Tiada Kawan dan Sunyi

Tadi, paper last bm, pt3 2019. Aku tengok semua rakan sebaya ku celebrate hari last pt3 dengan outing dengan member tapi aku, tak ada siapa pun ajak keluar. Aku hanya mampu tumpang gembira apabila melihat ig story rakan-rakan ku. Sebentar… “rakan”? Tak tahu nak describe macam mana untuk perkataan “rakan” ni.

Aku ada rapat dengan beberapa orang rakan ni cuma kami berlainan kelas. Aku sahaja yang berada pada kelas lain sedangkan yang lain berada pada kelas yang sama. Namun, aku tetap berkawan dengan mereka.

Baru – baru ni aku sedar bahawa mereka buat group whatsapp tanpa aku. Sejak itu, aku mula terfikir “eh kenapa aku tak ada dalam group tu?” bukan kawan dah ke.. Aku bersangka baik bahawa mereka terlupa add aku – padahal dah tahu yang diri sendiri ni memang tak akan di add dalam group orang yang kita bercakap dengannya hari-hari di sekolah :(

Scroll insta pulak, ada sorang ni screenshot story salah seorang rakan yang aku bercakap dengannya hari-hari. “eh kenapa aku tak tengok pun story ni?” bisik hatiku. Oh rupanya aku kena hide story daripada mereka semua. Baru aku sedar betapa lonely nya aku sebenarnya. Mereka lakukan semua aktiviti tanpa pengetahuan aku.

Mungkin disebabkan rupa paras ku yang menyebabkan mereka layan aku seperti acuh tak acuh sahaja. Mengikut mentality sesetengah di antara kita, memiliki wajah berkulit cerah itu merupakan wajah yang palinggg cantik berbanding kulit gelap. Kesemua “rakan” aku itu memiliki kulit cerah. Disebabkan itu, mereka dikenali oleh para senior atas dasar kecantikan yang diperolehi mereka.

Aku rasa wajah mereka yang cantik itu diperolehi daripada genetic. Aku memiliki muka yang kusam, berjerawat, ada blackhead, tiny bumps dan scars. Penat. Penat. Aku cuba bermacam-macam jenis cleanser namun tak sesuai. Nak beli baru rasa serba salah pulak bila mintak duit parents.

Oleh itu aku bertekad untuk memiliki wajah yang kusam ini sehingga aku tamat persekolahan supaya bila aku sudah kerja nanti aku boleh cantikkan diri aku. Betul lah orang kata kalau jadi cantik mesti dapat layanan yang bagus. Buat apa benda yang salah pun tak nampak atas dasar kecantikan.

Aku berhasrat untuk berpindah ke sekolah lain apabila memasuki tingkatan 4 namun aku sedar tindakan itu akan menyusahkan keluargaku. Nak tak nak aku kena bertahan lagi 2 tahun untuk rehat berseorangan, balik berseorangan serta melakukan segala aktiviti berseorangan. Aku sedar siapa aku.

Kadang aku rasa nak jauhkan diri daripada semua orang. Satu hari nanti kalau aku pindah sekolah, aku akan tutup semua account social media ku serta aku akan tukar nombor supaya tak ada siapa dari sekolah lama aku yang kembal menghubungiku. Semua orang tak suka aku kan… Aku pun dah tak berminat nak tahu pasal kehidupan korang.

Sekarang ni aku dah tak ambil kisah langsung serta dah tak terasa kalau kena hide story daripada rakan rakan yang terdekat. Aku just nak ffokus hidup dan aku akan lupakan korang. Kawan boleh cari baru. Biar sikit asalkan berkualiti. Doakan aku terus kuat untuk menghadapi segala dugaan ini :)

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *