerasa kepala, ego tinggi, selfish, tak fikir perasaan orang lain, dan lain2 lagi tohmahan yang diberikan menunjukkan aku yang bersalah atas apa yang jadi. Aku terkilan.
Ketidakmatangannya terserlah. Aku malas nak fikir banyak. Malas nak berdrama. Malas nak pening kepala. Orang dah tak nak, maka aku lepaskanlah, dan undur diri. Biarlah dia cari perempuan yang diidamkan.
Terkilan, memang terkilan. Bermacam2 dugaan kami dapat harungi, hanya isu “kerja” memutuskan tali pertunangan kami.
Cincin dan barang2 kami sudah dipulangkan. Ibu ayah masing2 sudah berjumpa dengan penuh beradab memulangkan semua.
Sungguhlah yang dikatakan, kalau bukan jodoh. Ikatlah sekuat mana pon, akan terlerai jua. Sakitnya masih terasa walaupun sudah bertahun peristiwa berlalu.
Hanya Allah yang tahu. Kita hanya mampu merancang, sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang.
Aku redha sehingga kini aku masih belum bertemu lelaki yang betul2 terima aku ‘seadanya’. Tanpa syarat.
Aku mohon rakan2 pembaca untuk mendoakan aku bertemu jodoh yang ‘tepat’. Terima kasih.
– Murni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit