Tiada Jodoh, Parents Strict

Assalamualaikum WBT. Aku Rose, wanita bujang berumur pertengahan 30-an. Aku dibesarkan dalam keluarga yang warak dan alim. Tapi aku ni sederhana, tak alim sangat pun.

Sejak aku bersekolah rendah lagi, mak ayah aku tak benarkan aku berkawan dengan lelaki. Pernah la zaman sekolah dulu aku dapat surat yang ada bedak tu, tapi dapat je dekat ayah, terus aku kena rotan. Katanya, cinta tu haram.

Masuk sekolah menengah, aku pergi SBP. Masa ni baru aku mula berkawan dengan lelaki iaitu classmates aku sendiri. Maklumlah aku pun aktif dan banyak jawatan, jadi nak tak nak memang kena banyak berurusan dengan lelaki.

Bapak aku bila tahu, dia mengamuk sebab katanya tiada keperluan pun untuk aku bercakap dengan lelaki. Dia cakap, aku tak perlu pun aktif sangat dekat sekolah dalam pertandingan dan persatuan. Dia suruh aku pergi sekolah untuk belajar je. Pastu dia marah aku bercakap dengan lelaki.

Pastu aku pun diberi telefon untuk memudahkan komunikasi dengan parents. Lagipun semua orang dah ada hp masa tu. Henfon Nokia 3310 tu je. Ikutkan memang illegal bawak fon tapi masa tu dah macam normal bawak fon gi asrama.

Dipendekkan cerita, masa cuti sekolah ayah aku ambil fon aku senyap-senyap. Ada je password tapi bapak aku tau password aku sebab password tu tarikh birthday aku, haha. Kantoi dengan ayah sebab ada mesej kawan-kawan lelaki dalam fon.

Perghh teruk mat aku kena dengan bapak. Berbirat kena rotan sebab ‘menggatal’ dengan lelaki padahal mesej tu semua pasal belajar. Takde pun berunsur cintan cintun.

Sedih jugak nak dikenang. Umur 16 pun masih dirotan. Berparut badan aku kena rotan dan kena libas, sampai ke hari ini masih ada kesannya.

Sedih juga masa tu. Mak ayah member sporting je. Tapi parents sendiri terlalu konservatif dan warak terlajak. Aku sendiri teringin je nak berkawan dengan lelaki. Untuk belajar, bukan nak mengorat pun.

Tapi parents aku sekat kehendak aku. Jadi aku akur. Sampai aku digelar sombong dengan kawan-kawan lelaki. Bukan aku sengaja sombong, tapi parents aku marah.

Masuk universiti, aku tak dibenarkan belajar jauh. Masih lagi di negeri yang sama. Nama je duduk universiti tapi aku sentiasa dipantau oleh mak bapak aku.

Setiap minggu parents aku datang uni semata-mata nak pantau pergerakan aku. Hp aku dan laptop pun sentiasa kena selongkar dengan bapak.

Ada satu hari tu waktu cuti sem, ada kawan lelaki satu uni call nombor rumah aku. Perghh bapak aku yang angkat call terus menyirap. “Jantan mana call tadi tu?”. Padahal member tu nak tanya pasal persatuan je pun.

Tapi bapak aku punya reaction siap maki lelaki tu, sampai trauma lelaki tu nak berkawan dengan aku. Terus aku kena palau dengan lelaki tu. Sedih mat. Dah la dia je lelaki yang aku agak selesa.

Masuk alam pekerjaan, aku tak dibenarkan kerja jauh. Jiwa aku meronta nak merantau dan lari daripada cengkaman mak bapak aku, tapi apakan daya. Aku dipaksa untuk kerja dekat dengan rumah je.

Jadi usia 30-an pun aku masih di bawah jagaan parents. Kawan lelaki memang aku langsung takde.

Pernah haritu jiran tanya, bila aku nak kahwin? Semenjak jiran tanya tu, bapak pun mula bising-bising, dia cakap anak dia je tak kahwin-kahwin lagi. Anak kawan dia semua dah kahwin walaupun lagi muda daripada aku. Dalam hati aku, semua ni bapak puncanya!

Ada kawan kerja aku ajak hangout makan kat luar, tapi bapak aku tak bagi sebab kawan kerja aku ramai lelaki. Bapak aku larang aku pergi sebab dia kata aku kena jaga ikhtilat. Lagipun keluar makan tu bukan kewajipan. Kalau tak pergi, tak mati pun.

Aku ni sedih. Dah la anak tunggal. Duduk rumah pun takde kawan. Sepanjang kerja pun aku memang susah dah nak bercakap dengan orang, disebabkan kerja tu sendiri yang membuatkan aku kena serius menghadap laptop.

Jadi aku nak la bersosial dan have fun dengan kawan-kawan sekerja. Bayangkan, aku sorang je tak pergi. Yang lain semua pergi. Sedih gila weh. Aku rasa macam duduk di bawah tempurung. Takleh keluar bersosial langsung.

Jiwa muda aku meronta-ronta untuk merasai pengalaman keluar dengan kawan-kawan, sembang-sembang santai. Tapi aku tak pernah rasa semua tu. Aku seolah-olah seperti hidup dalam gua.

Aku sampai bergaduh dengan parents aku pasal ni. Aku cakap, aku nak kawan!! Seumur hidup aku, aku tak pernah ada real friends. Aku tak pernah ada moment keluar dengan kawan. Aku tak pernah enjoy. Aku dah terlepas zaman berseronok.

Ni dah 30-an, aku baru nak rasa semua tu tapi masih disekat. Aku mengamuk depan parents. Aku cakap I’m not a child anymore. Aku pandailah jaga diri. Aku tahu batas dan ikhtilat.

Tapi ayah aku tengking aku balik. Dia cakap otak aku dah terpengaruh dengan pemahaman liberal.

Ayah aku cakap, kalau ikut Islam sebenar, aku tak perlu pun pergi kerja sebab ayah masih mampu tanggung. Ayah boleh je haramkan aku keluar rumah, tapi ayah masih izinkan beri kerja. Ayah cakap dia dah habis toleransi dah dengan aku.

Ayah cakap lagi, wanita tak boleh keluar rumah tanpa urusan yg penting. Tambahan pula, aku ni masih bawah jagaan ayah. Aku belum kahwin, jadi apa-apa yang aku buat, ayah pun ada saham dosa. Keluar berseronok dengan kawan tu bukan keperluan dah.

Ayah cakap lagi, wanita itu sendiri fitnah. Keluar je wanita selangkah dari rumah, pelbagai fitnah boleh timbul. Sepatutnya aku keluar kerja seorang pun tak boleh, kena ada mahram.

Tapi atas dasar keperluan kerja, ayah cakap tak apa. Tapi nak mengopi dengan kawan, itu semua lagha dan tak penting.

Hatta aku nak bersukan dekat taman pun ayah tak bagi. Ayah cakap perempuan kalau berlari, bermacam fitnah timbul. Pandangan lelaki tak sama macam perempuan.

Ayah cakap dia terlalu sayang aku, sebab tu dia kongkong aku. Dia takut aku jadi macam wanita lain yang susah nak dikawal.

Ayah cakap, kalau dia beri aku sekali je kebebasan, aku takkan puas dengan kebebasan yang sekali itu. Aku mesti akan meminta lagi dan lagi. Sebab kebebasan tu sememangnya nikmat yang syaitan dah hiaskan dengan perasaan yang indah.

Ayah cakap lagi, walaupun aku dah bertudung litup, berbaju longgar, berstoking, tapi lelaki jahat ada ramai sangat kat luar sana. Wanita berpurdah pun dah tak selamat. Inikan aku yang tidak berpurdah.

Ayah terlalu takut dengan dunia luar. Ayah rasa dunia luar tak selamat untuk aku. Ayah cakap, dia akan beri aku kebebasan hanya selepas aku bernikah.

Tapi, macam mana aku nak nikah kalau kawan lelaki pun tiada? Aku dah pernah cuba berbagai platform cari jodoh, dah minta kawan carikan, tapi semuanya tak menjadi. Aku rasa, jodoh aku susah sebab parents aku seolah-olah macam tak nak lepaskan aku lagi.

Diorang sendiri pun takde effort untuk kahwinkan aku. Ayah aku pandai bising je anak tak kahwin, tapi anak-anak kawan dia yang bujang tak nak pulak dia kenenkan dengan aku.

Aku faham je kerisauan parents aku tu. Aku faham je diorang takut aku tak pandai handle apabila dah bebas di dunia luar. Tapi aku nak sangat rasa bebas tu. Aku tak mahu dikongkong lagi. Aku nak buat keputusan sendiri. Tapi bila?

Aku sampai menangis sebab rasa terseksa tak boleh buat itu ini. Aku rasa macam dikurung dalam balang kaca. Mampu melihat tapi tak boleh buat.

Aku cemburu dengan kawan-kawan yang selalu pergi travel, pergi mengopi, pergi tengok wayang, pergi hiking. Tapi aku? Aku tak pernah rasa semua tu.

Aku teringin nak kahwin tapi jodoh pun susah nak lekat. Entahlah. Aku sekarang clueless. Aku nak menangis pun takde air mata dah. Doakan yang terbaik untuk aku gais.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Babe , kesian nya you . you duduk mana ? jummm kawan dengan I . I pulak jenis family tak kisah i nak buat apa , tapi so far i pandai jaga diri lagi . Alhamdulillah . kawan kawan i pun semuanya ok . ehhh kalau you nak tahu , i pernah keluar dengan geng geng pembaca IIUM ni tau . kitorang pergi Redanggg last two years . 7 orang masa tu . ada dari penang , dari johor , dari kl , dari pahang . tu pertama kali kitorang jumpa . and alhamdulillah still lepak lepak and keep in touch lagi sampai sekarang . sebagai orang dewasa kita memang perlukan kebebesan juga , betul jaga anak perempuan tu lebih susah dari jaga lembu . tapi kalau terus macam ni , akan ganggu mental health you dan i doa you kuat k , jangan bersedih . insyAllah ayah tahu yang terbaik untuk anaknya .

    cemmana nak contact you yeee . Naanti bila dekat keluar post ni dekat FB , i komen . u PM I tauuu . i mention nama I kat sana . hug !!

  2. tak faham kenapa mesti anak perempuan jadi mangsa keadaan dengan ayah jenis toxic mcm ni…..sakit jiwa betul la….sedihhhh😭😭😭

  3. Ketakutan dan kebimbangan parents awak tu berasas. Mungkin ada kisah tersendiri menyebabkan awak dikawal sebegitu rupa.. saya setuju parents awk kawal awak, tapi sy xsetuju tahap keterlaluan tindakan ayah awak dalam mengawal…bab jodoh tu teruskan usaha.. jangan putus asa.. cuba lagi..

  4. Terlalu walaun ayah saudari. Sy doakan saudari segera jumpa jodoh yg baik n bawa saudari keluar dr ‘nekara’ walaun

  5. sis, situasi kita sama ada yang sama. ayah saya strict. saya pun umur 30-an tapi dilayan seperti budak2, mungkin sebab saya ni anak bongsu perempuan. semua mesti harapkan ayah dari dulu sampai dah dewasa. tengok anak bongsu family lain macam ok je diajar berdikari. ayah saya ni macam tak percaya saya boleh jaga diri dan berdikari.

    saya pun study universiti dalam negeri yg sama & sekarang bekerja dekat juga, duduk dgn parents. masa study dulu nak pergi travel jauh dengan kawan2 pun tak boleh, dengan alasan takut terjadi perkara2 buruk. saya rasa ayah saya overthinking. dia bukan nak mendoakan keselamatan saya. macam saya ni budak kecik yang tak tau apa2. kalau nak pergi travel dengan family je boleh.

    bab kawan lelaki, saya rasa takut nak bawak jumpa ayah sebab ayah macam susah nak bawa berbincang. saya jadi takut kawan lelaki tu terasa hati dengan cara ayah saya bercakap. ayah saya pernah cakap dengan mak saya, saya ni kecik lagi lambat lagi nak kahwin. Tapi masa tu saya umur lewat 20-an. saya dikira kecik sebab anak bongsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *